Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 3 Januari 2012

PDRM: Kezaliman Kamu Akan Di Tuntut Di Padang Mahsyar Nanti.



Demonstrasi aman yang diadakan oleh aktivis mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dicemari dengan keganasan oleh pihak polis sehinggakan salah seorang pemimpin mereka masih tidak sedarkan diri. Tidak cukup dengan itu, seramai 17 mahasiswa telah ditahan dan hak mereka untuk berjumpa peguam dinafikan. Mereka telah dipukul bertubi-tubi oleh pihak polis tanpa sebab yang munasabah dan ianya mungkin arahan dari pihak atasan yang semakin takut dengan desakan demi desakan oleh rakyat marhaen. Baca Sini dan Klik Sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Kamu memukul rakyat marhaen tanpa dibalas kerana kamu bangga dengan uniform yang kamu pakai diatas bumi Allah s.w.t. Kamu menyangka kamu cukup berkuasa kerana rakyat marhaen tahu yang kamu adalah Polis Raja Di Malaysia. Setiap darah rakyat marhaen yang menitis diatas muka bumi ini akan menjadi saksi di Padang Mahsyar yang mana Allah s.w.t. adalah Raja segala Hakim. Tiada penganaiyaan terhadap kamu walau sebasar zarah pun kerana saksi-saksi kamu semuanya akan bercakap benar tanpa mengkhianati kamu.

Adakah kamu boleh memberi alasan dihadapan Allah s.w.t. bahawa kamu telah dikerah oleh pemimpin kamu. Bolehkah kamu berlepas tangan terhadap pemimpin kamu dengan kezaliman yang kamu lakukan kepada rakyat marhaen. Semua rakyat marhaen sedar yang mereka tidak boleh menyentuh kamu walau sezalim mana pun kamu lakukan terhadap mereka kerana kamu adalah Polis Raja Di Malaysia.

Kamu boleh mendabik dada dengan penuh bangga terhadap rakyat marhaen kerana kamu adalah Polis Raja Di Malaysia. Kamu memukul, menendang, menangkap dan menghumban rakyat marhaen ke lokap tanpa rasa bersalah kerana kamu adalah Polis Raja Di Malaysia. Kamu akan mereka-reka cerita dan bukti untuk menunjukkan yang kamu adalah benar dalam menjalankan tugas kerana kamu adalah Polis Raja Di Malaysia.

Tetapi ingatlah wahai Polis Raja Di Malaysia, kemegahan kamu, kekuasaan kamu, kerakusan kamu, kekuatan kamu dan segala yang ada pada diri kamu akan dilucut secara adil oleh Allah s.w.t. di Padang Mahsyar nanti. Selama 40 tahun perkhidmatan kamu sebagai Polis Raja Di Malaysia untuk tuan-tuan kamu langsung tidak berguna selepas kamu bersara. Kamu akan dicemuh oleh rakyat marhaen setelah kamu tidak lagi memakai uniform Polis Raja Di Malaysia.

Mungkin tuan-tuan kamu akan membalas jasa-jasa kamu dengan sedikit imbuhan duniawi dengan menganugerahkan gelaran 'Datuk' atau pun 'Tan Sri' bagi yang berjawatan tinggi. Tetapi bolehkah ianya digunakan untuk kemegahan dihadapan Allah s.w.t. di Padang Mahsyar nanti?. Kesian sungguh terhadap Polis Raja Di Malaysia yang menjadi pengampu kepada para pemimpin Melayu yang berkeris silang kerana mengejar pangkat dan gelaran, mereka sanggup meletakkan sebelah kaki mereka di Neraka.

Mungkin mereka menyangka hidup didunia cukup lama, sedangkan masa di Akhirat hanyalah beberapa detik sahaja. Tidakkah kamu sedar wahai Polis Raja Di Malaysia, dunia ini adalah alam bermusafir untuk mencari ilmu dan amal untuk dibawa ke alam Akhirat. Baik amal kamu, maka beruntunglah kamu tetapi kejahatan dan kezaliman yang kamu bawa, maka celakalah kamu.

Sedarlah wahai Polis Raja Di Malaysia, masa tidak akan menunggu kamu walau sesaat pun sebelum ajal menjemput kamu. Masa untuk bertaubat masih terbuka luas untuk kamu dengan membersihkan tangan-tangan kamu yang bergelumuran darah-darah rakyat marhaen yang kamu anaiyai demi menjaga tahta tuan-tuan kamu. Sebagaimana Allah s.w.t.berfirman ; 
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢)إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
" Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular