PENJAJAHAN DAN DARWINISME BRITISH
Negara yang mendapat untung daripada pandangan rasialis Darwin ini ialah negara Darwin sendiri, Britain. Pada tahun-tahun ketika Darwin mengemukakan teorinya, Great Britain berada pada kedudukan untuk membentuk empayar jajahan nombor satu di dunia. Semua sumber-sumber semula jadi di kawasan menganjur daripada India ke Amerika Latin telah dieksploitasi oleh Empayar British. "Orang-orang kulit putih" telah merompak seluruh dunia untuk kepentingan mereka sendiri.
Tetapi, sudah tentu, dengan dimulakan dengan Great Britain, tidak satu pun negara penjajah yang mahu dikenali sebagai "perompak" dan untuk terus dikenali di dalam lipatan sejarah seperti itu. Kerana itu, mereka mencari-cari penjelasan untuk membuktikan bahawa apa yang mereka lakukan adalah betul. Seperti penjelasan yang menggambarkan orang-orang yang telah dijajah ini sebagai "manusia primitif" atau "makhluk seperti haiwan". Dengan cara ini, mereka yang dibunuh beramai-ramai dan mendapat layanan yang tidak berperikemanusiaan tidak akan dilihat sebagai manusia, tetapi sebaliknya sebagai makhluk separuh-manusia separuh-haiwan, dan layanan buruk yang mereka terima tidak akan dianggap sebagai satu jenayah.
Sebenarnya pencarian ini bukannya baru: penyebaran awal penjajahan di dunia ini bermula pada abad ke-15 dan 16. Dakwaan yang menyatakan bahawa sebahagian bangsa manusia mempunyai sifat-sifat separuh-haiwan telah dikemukakan untuk pertama kalinya oleh Christopher Columbus di dalam pengembaraannya ke Amerika. Menurut dakwaan ini, Orang Asli Amerika bukan manusia, tetapi satu spesies haiwan yang telah berkembang. Kerana itu, mereka layak berkhidmat untuk penjajah-penjajah Sepanyol.
PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI KE ATAS PENDUDUK PERIBUMI AMERIKA:Setelah penemuan Amerika oleh Columbus, telah bermula pembunuhan beramai-ramai penduduk peribumi Amerika.
Walau berapa hebat Columbus digambarkan di dalam filem tentang penemuan Amerika sebagai seorang yang telah menonjolkan watak yang baik dan berperikemanusiaan kepada orang-orang asli, tetapi sebenarnya Columbus tidak pernah menganggap orang-orang asli ini sebagai manusia.19
Christopher Columbus adalah orang pertama yang melakukan pembunuhan beramai-ramai. Columbus telah menubuhkan koloni Sepanyol di tempat-tempat yang dijelajahinya, menjadikan orang-orang asli sebagai hamba dan dia juga bertanggungjawab untuk memulakan perniagaan hamba-hamba. "Penaklukan" Sepanyol menyaksikan polisi penindasan dan eksploitasi yang telah diamalkan oleh Columbus, dan telah meneruskannya: pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan telah mencapai satu dimensi yang tidak dapat dipercayai. Sebagai contoh, populasi sebuah pulau, adalah 200,000 apabila Columbus mula sampai ke situ, dan menjadi 50,000 sahaja 20 tahun kemudian, dan pada 1540 hanya seribu yang masih tinggal. Apabila penakluk Sepanyol yang terkenal, Cortes, pertama kali menjejakkan kakinya ke Mexico pada Februari 1519, jumlah populasi orang asli ialah 25 juta, tetapi pada 1605 ia telah menurun kepada I juta sahaja. Di pulau Hispaniola, populasi yang asalnya adalah 7-8 juta pada 1492, telah jatuh kepada 4 juta pada 1496, dan hanya tinggal 125 orang pada 1570. menurut pandangan ahli sejarah, kurang seabad Columbus menjejakkan kakinya ke benua tersebut 95 juta telah dibunuh beramai-ramai oleh penjajah. Ketika Columbus menemui Amerika, terdapat 30 juta orang asli tinggal di benua tersebut. Hasil daripada pembunuhan beramai-ramai sejak dahulu sehingga sekarang, mereka telah berada pada kedudukan menjadi satu bangsa yang berpopulasi kurang daripada 2 juta.
Sebab pembunuhan beramai-ramai ini mencapai kepada kadar yang menyayat hati ini adalah kerana orang-orang asli ini tidak dilihat sebagai manusia, tetapi sebaliknya sebagai binatang.
Tetapi dakwaan penjajah ini tidak mendapat banyak sokongan. Di Eropah pada masa yang sama, kenyataan bahawa manusia telah dijadikan sama rata oleh Tuhan dan mereka semua adalah keturunan daripada seorang moyang - Adam - telah diterima dengan meluas, di mana Gereja Katolik telah mengambil kedudukan yang jelas menentang pencerobohan perompak. Salah satu contoh terbaik ialah jawapan paderi Chiapas, Bartolome de las Casas, yang turut sama menjejakkan kaki ke Dunia Baru bersama dengan Columbus, yang menyatakan bahawa orang-orang asli itu "setiap mereka adalah manusia," sebagai jawapan kepada dakwaan para penjajah bahawa orang-orang asli tersebut adalah "satu spesies haiwan". Paus Paul III telah mengecam layanan ganas terhadap orang-orang asli di dalam satu perintah rasminya pada 1537, dan mengisytiharkan bahawa orang-orang asli adalah manusia sebenar yang mempunyai kemampuan untuk kepercayaan agama.
BERSAMBUNG.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan