Kenapa DS Nizar perlu meminta maaf kepada rakyat Johor sedangkan sebagai seorang pemimpin Islam beliau wajib menegur apabila jika ada perkara tidak molek dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira darjat seseorang. Apatah lagi jika ia adalah pemimpin atau pun raja yang suka bermegah-megah. Apakah kemurkaran raja lebih hebat daripada kemurkaran Allah s.w.t. kerana sikap menunjuk-nunjuk amat di murkai oleh Allah.
Apakah kerana tidak mengikut adat Melayu maka beliau dituduh sebagai jahil dan cetek akalnya?. Siapa sebenarnya yang berlagak pandai dan tidak berilmu berkaitan isu plat WWW1 seperti mana yang dititahkan oleh Sultan Johor. Siapa yang patut dinasihati dalam perkara ini, DS Nizar atau pun orang yang berdarjat. Sedarkah kita bahawa Allah s.w.t. tidak akan memandang setinggi mana darjat seseorang melainkan imannya. Tiada rakyat maka tidak akan ada raja dan adakah benar semua rakyat Johor setuju dengan tindakan bermegah-megah itu.
Raja yang baik adalah raja yang bersederhana dalam kehidupan dan boleh menerima teguran walau pun ianya dianggap pahit untuk ditelan. Apakah hidup di alam musafir ini dianggap cukup lama bagi yang berdarjat sehingga teguran akan dianggap satu penderhakaan. Sepatutnya raja-raja Melayu kembali kepada Islam yang syumul bertetapan dengan amanah yang diberi sebagai Ketua Agama Islam. Tidakkah ini memalukan bagi seorang yang mengetuai Islam tetapi kehidupan sendiri pun bercanggah dengan apa yang dianutinya. Raja-raja Melayu patut mengambil iktibar dan contoh para sahabat r.a. yang diberi amanah sebagaimana dilakukan oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.a.
Kata- kata yang terkenal daripada Saidina Abu Bakar r.a. semasa beliau diangkat menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik di kalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memn\beri haknya semula. manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan rasul Nya dan jika aku mengingkari Allah dan rasul Nya maka jangan kamu mentaatiku".
Ucapan ini menyatakan kepada kita bagaimana raja dan pemimpin mestilah telus dan terikat dengan undang-undang sebagaimana yang dikenakan terhadap rakyat jelata kerana raja dan pemimpin bukannya kebal daripada sebarang undang-undang. Jika kamu kebal di dunia sekali pun, kamu tidak akan terlepas di hadapan Allah walau sebesar zarah kerana undang-undang Allah adalah seadil-adilnya tanpa sedikit pun tidak menzalimi kamu.
Ini pula pesanan Saidina Umar al-Khattab r.a. ketika mula-mula diangkat menjadi khalifah mengantikan Saidina Abu Bakar r.a. yang mana beliau diingatkan dengan sebilah pedang.
" Saya menerima ujian dan kamu semua memberi ujian kepada saya. Saya mengantikan kepimpinan untuk kamu semua selepas sahabat saya (Abu Bakar r.a.). Sesiapa yang hadir maka kita akan memberi khabar gembira dengan jika raga kita dan sesiapa yang tidak hadir maka urusannya adalah tanggung jawab orang yang mempunyai kekuatan dan amanah. Sesiapa yang berbuat baik, maka kami tambah kebaikannya dan sesiapa yang berbuat jahat, kami akan menghukumnya. Semoga Allah memberi ampun kepada saya dan kamu semua"
Ketaatan kepada raja tidak sesekali sama dengan ketaatan kepada Allah dan rasul Nya. Jika raja sendiri sudah terpesong maka kita tidak wajib mentaatinya walau pun dimurkai kerana kemurkaian Allah tiada batasnya. Kemewahan dan darjat hanyalah pinjaman semata-mata kerana Allah s.w.t ingin menguji setakat mana keimanan hamba Nya dan kemana di belanjakan harta itu. Kita patut menunjukkan sokongan yang padu kepada DS Nizar kerana apa yang beliau lakukan tidak bersalahan mengikut Islam.
2 ulasan:
berdosa dgn Allah S.W.T. boleh bertaubat,berdosa sesama insan kena minta maaf,renung2kan....selamat beramal
apa macam pulak dg isu ni... cerita dah lama... tapi yg senyap tu tak syoknye...
http://www.youtube.com/watch?v=ePD_EUQEq0E&feature=player_embedded
Catat Ulasan