Translate

Selasa, 16 April 2013

Rahsia Tan Sri Abu (Maju Holding) Kaya Raya. (Bhg 2)

Wang rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings Sdn Bhd untuk membina Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer yang dikenali sebagai Maju Expressway  (MEX) mesti dikembalikan, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, berikutan penjualan konsesi itu kepada EP Manufacturing Berhad (EPMB) dengan nilai RM1.7 bilion.NONERafizi berkata dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta telah diberikan kepada Maju Holdings semasa pembinaan MEX, sebelum projek itu siap dibina pada tahun 2007. Keseluruhan projek itu bernilai kira-kira RM1.32 bilion.

Akhbar The Edge, Jumaat lalu melaporkan bahawa EPMB akan membiayai pengambilalihan itu dengan menerbitkan sukuk RM1.2 bilion manakala bakinya pula akan diperoleh daripada pinjaman bank.

“Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5 peratus dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan," kata Rafizi, dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. 

highway 200404“Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja," kata Rafizi.

Sehubungan itu, menurut Rafizi, PKR mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah
RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

“Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat Umno?
NONE“Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada Umno sebagai dana pilihan raya?” soal pengarah strategi PKR itu lagi.

Katanya, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni Umno/BN  Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. 

Lebih-lebih lagi, tambah Rafizi, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang didakwa membelakangkan kepentingan rakyat.
azlanKes pertama adalah semasa pembelian aset dan perniagaan Tan Sri Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya perdana menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

“Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan,” akhiri kenyataan Rafizi itu.

Kredit : KingofGoblok

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular