Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 10 November 2011

Apakah Yang Akan Berlaku Jika negara Bangrap?

Oleh: Topi Hijau
Dikirim melalui Facebook pada Gerakan Bebaskan Malaysia


Dalam era pascamodenisasi ini, kita sering menggunakan perkataan ‘muflis’ atau ‘Bankrap’ kerana keadaan sekeliling kita di dunia yang serba canggih ini sering bergantungan dengan wang. Dari segi konseptual, muflis bermakna akuan ketidakupayaan individu atau institusi untuk membayar hutang kepada pemiutang. Oleh itu, ianya merupakan kedudukan terakhir individu atau institusi yang tidak upaya untuk membuat pembayaran. Tetapi harus diingat bahawa ia adalah status undang-undang yang tidak berdaya untuk membayar hutang kepada pemiutang.


Muflis boleh berlaku kepada anda, saya sendiri atau syarikat yang kita sedang bekerja. Tetapi persoalannya ialah, adakah ianya juga boleh berlaku kepada sesebuah negara? Jawapannya ialah ya. Negara bankrap bukan hanya sekadar teorikal semata-mata. Argentina pernah berada di dalam keadaan negara bankrap pada tahun 2001 dan 3 tahun sebelumnya, Rusia berada di dalam situasi yang sama. Jerman pernah muflis sebanyak 2 kali di dalam sejarah negaranya, dimana kali pertama pada tahun 1923 dan kali kedua pada 1945. Jadi, negara bankrap adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Istilah muflis amat signifikan terhadap negara-negara yang sedang membangun dan mundur kerana potensi negara tersebut untuk mencapai status negara muflis adalah tinggi. Keadaan muflis akan menyebabkan kita membayar semua asset yang ada kepada pemiutang. Pemiutang boleh menyatakan petisyen muflis terhadap individu atau organisasi dalam usaha mereka untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada wang milik mereka.

Kenyataan Menteri Idris Jala mengenai keadaan negara Malaysia yang bakal menghadapi muflis pada tahun 2019 dan Badan Pemikir Bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) juga meramalkan bahawa hutang negara bakal mencecah 1 Trillion dengan defisit semasa berada pada 437 billion. Dengan keadaan defisit selama 14 tahun berturut-turut tanpa dikawal oleh kerajaan, hutang negara yang mencecah hampir setengah trillion dan pertumbuhan ekonomi yang agak lembab memburukkan lagi keadaan ekonomi negara Malaysia. Kelemahan ekonomi dan hutang negara yang meningkat ini telah mencipta sebahagian besar kepada persepsi masa hadapan mengenai keadaan negara yang bakal menghadapi muflis. Persoalannya, “Apakah yang akan berlaku jika negara dalam keadaan bankrap?”

Inflasi mengakibatkan nilai matawang berkurang

Walau bagaimanapun, perkara yang kerajaan secara tradisinya lakukan apabila mereka tidak dapat membayar hutang ialah dengan mencetak wang ringgit dengan lebih banyak. Masalahnya, ia akan menyebabkan berlakunya inflasi dengan menyebabkan nilai wang tersebut kian susut. Ianya telahpun berlaku suatu masa dahulu apabila Republik Weimar yang telah dihancurkan di bawah hutang semasa perang dunia pertama dan memutuskan untuk membayar hutang dengan mencetak lebih banyak wang. Hal tersebut menyebabkan nilai matawang tersebut jatuh. Ia boleh berlaku di negara kita juga dan wang yang anda simpan tidak akan mempunyai nilainya lagi dari masa ke semasa.

Inflasi adalah satu hakikat hidup. Nilai matawang RM5 pada masa sekarang tidak akan sama dengan nilai RM5 pada masa dahulu. Inilah dinamakan sebagai inflasi. Zimbabwe sedang mengalami hyperinflasi dimana 100 Billion Dollar Zim hanya mampu membeli 3 biji telur ayam sahaja. Bayangkan jika anda ingin membeli sedozen telur ayam. Adakah ianya memerlukan wang sejumlah 1 Trillion? Sudah pasti anda telah lama bergelar Billionaire!

Hilang kerja, Gaji dipotong dan Cukai melambung

Apabila keadaan syarikat atau pihak kerajaan tidak mempunyai pendapatan yang kukuh akibat hutang syarikat atau negara yang tinggi. Oleh itu, sesetengah kakitangan dan pekerja akan kehilangan kerja bagi memastikan syarikat atau kerajaan tidak mempunyai kehilangan dana akibat daripada membayar gaji pekerja. Selain itu, bagi syarikat yang bakrap, mereka terpaksa menghentikan syarikat ataupun kilang mereka. Keadaan ini akan menamatkan kontrak ramai pekerja mereka dan menjadikan ramai rakyat kehilangan kerja. Sebagai contoh, negara Greece yang berhadapan dengan negaranya yang bankrap terpaksa menghentikan 30 ribu kakitangan awam mereka. Jumlah ini belum lagi termasuk dengan jumlah pekerja daripada syarikat dan kilang swasta. Kerajaan Greece juga memotong 40 peratus gaji kakitangan awam yang dikekalkan di sector awam mereka.

Cukai yang dikenakan terhadap rakyat akan melambung tinggi. Hal ini adalah bagi tujuan pemerintah mendapatkan dana untuk membayar semula hutang dan menjana pendapatan negara semasa negara dalam keadaan muflis. Rakyat akan menanggung hutang yang tinggi daripada kesan negara muflis tersebut.

Hidup anda dalam keadaan merbahaya

Jika negara bankrap, penduduk di negara kita akan begitu marah, keliru dan amat kecewa akibat kehilangan sumber ekonomi, taraf hidup kian kurang serta beban cukai yang tinggi. Mereka tidak mempunyai keyakinan lagi terhadap pemimpinnya yang menyebabkan keadaan negara menjadi sebegitu rupa. Ianya disusuli lagi dengan ekonomi yang ngeri dan keupayaan untuk menjaga ketenteraman awam dikurangkan oleh kearajaan. Dalam keadaan itu, rusuhan dan jenayah akan meningkat. Sebagaimana yang berlaku di Argentina suatu masa dahulu apabila negara tersebut berhadapan dengan keadaan negara bankrap. Keganasan meningkat sebanyak 142% dan anak-anak muda yang menganggur terpaksa merompak untuk mendapatkan sumber kewangan bagi meneruskan hidup.

Program yang dibiayai oleh kerajaan akan berakhir

Kerajaan ialah institusi utama bagi perkhidmatan awam seperti polis, kesihatan, pendidikan, pembangunan awam, sokongan infrastruktur seperti jalan raya dan utility yang lain. Apabila negara dalam keadaan bankrap, mereka tidak boleh lagi meneruskan program-program ini akibat daripada kekangan dana. Hasilnya, semua program yang dibiayai oleh kerajaan sebelum ini akan berakhir. Sepertimana negara Indonesia. Program kesihatan dan pendidikan tidak lagi di biayai oleh kerajaan. Maka, rakyat negara tersebut menikmati kemudahan kesihatan daripada pihak swasta dan memerlukan duit yang banyak untuk membiayai kos rawatan dan pendidikan. Bagi yang berkemampuan sahaja mampu untuk membayar kos persekolahan anak mereka di sekolah menengah. Hal ini menyebabkan keciciran pendidikan dalam kalangan rakyat negara tersebut.

Adakah sejarah akan berulang lagi?

Pakar ekonomi telah memberikan amaran bahawa Malaysia akan berhadapan dengan keadaan negara muflis jika jumlah hutang negara mencecah RM 1 Trillion dan mengikut unjuran hutang negara, negara bakal muflis pada 2019 dengan kadar hutang RM1.16 trillion. Ianya menunjukkan bahawa negara kita bakal mengulangi negara yang pernah muflis seperti Rusia, Argentina, Greece dan Iceland. Persoalannya ialah, adakah kita akan bertindak secara kolektif atau membiarkan nasib negara kita meminta simpati daripada negara jiran? Keputusan di tangan anda. Ubah sebelum terlambat!

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular