Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 20 Mac 2011

Tentera Gaddafi tembak jatuh pesawat penentang.

Foto
GAMBAR menunjukkan sebuah pesawat terbakar dan jatuh setelah ditembak di Benghazi, menyebabkan api dan asap tebal menjulang naik ke udara, setelah pasukan tentera Gaddafi melancarkan serangan ke atas pemberontak.

Pesawat tentera setia kepada Muammar Gaddafi melakukan dua serangan udara ke atas kubu pemberontak di barat daya bandar ini awal pagi semalam dan asap tebal dilihat menjulang dari kawasan yang disasarkan, walaupun pemimpin Libya itu ditekan negara Barat agar mengadakan gencatan senjata.


Sementara itu, kumpulan pemberontak mengesahkan pesawatnya ditembak jatuh di sini oleh pasukan Gaddafi dalam insiden dramatik yang dirakam kamera di tengah-tengah bandar dikuasai pemberontak ini.


“Ya, ia adalah salah satu daripada pesawat kami. Ia ditembak jatuh oleh tentera Gaddafi,” kata seorang pegawai kanan pemberontak.

Sementara itu, pesawat dapat didengar awal pagi semalam terbang di atas pusat bandar, di mana letupan dan tembakan meriam antipesawat kedengaran sepanjang malam.

Serangan udara pertama muncul pada jam 5.20 pagi waktu tempatan, diikuti serangan kedua 20 minit kemudian, menghasilkan asap hitam tinggi menjulang yang terus berada di langit hampir setengah jam kemudian.

Pada jam 8.17 pagi, satu siri letupan kecil, kemungkinan dari roket Katyusha, menghasilkan sekurang-kurangnya tujuh letusan kecil asap hitam di selatan bandar ini. 


Serangan udara itu muncul ketika kerajaan Libya berkata ia sedang menimbangkan untuk mengadakan gencatan senjata yang diumumkan sejurus selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang udara Libya.

Namun tentera pemberontak yang cuba menggulingkan pemimpin Libya berkata tentera Gaddafi terus mengebom bandar, ketika mencadangkan gencatan senjata.

Di TRIPOLI, Timbalan Menteri Luar Libya menafikan melancarkan serangan ke atas Benghazi dan berkata tentera kerajaan tidak akan melanggar gencatan senjata.

“Pasukan bersenjata kini terletak di luar bandar Benghazi dan kami tiada hasrat memasuki Benghazi,” kata Khaled Kaaim kepada media.

Kaaim juga menggesa pengerahan segera pemantau asing, menyatakan jika tidak “tuduhan dan tuduhan balas tidak akan berhenti.” – AFP
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular