Apakah dunia sudah terbalik atau manusia yang terbalik. Dalam keadaan parti Pas sedang berkecamuk dengan desak kan agar Ustaz Nasharuddin meletak jawatan tentang isu kerajaan perpaduan. Satu isu yang semakin besar kerana ia memang diperbesarkan oleh musuh-musuh Pas yang membawa kepada bibit-bibit perpecahan kepada dua kumpulan. Iaitu satu daripada kumpulan Tuan Guru Haji Hadi dan satu lagi daripada Tuan Guru Nik Aziz.
Ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Pas telah mula mengeluarkan hujah masing-masing yang mula menampakkan keretakan didalam parti Pas. Walaupun dinafikan oleh para pemimpin Pas, tetapi yang nyata dan jelas memang telah berlaku perpecahan didalam Pas. Walau beribu kali dinafikan, perpecahan telah pun berlaku.
Ini boleh dilihat pada pilihan raya kecil dun Manek Urai yang mana telah ada ura-ura daripada pucuk pimpinan di Kelantan yang tidak akan meletakkan gambar Tuan Guru Haji Hadi didalam poster dan banner yang akan dicetak. Pas Kelantan telah mula melebarkan lagi keretakan yang telah ada. Dan kemungkinan besar Tuan Guru Haji Hadi akan diketepikan langsung didalam pilihan raya kecil tersebut........ Tahniah kepada pimpinan Pas Kelantan.
Inikah sikap ahli-ahli Pas Kelantan yang ber wa'la kan kepada Tuan Guru Nik Aziz yang telah sekian lama di tarbiah kan secara langsung oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Apakah pimpinan Pas Kelantan telah memaklumkan perkara tersebut kepada Tuan Guru Nik Aziz. Apakah beliau telah diberi penerangan secara khusus oleh pucuk pimpinan Kelantan tentang perkara tersebut.
Mungkin Tuan Guru Nik Aziz tidak mengetahuinya, kalau Tuan Guru Nik Aziz tahu pasti Tuan Guru Nik Aziz akan menyuruh mereka meletak jawatan, kerana telah memalukan Pas. Pada pandangan peribadi saya, kita patut membaca semula semua artikel yang telah ditulis oleh Ustaz Nik Abduh tentang para penasihat-penasihat Tuan Guru Nik Aziz.
Mungkin juga ada kebenaran di sebalik kata-kata beliau itu. Sehingga beliau sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang Ustaz dan juga anak kepada Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Tidak salah kalau kita ada perasaan begitu kerana ia adalah untuk kebaikan parti Pas sendiri yang kita sebagai pendokongnya.
Di mana beliau telah ditentang hebat oleh sesetengah pemimpin Pas sendiri sehinggakan beliau diminta menarik balik artikel beliau itu. Kerana apa yang dikatakan oleh Ustaz Nik Abduh itu mungkin ada kebenarannya. Sehinggakan beliau kecundang didalam pemilihan Dewan Pemuda Kelantan. Tetapi mendapat undi tertinggi sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Pusat. Apa yang Ustaz Nik Abduh lontar kan seperti mengulang kan kembali cerita yang lalu tetapi sedang berlaku sekarang ini.
Tidakkah terfikir didalam fikiran kita yang cetek ini, kita seperti melihat satu drama yang kita tidak tahu siapa sebenarnya pengarahnya. Seperti ada tangan-tangan ghaib yang sedang memberi arahan agar dilaga-lagakan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden Pas.
Tetapi siapakah sebenarnya yang akan mendapat labanya sekiranya perkara ini berjaya. Itulah perkara yang sedang bermain didalam fikiran saya sekarang ini. Dan timbul pula watak tambahan iaitu pemimpin tertinggi Umno yang merayu agar tidak berlaku perpecahan didalam parti Pas. Tidakkah itu satu perkara yang pelik dan ajaib, apabila parti Umno yang memang musuh ketat Pas tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang tak masuk dek akal.
Parti yang Tuan Guru Nik Aziz sendiri berkata, buat apa kita menghulurkan kayu untuk menyelamatkan Umno daripada lemas sedangkan dan berpuluh-puluh tahun kita cuba melemaskannya. Dan mereka telah dapat mencari kambing hitam iaitu Ustaz Nasharuddin yang bertaraf Timbalan Presiden Pas. Iaitu orang amat bersesuaian dalam drama yang sedang diarahkan.
Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sesetengah pemimpin Pas sekarang ini. Oleh itu marilah kita bersama-sama bermuhasabah pada diri kita sendiri. Saya merasakan seperti ada satu perancangan sulit telah direncanakan di dalam parti Pas. Di mana ahli-ahli Pas dilaga-lagakan agar berpecah menjadi dua puak.
Yang mana, setiap kali isu yang di laporkan kepada Tuan Guru Nik Aziz oleh pembantu-pembantu beliau, beliau pasti akan membidasnya. Tetapi apabila Tuan Guru Haji Hadi pergi berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz, pasti beliau reda akan kemarahannya. Setelah Tuan Guru Nik Aziz diterangkan secara terperinci oleh Tuan Guru Haji Hadi.
Apakah benar atau tidak telahan saya yang serba kekurangan ini. Kita tunggu dan lihat apa kesudahan drama ini. dan dalam pada itu marilah kita bersama-sama rapatkan saf dalam kita menghadapi segala perancang jahat mereka itu.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Semalam saya dihubungi oleh seorang teman sekolah lama yang mahukan kepastian apakah ada kemungkinan akan berlaku lagi tragedi rampasan ku...
-
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri di bawa...
-
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu...
-
KENYATAAN MEDIA PKR PILIHAN RAYA KECIL MANEK URAI Halangan Polis Terhadap Penyertaan PKR Dalam Pilihan Raya Kecil N.41 Manek Urai, Kelantan...
-
Wang rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings Sdn Bhd untuk membina Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer yang dikenali...
-
Inilah LOGO unit tu. Korang sure tak pernah nampak kan? korang fikir gua menipu ya? Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 ...
-
Seorang blogger, Amin Iskandar telah membuat laporan polis terhadap blogger Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan D...
-
Segala yang Dimiliki Adalah Ilusi Kenyataan bahawa dunia luaran tidak mengandungi sebarang realiti materialistik adalah sebuah f...
-
Syarikat pengeluar kad kredit disaran menanggung caj perkhidmatan sebanyak RM50 yang dikenakan ke atas setiap kad kredit utama bagi tahun pe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan