Translate

Sabtu, 7 Januari 2012

Dr Hasan Ali Sudah Tersasar Jauh Dari Perjuangan Asal. Beliau Patut Mengundur Diri Dengan Terhormat Kerana Ia Adalah Jalan Terbaik Buat Beliau.



Saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini tetapi apabila melihat tindakan yang dilakukannya melangkau parti, maka saya rasa Dr Hasan Ali patut dikenakan tindakan displin oleh PAS. Kenyataan-kenyataan beliau kepada media massa pro kerajaaan benar-benar mengecewakan. Apakah beliau merasakan yang beliau terlalu bijak dalam urusan parti sehingga sanggup dirinya dipergunakan oleh Umno.

Mananya kerja Umno semakin mudah di Selangor dengan adanya Dr Hasan Ali. Beliau boleh mempertikaikan dasar-dasar parti berkenaan 'Kerajaan Kebajikan', malah dengan angkuh menasihat pemimpin PAS agar tidak lari dari perjuangan asal penubuhan PAS. Apakah beliau terlalu bijak atau pun beliau sendiri tidak baca apa yang terkandung didalam Perlembagaan PAS. Apakah beliau menyangkan PAS telah lari dari matlamat asal perjuangan PAS yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah?.

Hakikatnya, PAS tidak pernah mengadaikan dasar-dasarnya walaupun bersama dalam Pakatan Rakyat. Tak kan beliau tidak tahu yang PAS tidak akan sesekali mengadaikan perlembagaaannya sendiri semata-mata kerana bersama dengan Pakatan Rakyat. Saya tidak nafikan yang saya bersimpati terhadapnya pada awal beliau menjadi EXCO Agama Selangor tetapi simpati saya terus berubah apabila melihat telatah yang memperkecilkan PAS.

Sebagai seorang bekas Pesurujaya PAS Selangor dan AJK PAS Pusat, beliau patut tahu akan salurannya. Kenapa menggunakan media pencacai yang cukup dikenali sebagai musuh ketat kepada pembangkang dan beliau pun tahu setiap patah perkataan yang beliau luahkan pasti akan diputar belit oleh mereka. Atau mungkin Dr Hasan Ali merasakan yang beliau cukup kebal dan mempunyai pengaruh besar sehingga berani menghentam PAS. 

Apakah beliau lupa akan sejarah PAS yang mana walau sehebat mana pun pemimpin itu, ahli-ahli PAS akan tetap bersama dengan PAS biar pun pemimpin yang hebat itu keluar daripada perjuangan PAS. Inilah kelebihan PAS yang tidak ada pada mana-mana parti politik di Malaysia. Ahli PAS wala' kepada pemimpin selagi pemimpin itu tidak mengkhianati PAS. 

Allayarham Datuk Asri adalah aset penting PAS kerana beliau adalah Yang Di Pertua PAS Pusat dan juga seorang pemidato terhebat dizamannya. Bila beliau dan 12 orang kuatnya keluar daripada PAS, adakah ahli-ahli PAS mengikut jejak beliau?. Bagi PAS, jika seorang pemimpin pergi, akan datang sepuluh lagi pemimpin yang mungkin lebih hebat daripada pemimpin yang telah pergi. 

Buat Dr Hasan Ali, bermuhasabahlah diri anda dahulu sebelum anda memuhasabah orang lain. Jika anda pergi pun, PAS tidak akan rugi apa-apa pun walau anda cukup disanjung oleh Umno. Jika anda pergi meninggalkan jasa, jasa anda tetap akan dikenang oleh PAS walau anda tidak lagi bersama PAS. Sebagai seorang yang dianugerahkan ilmu oleh Allah s.w.t., anda patut melihat diri anda sendiri dan renunglah dengan hati yang penuh tawadak akan diri anda. Apakah tindakan, kritikan dan perbuatan anda kepada PAS dan para pemimpinnya salah pada pandangan anda kerana mungkin anda merasakan apa yang anda lakukan adalah betul. Bagaimana pula pandangan orang terhadap anda pula, adakah anda sudah bertanya kepada rakan-rakan yang berada disekeliling anda?.

2 ulasan:

Sharouk berkata...

ini la, dia pada pendapat aku nak keluar PAS dan masuk UMNO tapi kerana Baiah, nanti menduda dan menjanda lak deme. So dia buat gitu supaya PAs buang dia dan ada peluang dia akan dicalonkan dalam UMNO.

Jadi tindakan yang paling baik ialah biarkan dia menyalak sampai semput dan bila PRU diumum dia masih dalam PAS so dia tak leh gi mana. Biarkan dia menyalak puas puas dan layan bagi dia syok je. Kalau tak pun usah layan. Lantak kat dia meroyan sesorang. Amacam.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya ada betul jugak cakap Hassan Ali itu..Kena buang sentimen atau bias politik baru boleh nampak apa yang dia cakap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular