RM1 bilion barang kemas Imelda
dipamer
Rosmah Mansor, 'First Lady of Malaysia'.
Koleksi
barang kemas milik bekas Wanita Pertama Filipina, Imelda Marcos, akan
dipamerkan kepada orang awam untuk kali pertama selepas dirampas kerajaan
beberapa dekad lalu.
Ketua sebuah agensi kerajaan yang mengendalikan khazanah Filipina, Ricardo
Abcede, berkata orang ramai berpeluang melihat sendiri harta bernilai lebih RM1
bilion sebelum Presiden Gloria Arroyo berundur daripada jawatannya. Barang kemas
itu kini disimpan di dalam peti besi Bank Pusat negara berkenaan.
Abcede berkata, pameran itu dibuat bagi membuktikan bahawa koleksi terbabit
masih dalam keadaan baik di bawah seliaan kerajaan Gloria. “Antara koleksi
barang kemas Imelda yang akan dipamerkan adalah anting-anting batu delima
sebesar ibu jari dan rantai berlian 100 karat,” katanya semalam.
Barang kemas itu dirampas selepas suami Imelda, Ferdinand Marcos, digulingkan
oleh kebangkitan rakyat pada 1986 memaksa mereka sekeluarga hidup dalam buangan
di Amerika Syarikat. Marcos mati Hawaii 21 tahun lalu. - AFP
Komen Blog Ibnu Hasyim: Wahai
pemimpin, muliakah kamu dengan harta? Menurut sejarah, ketika Umar akan memasuki
Baitul Maqdis, beliau disambut oleh pembesar Romawi dan masyarakat ramai.. beliau disaran
gantikan pakaianya dengan pakaian yang mewah. Mengganti untanya dengan
kuda yang gagah. Tetapi Umar tidak mahu bahkan marah.
“Kita adalah kaum yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Bila kita
mencari kemuliaan dengan selain Islam, maka Allah akan menghinakan kita”.
Keterangan:
Suatu kalimat yang mengandung nilai-nilai keimanan yang sempurna. Ketakwaan
yang tinggi. Akhlak yang agung. Yang tidak sembarang orang mampu mengucapkan
kalimat yang tegas tersebut. Apalagi di zaman sekarang, bujukan meterialis dan
kapitalis sangat menggoda.
Umar faham dan tahu bahawa kemuliaan seorang Muslim disisi Allah bukan
terletak pada pakaian indah, rumah mewah, harta melimpah, memiliki banyak sawah,
makanan yang berkuah menurut kehebatan waktu itu.. Mulianya seorang Muslim
disisi Allah terletak pada ketakwaannya, sikap rela sepenuh hati dan mengamalkan
secara sempurna ajaran Islam yang mulia bersumber dari Dzat Yang Maha Mulia,
Allah Yang Maha Agung.
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Mengenal. (QS: Al-Hujuraat/ 49 : 130)
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah
Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama
bagimu. (QS: Al Maa’idah/5: 3).
Siapakah Umar yang telah berkata dengan tegas lagi bijaksana tersebut?
Umar yang dimaksud adalah Umar bin Kaththab bin Nufail bin Abdul ‘Uzaa bin
Rabah bin Qurth bin Razah bin Ady bin Ka’ab bin Luay. Qiyadah (pemimpin) kaum
Muslimin yang bergelar Amirul Mu’minin, Abu Hafash Al Qurasyi, Al Adawi, Al
Faruq.
Umar adalah sahabat Rasulullah SAW yang memiliki kedudukan mulia disisinya
bahkan pernah didoakan secara khusus. Imam Tirmidzi dan Al Hakim, beliau
menyatakan bahawa riwayat ini shahih, riwayatkan dari ‘Uqbah bin Amir, beliau
berkata..
Rasulullah SAW bersabda: “Kalau selepasku ada Nabi, pastilah dia, Umar!"
Al Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW berdoa kepada
Allah: “Ya Allah muliakanlah agama Islam ini dengan Umar ibnu Khaththab”.
(Hadits serupa diriwayatkan oleh Imam Ath- Thabarani dalam kitabnya Al Awsath dari hadits Abu Bakar, sedangkan
dalam kitabnya Al Kabir dari hadits
riwayat Tsauban).
Umar juga mertua Rasulullah SAW, kerana anaknya yang bernama Hafshah
merupakan isteri keempat Rasulullah SAW setelah Khadijah binti Khuwailid, Saudah
binti Zam’ah, Aisyah binti Abu Bakar Siddiq.
Dalam rangka mengunjungi Baitul Maqdis di Palestin, tempat yang pernah
dikunjungi Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj pada tahun ke 10
kenabian, Umar bin Khathathab meninggalkan kota Madinah, ibu kota pemerintahan
Islam untuk sementara waktu. Beliau meyerahkan urusan kota Madinah kepada
sahabat seperjuangan dalam menegakkan agama Allah di muka bumi, iaitu menantu
Rasulullah saw, Ali bin Abi Thalib.
Umar pergi ke Baitul Maqdis, Palestin atas cadangan Ali bin Abi Thalib
setelah menerima surat permohonan damai dari penduduk setempat yang dipimpin
Uskup Agung Severinus.
“Pasukan Muslimin sudah bersusah payah menghadapi udara sejuk, perang dan
sudah lama meninggalkan kampung halaman... Kalau anda datang menemui mereka,
kedatangan anda dan pasukan Muslimin akan merasa aman, akan merasa sejuk. Semua
ini akan membawa perdamaian dan kemenangan”, kata Ali bin Abi Thalib
menyampaikan pendapatnya.
Umar berangkat meninggalkan kota Madinah menuju Baitul Maqdis dengan
menggunakan unta kelabu, membawa dua buah karung, masing-masing berisi tepung
gandum dan kurma, sebuah kirbat di depannya berisi air penuh dan sebuah bokor
tempat makanan di belakangnya. Beliau pakai baju gamis tebal dibuat dari kapas
bergaris-garis yang tepinya sudah robek.
Ketika akan sampai di tempat tujuan, Umar bin Khaththab sebagai seorang
khalifah, pemimpin kaum Muslimin, qiyadah bagi pengikutnya, melangkahkan kaki,
mengayunkan tangan sambil menuntun untanya, sedangkan pembantunya yang bernama
Maisarah duduk di atas belakang unta.
Maisarah rasa tak sedap, ketika Baitul Maqdis sudah ada di depan mata,
pembesar Nashrani dan masyarakat umum sudah siap menyambut kedatangan Umar bin
Khaththab sebagai pemimpin kaum Muslimin. Tetapi Umar terus melanjutkan
perjalanannya dan menyuruh pembantunya tetap di atas belakang unta, kerana
berdasarkan janji gilir naik dan tuntun unta, kebetulan ketika sampai di tempat,
giliran Umar yang menuntun.
Sebagai pemimpin, Umar telah memberikan teladan yang agung kepada kaum
Muslimin terutama sebagai pemimpin yang telah diberikan amanah mengurus umat
nabi Muhammad SAW. Beliau tetap konsisten terhadap janji, walaupun kepada
pembantunya. Umar tidak merasa hina menuntun unta dengan pakaian yang sangat
sederhana sedangkan pembantunya tetap duduk dibelakang unta.
Umar telah membuktikan, dengan takwa sebenar-benarnya. Sikap hidup sederhana, jujur dan amanah. Ambil berat kepada rakyat, menghargai pengorbanan tenteranya sehingga dihormati pengikutnya dan disegani lawannya. (AK)
Kredit: Ibnu Hasyim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan