Translate

Jumaat, 24 Disember 2010

JIHAD MENENTANG AGAMA BATIL (Bhg.6)



Amalan Menyembah Matahari

Antara perbezaan lain di antara materialis dan evolusionis hari ini dengan masyarakat jahiliyyah zaman silam adalah berkaitan dengan suatu doktrin yang berasaskan penyembahan matahari yang berakar sejak dahulu kala. Sebagai sumber cahaya dan tenaga, manusia sering menganggap bahawa kewujudan mereka adalah disebabkan matahari dan sekaligus mendewa-dewakannya. Sepanjang sejarah, kepercayaan khurafat ini telah menyesatkan sejumlah tamadun manusia daripada agama Allah yang sebenar. Al-Qur’an mengisyaratkan hal ini dan menjadikan Kaum Saba’ di zaman Nabi Sulaiman a.s sebagai contoh yang menjadikan matahari sebagai tuhan sembahan: 

Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalang mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk. Agar mereka tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunykan dan apa yang kamu nyatakan. Surah An-Naml: 24-25

Apa yang jelas, penyembahan matahari adalah suatu praktikal jahiliyyah yang sesat. Memang benar bahawa matahari menyinarkan haba dan cahaya kepada bumi, akan tetapi rasa syukur seharusnya ditujukan kepada Allah s.w.t sebagai Penciptanya. Matahari adalah sekadar sebuah jisim materi tanpa sebarang kuasa yang diciptakan oleh Allah. Suatu hari kelak, sumber tenaganya akan kehabisan dan pasti mati, atau pun Allah akan memusnahkannya lebih awal sebelum saat itu. Oleh kerana Allah adalah Pencipta kepada matahari dan setiap jasad samawi yang lain, maka kepada-Nyalah rasa syukur harus ditujukan. Hal ini dinyatakan sebagai berikut: 

Dan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan juga bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya. Surah Fussilat: 37

Apa yang menarik, golongan evolusionis hari ini mengulangi semula asas yang amat serupa dengan agama pagan penyembahan matahari ini melalui dakwaan bahawa kewujudan manusia adalah berpunca daripada matahri. Menurut sumber evolusionis, asal usul hidupan di muka bumi adalah berpunca daripada matahari dan sinaran yang dipancarkan darinya menyalakan hidupan di planet ini. Tenaga suria juga didakwa bertanggungjawab ke atas generasi spesis hidupan dan sumber sinarannya sebagai punca kepada proses mutasi yang mengakibatkan perubahan. Pendekatan ini diterangkan oleh Carl Sagan, seorang ahli astronomi terkemuka Amerika yang menulis di dalam bukunya, Cosmos: 
Nenek moyang kita menyembah matahari dan mereka terselamat dari amalan yang bodoh.. Sekiranya kita mesti menyembah sebuah kuasa yang lebih gagah daripada kita, bukankah mengagungkan matahari dan bintang itu adalah suatu yang masuk akal? 
Harlow Shapley, ahli astronomi evolusionis yang merupakan seorang mentor Carl Sagan terkenal kerana ucapannya: Orang-orang alim menulis, ‘Pada permulaannya Tuhan’, tetapi saya katakan, ‘Pada permulaannya hidrogen’. Iaitu Shapley peraya bahawa dengan peredaran masa, gas hidrogen berevolusi menjadi haiwan, pokok-pokok dan manusia. Apa yang jelas, pendewaan ke atas materi dan alam menggambarkan seluruh pandangan tidak masuk akal yang diutarakan oleh para evolusionis. ‘Agama’ bagi mereka adalah berdasarkan kepada penyembahan materi dan alam sekeliling.

Di satu sudut lain, individu manusia yang bijak dan berhikmah pasti akan memahami bahawa seluruh alam semesta tidak sekali-kali merupakan produk ciptaan material yang mati dan kaku. Sebaliknya, mereka akan mendapati kehebatan perancangan yang teliti dan kesenian di dalam setiap ciptaan serta mengakui akan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. Namun begitu, sebilangan besar manusia yang ada hari ini tetap buta terhadap hakikat ini dan terus mengagungkan kebendaan (materi). Ini adalah kerana, sebagaimana kaum Saba’: “Syaitan menjadikan perbuatan mereka itu indah di pandangan mereka dan memalingkan mereka daripada jalan (yang benar), dan mereka itu tidak diberi hidayah’.

Penyakit Materialisme dan Naturalisme

Di dalam himpunan Risalah An-Nur, sebuah koleksi ulasan berdasarkan al-Qur’an oleh Said Nurisi yang juga dikenali sebagai Badi’uzzamandan merupakan salah seorang intelektual Islam abad 20, terdapat banyak perbahasan yang membincangkan kecacatan materialisme dan naturalisme. Materialisme dapat ditakrifkan sebagai ‘mengakui akan kewujudan materi sebagai hakikat tunggal’. Naturalisme sebaliknya adalah penyembahan alam semulajadi. Melalui istilah ini, Badi’uzzaman menumpukan perhatian terhadap materialisme dan Darwinisme, iaitu asas bagi kekufuran dan memberi penjelasan terperinci mengenai kecacatan logik pergerakan agama palsu ini: 

Atau pun mereka membayangkan seperti mana yang dilakukan oleh materialis Fir’aun bahawa ‘mereka wujud dengan sendirinya, mendapat makanan dengan sendiri dan mencipta segala yang mereka perlukan dengan sendiri’ dan dengan itu, mereka tidak perlu beriman dan mengabdikan diri? Ini bererti mereka menganggap diri mereka sebagai pencipta, sebaliknya pencipta adalah sesuatu yang menjadi Pencipta kepada segalanya. Ini bermaksud, kesombongan dan penipuan menjadikan mereka begitu bodoh di mana mereka membayangkan seseorang sebagai pemilik kuasa yang mutlak yang begitu jelas amat lemah dan bahkan dapat ditewaskan oleh seekor nyamuk atau mikrob.
Materialis yang menggunakan akal adalah terhadap kepada apa yang terlihat jelas di hadapan mereka, dengan falsafah karut-marut yang berdasarkan kepada penipuan mereka, mengambil perubahan zarah yang dianggap sebagai hasil kebetulan untuk menjadi seluruh prinsip asas mereka dan melihlatkan bahawa hasil kerja ciptaan Ilahi terhasil melalui perubahan sembarangan itu. Sesiapa sahaja walaupun dengan sedikit kecerdasan akan memahami bagaimana tiak masuk akal untuk menganggap ciptaan yang dihiasi dengan contoh kebijaksanaan yang tidak terbatas kepada sesuatu yang berteraskan kebetulan tanpa pengertian dan tujuan, yang sangat sembarangan. 
Di dalam kenyataan di atas, Badi’uzzaman menarik perhatian kita terhadap kenyataan bahawa adalah sesuatu yang kurang waras bagi seseorang untuk mengangkat dirinya sebagai tuhan dan yang sebenarnya makhluk yang lemah untuk mendakwa bahawa kewujudannya dan kesempurnaan alam semesta sebagai suatu ‘kebetulan’. Kekufurannya terhadap kewujudan Maha Suci Allah adalah kekafiran yang paling besar. Badi’uzzaman menyatakan bahawa terdapat banyak usaha pergerakan anti-agama yang semakin meluas di era kita dan adalah menjadi tanggungjawab besar untuk menyelamatkan umat manusia dari ancaman gerakan ini:
Falsafah kelahiran baru naturalis dan materialis yang kejam akan beransur-ansur menjadi kuat dan tersebar sehingga ke akhir zaman.. mencapai ke suatu tahap di mana menafikan Tuhan.. Adalah jelas kebodohan manusia yang lemah, yang berupaya dimusnahkan oleh seekor lalat dan tidak pula mampu walaupun mencipta sebilah kepak lalat, untuk mengaku sebagai tuhan.....
Seperti yang dinyatakan oleh beliau, kepercayaan bahawa materi yang mati mencipta alam semesta dan hidupan dengan sendirinya adalah suatu yang sangat-sangat tidak masuk akal. Lebih dari itu, adalah suatu yang amat mustahil untuk berkata bahawa seorang manusia dengan kepercayaan seumpama itu memiliki kebijaksanaan dan kewarasan akal fikiran. Sebenarnya, Nabi Ibrahim a.s telah menyatakan betapa jelas kedangkalan akal fikiran para musyrikin ketiak menyembah ukiran kayu yang dibuat oleh mereka sendiri:

Ibrahim berkata: ‘Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun dan tidak memberi mudarat kepada kamu? (Celakalah) kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami? Surah Al-Anbiya: 66-67

Bersambung..........

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular