Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 31 Disember 2011

Travelogue Kemazhaban Budak London


“Saya hilang keyakinan terhadap Abu Hurairah sebagai perawi hadith” kata Shah.
Saya terdiam.
Nash gelisah.
“Anta baca buku Tijani?” saya bertanya.
“Buku yang mana satu?” Shah menyoal kembali.
Pelajar Tahun 1 Imperial College itu sendiri berkerut dahinya. Gelisah dengan apa yang beliau sendiri percaya. Ragu barangkali.
“Buku Thummahtadaitu. Naskhah terjemahan UIAM dengan tajuk Akhirnya Kutemui Kebenaran tu” saya menjawab.
“Ya” jawab Shah. Perlahan.
“Apa buku yang anta pernah baca tentang Abu Hurairah?” saya menyambung pertanyaan lagi.
“Tak ada” jawabnya.
“Anta rasa adilkah anta meragui Abu Hurairah akibat kenyataan yang datang daripada musuhnya, sebelum anta mengenali Abu Hurairah itu siapa, berdasarkan keterangan insan-insan yang menggauli dan lebih dekat dengannya?” saya menyambung soalan.
Soal fakta satu bab.
Namun yang lebih perlu dijelaskan ialah kaedah mencari fakta. Usul ilmu itu sendiri.
“Letihlah ustaz. Banyak nak kena baca. Tapi buku Tsummahtadaitu tu sedap dibaca” Shah mengeluh.
“Anta pernah dengar tentang novel Émile, or On Education oleh Jean-Jacques Rousseau?” saya bertanya.
“Tidak” katanya.
“Novel itu mencetuskan fenomena dalam sejarah Eropah Moden. Ia adalah contoh bagaimana fakta disampaikan melalui sastera. Melalui bahasa Romanticism. Bukan sahaja faktanya diterima, malah ia menyuntik fikiran kepada orang Eropah ketika itu bahawa hidup bukan berasaskan kepada logik semata-mata. Unsur emosi juga boleh memandu manusia untuk membuat penilaian dan pertimbangan dalam kehidupan” saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu.
“Maksud ustaz, Thummahtadaitu melakukan benda yang sama ke atas diri saya? Bermain dengan emosi saya?” soal Shah.
“Ya, mencapai akal melalui jendela emosi” saya membuat rumusan.
Buku Akhirnya Kutemui Kebenaran oleh Mohammed Al-Tijani Al-Samawi sangat popular di Malaysia. Ia hanyalah salah sebuah buku yang menyampaikan idea-idea Syiah yang terdapat di perpustakaan, namun amat popular di Malaysia, terutamanya selepas naskhah terhad terjemahan oleh UIAM tersebar dan berpindah daripada satu tangan mahasiswa ke tangan mahasiswa yang lain.
Kekuatan buku pengarang Tunisia bernama Muhammad al-Tijani al-Samawi  ini ialah penyampaian fakta melalui teknik penceritaan. Kisah pengembaraan beliau bersama Mun’im, seorang pelajar Iraq yang ditemuinya di Mesir, telah membawa beliau ke bandar-bandar utama Syiah, menemukan beliau dengan ramai tokoh besar Syiah seperti Ayatullah Abul-Qassim Khoei (al-Khu’i), Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr dan Tabatabaei. Penyampaian fakta  melalui soal jawab sangat pantas menggerakkan diri pembaca untuk menyerap apa yang disampaikan.
Perjalanan hidup beliau membawa corak yang sama berlaku kepada ramai di kalangan anak muda kita yang mencari agama.
Seorang yang datang daripada masyarakat tradisional yang kuat pengaruh Sufi, teruja dengan perbahasan-perbahasan berasaskan dalil semasa mengerjakan Haji di Arab Saudi lalu menjadi ‘Salafi’. Menyanggah pelbagai amalan dan pendapat yang melata di dalam masyarakatnya. Tetapi kemudiannya ‘luka-luka’ yang dicetuskan membekas hingga penemuannya dengan rakan bernama Mun’im semasa berada di Mesir, telah membawa beliau meninggalkan satu tebing, pergi ke tebing yang paling jauh di sudut sana.
Idea-idea tentang Abu Hurairah pengampu Bani Umayyah, secara selektif meriwayatkan maklumat tentang kredibiliti Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu, terjebak di dalam kronisme di era sahabat menggegarkan tiang berilmu dalam beragama setiap yang membaca Akhirnya Kutemui Kebenaran. Masakan tidak, sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam ini digambarkan sebagai seorang pendusta, tenggelam dalam hawa nafsu, yang kesemuanya disampaikan dalam pengolahan Travelogue al-Tijani ini.
Tanpa maklumat yang benar tentang siapakah Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, apakah rasionalnya sahabat yang lewat memeluk Islam dan meluangkan masa sedikit bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ini boleh meriwayatkan begitu banyak hadith, berdasarkan keterangan-keterangan Sunni yang bukan sahaja Sunni malah boleh diuji keabsahannya secara empirikal seperti yang terkandung di dalam Siyaar A’laam al-Nubalaa’ oleh al-Imam al-Dzahabi, pembaca Thummahtadaitu meletakkan dirinya dalam kondisi yang berbahaya. Mental yang penat, emosi yang terangsang, seorang anak muda boleh lemas bukan dalam keyakinannya terhadap kebenaran ajaran Syiah, tetapi cukup dengan lemas dalam lautan keraguannya yang timbul daripada pembacaan itu.
PROPAGANDA SYIAH DI LONDON
Entah bagaimana, di tahun 1998, pergerakan Syiah begitu memuncak di United Kingdom.
Pelajar Malaysia yang gila clubbing itu sudah satu bab. Kini mereka yang mahu kepada Islam pula berdepan dengan ancaman. Ada rakan yang melompat daripada ‘orang Tarbiah’ gerakan Islam, kepada anti Sahabat, Syiah, dan akhirnya Nikah Mut’ah!
Risalah Cahaya Kebenaran yang diterbitkan oleh sekumpulan orang Melayu yang Syiah di sekitar London disebarkan secara percuma ke rumah-rumah pelajar Malaysia.
London yang pening dengan Muslim College di Ealing bersama idea-idea ‘Islam Progresif’nya ketika itu, bertambah pening dengan Islamic College for Advanced Studies (ICAS) yang menjadi tempat mewacanakan Syiah di dalam kelompok akademik.
Tanpa asas agama yang kukuh, anak-anak muda yang bersemangat mendalami Islam, terkapai-kapai mencari model kepada sebuah idea tentang masyarakat Islam dan Negara Islam, kecewa dengan paradigma kelompok Sunni yang bergelumang dengan krisis, mendatangi Syiah untuk memenuhi inspirasi.
Dan buku Thummahtadaitu menjadi senjata yang cukup berkesan ketika itu.
PERJUANGAN DI LONDON
“Sebab itulah ana bermati-matian mendesak ustaz agar datang ke London. Jangan tinggalkan kami. Ancaman Syiah di kalangan kami bukan isu kecil” kata Nash yang diam semenjak tadi.
“Bukankah di UK ini ramai ustaz-ustaz yang buat Masters dan PhD?” saya bertanya.
“Apa yang boleh diharapkan daripada mereka kalau aduan kita dipandang remeh. Mereka menganggap ancaman Syiah di kalangan pelajar Malaysia dibesar-besarkan lebih daripada yang sebenarnya” keluh Nash.
“Dan saya salah seorang mangsanya!” sampuk Shah yang masih gelisah.
“Ana tidak sentiasa ada di sisi kalian. Ilmu pun tidak banyak mana. Cuma, antum sebagai pelajar Sains, antum sudah ada logik yang betul dalam mencari kebenaran. Setiap kenyataan memerlukan pembuktian. Bukti datang melalui penelitian terhadap rujukan. Di situlah kerja keras yang antum perlu lakukan” saya berkongsi pendapat.
“Bila masa nak membuatnya?” Shah bertanya. Lebih kepada diri sendiri.
“Habis, anta ingat ana mengaji Syariah dalam kursus intensif seminggu ke? Perjalanannya memang panjang. No pain, no gain!” saya bergurau.
Resah saya memikirkan pelbagai cabaran yang berada di hadapan mata mereka. Belajar Bible sebelum mahir al-Quran, Belajar Syiah sebelum mahir Sunni. Belajar Khilafiyyat sebelum mahir Fiqh, malah belajar mencabut skru-skru agama sebelum mahir beragama.
BERSEDERHANA
“Satu sahaja yang ana pesankan. Apa-apa pun, hatta pada menjadi Sunni sekali pun, hatta Salafi macam Nash ni pun, atau Sufi mahu pun Syiah, hendaklah bersederhana. Semasa jadi Salafi jangan asyik bid’ahkan semua orang. Nanti kita tersentak dengan pelbagai kemusnahan yang kita lakukan, pada masa itulah guilty conscious boleh mengheret kita mencari ‘alternatif’. Sangat ramai Salafi tegar, kemudiannya melompat ke daerah yang dahulu diperanginya. Al-Tijani adalah salah seorangnya! Bukankah salah satu rukun istiqamah ialah ‘jangan melampau’?” saya bercerita.
Memetik kembali tazkirah tafsir Surah Hud yang disampaikan tidak lama dulu. Bahawa beragama, perlu tenang dalam rasional. Jangan emosional mengatasi kewarasan berfikir. Itu yang membalut sikap melampau berkenaan.
“Ini buku apa, ustaz?” tanya Nash kepada sebuah buku di tangan saya.
“Oh, ini buku Khalid al-’Asqalani. Jawapan kepada buku Akhirnya Kutemui Kebenaran oleh al-Tijani itu!” saya menjawab.
“Apa tajuknya?” Shah ingin tahu.
Bal Dhalalta. Bahkan Engkau Sesat!” saya menjawab.
Secara spontan, kami ‘terketawa’. Ada kelucuan di sebalik tajuk buku itu.
London oh London.
Ia lebih daripada sekadar tempatku membasuh pinggan!
Kredit : SaifulIslam

Jumaat, 30 Disember 2011

Klip Video Tentang Kenyataan Nik Aziz Berkaitan Pertemuan Dengan Hasan Ali.

Kisah Nabi Daud A.S. : Tentang Solat Dan Puasa Nabi Daud a.s. (Bhg 5)


Nabi Daud adalah salah seorang Nabi Allah yang amalan salat dan puasanya sangat disukai Allah, sehingga karena kehebatannya inilah Nabi Muhammad memberitahukannya kepada para sahabat.
Abdullah bin Amr meriwayatkan, “Rasulullah bertanya kepadaku, “saya mendengar kabar bahwa anda selalu berjaga di waktu malam (beribadah) dan berpuasa di siang hari.”
“Benar, ya Rasulullah,” jawab saya. Nabi bersabda, berpuasalah dan berbukalah, salatlah dan tidurlah! Karena tubuhmu mempunyai hak terhadapmu, dan tamumu juga mempunyai hak terhadapmu. Cukuplah bagimu berpuasa sebanyak tiga hari pada tiap bulan.”
Abdullah berkomentar, ”Saya bertahan.” Nabi pun bersikeras pula. “Akhirnya saya memberikan alasan: Ya Rasulullah, saya kuat melakukannya. “Kalau begitu, berpuasalah tiga hari setiap minggu,” ujar Nabi.
Abdullah berkomentar lagi, “Saya tetap bertahan.” Tapi Nabi bersikeras pula.  Saya berdalih, “Ya Rasulullah, saya masih sanggup.”
“Kalau begitu, berpuasalah seperti puasa Nabi Daud, dan jangan melebihi lagi!” sabda Rasulullah memperingatkan dengan keras.
“Ya Rasulullah, bagaimana puasa Nabi Daud itu,” tanya saya.
“Beliau sehari berpuasa, sehari tidak,” sabda Nabi.” (HR Ahmad dan lain-lain).
Dalam redaksi lain, Abdullah bin Amr meriwayatkan, “Rasulullah bersabda, “Puasa yang lebih di sukai oleh Allah ialah puasa Daud, dan salat yang paling disukai Allah, ialah salat Daud. Beliau tidur seperdua malam, bangun sepertiganya, lalu tidur seperenamnya. Beliau berpuasa satu hari, lalu berbuka satu hari.” (HR Bukhari Muslim).
Al-Qur’an melukiskan kepribadian Nabi Daud cukup lengkap. “Bersabarlah atas apa yang mereka katakan, dan ingatlah hamba kami, Daud yang mempunyai kekuatan (Al-Ayad), sesungguhnya dia amat taat.
“Sesungguhnya kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia diwaktu petang dan pagi, dan burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masing amat taat kepada Allah.
Dan kami kuatkan kerajaannya dan kami berikan kepadanya hikmah dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan.
Dan adakah sampai kepadamu berita orang-orang yang berperkara ketika mereka memanjat pagar?
Ketika mereka masuk menemui Daud, ia terkejut karena kedatangan mereka. Mereka berkata, “Jangan kamu merasa takut, kami adalah dua orang yang berperkara yang salah seorang dari kami berbuat zalim kepada yang lain, maka berilah keputusan antara kami dengan adil, dan janganlah kamu menyimpang dari kebenaran dan tunjukilah kami jalan yang lurus. Sesungguhnya saudaraku ini mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina, dan aku mempunyai seekor saja,” maka dia berkata, “Serahkanlah kambingmu itu kepadaku dan dia mengalahkan aku dalam perdebatan.”
Daud berkata, “Sesungguhnya dia telah berbuat zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk ditambahkaan kepada kambingnya. Dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang berserikat itu sebagian mereka berbuat zalim kepada sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, dan amatlah sedikit mereka ini,” dan Daud mengetahui, bahwa kami mengujinya, maka ia minta ampun kepada tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertobat.
Maka kami hapuskan kesalahan itu, dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan dekat di sisi kami dan tempat kembali yang baik.
“Hai Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi, maka berilah keputusan diantara manusia dengan adil, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat di jalan Allah, akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.
Dan kami tidak menciptakan langit dan bumi serta apa yang ada diantara keduanya tanpa hikmah, yang demikian adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu, karena mereka akan masuk neraka.
Pantaskah kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh sama dengan orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi? Patutkah kami menganggap orang-orang yang bertakwa sama denga orang-orang yang berbuat maksiat?” (QS Shad: 17-28).
Ibnu Abbas dan Mujahid mengatakan, kata “Al-Ayad” berarti kekuatan dalam ketaatan,maksudnya adalah kekuatan dalam beribadah dan beramal salih. Sedang Qatadah mengemukakan, Nabi Daud diberi kekuatan beribadah dan diberi taufik dalam memegang keyakinannya, sebagaimana telah disebutkan, Daud senantiasa melakukan “Qiyamul Lail” (salat Tahajud) dan mengerjakan puasa Dahr (puasa sepanjang tahun, sehari puasa, sehari tidak).
Selain tekun beribadah, salat dan puasa, Nabi Daud juga diberi kitab Zabur. Di dalam Al-Qur’an disebutkan, “Dan kami berikan Zabur kepada Daud.” (QS An-Nisa: 163).
Zabur adalah kitab yang sudah populer sebelum Al-Qur’an diturunkan. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, kitab Zabur itu diturunkan pada bulan Ramadhan, di dalamnya terdapat berbagai macam nasehat, hikmah dan pelajaran.
Ketika Nabi Daud membaca kitab Zabur, suaranya begitu indah, maka burung-burung berhenti di udara seraya ikut bertasbih, demikian juga dengan gunung-gunung yang senantiasa bertasbih bersama-sama dengan Daud pada pagi hari dan petang.
Abdurrazak menceritakan, dari Ibnu Juraij, “Aku pernah bertanya kepada Atha’ tentang membaca Al-Qur’an dengan menggunakan lagu, maka dia pun menjawab, “Apakah memang ada larangan untuk itu? Aku pernah mendengar Ubaid bin Umar berkata: dulu Daud AS pernah mengambil rebana dan menabuhnya lalu membaca kitab Zabur.”
Imam Ahmad meriwayatkan, dari Abdurrazak, dari Mu’ammar, dari Al-Zuhri, dari Urwah, dari Aisyah, Rasulullah pernah mendengar suara Abu Musa Al-Asy’ari sedang beliau tengah membaca Al-Qur’an, maka beliau bersabda, “Sesungguhnya Abu Musa telah di karuniai bagian dari seruling keluarga Daud.”
Kemampuan Nabi Daud berpuasa, ternyata menurun kepada anaknya, Nabi Sulaiman. menurut Ibn Abbas, Nabi Sulaiman berpuasa tiga hari pada awal bulan, tiga hari pada pertengahan bulan dan tiga hari pada akhir bulan. jadi beliau mengawali bulan dengan puasa, menjalani pertengahannya dengan puasa, dan menutupnya dengan puasa pula.
Sebetulnya hampir setiap Nabi memiliki tradisi berpuasa, seperti disebutkan di dalam Al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 183, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu (umat Muhammad) berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar bertakwa.”
Mukjizat Nabi Daud
Nabi Daud sangat terkenal sebagai Nabi yang memiliki suara yang sangat merdu dan tidak ada yang bisa menandinginya. Inilah karunia dan rahmat Allah atasnya. Apabila Nabi Daud bernyanyi melagukan kitab Zabur yang berisikan petunjuk dan tuntunan dari Allah SWT, maka orang-orang yang sakit menjadi sembuh. Jin dan Manusia serta burung-burung berkumpul di dekatnya untuk mendengarkan nyanyian itu, serta angin pun menjadi tenang, gunung, burung-burung ikut bertasbih memuji kebesaran Allah.
Ketika ia memegang besi, maka besi itu menjadi lunak, seperti kertas, dan dapat dijadikan bermacam-macam keperluan hidup tanpa harus dibakar terlebih dahulu dengan api dan tidak perlu di tempa seperti kebiasaan orang pande besi (As-Saba: 10-11)
Sumber : SUFIz

Harakahdaily Pertahan Berita, Siar Transkrip Sumbernya.


Harakahdaily mempertahan berita kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Ali.
Demikian menurut posting yang dibuat Harakahdaily awal petang ini, sebagaimana yang disiarkan laman web milik PAS itu.
Untuk membuktikan pihaknya tidak memutarbelitkan berita sebagaimana yang didakwa Hasan, laman web itu menyiarkan transkrip penuh kenyataan Nik Aziz (gambar) semalam.
Turut disiarkan Harakahdaily adalah video kenyataan Nik Aziz kepada wartawan semasa beliau melawat hakisan pantai Irama, Bachok semalam.
Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam membuat satu kenyataan kepada media membantah laporan yang dibuat Harakahdaily semalam.
Hasan Ali mendakwa, “Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.
“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya.
Dalam transkrip sidang media yang disiarkan oleh Harakahdaily itu, Nik Aziz jelas berkata, Hasan Ali datang ke Kota Bharu dan meminta maaf dari pemimpin PAS di samping menarik balik kenyataannya.
Nik Aziz pula memuji tindakan Hasan itu dengan menyifatkannya sebagai anak jantan.
Berikut adalah transkrip penuh sidang media Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember:
Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.
Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.
Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?
Nik Aziz: Terimalah.
Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru?
Nik Aziz: JKR 10
Wartawan: Ustaz Nasha ...
Nik Aziz: Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai.
Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut “kalimah Arab” — “Hari ini Hari Perang”. Nabi kata tidak, “kalimah Arab” — “Hari ini hari kasihan belas”. Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.
Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru?
Nik Aziz: Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah.
Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini?
Nik Aziz: Ada peluang apa lagi lah ... baik.
Insider
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular