Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 16 Disember 2010

Kerana Ingin Jadi Ketua Parti Terbesar Di Malaysia, Zaid Sanggup Merampas Kuasa.

Inilah jadinya bila ada orang yang tidak boleh menerima arahan, yakni menjadi orang bawahan. Disebabkan ingin menjadi ketua, Zaid dikatakan telah merampas kuasa daripada Hanafi Mamat sebagai presiden A.K.I.M. dan beliau juga telah mengubah nama parti tersebut sebagai K.I.T.A.
Mungkin sekarang ini beliau menjadi bahan ketawa daripada pemimpin Umno dan PKR diatas sikap beliau yang terlalu kemaruk untuk menjadi orang nombor satu. Yang pasti Hanafi akan digulingkan oleh orang-orangnya sendiri kerana poket Zaid terlalu tebal untuk dibandingkan dengan poket Hanafi.
 
Hanafi Mamat tetap menganggap dirinya sebagai presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka presiden AKIM.

Sebelum ini Bernama melaporkan Pengarah ROS Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat mengesahkan Hanapi kekal menjadi presiden parti AKIM berikutan kemelut perebutan pihak lain terhadap jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan.

Sehubungan itu, Hanafi (kanan) berkata beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini.

AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya kepada Bernama di sini.

Hanafi mengulas laporan sebuah portal berita mengenai bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan menerajui parti KITA yang ditukarkan namanya daripada AKIM dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Akim di Kuala Lumpur.

NONEZaid (kiri), yang juga bekas ahli Parlimen Kota Bharu, juga dilaporkan sebagai berkata parti baru yang diterajuinya itu tidak akan menyertai pakatan
pembangkang.

Hanafi berkata mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Mereka yang cuba menghidupkan AKIM dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak tanduk segelintir anggota AKIM yang terlibat dengan penubuhan parti KITA, bagi menggantikan nama asal AKIM serta berniat untuk menggulingkannya. (MBRM)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular