Translate

Selasa, 21 Jun 2011

Pengalaman Gua Melihat Karomah Seorang Alim.

Catatan oleh Gerakan Anti Najib/Rosmah


Gua bukannya ahli PAS tetapi gua sokong dasar parti itu yang berpegang kepada Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan tertingginya. Gua sebenarnya disenangi oleh ahli PAS dan juga ahli Umno kerana gua boleh berbahas tentang apa-apa isu pun berkaitan politik. Gua mengenali PAS pada 1977, iaitu setahun sebelum PAS kehilangan Kelantan.

Ramai kenalan gua terdiri dari ahli Umno dan keluarga gua pula adalah penyokong kuat PAS walau pun gua sendiri bukan ahli mana-mana parti. Gua selalu mengikuti ceramah-ceramah PAS dan Umno, gua bukan jenis terima bulat-bulat apa yang dikatakan para pemimpin Umno atau pun pemimpin PAS. Dulu gua menyokong Anwar semasa beliau memimpin ABIM bersama dengan al-Marhum Ustaz Fadhil Noor. 
Ketika itu TG Haji Hadi adalah Yang Dipertua Abim Terengganu sebelum beliau meletak jawatan dari kerajaan Terengganu yang dipimpin Wan Mokhtar. Sebenarnya jawatan TG Haji Hadi ialah pagi masuk petang balik, tiap-tiap bulan terima gaji. Beliau disediakan sebuah meja dan sebuah kerusi tanpa melakukan apa-apa kerja kerana Wan Mokhtar cuba mengikat beliau dari masuk politik selepas pulang dari pengajiannya dia di Asia Barat. 

Ini adalah cerita yang beliau ceritakan pada gua semasa gua bertandang di rumahnya bersebelahan masjid Rusila dan masa itu beliau telah menjawat sebagai Timbalan Presiden PAS. Dua minggu sekali beliau datang mengajar agama di kampung orang tua gua yang terletak diperdalaman daerah Marang. Gua pernah bersama-sama ahli PAS memenangkan beliau untuk ahli parlimen Marang dan Dun Rusila pada 1990.
Waktu itulah wujudnya pengundi hantu yang dibawa dari Pekan, Pahang iaitu pekerja kilang milik seorang bilioner yang terkorban dalam nahas helikopter di Pahang. Jika tidak kerana kerja keras ahli-ahli PAS, pasti TG Haji Hadi akan kecundang kerana lebih 3000 ribu pengundi hantu dapat ditahan. Walau pun gua bukan ahli PAS tetapi gua menghormati beliau sebagai seorang Tok Guru.

Gua selalu mendengar cerita-cerita tentang 'Karamah' beliau, tetapi bagi gua ianya hanyalah sebagai berita dari penyokong fanatik beliau. Untuk segelintir lu yang kurang tahu tentang apa itu 'Karomah', maka gua story sikit kat lu. Gua pun bukan tahu sangat walau pun gua banyak membaca tentang Karomah-Karomah orang alim seperti Sheikh Abdul Kadir Jailani, Tok Kenali, Tokku Paloh, Tuan Tulis dan ramai lagi.

Karomah ialah suatu perkara yang luar biasa di mana akal kita pun tidak boleh memikirkannya kerana ia cukup luar biasa. Karomah hanya diberikan kepada orang-orang alim atau ahli sufi sebagaimana Allah s.w.t. memberikan Mukjizat kepada Rasul-Rasul Nya dan sebesar-besar Mukjizat ialah Al-Quran yang diturunkan kepada kekasih Nya Rasulullah s.a.w. Sepertimana Allah s.w.t. berfirman, "TidakKU jadikan alam ini melainkan kerana kasihKU terhadap Nur Muhammad.

Dengan kekuasaan Allah s.w.t. kepada hambanya, gua telah ditunjukkan di hadapan mata gua sendiri kehebatan TG Haji Hadi dan cerita ini gua kongsikan bersama lu all. Pada satu malam di mana giliran TG Haji Hadi mengajar kuliah agama di kampung orang tua gua. Kebiasaaannya gua akan ke masjid untuk mendengar kuliah agama dan solat bersama-sama dengan  TG Haji Hadi.

Nak jadikan cerita, kebetulan hari itu gua keberatan untuk ke masjid dan gua hanya duduk kat lambor (beranda) rumah ajer. Kuliah TG Haji Hadi boleh didengar melalui pembesar suara dan kebetulan pula rumah gua hanya 40 meter sahaja dari masjid. Selepas solat Maghrib kuliah pun bermula, gua dapat mendengarnya dengan jelas.

Tiba-tiba kedengaran guruh dan petir yang amat kuat dengan ribut berserta hujan yang lebat. Tidak semena-mena elektrik terpadam di seluruh kampung orang tua gua kerana ia dialirkan oleh satu pencawang kecil yang terdapat di kampung itu. Biasa ler bagi sebuah kampung yang terpencil dari daerah Marang bila berlaku blockout, semua rumah terpadam tetapi masjid tempat TG Haji Hadi cerah benderang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Semua orang yang berada didalam masjid tidak mengetahui apa yang berlaku. Selepas kuliah yang disampaikan oleh TG Haji Hadi hampir selesai, elektrik kembali pulih dengan izin Allah s.w.t. Ketika itulah gua terpegun dan tidak semena-menannya bulu roma gua naik menegak kerana melihat sendiri keajaiban yang Allah s.w.t. tunjukkan kepada gua.

Keesokan paginya gua story kat orang-orang tua yang berada dalam masjid apa yang berlaku, mereka semua terkejut dan mengucap panjang mendengar cerita gua. Gua rasa inilah keajaiban yang hanya  sekali dalam seumur hidup, gua dapat menyaksikan 'Karomah' seorang alim. Gua memang banyak mendengar Karomah TG Nik Aziz dan TG Hadi Hadi tetapi inilah pertama kali gua melihat di hadapan gua dalam keadaan sedar dan waras. Gua ada tanya kat ustaz-ustaz dan mereka kata gua dikira bertuah melihatnya.

Kalau Rosmah ker, pemimpin Umno ker, Perkosa ker, Pukida ker dan yang sewaktu dengannya, gua boleh kata hari-hari dengar dan lihat KARAMamah mereka, malah lebih hebat lagi. Pagi ada kat Malaysia, petang dah ada kat Qatar, sampai Qatar tangan kosong, tiba-tiba RM300,000 jatuh dari siling. Pergi New York dengan tangan kosong, bila balik penuh barang 2 kontena. Pagi ada kat Seri Perdana, malam dah ada kat hotel bajet USD 30,000 satu malam. Inilah sebahagian KARAMamah yang dimiliki oleh Rosmah, belum lagi yang lain-lain. Kalau nak story KARAMamah mereka semua, gua kena karang buku 20 jilid.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MIMPI JUMPA NABI 3 KALI BRO..KITA NI PLAK..MIMPI BASAH TILAM ADA LA..HAMPEH...

izad12 berkata...

tiada manusia yang lebih dari yang lainnya. karomah dan sebagainya hanyalah persepsi sahaja. mimpi jumpa nabi?kenal ke nabi bagaimana rupanya?

Tanpa Nama berkata...

izad70, syaitan xboleh menyerupai nabi saw, hanya yg pernah bermimpi bertemu nabi mengenali baginda saw. cuba tanya najib kot2 pernah jumpa nabi?

izad12 berkata...

apa buktinya bermimpi bertemu dengan nabi?hanya dengan kata2 tanpa diselidiki telah dianggap sebagai kebenaran dan seterusnya diangkat sebagai insan istimewa.ketaksuban seperti inilah yang menyebabkan ramai yang sesat seperti pentaksub2 ashaari.malang sungguh islam mempunyai penganut sebegini.

musafirlalu berkata...

Apabila kita melihat dengan mata akan karomah seseorang alim, tidak semestinya kita akan taksud. Jangan dibandingkan dengan Abuya yang telah terang-terang terpesong kerana beliau memberitahu pengikutnya yang beliau berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan sedar. Apa masalah kamu izad70, mungkin karomah tidak terjadi pada Najib dan Rosmah. Apakah kamu merasakan berjumpa dengan Rasulullah didalam mimpi satu perkara yang mudah. Sedang seorang yang alim sekali pun belum tentu dapat berjumpa dengan Rasulullah. Sebenarnya kamu seorang yang malang kerana mengaku Islam tetapi menolak hadis yang soheh yang mana ianya diakui oleh 4 Iman Besar. mungkin kamu tergolong dalam kalangan anti hadis yang dipelopori oleh si mamat Mahatdir.

izad12 berkata...

bagaimanakah tidak dikatakan taksub apabila sentiasa membenarkan sesuatu tanpa dipersoalkan benar atau salahnya?menerima saja tanpa usul periksa?masalah saya adalah tentang nasib muslim yang sentiasa melihat pada orang lain bagi mendapatkan sesuatu termasuk kebenaran tanpa mencarinya sendiri.sudut pandang yang mengaitkan politik dalam segala2nya menyebabkan kita melihat sesuatu dengan prejudis dan inilah yang membuatkan muslim lemah dan sentiasa kerugian.jika saudara mengambil berat tentang nasib islam dan muslim sedarkanlah jiwa rakan2 saudara dari dibuai kebencian sesama muslim. bertanyalah untuk mendapatkan kebenaran dan jangan sekadar menerima hingga akhirnya tersuap racun tanpa disedari.

musafirlalu berkata...

Nampaknya izad70 kurang membaca apa yang saya lontarkan dalam laman saya ini. Saya mengkritik tanpa mengira siapa atau pun pangkat. Saya mengkritik pemimpin PAS, PKR dan Umno untuk kebaikkan Islam bukannya untuk kebaikkan bangsa Melayu yang lebih bersikap assobiah. Bangsa tidak akan terbela tanpa diangkat Islam sebagai Ad-Din.

izad12 berkata...

komen saya juga bersifat sebegitu.saya tidak mengaitkan mana2 individu atas dasar politik kepartian tetapi bersifat umum sebagai muslim. tiada disebut mat sabu,nik aziz ,mahathir,najib,anwar dan sebagainya.sebagai muslim kita seharusnya lebih bersikap analitikal dan tidak terlalu berserah insyaallah muslim akan menjadi kuat dan maju dan islam dimartabatkan di tempatnya yang wajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular