Di manakah kertas perhakiman daripada Mahkamah Rayuan yang telah dijanjikan oleh Mahkamah Rayuan untuk diserahkan kepada Peguam DS Nizar pada 29 Mei yang lalu. Bagaimana rakyat hendak mempercayai akan ketelusan badan kehakiman sekiranya perhakiman yang diberikan kepada DS Nizar yang memihak kepada DS Zambry hanya memakan masa hanya 5 minit berbanding kan Mahkamah tinggi yang membaca kertas kehakiman yang memakan masa lebih kurang 2 jam.
Salah satu permintaan yang dicadangkan oleh TGHH agar diberi kebebasan kepada badan kehakiman. Sungguh amat melucu apabila Mahkamah Rayuan terlalu liat untuk mengeluarkan kertas kehakiman tersebut sedangkan ianya hanya mengambil masa yang pendek untuk membacanya. Apakah skrip sedang direka kan hinggakan mengambil masa yang begitu lama untuk diserahkan.
Sedangkan peguam-peguam DS Nizar amat memerlukannya dalam mengkaji di atas apa alasan yang berikan dalam menolak perintah yang dikeluarkan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi. Bagi saya yang tidak arif tentang undang-undang pun tertanya-tanya apatah lagi para peguam yang lebih arif tentang undang-undang.
Apakah kerajaan Umno-BN boleh menutup isu tersebut dengan mengeluarkan isu kerajaan perpaduan yang berlaku didalam Pas. Di manakah perginya Ketua Hakim Negara Tun Mohd Zaki. Sepatutnya Ketua Hakim Negara mengambil perhatian terhadap isu tersebut kerana ia melibatkan pentadbiran sebuah kerajaan negeri. Inilah masanya Ketua hakim Negara menunjukkan sikap beliau yang menjadi perhatian kerana perlibatan langsung beliau dengan politik Umno. Apa yang beliau katakan apabila ditemu bual oleh wartawan tak kala beliau baru dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Inilah masanya beliau mengotakan janji-janji beliau.
Mungkin beliau lupa tetapi rakyat tidak sesekali akan lupa apa yang dijanjikan. Rakyat tidak akan mempercayai badan kehakiman apabila sepertimana yang diwar-warkan oleh Tun Abdullah sebelum beliau melepaskan jawatan beliau kepada DS Najib. Maka dengan ini apa yang beliau laku sebelum bersara dalam menggubal balik badan kehakiman adalah sia-sia sahaja. Apa yang beliau lakukan umpama tikus membaiki labu. Dengan itu rakyat tidak akan mengenang beliau sebagai seorang Negarawan kerana meninggalkan banyak kerosakan daripada kebaikan yang sememangnya telah pun rosak angkara Tun Mahathir.
Umno-BN ingat boleh menghilangkan sekejap isu krisis negeri Perak dengan memainkan isu kerajaan perpaduan. Rakyat sekarang ini bukan seperti dahulu yang boleh di momok kan dengan mengalih isu tersebut dengan memperbesarkan isu-isu yang melibatkan Pakatan Rakyat. Memang Pakatan Rakyat tahu mereka tidak boleh menang didalam kes negeri Perak. tetapi atas dasar perjuangan untuk menegakkan keadilan Pakatan Rakyat tetap meneruskan kes tersebut ke Mahkamah.
Sebagaimana parti Gerakan memainkan isu Chin Peng, ini adalah satu lagi permainan kotor politik BN yang boleh dikatakan di tuju kan kepada DAP. Usah lah dilayan kerenah BN yang semakin terpinggir didalam arus kebangkitan rakyat. Mereka cuba memainkan sentimen kaum sebagaimana mereka lakukan pada operasi lalang yang mana Umno Dan MCA bertelagah tentang ketuanan melayu yang mana disanggah oleh Naib Presiden MCA yang mengatakan orang melayu pun adalah kaum pendatang seperti kaum cina. Apa kesudahan yang berlaku ialah penahanan dibawah akta zalim ISA ke atas para pemimpin pembangkang seperti Ustaz Abu Bakar Chik, Mat Sabu, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan berpuluh-puluh lagi. Apa yang berlaku kepada para pemimpin BN ialah mereka diberi jawatan dan pangkat. Inilah permainan kotor politik Umno-BN.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Syarikat pengeluar kad kredit disaran menanggung caj perkhidmatan sebanyak RM50 yang dikenakan ke atas setiap kad kredit utama bagi tahun pe...
-
Seorang blogger, Amin Iskandar telah membuat laporan polis terhadap blogger Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan D...
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bakal Perdana Menteri Malaysia ke 8. Ketika ini ramai pemimpin Umno cuba mengintai untuk masuk ke lubuk di antara parti-parti yang be...
-
Sejarah Berdarah Kolonialisme Perancis Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering melet...
-
Wang rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings Sdn Bhd untuk membina Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer yang dikenali...
-
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Demokrasi adalah hak rakyat untuk menjadi hakim dalam sistem politik moden, sebagai satu proses untuk memilih kep...
-
Inilah LOGO unit tu. Korang sure tak pernah nampak kan? korang fikir gua menipu ya? Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 ...
-
Tindak-tanduk Saddam tidak banyak bezanya dengan Hitler dan Mussolini, dan beliau telah menyebarkan keganasan ke negara-negara jiran. Penc...
1 ulasan:
Tahniah kerana dah jafi fulltime Blogger.
Saya lambat membuka e-mail sebab sehari
suntok menghadiri Mesyuarat Agong Khas
PKR diKUIS Kajang.
Saya juga tinggal diIpoh.
Catat Ulasan