Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 16 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg. 15)

BAB 3 

PERIKATAN BAHAYA DI ANTARA DARWIN DAN RASISME

PERIKATAN BERDARAH DI ANTARA DARWIN DAN HITLER

Nazisme telah muncul di dalam kekecohan Jerman yang telah dikalahkan di dalam Perang Dunia Pertama. Ketua parti tersebut adalah seorang yang pemarah dan agresif, Adolf Hitler. Rasisme telah membentuk pandangan dunia Hitler. Hitler percaya bahawa bangsa Aryan, yang menjadi elemen utama rakyat Jerman, adalah lebih tinggi daripada bangsa-bangsa lain dan ia perlu memerintah mereka. Dia mengimpikan bangsa Aryan akan membentuk sebuah empayar dunia yang akan kekal selama seribu tahun.
Sokongan saintifik yang ditemui oleh Hitler untuk teori-teori rasialis ini ialah teori evolusi Darwin.
Perancang idea utama Hitler, seorang ahli sejarah Jerman yang rasialis Heinrich von Treitschke, telah benar-benar tepengaruh dengan teori evolusi Darwin dan mengasaskan pandangan rasisnya berdasarkan Darwinisme. Beliau pernah berkata "Bangsa-bangsa hanya dapat dibangunkan oleh pertandingan ganas seperti (idea) 'yang kuatlah, yang terus hidup' Darwin", dan menegaskan bahawa ini bererti ia adalah peperangan yang berterusan dan tidak dapat dielakkan. Pendapat beliau ialah, "Penaklukan dengan pedang adalah satu cara untuk membawa ketamadunan kepada kekejaman dan pengetahuan kepada kejahilan". Beliau berpendapat: "Bangsa-bangsa kuning tidak mempunyai kebolehan memahami seni dan kebebasan politik. Telah menjadi takdir kepada orang kulit hitam untuk berkhidmat kepada orang kulit putih dan menjadi sasaran kebencian orang kulit putih untuk selama-lamanya…"43


Hitler dan bukunya Mein Kampf di mana dia menyusun ideologinya
Ketika Hitler membangunkan teori-teorinya, dia telah membentuk inspirasi, daripada Darwin seperti juga Treitschke dan secara umumnya idea Darwin berkaitan perjuangan untuk hidup. Judul bukunya yang terkenal Mein Kampf ("Perjuanganku") telah diinspirasikan oleh idea perjuangan untuk hidup ini. Seperti Darwin, Hitler telah meletakkan bangsa-bangsa bukan Eropah pada status monyet, dan menyatakan, "Ambil semua bangsa Nordik Jerman dan tidak ada apa yang tinggal melainkan beruk-beruk".44

Di dalam rapat parti Nuremberg 1933, Hitler mendakwa bahawa "satu bangsa tertinggi menakluki satu bangsa rendah… adalah kebenaran yang kita perhatikan di dalam alam semulajadi dan ia dikira sebagai kebenaran yang paling masuk akal. Kerana ia telah diasaskan berdasarkan sains".45
Hitler yang mempercayai ketinggian bangsa Aryan, percaya bahawa ketinggian bangsa ini telah diberikan secara semulajadi. Di dalam Mein Kampf beliau menulis seperti berikut:
Orang-orang Yahudi telah membentuk satu bangsa sub-manusia yang bertentangan, yang telah ditakdirkan oleh warisan biologi mereka menjurus kepada kejahatan, seperti bangsa Nordik yang telah dijadikan untuk menjadi bangsawan… Sejarah akan sampai ke kemuncaknya di dalam satu empayar kegemilangan yang baru, berdasarkan tatatingkat bangsa baru yang ditentukan sendiri oleh alam semula jadi.46
Hitler, yang beranggapan bahawa manusia adalah haiwan yang telah berkembang, percaya bahawa selain daripada membiarkan kuasa semula jadi dan peluang, atau dengan kata lain kebetulan, untuk mengawal evolusi adalah perlu juga baginya untuk mengawalnya sendiri bagi membangunkan bangsa manusia. Dan ini adalah matlamat utama gerakan Nazi. Untuk merealisasikan matlamat ini, langkah pertama ialah dengan memisahkan, dan mengasingkan, bangsa-bangsa mundur ini daripada bangsa Aryan, yang mereka percaya adalah bangsa yang maju.
Pada peringkat ini, Nazi telah mula melaksanakan Darwinisme, dan sebagai contoh "teori eugenik" yang berasal daripada Darwinisme.
BERSAMBUNG.....
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular