Translate

Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

Selasa, 17 Disember 2013

Mat Sabu Dilantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.


(Dari kiri) Salahuddin, Mohamad, Mustafa dan Mahfuz pada sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini. (Foto: Nasir Sudin)

PAS melantik Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bagi sesi 2013-2015.

Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata, Muhamad dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bagi menyelaraskan hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat negeri itu bersesuaian dengan  jawatannya sebagai timbalan presiden.

"Mohamad Sabu anak Pulau Pinang dan sangat biasa dengan orang Pulau Pinang.

"Termasuk dalam konteks hubungan dengan Pulau Pinang, oleh kerana beliau timbalan presiden, beliau dapat bantu selaraskan hubungan PAS dengan Pakatan di sana," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad memberitahu, berlaku perubahan bagi jawatan bendahari yang diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama 1 Disember lalu.

Mesyuarat lepas memutuskan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebagai bendahari.

Namun Ahmad memohon melepaskan jawatan tersebut dan digantikan dengan Asmuni Awi.

"Datuk Ahmad Yakob mohon melepaskan jawatan bendahari kerana kesibukannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan Pesuruhjaya Kelantan dan digantikan dengan Asmuni Awi," katanya.

Turut dilantik hari ini ialah tiga penolong setiausaha agung iaitu Datuk Takiyudin Hassan, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.

Selain itu, PAS Pusat mewujudkan lajnah baru yang bertanggungjawab terhadap bencana alam atau kejadian yang berlaku secara tiba-tiba.

Naib Presiden, Salahuddin Ayub dilantik mengetuai lajnah ini.

"Pusat pengurusan kecemasan dan bencana diketuai Salahuddin Ayub dan dalam bentuk ad hoc apabila berlaku sesuatu bencana dan sudah jadi lajnah tetap PAS," katanya.

Sementara itu, kekosongan satu jawatankuasa ekoran pelantikan Asmuni sebagai bendahari diisi dengan Anuar Tahir sebagai pengerusi lajnah pekerja dan pengguna.HD

Jumaat, 26 Oktober 2012

Sejuk Hati Bila Pemimpin DAP Pertahan PAS.

Ahmad Lutfi Othman

Panik. Gelabah. Meracau-racau. Mungkin itu istilah sesuai dapat dirumuskan tentang situasi Umno-BN berdepan tsunami politik Mac 2008, lebih empat tahun lalu, yang menyaksikan BN kalah mengejut lima negeri dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Nampak jelas, sekali Umno dirundung malang, hilang segera kewarasan berpolitik, juga kebijaksanaan mengatur strategi. Segala yang tercapai dek tangan digapai bagi menyelamatkan diri daripada terus tenggelam.

Sentimen dan api perkauman dinyalakan. Media dan alat propaganda yang dikuasai Umno, misalnya Utusan Malaysia dan TV3, bebas memercikkan bahang panas  menggugat sensitiviti. Jika saingan politiknya, seperti PAS ataupun DAP, berbuat demikian, pemimpin dan aktivisnya pasti diserkup pelbagai akta. Apa pun, rakyat semakin matang dan cermat memerhati aksi golongan terdesak itu.

Memikirkan pengundi masih bermentaliti lapuk, mudah dikelirukan isu-isu sensasi dan cepat melupakan persoalan kritikal  -- seperti korupsi, salahguna kuasa, peningkatan kadar jenayah, kenaikan kos hidup -- Umno dan kembarnya, MCA, mencari jalan pintas demi mempertahankan Putrajaya.

Kepada audien Melayu-Islam, Umno ghairah menggambarkan PAS begitu kemaruk kuasa, sanggup menggadai prinsip perjuangan dan rela memeluk rakan barunya, DAP, yang dipersepsikan sebagai musuh agama dan bangsa. DAP pula diunjurkan  menjadi parti paling dominan dan mempunyai kuasa penentu dalam Pakatan Rakyat. Segalanya bertujuan untuk menakutkan pengundi Melayu terhadap usaha Pakatan membentuk kerajaan alternatif.

MCA, yang kalah  pada kebanyakan kerusi majoriti pengundi Cina, menggunakan lenggok bahasa dan penekanan isu berbeda. PAS yang disifatkan Umno sebagai kuda tunggangan DAP, telah diangkat Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek -- ketika berdepan masyarakat Tionghua -- menjadi parti paling berpengaruh dan bakal menerajui kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.

Untuk mengusik emosi penyokong tradisinya, konsep Negara Berkebajikan dikritik hebat media Umno, dan PAS ditohmah sanggup melupakan cita-cita menubuhkan Negara Islam, sekali gus meremehkan Hudud. Bekas pemimpin PAS, seperti Dr Hasan Ali dan dua tiga kerat ulamak tertentu diperalatkan bagi memalitkan imej buruk ke wajah Parti Islam itu.

Dalam masa sama, lidah pemimpin MCA terutama Soi Lek, semakin fasih mencerca Hudud dan membayangkan satu undi kepada Pakatan bermakna satu undi kepada pelaksanaan undang-undang Islam, yang sengaja digambarkan sebagai peraturan kolot, menindas dan zalim.

Bukanlah isu besar jika MCA menolak Hudud, memandangkan Umno turut mengambil pendirian hampir sama. Malah sekutu rasminya dalam Perikatan sejak 1953 -- Umno -- melalui pemimpin utamanya kerap melemparkan ungkapan mempersenda dan menghina Islam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merumuskan dengan baik situasi ini: "Dulu ketika Umno tidak pandai lagi menggunakan hujah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin dan pengikutnya mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam."

Ketika Soi Lek memberikan gambaran salah terhadap apa yang didakwanya perlaksanaan Hudud di negara-negara yang dianggap "paling korup, tidak stabil dan tidak selamat", dalam perhimpunan agung MCA baru-baru ini, banyak pihak mengecam sikap membisu Perdana Menteri, Najib Razak yang merasmikan majlis berkenaan. Soi Lek juga tidak menyokong tohmahannya itu dengan fakta dan data sahih.

Dalam perhimpunan itu,  Naib Pengerusi Wanita MCA, Senator Heng Seai Kie, yang juga seorang timbalan menteri, memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis kempen menutup aurat di Kelantan, dengan mendakwa Mursyidul Am PAS itu menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. Satu kenyataan paling biadab, kurang ajar dan cukup celupar!

Najib sebelum itu turut enggan mengulas dakwaan Soi Lek (yang hanya bersumberkan satu SMS diterimanya daripada individu yang tidak dikenali)  bahawa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika Hudud dilaksanakan. Presiden MCA menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan yang didakwanya itu, antaranya, pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu majlis ceramah membidas Najib: "Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia  boleh duduk senyum. Kemudian bila berucap tak tegur pun. Mana dia maruah  sebagai umat?"

Namun apa yang ditunjukkan Soi Lek bukan lagi sekadar penolakan Hudud (sesuatu yang boleh dianggap lazim bagi seorang bukan Islam), tetapi ia usaha terancang dan bermotif untuk menghina dan merendahkan Islam bagi meraih sokongan. Menyedari MCA mungkin menjadi sejarah selepas PRU13, Soi Lek cuba menampilkan imejnya sebagai "pembela dan penyelamat" bagi masyarakat Cina daripada "kezaliman Hudud".

(Dalam satu paditonya, Mat Sabu menyindir: "Sekarang orang ramai bukan lagi bertanya berapa banyak kerusi MCA yang dimenanginya dalam PRU13 nanti, tapi mereka bercakap berapa ramai ahli MCA yang tinggal.")

Soi Lek secara terbuka pernah melafazkan: "Kita orang Cina berani menentang dan melawan Umno terutama dalam bab Hudud, adakah DAP berani dalam hal ini." Saya perhatikan banyak posting dalam internet menggandingkan kenyataan Soi Lek itu dengan ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng: "Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita."  Masyarakat dapat menilai siapa sebenarnya yang memperlekehkan Hudud.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook selepas dilaporkan menepuk meja dalam sidang Parlimen menyokong Tok Guru Nik Aziz yang difitnah Senator MCA, memberi respons penuh hikmah: "Dalam politik kita berbeza pendapat, itu perkara biasa. Umpamanya, kita dalam DAP juga punyai pendapat berbeza dengan PAS dalam soal hukum Hudud. Tetapi kita tidak pergi sampai ke tahap memburuk-burukkan dan menghina Islam."

Gaya politik Soi Lek  -- yang kerap diingati dengan pengakuan rakaman rahsia hubungan seksnya pada 2007 di sebuah hotel di Johor -- dan pemimpin MCA mutakhir ini cukup berbahaya. Ia semakin menjadi-jadi apabila kenyataan menghina Islam oleh Soi Lek  sejak awal dulu tidak pernah ditegur pemimpin Umno. Seharusnya diperbetulkan, apatah lagi jika ia berpunca dari kejahilan, memandangkan Umno juga mempunyai ilmuan Islam dan ulamak!


Saya tertarik dengan ingatan Anthony Loke, Ketua Pembangkang dalam Dun Negeri Sembilan dan ahli Parlimen Rasah, tanda kewarasan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan tidak pernah pudar. Masyarakat Islam tentunya mendapat pengajaran bermakna dalam episod ini, sekurang-kurangnya dapat membantu membuat penilaian menyeluruh dan adil terhadap gelagat aktor-aktor politik yang gelisah berdepan hukuman rakyat.     


Sejuk dada saya membaca kenyataan dan reaksi pemimpin DAP terhadap fitnah MCA itu. Kalau dulu kita terpaksa mengharapkan sanggahan daripada pemimpin PAS tetapi kini cukuplah dengan sokongan sekutunya dalam DAP.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit turut melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Soi Lek mempertahankan tuduhan liar Timbalan Menteri Wanita MCA yang mendakwa Tok Guru Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menuruti kod pemakaian Islam dirogol.

"Perasan terkejut kepada ucapan Chua bertukar menjadi kasihan dan sedih melihatkan Presiden MCA sanggup menjadi sebegitu hina untuk menghamburkan pembohongan-pembohongan dan penipuan kerana terdesak memikirkan prospek PRU13," tegas Kit Siang.

"Adalah jelas MCA dan Umno telah mengadakan 'perjanjian syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu, kerana mereka menyimpulkan bahawa politik kebencian sedemikian adalah satu-satunya cara untuk melindungi dan memelihara kuasa Umno-BN  pada PRU13," tambahnya.

Setiausaha Agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya  menyifatkan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz sebagai "satu pembohongan besar".

"Ini satu pembohongan besar sama dengan pembohongan Utusan Malaysia apabila mendakwa saya anti-Melayu dan anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah berkata begitu," kata  Guan Eng dalam kenyataannya.

"MCA adalah versi Cina untuk akhbar Utusan Malaysia yang bertenggek di atas kepalsuan, ketakutan dan kebencian untuk hidup. MCA umpama lelaki curang yang mendakwa dirinya bermoral dan bermaruah," ujarnya.

Saya segera teringat bisikan Guan Eng semasa bertemunya di Lapangan Terbang LCTT, Sepang ketika saya masih keuzuran selepas menjalani pembedahan pintasan jantung. Beliau yakin hubungan PAS dengan DAP tidak mudah diputuskan disebabkan persefahaman pemimpin kedua-dua parti, terutama Tok Guru Nik Aziz dan Kit Siang, yang pernah melalui pelbagai penderitaan dan tekanan yang sama dalam memperjuangkan kebenaran dan hak rakyat.

Selamat hari raya Aidil Adha dan melaksanakan ibadah korban serta menghayati pengertian pengorbanan setulusnya seperti ditunjukkan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Sumber

Selasa, 17 Julai 2012

PAS Bukan Parti Peminta Sedekah Seperti Yang Difahami.


YB Ustaz Wan Hassan Wan Ramli (Adun Sura dalam parlimen Dungun)

Sudah lama PAS dituduh mempergunakan orang ramai dengan mengutip derma dalam setiap ceramah mereka. Ada yang menulis tanpa merujuk kepada sumber yang betul tentang derma-derma itu dan tidak kita nafikan yang PAS bukan seperti parti-parti politik elit yang terdapat di negara ini. Tuduhan-tuduhan ini sudah lama dicanangkan oleh media pencacai dan amat malang apabila rentak ini dipandang serius oleh sesetengah pihak yang berada didalam kelompok pro Pakatan Rakyat. Jika hendak disamakan dengan antara PAS dengan Umno ibarat bumi dengan langit bezanya kerana Umno dan komponennya memiliki dana yang cukup besar.

Sebelum itu kita harus fahami dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS ialah al-Quran dan as-Sunnah dan hanya PAS sahaja parti yang berada dilandasan tersebut di Malaysia. Sebagai seorang Islam kita telah diwajibkan mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. kita diwajibkan berjihad dijalannya yang mana takrif  'Jihad' sendiri cukup besar. Tidak seperti yang anak emas penjajah (Umno) diajar oleh bapak mereka, bila sebut 'Jihad' bermakna berperang dengan pedang dan mengenderaan kuda atau unta.

Inilah hasil pemikiran yang ditinggalkan oleh penjajah untuk anak emas mereka sebelum kemerdekaan diberikan kepada parti kaum elit (Umno/BN) dan ianya masih berada didalam pemikiran Melayu/Umno walau pun sudah hampir 55 tahun berlalu. Kerana itulah rasuah dan Umno tidak dapat dipisahkan bagai isi dengan kuku dan ia menjadikan Umno parti terkaya dinegara berbanding dengan PAS.

Orang ramai tidak pelik apabila PAS mengutip derma dalam setiap ceramahnya tetapi orang hairan atau terkejut jika Umno melakukan perkara yang sama seperti PAS iaitu mengutip derma dalam ceramah mereka. Jangan kata nak derma, setiap peserta yang hadir pada ceramah Umno akan diupah dengan duit poket, minyak kenderaan dan makan minum. Jika tidak, hanya kerusi-kerusi yang akan menjadi pendengar setia para penceramah Umno. Orang ramai juga akan merasa pelik jika PAS tidak melancar kutipan derma dalam ceramah mereka dan mereka pasti akan tertanya-tanya andainya ia berlaku. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh semua pihak.

Kenapa sampai sekarang PAS masih melancar tabung kutipan derma dan orang ramai tidak bersungut pun untuk menderma walau 10 sen pun kerana mereka tahu itu adalah jihad. Di zaman Rasulullah s.a.w. lebih hebat dimana ada para Sahabat r.a. yang menderma seluruh harta benda mereka tanpa meninggalkan apa-apa pun sepertimana dilakukan oleh Saidina Abu Bakar r.a. Itulah saham-saham mereka untuk Allah dan RasulNya di Padang Mahsyar nanti.

Tradisi ini diteruskan oleh PAS dan PAS tidak pernah memaksa penderma untuk memenuhi tabung itu. Hakikatnya derma yang rakyat beri sebenarnya telah dikembalikan kepada rakyat semula melalui bantuan-bantuan pendidikan atau pun malapetaka. Oleh itu para pengkritik patut tahu kemana perginya setiap derma yang dihulurkan oleh orang ramai semasa ceramah diadakan. Dan setengahnya digunakan untuk terus mengerakan perjalanan parti.

Saya ingin mengambil satu contoh tentang YB Ustaz Wan Hassan Wan Ramli (Adun Sura). Sebagai seorang YB dengan elaun yang tak seberapa setelah potongan setiap bulan untuk parti, berapa sangat yang beliau dapat sedang beliau sentiasa turun padang mendengar permasaalahan rakyat dan membantu dari segi kewangan kepada yang ditimpa musibah yang belum diambil kira yang datang secara individu kerumah beliau. Jika diambil kira dari pendapatan beliau, mampukah beliau mengatasi segala kewangan yang ada dengan kerajaan negeri ditadbir oleh MB Mat Said.

Isteri beliau terpaksa berniaga untuk menampung keperluan keluarga beliau kerana tiada apa yang berbaki daripada elaun sebagai YB dan beliau bukannya YB-YB Umno yang mempunyai kepentingan dalam projek-projek kerajaan. Maka kesinilah perginya derma-derma yang orang ramai berikan kepada tabung PAS atau lebih tepat, 'Dari Rakyat Kepada Rakyat'. Tidakkah ini adalah saham akhirat untuk para penderma yang dididik dengan Islam oleh PAS. Mungkin kerana itu juga beliau disenangi oleh pengundi Cina dan telah memenangi Dun Sura selama 2 penggal. Sebelum itu, PAS belum pernah menang di kawasan Dungun melainkan satu kali melalui Ketua Muslimat PAS, Khadijah Sidek pada awal kemerdekaan.

Khamis, 5 Julai 2012

Sejarah Politik Terengganu. (Bhg 3)


Politik Kotor Umno Terhadap Kerajaan PAS

Selepas kerajaan PAS tumbang melalui satu undi tidak percaya, ketiga-tiga bekas Adun Parti Negara itu dilantik sebagai ahli Exco kerajaan Perikatan Terengganu di bawah pimpinan Ibrahim Fikri. Undi tidak percaya itu dikemukakan setelah tiga orang Adun dari PAS diculik dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk 'dibtainwash'. Ini menyebabkan kerajaan PAS terengganu itu tidak dapat diselamatkan dengan apa cara sekali pun apabila tiga orang Adun PAS turut berpaling tadah setelah tidga Adun dari Parti Negara menyertai Umno. Oleh itu, permainan kotor Umno bukannya baru dan ia sudah menjadi satu wabak bagi parti itu kerana menggunakan cara yang amat-amat kotor.

Sebenarnya kerajaan PAS Terengganu masih boleh diselamatkan lagi jika kalau pimpinan PAS bersedia bertolak ansur dengan Parti Negara dalam pembahagian portfolio. Dato' Onn Jaafar memberitahu Zakaria Hashim dan Hussain Yaakub (Ibnu Muslim) bahawa Parti Negara bersedia bekerjasama dengan PAS dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri kalau seorang Adun dari Parti Negara diberi portfolio yang ada hubungannya dengan pemberian tanah.

Ini bererti, Parti Negara memebri kata dua kepada PAS sekiranya mahu menyelamatkan kerajaan PAS dengan syarat portfolio tanah hendaklah diberikan kepada seorang Adun dari Parti Negara yang dilantik menjadi Exco. Menurut Dato' Onn, PAS menolak syarat yang dikemukakan oleh Parti Negara itu dan akhirnya perhubungan dua parti itu menjadi tegang dan retak.

Jelaslah kepada kita bahawa kerajaan PAS Terengganu masih boleh diselamatkan sekiranya Daud Samad sebagai Menteri Besar mahu menyerahkan soal pemberian tanah kepada Parti Negara. Bagaimana pun, apalah ertinya sebuah kerajaan negeri kalau kuasa dan urusan pemberian tanah itu diberi kepada orang lain yang bukan dari kalangan PAS sedangkan yang paling penting didalam pentadbiran sesebuah kerajaan negeri ialah kuasa pentadbiran tanah termasuk memberi tanah. Portfolio tanah adalah portfolio paling penting untuk kerajaan negeri.

Berpegang kepada prinsip demikianlah maka Haji Daud Samad menolak kerjasama dan pakatan dengan Parti Negara. Itulah gambaran politik di Terengganu sebelum dan selepas pilihan raya umum1959. Tetapi soalnya, bagaimana Parti Negara yang tidak wujud di negeri lain dapat menawan empat kerusi DUN dan satu kawasan parlimen di Terengganu.

Dan mengapa Umno yang sudah dapat mewarisi jentera politik dan kekuasaan daripada British dapat dikalahkan oleh PAS yang dianggap lemah dan tidak bertenaga pada waktu itu?.

Jawapannya, kerana Umno pada hakikatnya tidak kuat di Terengganu sedangkan gambaran yang menunjukkan Umno itu kuat adalah kerana kuasa yang ada pada para pemimpinnya mempergunakan jentera kerajaan sedangkan rakyat tidak menyokong Umno. Ini jelas menunjukkan bahawa bumi Terengganu tidak subur bagi Umno kerana sebelum bertapaknya Umno, PKMM yang memperjuangkan kemerdekaan sudah pun berakar umbi di negeri itu.

Kemenangan Umno dan BN sebelum ini adalah pengaruh dan janji rancangan pembangunan dan projek mewah yang ditawarkan kepada rakyat tetapi setelah projek-projek itu terlaksana rakyat mendapat kesedaran baru dengan berbagai-bagai alasan untuk menolak Umno dan BN. Berdasarkan kepada faktor-faktor itulah Umno kalah pada pilihan raya umum tahun 1959 dan kalah lebih teruk lagi pada pilihan raya umum 29 November 1999. Pendek kata, banyak persamaan antara Kelantan dan Terengganu dalam percaturan dan pergolakan politik tanah air.

BERSAMBUNG.........

Rabu, 4 Julai 2012

Sejarah Politik Terengganu. (Bhg 2)


Ibrahim Fikri sendiri diiktiraf sebagai pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan sejak beliau berada didalam PKMM, bukan semasa beliau berada didalam Umno. Pemimpin-pemimpin Umno lama (pada ketika pimpinan Dato' Onn) tidak mempunyai pengaruh dikalangan rakyat kerana mereka terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dianggap pro British dan penjilat golongan feudal.

Ibrahim Fikri sendiri tidak terkenal dan tidak popular di kalangan rakyat sekiranya beliau tidak menyertai PKMM dan terlibat dalam gerakan kemerdekaan terlebih dahulu iaitu sebelum undang-undang darurat diisytiharkan. Dalam erti kata lain, Ibrahim Fikri memimpin Umno kerana menumpang tuah pada nama PKMM yang disertainya dulu untuk dikenali sebagai seorang pemimpin yang menentang penjajahan British.

Dalam beberapa pertemuan dengan Hussain Yaakub (Ibnu Muslim) sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu, beliau memang mengakui hakikat ini dan beliau berbangga dengan penglibatannya didalam PKMM pimpinan Dr Burhanuddin, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Ahmad Boestamam. Benarlah apa yang dikatakan bahawa bumi Terengganu juga tidak subur sama seperti Kelantan bagi Umno, Perikatan dan seterusnya BN.

Sebab itulah Umno dan Perikatan kalah dalam pilihan raya umum tahun 1959 walaupun PAS tidak begitu kuat pada zahirnya. Kekalahan Umno/BN dalam pilihan raya ke 10 amat jauh bezanya dengan kekalahan Umno/Perikatan pada pilihan raya tahun 1959. Kemenangan PAS di Terengganu pada PRU10 29 November 1999 memang mudah diramalkan dari awal lagi dan PAS sudah bersedia dari segala segi untuk mengambil alih pentadbiran negeri.

Tetapi, kemenangan PAS pada pilihan raya umum 1959 adalah dalam keadaan PAS masih lemah dan belum bersedia dari segi organisasi untuk menguasai negeri itu sedangkan Umno sudah mempunyai kekuatan jentera dan organisasi kerana mereka mewarisinya daripada penjajahan British. Ustaz Ahmad Azam sendiri, selaku Pesuruhjaya PAS Terengganu tidak begitu yakin PAS dapat mengalahkan Umno pada pilihan raya tahun 1959 itu.

Ini jelas menunjukkan bahawa Umno dari segi politik tidak mendapat sokongan rakyat walaupun pada zahirnya ia kelihatan kuat dan gagah perkasa. Dalam pilihan raya 1959, Umno bukan sahaja mendapat tentangan dari PAS, tetapi juga daripada Parti Negara yang diketuai oleh Wan Daud Wan Ahmad di Terengganu.

Keputusan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 1959 adalah PAS (13 kerusi). Umno (5 kerusi), MCA (2 kerusi) dan Parti Negara (4 kerusi). Dengan kemenangan ini, PAS membentuk kerajaan negeri di bawah pimpinan Daud Samad. Tetapi seorang Adun dari Parti Negara, Ismail Abas menyertai PAS dan dilantik sebagai seorang ahli majlis mesyuarat (Exco) kerajaan Terengganu. Dengan kemasukan Ismail Abas ke dalam PAS, majoriti PAS di DUN Terengganu menjadi 4 kerusi.

Para pemerhati politik dari luar Terengganu sedikitpun tidak terfikir Parti Negara yang hampir tidak wujud di negeri-negeri lain itu boleh memenangi 4 kerusi DUN Terengganu dan satu kerusi parlimen. Yang Dipetua Agung Parti Negara, Dato' Onn Jaafar, mengalahkan calon Perikatan, Engku Mahusein Abdul Kadir di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan pada pilihan raya umum 1959 itu. Inilah kemenangan yang pertama dan terakhir bagi Parti Negara dan Dato' Onn Jaafar.

Sejarah Parti Negara berakhir apabila 3 Adunnya melompat ke dalam Umno, iaitu Wan Daud Ahmad, Haji Mutalib Salleh dan Mohamad Abdul Rahman. Mereka mengambil bahagian yang cergas dalam usaha hendak menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu pimpinan Daud Samad walaupun sebelum itu Adun dari Parti Negara, Ismail Abas menyertai PAS.

BERSAMBUNG.....

Isnin, 4 Jun 2012

Selepas Selesai Penipuan Baru Pilihan Raya???


Selepas penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.

"Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataannya kepada media.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

 
BILAKAH TARIKH PILIHAN RAYA

Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak.  Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia.

BN yang berketuakan Umno mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenanganya dengan segala cara, daripada menggunakan media sebelah pihak, menabur politik wang rasuah, menyalahggunakan duit negara, memaksa jentera kerajaan, menambah pengundi dengan pelbagai cara, sehinggalah menentukan tarikh pilihanraya.

Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat manjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengendalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya.

Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum.

Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja  pilihanraya umum selesai diadakan.

Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum.

Hanya negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja memerintah, seperti negara komunis dahulu dan negara sapertinya, kerajaannya menetapkan pilihanraya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan.

Di negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya.

Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur.

Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.

Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.

Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.

Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit  dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak ditempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN.

Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik. Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan.

Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihanraya sebelum pilihanraya lagi.

Bahawa parti kerajaan pasti menang mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus. Namun negara tersebut ikut sama melakukan Islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar.

Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun.

PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional.

Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan.

Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan, tetapi bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri.

 
PRESIDEN PAS
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Khamis, 1 Mac 2012

Apa Sebenarnya Motif Dr Dzukefly Ahmad.

Nampaknya Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat terlalu ghairah berpolitik sehinggakan sanggup menepikan dasar parti PAS kerana mengeluarkan kenyataan yang PAS boleh menerima seorang bukan Islam sebagai Timbalan Presiden PAS. Adakah kenyataan beliau itu lebih mendahului perjuangan PAS dari kepentingan diri sendiri. Beliau sepatutnya merujuk kepada dasar parti dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh membuatkan akar umbi menjadi gelisah jika benar.

PAS adalah sebuah parti yang berlandaskan Islam dengan meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan tertinggi parti. Parti PAS adalah milik umat Islam tanpa mengira apa bangsa seseorang itu kerana Islam bukan milik bangsa Melayu, Cina, India atau mana-mana bangsa pun. Kerana itulah sesiapa pun boleh menjawat jawatan tertinggi parti hatta sebagai Mursyidul Am PAS sekali pun jika seorang yang berpegang teguh kepada Islam.

Oleh itu, tidak timbul siapa Timbalan Presiden PAS melainkan ia seorang bukan Islam dan dengan itu bukan Islam tidak layak memegang 3 jawatan tertinggi didalam PAS. Bukan Islam mungkin boleh mengisi jawatan AJK PAS Pusat yang beliau pegang sekarang ini jika perlu. PAS Pusat patut memanggil Dr Dzulkefly berkaitan isu ini beliau jika benar itu adalah kenyataannya kerana ia boleh meresahkan akar umbi. 

Media pencacai ketika ini tiada hujah untuk menyerang PAS dan PR dan mereka akan mencari silap dengan menambahkan perisa kerana sokongan rakyat terhadap Umno/BN semakin merundum jatuh. Ini adalah kenyatan Dr Dzulkefly semasa program wacana di Shah Alam mengenai perpecahan sokongan dikalangan orang Melayu.Baca Sini

Cukuplah dengan apa yang ada sekarang dan jangan menambah-nambah perkara yang boleh mengelirukan kerana ketika ini PAS perlu bergerak untuk memperkukuhkan parti untuk pilihan raya umum yang semakin hampir. Bak kata perpatah, 'Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata habis binasa' dan janganlah bercakap tentang dasar jika perkara pokok pun masih belum selesai.

Selasa, 10 Januari 2012

Siapa Sebenarnya Ustaz Abu Bakar Hamzah?



Merujuk kepada kata-kata Ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin berkaitan isu pemecatan Dr Hasan Ali, beliau ada menyebut tentang Abu Bakar Hamzah. Siapakah dia ustaz Abu bakar Hamzah kerana mungkin ramai ahli-ahli PAS kurang mengenali beliau, termasuk juga saya sendiri. (Baca Sini)

Ustaz Abu Bakar Hamzah adalah bekas Ketua Pemuda PAS Pusat selama 10 tahun pada 1958 semasa era Dr Burhanuddin. Pada tahun 1972, beliau telah dilantik oleh Datuk Asri sebagai Setiausaha Agung PAS. Bagi pendapat saya, mungkin ada sedikit persamaan diantara Dr Hasan Ali dengan Ustaz Abu Bakar Hamzah dari segi kelancangan mereka bercakap tetapi jauh berbeza dari prinsip.


Tahun 1969, Abu Bakar Hamzah dipindahkan dari parlimen Bachok ke kawasan DUN Sanglang, Perlis dan diumumkan akan menjadi Menteri Besar Perlis jika menang di sana. Tetapi Abu Bakar kalah di sana. Beliau kalah dengan hanya majoriti 5 undi sahaja dan hampir 1000 undi di parlimen Perlis Selatan. Ekoran itu Presiden PAS, Mohd Asri melantik Abu Bakar sebagai Setiausaha Agung PAS pada 1972 dan sebagai Senator mewakili negeri Kelantan.


Pada 26 April 1974, Ustaz Abu Bakar Hamzah selaku Ketua Pemuda PAS Pusat meninggalkan parti PAS apabila PAS di bawah Datuk Asri menyertai Barisan Nasional  pada 1974. Kemudian beliau dipecat oleh PAS kerana membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan parti. Beliau tidak melompat parti, sebaliknya kembali ke pangkuan PAS di penghujung usianya. Ramai juga pemimpin PAS tidak bersetuju dengan keputusan jawatankuasa tatatertib PAS Pusat memecat Abu Bakar Hamzah. Bagi mereka, tindakan yang dibuat oleh Abu Bakar Hamzah tidak bertentangan dan merugikan parti.

Sekembali dari Universiti Kent, beliau diterima semula ke dalam parti pada Februari 1983 dan dilantik sebagai Jawatankuasa Agung PAS pada 1983 tanpa kehadirannnya di bawah pimpinan Haji Yusuf Rawa. 1985 beliau bertanding menentang Haji Yusuf Rawa selaku Presiden PAS dan Naib Presiden, tetapi kedua-duanya kalah. Ekoran kekalahannya itu, beliau mengupas permasalahan PAS dan disiarkan dalam majalah tabloid sekitar 1980-an.

Perkataan 'Buta Quran',  'Ayatullah Plastik', 'Syaitan Akhras', 'Kurang Akhlak', 'Kupang Tembaga' adalah antara ayat-ayat yang cukup sinonim dengan beliau semasa menghentam kepimpinan ulama setelah PAS kalah teruk pada tahun 1986. Saya masih ingat lagi perdebatan beliau dengan Ibnu Muslim di era 80'an sehinggakan beliau menerbitan sebuah buku yang diberi nama 'Quo Vadis PAS: Polimik spontan diantara Abu Bakar Hamzah dan Ibnu Muslim'.

Saya tidak menafikan yang saya pada mulanya menyokong dan bersimpati kepada Dr Hasan Ali tetapi keadaan berubah setelah beliau secara peribadi menghentam PAS melalui media yang dikawal oleh Umno. Penafian beliau meminta maaf kepada PAS tentang 'Negara Kebajikan' semasa berjumpa dengan TGNA dan TGHH telah menunjukkan akan sikap sebenar beliau yang mana hanya beliau sahaja yang benar dan berada dilandasan yang betul dalam perjuangan PAS.

Sindiran-sindiran beliau amat menyakitkan hati kerana beliau menyangka bahawa majoriti ahli PAS menyokong beliau. Inilah diantara kesilapan Dr Hasan Ali dalam menafsirkan kesetiaan yang ada pada ahli-ahli PAS. Tidak dinafikan ada perkara yang betul dan tidak semua tindakan yang beliau lakukan semuanya salah tetapi yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul. 

Beliau tanpa rasa malu mengungkitkan jasa-jasa beliau terhadap PAS tetapi beliau lupa akan jasa PAS terhadap beliau. Jasa PAS terhadap beliau tidak ternilai kerana beliau diangkat bukan daripada bawah dan ditantang seperti minyak yang penuh. Kemenangan yang beliau perolehi semuanya hasil dari keringat dan sumbangan wang ringgit oleh pendokong-pendokong PAS walau pun beliau sudah dikenali. Bolehkah beliau berada dikedudukan sekarang ini jika beliau bersama-sama dengan Umno?.

Bukan disebabkan kritikan beliau terhadap Anwar, beliau dipecat tetapi kerana kelancangan beliau menghentam pucuk pimpinan walau pun sudah diberi nasihat. Bagi PAS, pemimpin boleh datang dan pergi tanpa ada kerugian pun biar sehebat mana pun pemimpin itu. PAS tetap akan bertahan dengan para pendokong-pendokongnya yang ikhlas berjuang demi Allah s.w.t. dan RasulNya.


Walau bagaimana pun ia bukannya satu kredit untuk kita menghentam beliau selagi beliau masih bersama PAS biar pun keahlian beliau telah dipecat sebagai ahli PAS. Tidak dapat tidak, pemecatan beliau amat dinanti-nanti oleh segelintir manusia yang bernafsu besar dalam mengejar jawatan dalam GLC milik kerajaan negeri yang  masih menyimpan dendam terhadap beliau. Oleh itu jika beliau seorang yang bermaruah, beliau patut melepaskan jawatan beliau sebagai Exco dengan reladiri dan bukannya dipecat. 


Dalam isu ini, boleh dikatakan 'telan mati mak, luah mati bapa' bagi pucuk pimpinan tertinggi PAS. Andainya Dr Hasan Ali diberi amaran atau pun digantung keahlian, adakah beliau boleh menahan dirinya dari mengeluarkan kenyataan-kenyataaan yang bercanggah dengan parti mengikut saluran?. Sebagaimana pertemuan beliau dengan TGNA dan TGHH di Kota Bahru untuk menjernihkan keadaan yang kesudahannya, media Umno juga dicarinya.

Isnin, 9 Januari 2012

Nasrudin: ‘Hasan Ali harus pegang prinsip Islam, kembali semula seperi Abu Bakar Hamzah’

Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menasihatkan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat keahlian parti Islam itu berkuatkuasa  serta-merta semalam agar “tidak lari meninggalkan perjuangan Islam.”
Kata Nasrudin, Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kerajaan negeri harus belajar daripada kesilapan dan mencontohi sikap bekas Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Datuk Abu Bakar Hamzah yang pernah dipecat kerana membuat kenyataan yang bercanggah dengan keputusan parti.
“Kepada Datuk Dr Hasan Ali, jika anda benar-benar ikhlas dengan perjuangan Islam anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Datuk Abu Bakar Hamzah yang pernah dipecat kerana membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan parti.
“Tetapi beliau (Abu Bakar) tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini. Beliau berehat panjang dan akhirnya kembali semua kepangkuan PAS di penghujung karier dan usianya,” katanya di laman sosial Facebook.
Abu Bakar yang pernah memegang jawatan setiausaha agung PAS meninggalkan parti Islam itu apabila presidennya Datuk Asri Muda membawa parti itu menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1974.
Selain Abu Bakar, ramai pemimpin utama PAS ketika itu bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan keputusan itu.
Kata Nasrudin (gambar), sayap pemuda PAS itu menyokong penuh keputusan memecat Dr Hasan yang dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat semalam.
Kata beliau, menurut peruntukan parti Dr Hasan masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama berhubung pemecatan itu.
“Datuk Dr Hasan Ali dibuang keahliannya berkuatkuasa serta-merta dan menurut perlembagaan parti beliau masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama selepas ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang dibuat secara syura ini,” katanya.
Dalam satu kenyataan, PAS menjelaskan, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) dan setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.
Menurut kenyataan itu lagi, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Dr Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS.
Dr Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan kontroversi dan “menongkah arus”.
Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.
Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan. Insider

Jumaat, 30 Disember 2011

Klip Video Tentang Kenyataan Nik Aziz Berkaitan Pertemuan Dengan Hasan Ali.

Harakahdaily Pertahan Berita, Siar Transkrip Sumbernya.


Harakahdaily mempertahan berita kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Ali.
Demikian menurut posting yang dibuat Harakahdaily awal petang ini, sebagaimana yang disiarkan laman web milik PAS itu.
Untuk membuktikan pihaknya tidak memutarbelitkan berita sebagaimana yang didakwa Hasan, laman web itu menyiarkan transkrip penuh kenyataan Nik Aziz (gambar) semalam.
Turut disiarkan Harakahdaily adalah video kenyataan Nik Aziz kepada wartawan semasa beliau melawat hakisan pantai Irama, Bachok semalam.
Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam membuat satu kenyataan kepada media membantah laporan yang dibuat Harakahdaily semalam.
Hasan Ali mendakwa, “Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.
“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya.
Dalam transkrip sidang media yang disiarkan oleh Harakahdaily itu, Nik Aziz jelas berkata, Hasan Ali datang ke Kota Bharu dan meminta maaf dari pemimpin PAS di samping menarik balik kenyataannya.
Nik Aziz pula memuji tindakan Hasan itu dengan menyifatkannya sebagai anak jantan.
Berikut adalah transkrip penuh sidang media Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember:
Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.
Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.
Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?
Nik Aziz: Terimalah.
Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru?
Nik Aziz: JKR 10
Wartawan: Ustaz Nasha ...
Nik Aziz: Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai.
Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut “kalimah Arab” — “Hari ini Hari Perang”. Nabi kata tidak, “kalimah Arab” — “Hari ini hari kasihan belas”. Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.
Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru?
Nik Aziz: Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah.
Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini?
Nik Aziz: Ada peluang apa lagi lah ... baik.
Insider

Rabu, 30 November 2011

Salahuddin: Muhyiddin Buktikan Umno Memang Tak Jujur Dan PAS Di Landasan Betul.

Serangan terbuka tidak berasas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap PAS malam tadi membuktikan parti Islam itu berada di landasan betul apabila selama ini menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik, kata Salahuddin Ayub.

Naib Presiden PAS ini menegaskan, kenyataan orang nombor dua Umno dan Barisan Nasional (BN) itu dengan sendirinya menggambarkan mereka tidak jujur dalam pelawaan dan ajakan berkali-kali selama ini, kecuali mahu menghancurkan Pakatan Rakyat.
“Ya, ya. Kita berada dalam landasan yang betul untuk tidak bersama dengan mereka (Umno), menolak ajakan mereka. Pendirian kami memang betul, apa yang kami sangkakan selama ini betul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
Salahuddin (gambar) yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata PAS memang dari “hari pertama penubuhan, lebih 50 tahun lalu tidak percaya pada Umno.”
“PAS tidak akan tertipu dan terpedaya dengan tindakan-tindakan Umno,” katanya dengan merujuk kepada keputusan PAS sejak tiga tahun secara konsisten menolak pelawaan membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.
Sebaliknya PAS mahu kekal bersama Pakatan Rakyat.
Idea kerajaan perpaduan muncul selepas Umno-BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kerajaan lima negeri jatuh ke tangan parti komponen Pakatan Rakyat.
Dalam ucapan perasmian Persidangan Agung Tahunan Pemuda, Puteri dan Wanita malam tadi, Muhyiddin selaku Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri berkata, PAS tidak boleh menggantikan Umno dalam memperjuangkan hak orang Melayu atas alasan “Umno tiada galang-ganti.”
Sebelum ini Umno berulang kali mengajak PAS agar membentuk kerjasama politik dan kerajaan perpaduan termasuk menyertai Barisan Nasional (BN).
“Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti.
“Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja,” kata Muhyiddin.
Muhyiddin mendakwa “DAPlah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?”
Sehubungan itu kata Muhyiddin, untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan.
“Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka,” kata beliau.
Ekoran hujah dan ucapan menyerang tanpa asas itu, Salahuddin seterusnya menegaskan, beliau kini sudah hilang hormat ke atas Muhyiddin selaku orang nombor dua kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
“Apabila saya mendengar ucapan berpeluh Muhyddin ini (malam tadi), saya sudah hilang hormat ke atas beliau sebagai seorang pemimpin, timbalan perdana menteri dan dikatakan bakal perdana menteri. Beliau tidak layak. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin nombor dua parti, beliau seharusnya menyampaikan gagasan yang lebih besar, bukan menggunakan poin-poin yang digunakan semalam,” katanya lagi.Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular