Translate

Ahad, 21 April 2013

Tiada Siapa Tahu Akan Perancangan Allah SWT.


Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, malah bangsa Cina, India dan lain-lain kaum dengan begitu megah mengibar bendera yang amat dibenci oleh kaum Umno/BN. Tanpa dipaksa dan diupah mereka dengan penuh perasaan bangga bekerja untuk PAS. 

Adakah pemimpin Umno/BN boleh menyangkal akan perkara ini berlaku kerana semua perancangan adalah dari Allah SWT. Segala fitnah yang dilemparkan oleh para pemimpin Umno, MCA, MIC yang menakut-nakutkan agama yang mereka sendiri anuti telah dibalas secara tunai oleh Allah SWT. 

Mereka memahami tentang Islam bukan dari Melayu Umno yang memerintah selama 56 tahun tetapi mereka diajar pendokong PAS betapa Islam itu bukan agama keganasan. Ada bekas pemimpin komponen BN dengan rela hati menyatakan baru beberapa tahun mereka tahu tentang Islam selepas mereka mendampingi pemimpin PAS.

PAS sendiri bukan agama perkauman seperti Umno yang mengaku kepada dunia bahawa Umno adalah parti Islam terbesar di dunia. Dimanakah Islamnya Umno seperti yang mereka laung-laungkan itu sedang umat Islam tahu bahawa Umno adalah pengkhianat sebenar Islam. Islam dirupakan oleh Umno seperti raksasa yang suka memotong tangan, kaki, merotan, merejam dan segala kejahatan terletak kepada Islam yang mereka anuti.

Tiada bangsa di dunia ini yang menghina agama yang mereka anuti melainkan Umno. Adakah dengan memakai songkok dan berbaju melayu sudah dikira Islam mengikut acuan Umno. Daripada Allah sampai kepada rasulNya, Umno menghina tanpa merasa bersalah. Perlembagaan Lord Reid mereka samakan dengan Piagam Madinah dan hukum Allah sudah tidak sesuai mengikut zaman. Sesungguhnya Allah SWT memelihara Islam dan kesuciannya. 

Jika Melayu Umno menghina Islam agama mereka, Cina Buddha, India Hindu dan penganut-penganut agama lain pula bangun menyanjung Islam walau pun itu bukan agama anutan mereka. Tidakkah itu semua adalah perancangan Allah SWT yang akan menjaga agama sampai hari kiamat. 

Tidakkah bukti-bukti yang nyata ini masih lagi tidak membuka hati pendokong parti Umno?. Sesungguhnya kita tidak memerlukan Arab Spring untuk menjatuhkan kerajaan tetapi dengan kuasa Allah, kita akan menumbangkan Umno/BN dengan tangan-tangan mereka dibawah ini....... Insyaallah.

Mereka bekerja tanpa upah
Mereka membuat benner dengan wang mereka sendiri
Tanpa rasa malu pemuda India ini menunjukkan bendera PAS
Pemuda India berbaris memikul bendera PAS
Jika sami Buddha berani mengibar bendera PAS, dimana ulama Umno menyorokkan diri mereka
Syabas saudara atas keberanian anda
Wanita Cina memalukan wanita Umno
Mereka bersatu hati demi melihat sebuah rejim tumbang
Apa yang boleh saya katakan... Bravo.... Bravo.... Bravo

4 ulasan:

Berita dari gunung berkata...

Cuma umat melayu beragama Islam tidak menjangka semudah itu pemimpin-pemimpin tertentu bersetuju gunasama kalimah ALLAH. Itu sebab orang putih kata for everything there is a price. Ramai khuatir, perjanjian terjalin dengan tuntutan yang akhirnya memakan diri, bangsa, agama dan negara.

Tanpa Nama berkata...

Udah2 ler tu berita dr gunung oiii.. X abis lg isu kalimah Allah. Satu malaysia dah tau ler woi x pyh ler guna isu bodo ko tu.. Untung bn dpt macai bodo mcm ko buta fakta maklumla org gunung hu huhu dasar bodoh x bleh nak diajar ni ler kesannya tgk tv3.

Tanpa Nama berkata...

Kesan buruk dr tv3 mmg banyak dr yg baik. Aku mmg dah haramkan tv3 masuk tv umh aku. Aku pun x paham mcm mana siaran tv bodo mcm tu pun bleh wujud dkt msia ni. Bukan tv3 je tv1 tv2 pun aku dah lock takut anak2 aku tbukak takut rosak akhlak anak aku. Tpaksala layan astro je. Bukan aku je mmber ofis aku pun ambik langkah sama. Bukan apa sekadar nak mgelakkan kturunan aku tjebak budaya fitnah mfitnah ni dah makin teruk skrg. Kepada tv3 korg ckp lah apa pun aku xkan pecaya pg jahanam dgn korg sume.

Tanpa Nama berkata...

astro pun sama gak...bayar untk sponsor gereja dan kuil...toghut...nak buat fatwa le kunun-kunun nye ye.....lepas ni sami-sami dan pastor dibenar oleh ulammamak pakai ayat alquran kira ok le....mari kita kafirkan sesama muslim...islamnye.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular