Ingat Isa Samad maka ingat bagaimana beliau dilucutkan jawatan sebagai
Naib Presiden Umno oleh Biro Disiplin Umno kerana rasuah undi. Kalau
diri pemimpin Umno seperti Isa hidup bergelombang dengan perkara yang
tidak baik, tabiat itu bukan senang untuk dilupakan apatah lagi hasil
dari kerja-kerja mungkar diberi makan kepada anak bini. Lihat dari apa
yang berlaku kepada anak Nazri Aziz yang berfoya-foya dengan arak dan
betina-betina disekelilingnya, bak kata pepatah 'bukan salah ibu
mengandung tetapi salah asuhan'. Baca 'Antara Nakbah Palestin Dan Tanah Felda'
Bagaimana seorang perompak, penyamun class dunia yang sudah disabitkan
bersalah oleh partinya sendiri diberi kepercayaan untuk menjaga aset
yang bernilai RM 30 bilion (Dikatakan Felda mempunyai aset bernilai RM
20 bilion dengan tunai RM 10 bilion). Maka melelehlah air liur sang
penyamun kerana setia memegang rahsia skandal seks pemimpin Najib
Haramjadah dan mengikut maklumat, gambar-gambar itu masih dimiliki oleh
Isa Samad, pesalah rasuah. Maka Islam akan menjadi musuh mereka buat
selama-lamanya.
Kerana itulah pemimpin Umno dan kaum kerabatnya tidak akan redha Islam
ditegakkan dibumi Malaysia ini. Inilah Melayu yang mengaku Islam tetapi
mempunyai dendam yang tidak kesudahan terhadap agama yang dianutinya.
Satu perkara yang tidak dapat kita dengar dari penganut Kristian,
Yahudi, Buddha, Hindu, Majusi atau penganut-penganut agama lain yang
menentang agama mereka sendiri kerana Umno memegang ideologi 'Malaysia
Boleh' atau pun '1Malaysia' yang dipelopori oleh Najib Haramjadah.
Mungkin kita belum nampak lagi ada anak pemimpin Umno celaka yang hidup
berlandaskan Islam sebagai pedoman hidup tetapi kita sudah nampak Sultan
dan kerabat Raja Melayu yang yang sudah kembali kepada 'Tali Allah'
dan ada rakyat marhaen mengelarkan mereka sebagai 'Wali Sultan'. Hidup
di Alam Musafir ini hanyalah sementera sebagai mencari bekalan untuk
dibawa ke Alam Akhirat. Apakah mereka menyangka hidup mereka ketika ini
cukup lama berbanding dengan hidup abadi setelah di bangkitkan di Padang
Mahsyar nanti.
Memang kita tidak boleh menghukum seseorang itu kerana Allah itu Maha
Pengasih lagi Maha Pengampun. Ikrar yang kita lakukan selama 5 kali
sehari yakni:
"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah
sebanyak-banyaknya. Kuhadapkan mukaku kepada yang menjadikan langit dan
bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari
golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku,
ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru
sekalian alam. Sesekali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam".
Tidakkah hebat akan ikrar yang mereka laung-laungkan untuk menunjukkan
yang mereka adalah hamba yang soleh dan mereka juga adalah orang Islam
yang total. Jika Allah s.w.t. sendiri pun mereka boleh
membelakangkannya, apalah yang kita nak harapkan sebagai rakyat marhaen.
Inilah wajah pemimpin Umno total, inilah perangai mereka, sikap mereka,
sifat mereka, hidup mereka mati mereka dan anak bini mereka adalah
musang berbulu ayam.
Amat celakalah bagi rakyat marhaen yang masih menyanjungi pemimpin dan
parti Umno hanya demi RM 500 yang di taburkan sedangkan mereka telah
merompak trilion RM dari rakyat tanpa disedari mereka. Kerana itulah
Umno busuk sampai ke usus seperti kata mantan PM Umno sendiri yang
merasakan dirinya dipinggirkan. Jika kata-kata hikmah Hang Jabat dan
peristiwa 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang' sebagai propaganda Umno
terhadap Raja-Raja Melayu, kenapa ia tidak diambil iktibar buat pemimpin
dan parti Umno sendiri. Sudah ramai pemimpin Umno keluar parti dan
menyertai rakyat marhaen, bagaimana pula dengan karat-karat biru yang
tiada apa-apa jawatan dalam parti masih memeluk erat pemimpin Umno. Lu
sendiri fikir ler jika lu ingin melihat masa depan lu punya anak cicit
tergadai dinegara sendiri. Gerakan Anti najib/Rosmah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan