Translate

Selasa, 18 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg. 17)


Pemenang pingat emas Olimpik Berlin 1936 Jesse Owens, yang tidak diberikan ucapan tahniah oleh Hitler kerana dia berkulit hitam
Di dalam negara yang popular, pendidikan minda dan tubuh memainkan peranan yang penting, tetapi pilihan manusia juga tidak kurang pentingnya… Kerajaan mempunyai tanggungjawab mengetepikan untuk tujuan pembiakan sesiapa yang sakit atau gen-gennya tidak sempurna. …dan perlu menjalankan tanggungjawab ini dengan kasar tanpa menghiraukan sesiapa sahaja. …Menghentikan pembiakan mereka yang bertubuh lemah atau cacat fizikal di dalam jangka masa 600 tahun akan datang… untuk memajukan kesihatan manusia yang sukar dijangkakan hari ini. Sekiranya peningkatan bangsa yang sihat dapat direalisasikan dan dirancang, hasilnya ialah satu bangsa yang… telah kehilangan kelemahan fizikal dan kerohanian yang kita miliki kini.49
Untuk memenuhi tuntutan polisi Hitler ini, mereka yang berpenyakit mental, kurang upaya, dilahirkan buta, dan mereka yang mempunyai penyakit genetik di dalam masyarakat Jerman telah dikumpulkan di dalam "pusat-pusat pemandulan" khas. Mereka ini telah dianggap sebagai parasit-parasit yang merbahaya kepada ketulinan dan perjalanan evolusi bangsa Jerman. Tidak berapa lama kemudian, mereka yang telah dipisahkan daripada masyarakat ini telah mula dibunuh dengan arahan sulit daripada Hitler.
Pembunuhan-pembunuhan ini dianggap munasabah dan mereka yang dianggap secara genetiknya mundur telah dianggap sebagai "tidak menguntungkan" dan menjadi halangan kepada pembangunan bangsa tersebut. Kumpulan-kumpulan, termasuk beberapa bangsa dan individu-individu tertentu, yang dilihat sebagai bangsa-bangsa yang mundur telah mula dimasukkan. Kemudian orang-orang tua yang sakit, mereka yang berpenyakit kuning, mereka yang mengalami gangguan mental, mereka yang bisu dan tuli, dan malah mereka yang mempunyai penyakit merbahaya juga telah dimasukkan. Selepas kejayaan seorang atlit kulit hitam Jesse Owens merangkul empat pingat emas di Olimpik Berlin 1936, Hitler, walau pun telah mengucapkan tahniah kepada semua atlit, tetapi telah menolak untuk mengucapkan tahniah kepada Jesse Owen dan telah meninggalkan stadium. Malah sebahagian penyokong evolusi telah berpandangan bahawa wanita dari segi evolusinya adalah lebih rendah daripada lelaki. Dr. Robert Wartenberg, seorang pensyarah neorologi, telah cuba membuktikan kemunduran wanita ini dengan mendakwa bahawa mereka tidak mungkin selamat melainkan sekiranya mereka "dilindungi oleh lelaki". Beliau merumuskan bahawa sebab mengapa wanita-wanita yang lemah ini tidak dihapuskan adalah disebabkan oleh perlindungan ini, ia telah mengebabkan tahap evolusi menjadi pelahan dan kerana itulah pilihan semulajadi kurang beroperasi ke atas wanita daripada lelaki. Berasaskan kepada pandangan ini, wanita di Nazi Jerman telah diharamkan secara terbuka daripada menyertai sebarang profesional.50
 
Hitler telah mengumpulkan gadis-gadis Jerman berambut perang dan bermata biru di kem-kem dan memastikan mereka bersama dengan pegawai-pegawai SS. Dengan cara ini dia berharap untuk membina satu bangsa superior
Berikutan perkembangan Darwinisme dan teori eugenik di Jerman, "para pakar sains perkauman" secara terbuka telah menganjurkan pembunuhan ke atas ahli-ahli dan segmen-segmen di dalam masyarakat yang tidak lagi dikehendaki. Salah seorang pakar sains berkenaan, Adolf Jost, telah mewartakan untuk pertama kalinya pembunuhan perubatan (medical killing) di dalam sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1895, Das Recht auf den Tod (The Right to Death). Jost menyatakan. "untuk kepentingan kesihatan masyarakat yang hidup, kerajaan perlu memikul tanggungjawab terhadap kematian individu-individu". Adolf Jost adalah penasihat kepada Adolf Hitler, yang hanya menonjolkan dirinya di arena politik sekitar 30 tahun kemudian. Hitler menyatakan bahawa "Kerajaan perlu melihat bahawa hanya mereka yang sihat sahaja boleh memiliki anak". "Ia mesti mengishtiharkan pembiakan tidak dibenarkan kepada mereka yang sakit atau mereka yang mewarisi penyakit dan kemudian boleh memindahkannya".51


PENYELEWENGAN BANGS AUTAMA:

Pegawai-pegawai Nazi, yang dilatih berdasarkan kepada idea-idea evolusi, mencari bangsa utama dengan mengukur tengkorak, hidung dan dahi.

Di bawah satu undang-undang pada 1933, 350,000 mereka yang sakit jiwa, 30,000 gipsi, dan beratus-ratus kanak-kanak kulit hitam telah dimandulkan dengan berbagai cara seperti pengembirian, x-ray, suntikan, dan kejutan elektrik di kawasan kemaluan. Seorang pegawai Nazi menyatakan, "Sosialisme Nasional hanya berkaitan dengan biologi".52
Sebagaimana Hitler cuba mempercepatkan peningkatan bangsa Jerman dengan polisi pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan ke atas mereka yang tidak berdosa, beliau juga mengamalkan satu lagi syarat eunik. Lelaki dan wanita berambut perang dan bermata biru, yang diterima sebagai mewakili bangsa Jerman, telah digalakkan untuk menjalinkan hubungan dan mempunyai anak. Pada tahun 1935 ladang-ladang pembiakan khas telah ditubuhkan untuk tujuan ini. Ladang-ladang ini, di mana gadis-gadis muda yang memenuhi kriteria rasialis telah ditempatkan, sering dikunjungi oleh unit-unit SS. Anak-anak luar nikah yang dilahirkan di sini akan dibesarkan sebagai askar kepada empayar 1,000-tahun Jerman yang diramalkan.
BERSAMBUNG......

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular