TANZANIA: Tekanan Tidak Dapat Menghentikan Kebangkitan Kesedaran Islam
Umat Islam tiba di Tanzania yang terletak tengah-tenggara Afrika melalui sub-benua India. Kesan daripada aktiviti-aktiviti dakwah, masyarakat tempatannya telah meninggalkan gaya hidup kafir dan lalu memeluk agama Islam. Agama Islam dianuti oleh kira-kira 120 buah suku kaum di Tanzania.
Walaupun lebih separuh daripada masyarakatnya beragama Islam (dalam 55 peratus), umat Islam masih dilayan seperti puak minoriti. Masyarakat Kristian yang men jadi minoriti memegang tampuk pemerintahan. Umat Islam me wakili lebih dari separuh po pulasi Tanzania, namun negara ini masih digambarkan sebagai separuh Kristian dan separuh "agama tempatan." 9 juta umat Islam sedang berhadapan dengan polisi sistematik Kritianisasi. Para pelajar sekolah menengah yang gagal mengamalkan ajaran Kristian akan disingkirkan. Dengan cara yang sama, badan-badan dan pertubuhan-per tubuhan Islam adalah di larang, begitu juga dengan penyebaran Islam. Kerajaan juga turut meng haramkan bahasa Arab dan me nunaikan haji. Walaupun kerajaan Tan zania melakukan polisi-polisi sedemikian, jumlah umat Islam di sana terus meningkat setiap hari.
Salah satu daripada polisi kerajaan yang bermatlamat untuk mengkristiankan masya rakat adalah dengan me nu buhkan sistem kepercayaan Islam/Kristian di bawah nama Pergerakan Pembaharuan Islam. Rakyat adalah alat, dan sebagai sebahagian daripada polisi ini, mereka diberitahu supaya tidak perlu mengamalkan asas-asas Islam dengan begitu banyak. Mereka yang menentang ke percayaan yang mengelirukan ini akan dipenjara, atau dibunuh, atau dihalau keluar dari negara.
SRI LANKA, Terorisme yang Ditujukan Terhadap Umat Islam
Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi yang memiliki umat Islam seramai kira-kira 2.6 juta orang. Pihak gerila Tamil yang melancarkan peperangan menentang pemerintahan kadang-kala turut menyerang perkampungan Islam dan membunuh penduduk yang tidak bersalah. Dalam satu pembunuhan beramai-ramai terbaru yang berlaku di perkampungan Mawanella, ia telah dimusnahkan sama sekali pada 3 Mei 2001. Umat Islam Sri Lanka telah membina sebuah laman web bagi membolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, dan di dalamnya mereka cuba menggambarkan penderitaan yang sedang mereka alami seperti berikut:
...Kami umat Islam, secara asas nya, adalah sebuah masyarakat yang menjalankan aktiviti per niagaan dan perdagangan, de ngan per kembangan terkini kami menceburkan diri dalam pelbagai lapangan profesional. Sumbangan kami terhadap pem bangunan dan perkembangan Sri Lanka adalah sentiasa po sitif dan kami semenjak dahulu lagi telah membentuk pehubungan yang mesra dan rapat dengan semua komuniti yang tinggal bersama-sama kami.
Isu kumpulan pemisah Hari mau Tamil telah mendatangkan kepayahan dan azab kepada ramai umat Islam yang tinggal di kawa san-kawasan yang terjejas di ba hagian Utara dan Timur. Terkini, sebahagian kecil masyarakat Sin halese turut mengangkat senjata bagi menentang umat Islam, menyerang perniagaan kami, masjid-masjid dan juga kehidupan peribadi kami
|
Kami adalah masyarakat minoriti yang mencari kehidupan dan mahukan kewujudan keamanan dalam setiap lapisan masyarakat, memastikan kami dibenarkan untuk hidup dengan agama kami dan mengekalkan pendirian sosial yang sudah dilakukan sejak dahulu lagi... Kami bukannya sebuah masyarakat yang sukakan perpecahan dan keganasan seperti Tamil. Kami tidak suka menentang dan menunjukkan permusuhan terhadap masyarakat-masyarakat yang lain... Apa yang kami cari ialah kehidupan penuh sopan supaya kami dapat hidup aman dan selesa, meneruskan penyembahan kami terhadap Yang Maha Besar, menjalankan perniagaan dan profesion kami, dan mendidik serta membesarkan anak kami dengan cara yang mulia.66
Petikan di atas adalah bersumberkan kesedaran umat Islam Sri Lanka. Namun selama bertahun-tahun mereka masih gagal mencapai keamanan dan keselamatan yang dicari-cari. Dalam serangan terbaru sebagai contoh, kumpulan yang bersifat perkauman Budda Sri Lanka telah mengumpulkan al-Quran dan buku-buku Islam lain, termasuklah koleksi yang sukar dicari, teks yang berabad-abad lamanya, dan membakar kesemuanya di hadapan sebuah masjid. Dua buah masjid telah dibakar hangus dan lebih dari 90 peratus bangunan milik umat Islam telah dimusnahkan.
|
Ali Sahir Moulana, seorang ahli parlimen pembangkang yang beragama Islam memberitahu bahawa 3 buah masjid, 60 buah rumah, 80 buah kedai dan 2 stesen minyak milik umat Islam telah dibakar oleh kumpulan perusuh. Beliau turut mendakwa bahawa serangan-serangan tersebut dilakukan bertujuan untuk memusnahkan ekonomi umat Islam di Mawanella.
Bersambung.........
Harun Yahya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan