Translate

Isnin, 11 Jun 2012

Isu RM520,000 : Mana Lebih Baik, Sekeping Plat Atau Sebuah Surau...!!!!!

Sultan Johor ketika berucap di hadapan para pemhimpun taat setia berkenaan isu plat WWW1

Nampaknya Umno Johor berjaya menjadikan isu plat WWW1 yang dibeli oleh Sultan Johor dengan harga RM 520,000 sebagai medan mengutuk DS Nizar sebagai penderhaka kepada Sultan Johor. Mungkin DS Nizar akan digam dari memasuki Johor untuk berceramah. Seperti biasa polis mula bertindak menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat kes ini. Inilah cara polis yang beraja dihati bersultan di mata demi kepentingan politik Umno yang semakin nazak.

Memang Sultan Johor berduit dan tidak mengambil elaun yang diberikan oleh kerajaan seperti yang dikatakan oleh Tengku Mahkota Johor. Adakah kerana isu ini Sultan Johor boleh melenting tetapi dalam masa yang sama boleh memaafkan sekumpulan pelancong asing yang memukul pengawal peribadi dan menceroboh kapal layar baginda. Apakah Raja-Raja Melayu sekarang ini terlalu sensitif untuk ditegur sedangkan apabila Raja-Raja Melayu dilodeh satu persatu oleh Umno melalui media mereka, orang yang menegur baginda lah yang mempertahankan kehormatan Raja-Raja Melayu.

Saya menulis ini tanda sokongan saya kepada DS Nizar kerana saya bersama-sama beliau dan pemimpin-pemimpin PAS yang paling ke depan mempertahankan Raja-Raja Melayu dari dibangku sampahkan oleh Mahathir. Apakah Raja-Raja Melayu sudah lupa sebagaimana kacang lupakan kulit. Teguran DS Nizar bertetapan dengan keadaan sekarang ini yang mana kehidupan rakyat semakin terhimpit hasil dari kesalahan kerajaan Umno. Jika pemimpin sendiri tidak boleh menegur Raja-Raja Melayu yang menunjuk-nunjuk, apa yang rakyat boleh harapkan.

Jika hendak mengharapkan pemimpin Umno menegur ketika ini, mungkin boleh tunggu kucing bertanduk la. Umno yang nazak akan menjadi pengampu no.1 tetapi apabila mereka kuat, merekalah pembuli no.1 dan andainya isu ini berlaku pada tahun 80'an pasti ia menjadi senjata besar Umno untuk menyerang Sultan Johor. Sebagaimana Umno menyerang ayahanda baginda, Sultan Iskandar bertubi-tubi sehinggakan tiada berita yang baik melainkan semuanya berita-berita nista ke atas baginda. Siapa yang mempertahankan Sultan Johor ketika itu jika tidak para pemimpin dan ahli PAS. Kemana perginya pejuang-juang yang kat bawah nih...!!!!!!!!!!!
Demotrasi Menyokong Sultan Johor.

Jika duit sebanyak RM520,000 disumbangkan untuk pembinaan sebuah surau lebih bererti dari sebuah plat untuk diletakkan pada Proton Satria Neo yang berharga 10 kali ganda murahnya. Mungkin Sultan Brunei ketawa melihat akan babak ini, lainlah jika diletak pada sebuah Jaguar atau Ferarri atau Lamboghini. Mereka boleh berhujah yang wang itu adalah hasil negara dan di kembalikan kepada rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Bukan untuk umat Islam semata-mata kerana Raja adalah Raja kepada semua kaum. Jika inilah hujah mereka, maka ternyata mereka termasuk didalam golongan orang-orang yang rugi.
Jaguar antara kereta milik Sultan Johor.
Proton Satria Neo milik Sultan Johor.

Raja-Raja Melayu atau apa bangsa pun bukannya seorang yang maksum dan teguran dari DS Nizar telah menjadi fadhul kifayah agar tidak leka dengan kemewahan yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t. Tetapi Umno yang nazak telah menjadikannya isu negara demi meraih sedikit simpati dari makhluk yang pernah mereka hina sehinggakan mereka tergamak membubarkan Angkatan Tentera Johor yang dimiliki oleh Sultan Johor sendiri. Apa pun tahniah kepada Sultan Johor yang mendahului Raja Melayu yang lain yang mengiktiraf Sultan Muhammad V dengan mengadakan lawatan ke Kelantan.
Paduka Sultan Muhammad V, juga dikenali dengan gelaran 'Wali Sultan'.

Maka akan kedengaranlah laungan-laungan agar DS Nizar tidak dibenarkan menjejakkan kakinya ke bumi Johor oleh pendemo-demo yang kononnya menunjukkan taat setia terhadap Sultan Johor. Apakah Umno dan mereka-mereka ini lupa akan peristiwa April 1981 bagaimana bantahan dari Umno Johor terhadap penabalan Sultan Mahmud Iskandar (Ayahanda Sultan Ibrahim) sebagai Tengku Mahkota Johor mengantikan adiknya Tengku Abdul Rahman oleh bekas Menteri Besar Johor, TS Othman Saat. Baca Sini

Umno boleh lupa tetapi sejarah tetap mencatatkannya tanpa berselindung walau sedikit pun kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Siapakah mereka untuk menyekat seorang individu dari menjejakkan kakinya di bumi Johor, hebat sangatkah mereka ini kerana ini adalah bumi milik Allah s.w.t. Sepatutnya mereka lihat diri sendiri sebelum melakukan perkara-perkara yang bodoh tanpa mengira apa status mereka. Kalau orang kata kamu bodoh kamu marah, kalau dah bodoh apa title yang patut diletak. Dan jangan lupa, tanah yang kami tak bagi orang pijak inilah yang kamu akan pikul di Padang Mahsyar nanti sebagai bukti untuk perbicaraan yang adil di hadapan Allah yang Maha Kaya Lagi Perkasa.

Nasihat Kepada Sultan

Tuanku,


Sembah patik sembah derhaka bukan kerana patik benci kepada Raja atau Sultan tetapi patik lihat kemegahan telah diberikan oleh Allah s.w.t. di muka bumi ini. Apa sahaja yang Tuanku lakukan di muka bumi ini walau sekecil jarum pun, rakyat tetap melihat kemegahan dari Tuanku. Ini adalah bumi Allah s.w.t. yang diamanahkan kepada Tuanku agar Tuanku menjadi orang-orang beriman. Tidakkah hidup dan mati kita hanya kepada Allah seru sekalian alam. Patik tetap berada di belakang Tuanku seperti mana peristiwa 10 Disember 1992, patik berada di hadapan mempertahan Tuanku dan Raja-Raja Melayu dari amukan gila Umno di bumi bertuah ini. Tuanku patut sedar akan muslihat jahat Umno apabila mereka kuat dan patik pun sedar yang Umno ditubuhkan di Istana Johor. Tetapi itu bukan tiket untuk Tuanku terpengaruh dengan dakyah jahat Umno yang semakin nazak itu. Rakyat yang baik adalah rakyat yang berdiri teguh di belakang Tuanku ketika Tuanku dalam kelemahan.


Tuanku,


Sungguh bertuah kita adalah dari umat Muhammad s.a.w., umat yang didahulukan dari umat-umat yang lain dan hidup di bumi ini yang dinaungi para ulama yang silih berganti, hilang seorang timbul sepuluh agar pegangan kita kukuh di jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Ilmu yang dicari ilmu yang dapat, harta yang dicari harta yang dapat, pangkat yang dicari pangkat yang dapat tetapi darjat yang dicari belum tentu kita dapat melainkan di sisi Allah s.w.t. Dagang  raja dagang diangkat, dagang hamba rakyat dagang mengkuang lalu. Dagang Tuanku dagang berdarjat, dagang hamba rakyat musafir lalu. Tegur menegur menjadi pegangan, biar sepahit mana ia tetap ditelan. Adat menegur telah dikarang agar kita tidak tersesat jalan. Yang jelas ditegur jelas, yang sembunyi di bisik ke telinga kerana kita memegang agama dan adat. Yang tinggi darjat ditegur pemimpin dan yang memimpin ditegur yang bawah. 


Tuanku,


Dalam keghairahan kita mengejar kemegahan yang sementara ini, sebagai yang berdarjat jangan lupa menoleh ke belakang melihat hamba rakyat yang semakin hari semakin tersepit. Susah senang hamba rakyat tetap tersenyum apabila melihat yang berdarjat menyapa tanpa menunjukkan betapa susahnya hidup. Ada yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, malam tidak berkais berlapar sampai pagi. Sunnah dan jalan sahabat jangan ditinggal sepertimana Saidina Umar berkuasa, baju anak pun tidak mampu ditukar. Bukan hamba rakyat mohon yang berdarjat hidup setaraf itu tetapi ambillah sedikit iktibar pemimpin Agung. Patik dengan rendah hati mengundurkan diri dari nukilan ini, pergi tanpa buruk sangka.


Musafirlalu

2 ulasan:

Rod berkata...

Wa salute you punya nukilan. Hebat bro. Hebat! Takbir!

Tanpa Nama berkata...

Ampun Tuanku,pernahkah Tuanku bertanya di hati kecil Tuanku, kenapa Tuanku di lahirkan dalam kaedaan yang istimewa, tak pernah merasa kesusahan, tak pernah merasa kelaparan, apa maksud Allah swt memberi keistimewaan ini?. Apa kah tujuan nya? apakah maksud nya?.Cari lah Tuanku jawapan nya dan Tuanku akan tau hati kami yang serba kekurangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular