Translate

Jumaat, 24 Disember 2010

Makam Para Rasul, Wali Dan Kekuasaan Allah S.W.T.

Gambar-gambar yang dipaparkan ini adalah untuk kita bermuhasabah dan sama-samalah untuk kita renungkan. Maha Suci Allah yang menciptakan alam ini dan menurunkan para-para rasul untuk membimbing hamba-hambanya menyembah Allah s.w.t. yang Maha Esa.
Lembah Bandar Damascus ini meyaksikan peristiwa qorban yang dilakukan oleh dua beradik Habil Dan Qabil bagi merebut pasangan cantik Kalima. Namum Allah memilih ternakan Habil lantaran keikhlasannya dalam melaksanakan perintah Allah.
Makam anak nabi Adam a.s - habil, terletak di pergunungan Qalamun di bawah daerah Zabdani barat Damascus. Habil dibunuh oleh Qabil di makam arbain yang terletak di bukit Qasiyun, Damascus.
Dianggarkan panjang makam ini adalah 20 kaki.
Makam Habil pada tahun 2004.
Diceritakan oleh penjaga makam arbain, ini adalah kesan tapak tangan Jibril menahan bukit dari menghempap Qabil setelah dia membunuh saudaranya Habil demi merebut pasangan cantik untuk dijadikan Isteri.
Tapak tangan Jibril.
Jika diperhatikan betul-betul gua kecil ini seakan menyerupai mulut yang mempunyai lidah dan gigi graham, diceritakan bahwa mulut ini terjadi setelah melihat pembunuhan pertama manusia di atas muka bumi ini di antara Habil dan Qabil anak nabi Adam a.s.
Pintu wali 40. dahulunya disini terdapat pintu besar, tetapi kini ditutup oleh kementerian wakaf kerana ramai pengunjung mengambil serpihan batu dari bahagian dalam. Kementerian wakaf hanya meninggalkan tiga lubang sebagai ganti pintu tersebut.
Pintu 40 wali dan mulut gua.
Pintu wali 40 di bahagian dalam.
Mehrab makam arbain, disebutkan bahawa disini tempat para wali 40 selalu bertemu dan berijtima’.
Mehrab hijau ini berjumlah 40.
Pemandangan Makam Arbaian dari kaki bukit Qasiyun.
Makam nabi Yahya a.s di tengah dewan solat masjid Umawi, hanya kepala dimakamkan disini tanpa jasadnya.
Makam nabi Yahya a.s, terletak di dalam masjid Umawi di bahagian tengah.
View Image
Makam Nabi Ibrahim a.s.
View Image
Makam Nabi Nuh a.s.
View Image
Makam Nabi Ayyub a.s.
Makam Nabi Daud a.s. di Israel.
Tapak kaki Nabi Adam a.s. di Sri Lanka.
Makam Siti Hawa di Jeddah.
 
Makam Nabi Adam a.s. di Jordan.
Makam Abeel, anak Nabi Adam a.s. Di Arab Saudi.
Makam Nabi Yusya a.s. di Jordan.
Makam Nabi Saleh a.s. 
 
Makam Nabi Musa a.s. di Israel.
Makam Nabi Shoaib a.s.
 
 Makam Nabi Harun a.s.
Makam nabi Zakaria a.s.
Lukisan dinding di masjid Umawi. Lukisan ini dihasilkan dengan susunan kepinagn kecil mosaic dan warna keemasan akan terserlah apabila cahaya dipantulkan ke arahnya
Disebut dalam sejarah asal masjid ini adalah kuil bagi tuhan Jupiter oleh bangsa Aramaik.
Kemudian setelah kerajaan Rom mengambil alih kuasa pemerintahan di Damascus, mereka menukarkan fungsi kuil tersebut kepada gereja.
Setelah kerajaan Islam berjaya menakluki Damascus sekitar tahun 630 masihi di bawah pimpinan Saidina Umar Al Khattab, beliau menjadikan sebahagian tempat ini sebagai masjid dan masjid itu kekal hingga ke hari ini.
Di era kegemilangan pemerintahan kerajaan Umawi mereka menjadikan bahagian dataran luar masjid sebagai pusat khidmat masyarakat, segalanya berpejabat disini.
Dataran ini juga menjadi tempat latihan untuk berperang seperti bermain pedang dan memanah.
Menara Isa juga disebut Menara Putih sepertimana yang disebut dalam hadis nabi bahawa nabi Isa akan turun di satu menara di kota Damascus dan menara tersebut dinamai dengan menara Putih. – rujuk Sahih Muslim.
 
 Dalam sahih Muslim disebutkan bahawa pada akhir zaman akan turun nabi Isa a.s di satu menara di Kota Damascus. Hadis nabi menyebutkan bahawa menara tersebut dinamai dengan "Menara Putih" dan ulama berselisih pendapat diantara mereka, sebahagian menyebut bahawa menara itu terletak di sebelah timur masjid Umawi yang kini dijadikan masjid negara bagi Kota Damascus.
 
 Dan sebahagian ulama lagi menyebutkan menara itu terletak di kawasan Bab Syarqi yang majoriti penduduknya adalah penganut agam Kristien. Mengikut sejarah golongan Kristien menempati kawasan ini semenjak Kota Damascus ditawan tentera Islam di bawah pimpinan Umar Al Khattab sekitar tahun 640 masihi.
Menara Arus, menara ini adalah harga sebuah mahar dari seorang hartawan yang ingin mengahwini seorang wanita jelita di kota Damascus.
Baitul mal, tempat simpanan harta kerajaan yang masih kukuh dan berada di bahagian dataran masjid Umawi.
Makam Salahuddin yang terdapat jasad di dalamnya.
Makam yang dihadiahkan oleh raja German pada tahun 1800 masihi dan tiada jasad di dalamnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular