Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 10 Jun 2011

Panas: Beberapa 'Fakta Penting' Yang Telah cuba Di Sembunyikan Lynas Dari Pengetahuan Rakyat.


Satu sesi ceramah telah dianjurkan oleh Save Malaysia pada 5 Jun lalu di Tingkat Atas GC Curry House Jalan Air Putih Kuantan. Beberapa perkara yang tidak dimaklumkan oleh Lynas dan tidak pernah diberitahu kepada rakyat telah didedahkan oleh Dr.Lee Che Chong (foto). Beliau berkongsi pengetahuan keseluruhan tentang operasi kilang pemprosesan rare earth Lynas di Gebeng. Beliau mendapat Doktor Falsafah (PHD) dalam jurusan kejuruteraan dan sains kakisan (corrosion science and engineering) dariUniversity of Manchester, UK dan berkelayakan sebagai perunding kejuruteraan serta terlibat dalam bidang tersebut selama 7 tahun. Beliau juga dilahir dan dibesarkan di Kuantan. Dr. Lee berkata, menurut laporan yang disediakan oleh Lynas,Lynas Advance Material Plant(LAMP) akan menghasilkan 11,000ton rare earth tulen pada tahun pertama dan 22,000ton pada tahun seterusnya. Ikut pasaran sekarang, harga jualan satu kilogram (KG) rare earth tulen adalah USD$180. Malah, LAMP itu akan menghasilkan air buangan sebanyak 500ton sejam, gas buangan sebanyak 100,000meter padu sejam, dan sisa simen yang mempunyai elemen beradiasi (Iron-phosphogypsum) sebanyak 64,000 ton dimana kandungan Thoriumadalah 1655 ppm (atau 106ton) dan Uranium adalah 87 ppm (atau 5.6ton). Di samping itu, nilai eksport hasil Lynas itu dijangka boleh mencapai RM8 Billion setahun tetapi dikecualikan tax selama 12 tahun ( insentif tax) yang yang diberi oleh Kerajaan Malaysia.

[Sebenarnya masih banyak maklumat panas dan penting yang telah kami perolehi bagi membuktikan sememangnya projek Lynas ini adalah satu usaha pihak-pihak tertentu untuk mengaut kekayaan dengan jalan singkat. Kita tidak mahu menuduh atau mempertikaikan hak mereka kerana kuasa ada ditangan pihak terbabut. Namun, sekurang-kurangnya dengarlah suara rintihan rakyat dan janganlah berlagak pandai dengan memberi alasan-alasan bodoh yang tidak masuk dek akal. Mutakhir ini isu perkauman digunakan, kononnya kaum Cina dengki kerana semua pekerja di Lynas dari peringkat bawahan hingga atasan adalah orang Melayu. Malah mereka juga mengaku radiasi yang dikeluarkan oleh Lynas lebih rendah dari benda-benda lain yang jelas melucukan kita. Rakyat tidak perlu diperkotak-katikan sedemikian rupa, mereka tahu siapa yang akan mendapat keuntungan lumayan hasil komisyen dan durian runtuh daripada projek berkenaan. Oleh itu tunggu pendedahan seterusnya tentang rahsia siapakah pemilik tanah yang didirikan kilang Lynas itu sebenarnya. Baca seterusnya tentang fakta-fakta yang disembunyikan oleh Lynas daripada pengetahuan rakyat di SINI]. PahangDaily Online
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular