Tentera Fiji di Tanah Melayu
Isteri Kau, Isteri Aku
Sejak Mat
Indera popular dikalangan buruh sehingga diangkat menjadi pemimpin
mereka, kerajaan British sudah mula memusuhi Mat Indera. Apatah lagi
apabila Mat Indera bergerak di bawah Partai Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) yang
dipimpin Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad. Matlamat
mereka ialah untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris.
Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan Angkatan Pemuda Insaf (API).
Pada 20 Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat
di seluruh negara dan semua gerakan dan partai gerakan kiri telah
diharamkan. Pada masa ini revolusi bergema di serata tempat. Mat Indera
telah memimpin belasan pemuda memasuki Tentera Pembebasan Nasional
Malaya, mengibarkan panji perjuangan bersenjata dan mengisytiharkan
perang terhadap penjajah British. Mat Indera kemudiannya dilantik
sebagai anggota Jawatankuasa Wilayah Bahagian Johor Jabatan Kerja Melayu
serta menjadi salah seorang pemimpin Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan
Nasional Malaya.
Mat Indera adalah seorang kader penyusun gerak yang sangat efektif.
Pengaruh beliau yang sudahpun tersebar di pelbagai daerah negeri Johor
adalah hasil perjuangan beliau pada masa aman dahulu. Pasukan kerja
bersenjata pimpinan beliau wujud di pelbagai kawasan terutama di Muar,
Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mat Indera bersama gerakan
KaumMudanya telah berusaha menaburkan benih-benih revolusi di merata
kampung dan memperluaskan pengaruh serta tapak organisasi di kalangan
ramai pekerja khasnya kaum tani.
Hubungan beliau dengan
masyarakat bagai isi dengan kuku. Mat Indera sangat mengambil berat
kehidupan masyarakat pelbagai bidang. Masyarakat pula menyambutnya
seperti putera terbaik kesayangan mereka sendiri. Mereka lebih-lebih
gembira kerana mempunyai tentera mereka sendiri dan Mat Indera yang
mereka anggap sebagai seorang pemimpin mereka di waktu aman dahulu kini
muncul pula di tengah-tengah mereka sebagai seorang komander Tentera
Pembebasan. Banyak kampung telah disusun dan menjadi asas untuk
menyokong perjuangan bersenjata mereka. Tambahan pula kesan kemasukan
tentera Gurkha dan Fiji British ketika era perang terhadap Jepun mula
mendatangkan masalah kepada penduduk kampung.
Tentera Gurkha di Tanah Melayu
Inilah antara punca kepada peristiwa penyerangan Bukit Kepong. Menurut
Pak Johan, masyarakat kampung ketika itu banyak diganggu oleh
askar-askar upahan penjajah ini. Perangai dan tingkahlaku buruk yang
ditunjukkan oleh tentera Gurkha dan Fiji ini semakin menyusahkan
masyarakat kampung sejak Jepun keluar dari Tanah Melayu. Mereka lebih
gemar berjudi dan mabuk, seterusnya mengganggu orang kampung. Askar Fiji
pula lebih teruk lagi apabila tidak boleh melihat perempuan. Tidak kira
anak dara atau isteri orang, jika mereka suka mereka akan mendapatkannya.
Pernah terjadi satu peristiwa seorang kampung menetak dengan parang
seorang lelaki yang sedang mengendap isterinya di dapur. Rupa-rupanya
lelaki yang mengendap itu adalah tentera Fiji. Walaupun tentera Fiji ini
bersalah, dan hanya tercedera di lengan namun lelaki ini lebih malang
lagi kerana dipenjarakan sehari di atas tindakannya itu. Bak kata Pak
Johan, "Lagak askar Fiji ini dengan perempuan, tidak peduli. Jika mereka sudah suka, isteri kau..isteri aku.". Lebih
malang lagi pengaruh buruk tentera-tentera upahan British ini turut
mempengaruhi sebahagian anggota Polis melayu yang berkhidmat untuk
British. Walaupun tidaklah seteruk hingga merogol isteri orang, namun
budaya minum dan mabuk ini sudah menjadi kebiasaan dikalangan ramai
anggota polis yang bekerja dengan British ketika itu.
Sdr Awang (kiri) bersama bapanya Yahya. Pak Yahya adalah anak kepada Pak Sanib.
Oleh kerana maklumat terperinci perjuangan Mat Indera ketika di dalam
hutan tidak begitu diketahui oleh Pak Johan. Saya bersama SAMM berjaya
menjejak anak kepada rakan baik Mat Indera iaitu Sanib Jasmani. Sanib
Jasmani adalah merupakan Ketua Kompeni Rejimen Ke-10, juga berasal dari
Johor, dan pernah sama-sama berjuang bersama Mat Indera. Kami berjaya
menjejakkan kaki ke Jeram, Muar untuk bertemu anak kepada arwah Sanib
Jasmani iaitu Pak Yahya yang berusia 68 tahun.
Menurut Sdr Awang, iaitu anak Pak Yahya yang pernah bertemu sendiri
dengan Pak Sanib semasa hidupnya, telah dimaklumkan tentang keburukan
perangai tentera dan polis Britih ketika itu yang berlaku zalim dan
penindasan terhadap penduduk kampung. Namun apalah daya penduduk kampung
ketika itu. Handak diharapkan kepada Polis melayu, mereka juga bekerja
dengan British. Hendak melawan mereka tidak bersenjata.
Sanib Jasmani @ Masin merupakan anggota pasukan Melayu Johor.
Ketika inilah Mat Indera menjadi harapan masyarakat kampung untuk membela nasib mereka yang ditindas dan dizalimi oleh anjing-anjing British ini. Menurut Awang juga, Mat Indera yang sememangnya terkenal di kalangan penduduk kampung di Muar hanya menggunakan Komunis untuk mendapatkan bekalan senjata bagi melawan polis dan tentera penjajah ini. Pak Sanib akhirnya pulang kembali ke Malaysia selepas perjanjian damai hatyai pada 1989. Beliau telah meninggal dunia di Gunung Senyum di Jengka, Pahang beberapa tahun lepas.
Keluarga MAT INDERA Di Buang Negeri
Sejak Mat Indera menjadi buruan
kerajaan British. Keluarga Mat Indra yang ketika itu tinggal di Bakri
sentiasa mendapat penghinaan. Pak Johan turut menceritakan pengalamannya
melalui zaman persekolahan ketika itu. Penghinaan terhadap keluarganya
yang dikatakan menjadi penyokong komunis dan pengganas sudah ditanamkan
oleh propaganda kerajaan British ketika itu. Propaganda itu turut
menyerap dikalangan guru dan rakan-rakannya di sekolah ketika itu.
Beliau sentiasa dicemuh oleh semua guru di sekolahnya sebagai keluarga
komunis. Kecuali seorang guru agama, Haji Hitam yang sentiasa memberi
sokongan dan meminta Pak Johan supaya bersabar. Perkara ini tidak sukar
difahami kerana, kebanyakan guru ketika itu adalah merupakan lepasan
sekolah Inggeris, melainkan guru agama yang mempunyai kefahaman agama
yang lebih. Tambahan pula Mat Indera sendiri adalah seorang guru agama
yang terkenal di Muar sebelum masuk berjuang di dalam hutan.
Hanya seorang guru agama sahaja yang tidak menghina dan mengutuk saya di sekolah sebagai Komunis dan pengkhianat - Pak Johan
Kemuncak tekanan kerajaan British kepada keluarga Mat Indera
ialah mereka diusir dari bumi Johor. Keluarganya di arah untuk keluar
dalam tempoh masa 3 bulan. Jika mereka engkar mereka sekeluarga akan
dipenjarakan. Akhirnya Pak Johan dan keluarganya memilih untuk berpindah
ke Singapura.British memberikan kepada keluarga mereka 3 pilihan tempat
untuk berpindah iaitu di Pulau Pinang, Singapura atau Melaka. Mereka
sekeluarga tinggal di Singapura selama setahun.
Sepanjang tempoh lima tahun di Singapura ini, mereka tidak mengetahui khabar berita
tentang Mat Indera. Mereka hanya mendengar khabar berita tentang Mat
Indera daripada berita serangan di Bukit Kepong dan Mat Indera ditangkap
ketika berada di Singapura.
Kredit: Pulakdah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan