Translate

10 CATATAN TERKINI MUSAFIRLALU

Senarai Blog Saya

Ahad, 28 April 2013

Biar Gambar Berbicara Kehadiran Pendengar Ceramah UAI Dan Ceramah Mahathir.


(Majlis Tun Dr Mahathir dan Ustaz Azhar di Putrajaya malam tadi)

PUTRAJAYA: Sekali lagi kita terpaksa membiarkan gambar berbicara sendiri siapakah yang lebih banyak mendapat sambutan program masing-masing di Putrajaya malam tadi.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi.Acara beliau di Presint 3 juga disambut meriah. Ada sekeping gambar yang nampak kehadiran bas di program Mahathir bersama calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Tapi apakah ia setanding apa yang dicapai oleh calon PAS Datuk Husam Musa bersama Ustaz Azhar Idrus di Presint 19?

(Pelakun Mustafa Kamal turut datang memberikan sokongan kepada Husam di Putrajaya)

Di dalam kuliahnya, Ustaz Azhar Idrus menyatakan harapannya untuk melihat sebuah kerajaan baru yang telus, lebih baik dan beramanah selepas 5 Mei nanti.

Menjawab soalan parti mana yang perlu diundi, berikut ialah jawapan Ustaz Azhar Idrus.

“Kita jawab mudah. Kita duduk di atas padang. Pangkahlah di atas kepala tuan-tuan sendiri. Faham tak? Benda? Tu atas tu (Tangan Ustaz Azhar menghala ke bulan di atas langit). Atas langit tu, jangan pangkah dahi. Nampak tak?”

Hadirin jawab "nampak" sambil tergelak.

Ustaz Azhar menyambung jawapannya.

“Buat apa nak pangkah dia? Kerana dia bulan? Bukan. Kerana dia lawa putih gitu? Bukan. Kerana dia ada hijau di keliling? Tidak. Faham tak, tak kira apa warna pun, jikalau tulah yang nak kepada kebenaran, nak menegakkan manfaat yang boleh dikongsi bersama, nak menjatuhkan kebathilan, buat marilah logo apapun, kita akan sokong. Dulu, kini dan selamanya.

"Kebetulan inilah logo yang telah dipersetujui oleh ulamak-ulamak kita, tok-tok guru kita, ustaz-ustaz kita yang berjumlah ribuan di dalam Malaysia, maka kita bersetuju dengan logo ini di peti undi nanti. Bukan kerana logo tapi kerana partinya sudah menetapkan untuk menegakkan kebenaran,” tegas beliau.

Di majlis itu juga, pelakon popular Mustapha Kamal turut hadir bersama dengan lebih 100 rakannya ke Putrajaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.

Perbandingan tersebut boleh dilihat di dalam gambar ini.











5 ulasan:

  1. Gambar ni tak mencerminkan apa-apa....Kita mengundi dulu baru tahu.....kalau setakat bawak berduyun2 bas penyokong dari luar.....memang kerja korang la...nak bagi ramai dengar ceramah....yg penting pengundi Putrajaya sendiri yang datang walaupun tak ramai tapi semuanya pengundi disitu....Pastikan BN menang di Putrajya....

    BalasPadam
  2. Saya pun selalu datang ceramah PAS ni..ceramah PKR pun saya pergi...bukan apa nya datang sebab seronok tengok ahli ahli PAS ni dok mengutuk orang Islam lain. Rasanya bukan saya seorang sahaja. Orang lain pun sama. PAS ni kononnya perjuangkan agama tapi dalam diam tak sedar dapat dosa sebab menyindir orang lain. Niat pun dah tak betul...camne tu.. Saya nak dengar ceramah agama bukannya ceramah politik ye...

    BalasPadam
  3. Gambar ni menunjukkan kebangkitan anak muda. Bukan hanya di putrajaya tp dari seluruh pelusuk tanah air..
    Kami datang bukan dgn bas berbondong2 pun. X ada makan free pun. Kena menapak 2,3 km pun kami sanggup. Berhujan pun sanggup. Pasal kami x nak negara kami dipenuhi dgn perasuah..
    Ini kalilah

    BalasPadam
  4. ada tngok dalam youtube uai tak tegur pun sambutan ulangtahun P.K.R ada penari amoi pakai baju tidor sama seluar pendek(nampak under lg) terkinja2..atas pentas...kufurkan sebelah je...dsai buat ok je.dah tu ada berkopiah serban enjoy tengik amoi...

    BalasPadam
  5. Walaupun berbeza parti politik..janganlah terlaku taksub.kita perlu lebih taksub terhadap agama.menjatuhkan mana2 pihak dengan mencerca bukan cara islam.memang saya selalu p ceramah pr n pas. Memang macam tu la caranya..mengutuk tu dah macam wajib. Bukan x boleh berkempen tanpa mrngutuk2 kan.saya respect tuan guru harun din. Belajarlah cara ceramah politik darinya. Saya akan pilih calon yang saya rasakan layak tanpa mengira parti apa pon.sebab saya bukan taksub politik. Siapa yang bertanggungjawab n peribadi baik saya akan pilih.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular