Penyifatan kuasa penciptaan terhadap material yang tidak berjiwa dan atom yang mati adalah kecacatan logik akal yang sangat serius. Seperti mana kepercayaan para musyrikin zaman silam bahawa patung sembahan mereka adalah berkuasa mencipta makhluk hidupan, maka begitu jugalah halnya bagi para materialis dan evolusionis di zaman in ibahawa materi secara spontan berevolusi menjadi makhluk hidupan yang memberi suatu pengertian di mana elemen dan sejumlah unsur bahan sebagai kuasa hidup dan sedar yang membolehkannya memutuskan dan bertindak di atas sesuatu keputusan. Daripada sudut pandangan ini, mereka sebenarnya menyifatkan segala-galanya sebagai suatu sifat ketuhanan.
Sebagai contoh, evolusionis menganggap sekuntum bunga mawar dengan warna merahnya yang memukau yang tumbuh di permukaan tanah yang kotor sebagai tuhan kerana mereka percaya bahawa bunga mawar tersebut wujud dengan sendiri atau bahan dan unsur yang membinanya secara spontan mencipta dan membentuknya. Begitu juga halnya, mereka melihat buah limau, epal, strawberi, pisang, anggur, bebunga, rusa, singat, gajah, semut, lebah, lalt, ikan dan ringkasnya, seluruh makhluk hidupan termasuk bukan hidupan memiliki kemampuan mencipta diri sendiri kerana mereka mendakwa bahawa semuanya membentuk struktur fizikal yang ada hari ini melalui kehendak dan kekuasaan yang tersendiri.
Dalam sebuah contoh lain, evolusionis mendakwa bahawa seekor lebah yang dahulunya adalah haiwan lain tidak semena-mena memutuskan untuk menjadi seekor lebah dan kemudian mula membentuk mekanisme tubuh badan yang berupaya menghasilkan madu. Mereka mendakwa bahawa lalat pada mulanya tidak berupaya untuk terbang, tetapi kemudiannya membentuk sepasang sayap dan dengan itu memulakan penerbangan. Bahkan, lalat ini menyiapkan diri mereka dengan mekanisme penerbangan yang sempurna dengan teknologi yang jauh lebih canggih berbanding kapal terbang dan helikopter yang ada hari ini.
Para evolusionis amat mahir mereka-reka cerita yang sama ke atas berjiwa juta hidupan lain di atas muka bumi. Semuanya berkongsi asas yang sama iaitu; susunan atom mati yang membina organisma hidupan atau alam di mana mereka berada memiliki semacam suatu fungsi sedar dan kebijaksanaan. Istilah-istilah seperti pilihan semulajadi, mutasi rawak dan pemisahan geografi yang memberi sedikit sentuhan saintifik menghiasi cerekarama yang dihasilkan oleh evolusionis. Apa yang mereka agungkan pada hakikatnya adalah material kaku di dalam alam secara spontan berkuasa mencipta makhluk hidupan iaitu pisang, lalt, kucing, ikan paus, zirafah, rama-rama, semut, gajah dan generasi mereka seterusnya.
Berdasarkan kepada evolusionis, atom-atom ini jugalah yang mencipta ruang atmosfera dengan begitu sempurna, mentadbir dan mereka bentuknya. Dan dengan itu, atmosgera mampu menjadi sebuah atap protektif bagi planet bumi dan membentuk segala keperluannya. Ini bermaksud, mereka yang mengagungkan materi yang menyifatkan kekuasaan mutlak kekuasaannya. Menurut mereka, karbon, hidrogen, nitrogen dan besi semuanya adalah kuasa pencipta.
Sekali lagi, menurut keperacyaan pelik ini, atom yang sama juga mula berhimpun dan tidak semena-mena menyusun dirinya untuk membentuk sepasang mata yang mampu melihat. Tingkahlakunya begitu rapi dan sempurna yang memastikan bahagian lain mata akan membentuk rongga mata dan dengan begitu sabar menunggu sebarang akibat kebetulan yang akan membentuk rongga sebelum membentuk organ mata. Evolusionis melihat bahawa atom yang membina mata adalah pencipta kerana mereka percaya bahawa semuanya itu ‘berkemampuan untuk mencipta organa sesempurna itu’. Seperti mana masyarakat musyrikin silam menganggap hujan sebagai tuhan, para evolusionis juga turut mengangkat atom yang membina organ mata sebagai tuhan mereka.
Dari sudut pandangan ini, setiap individu dapat menyimpulkan bahawa agama bagi materialis dan evolusionis memiliki berjuta-juta tuhan untuk disembah. Dengan mendakwa bahawa setiap makhluk di dalam alam semesta wujud dengan sendirinya melalui sesiri kebetulan adalah bererti mengakui setiap satu daripada hidupan dan kuasa ini sebagai pencipta. Hal ini tidaklah jauh berbeza jika dibandingkan dengan logik yang mendorong seseorang itu menyembah berhala atau memohon kesihatan dan kebaikan kepada patung yang diukir. Pada hakikatnya, era zaman penyembahan berhala ini kembali dipraktikkan.
Sembahan Golongan Evolusionis: Atom yang Mati
Apa pun yang kita lihat dan rasakan, samada seketul batu atau tanah, kerusi di mana kita bersandar, udara yang kita sedut, makanan yang kita makan untuk terus hidup, air yang terdiri daripada dua pertiga daripada kandungan tubuh badan, dan sebagainya yang terletak di luar atau dalam tubuh badan, yang hidup atau yang mati, hakikatnya adalah terbina daripada atom. Selain itu, galaksi-galaksi, bebintang, matahari dan planet bumi yang menjadi tempat tinggal kita adalah terdiri daripada himpunan atom termasuk diri manusia sendiri. Dan hakikatnya, segala-galanya adalah terbina daripada susunana atom.
Makhluk hidupan termasuk manusia terbina daripada pelbagia unsur atom seperti karbon, hidrogen, oksigen, kalsium, magnesium dan besi. Di satu sudut lain, Darwinisme menegaskan bahawa atom-atom secara mendadak terhimpun bersama melalui suatu kuasa kebetulan. Iaitu, rasional evolusionis menyimpulkan bahawa longgokan atom-atom kaku melakukan mekanisme membuat-keputusan dan yang akhirnya membentuk, sebagai contoh, seorang jurutera nuklear yang amat mahir di dalam bidang fizik atom.
Dengan memerhatikan secara lebih dekat terhadap dakwaan yang tidak berasas ini, kita dapat menyimpulkan konklusi berikut: di bawah satu kuasa yang tidak diketahui asal usulnya, pelbagai atom mula wujud yang kemudiannya secara kebetulan berkumpul bersama untuk menghasilkan bintang-bintang dan planet, ringkasnya seluruh alam semesta. Kemudian, melalui longgokan kebetulan atom yang sama, sebutir sel hidupan dengan struktur yang begitu kompleks mula terhasil. Sel hidup ini kemudiannya melalui sebuah proses evolusi dan menghasilkan pelbagai hidupan dengan sistem yang begitu luarbiasa, dan di kemuncak siri perubahan ini akhirnya membentuk seorang individu manusia dengan fungsi kebijaksanaan yang rumit. Seorang manusia yang tercipta semata-mata akibat proses kebetulan, sekali lagi berjaya menemui atom yang membina dirinya dengan membuat pemerhatian melalui mikroskop elektron misalnya, yang juga dibentuk melalui kebetulan. Inilah sebenarnya yang didakwa oleh Darwin sebagai sebuah tesis saintifik, dan teori evolusi kemudiannya secara jelas menerima setiap atom sebagai ‘tuhan’.
Pada hakikatnya, kekisi atom yang membina individu manusia dengan fungsi kebijaksanaan dan intelektual tidak memiliki sebarang kualiti atau kuasa dengan sendirinya. Akan tetapi, evolusionis entah bagaimana mendakwa bahawa atom yang mati membentuk individu manusia dan kemudian ‘struktur atom’ ini memutuskan untuk pergi ke seklah dan berjaya memiliki segelung ijazah daripada universiti. Berdasarkan kepada dakwaan yang sama, atom-atom memiliki kebolehan yang sangat memukau; mampu merasa makanan yangjuga terbina daripada atom; menghidu bau menyegarkan sekuntum bunga mawar yang juga terbina daripada atom dan memberi senyuman yang manis. Atom yang sama juga merasa kehangatan udara di sekitarnya. Pada masa yang sama, atom-atom juga mendengar gelombang suara yang dipindahkan dari radio dan mengubahnya menjadi irama muzik. Menurut evolusionis lagi, pelbagai atom yang berkumpul secara rawak mampu berfikir, merasa rindu, sedih dan gembira serta bergelak ketawa ketika menonton sebuah filem komedi. Komuniti jahiliyyah silam mendakwa bahawa ukiran kayu sembahan mereka memiliki kuasa istimewa, sebaliknya evolusionis yang ada hari ini menyifatkan kuasa istimewa tersebut kepada atom-atom.
Akan tetapi, adalah sangat jelas bahawa tidak ada sesuatu pun di dalam alam semesta yang dapat diserahkan kewujudannya semata-mata kepada kebetulan, iaitu pada asasnya di sana terdapat sebuah kuasa dan kebijaksanaan superior yang bertanggungjawab terhadap ciptaan hidupan di atas muka bumi. Seluruh kehebatan di dalam penciptaan manusia dan alam sendiri di kelilingi dengan petanda sebuah kebijaksanaan yang amat tinggi. Pemilik kebijaksanaan ini adalah Allah s.w.t., Tuhan seluruh langit dan bumi.
Allah berfirman kesia-siaan golongan penyembah tuhan yang batil ini dan mereka kelak pasti akan dimusnahkan:
Dan Kami seberangkan Bani Israil ke seberang lautan itu, maka setelah mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap menyembah berhala, Bani Israil berkata: ‘Hai Musa! Buatlah untuk kami sebuah tuhan sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan’. Musa menjawab: ‘Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil’. Sesungguhnya mereka itu akan dihancurkan kepercayaan yang dianutnya dan akan batal apa yang sering mereka kerjakan. Surah Al-A’raf: 138-140
Bersambung...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan