Syarikat pengeluar kad kredit disaran menanggung caj perkhidmatan sebanyak RM50 yang dikenakan ke atas setiap kad kredit utama bagi tahun pertama untuk meringankan beban hutang yang dihadapi oleh pemilik kad kredit.
Seorang Ahli Parlimen, Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) berkata, cadangan itu dibuat memandangkan kebanyakan pemilik kad kredit terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan tetapi mendapat kemudahan itu dengan mudah.
"Biarlah institusi pengeluar kad kredit dikenakan dulu membayar caj RM50 sebab kebanyakan mereka (pemegang kad kredit) berpendapatan rendah dan tidak mampu tetapi mereka guna kad kredit itu untuk pelbagai kegunaan seperti membeli barang-barang keperluan yang lain," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat di sini semalam.
Dalam pembentangan Bajet 2010 Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan bayaran cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas setiap kad kredit utama dan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan yang akan berkuat kuasa mulai awal tahun depan.
Dalam pada itu, kerajaan juga disarankan agar mengenakan syarat pemilikan kad kredit yang lebih ketat bagi mengelak penyalahgunaan kemudahan berkenaan di samping membendung amalan berhutang berlebihan di kalangan rakyat Malaysia.
Loke Siew Fook (DAP-Rasah) berkata, kad kredit pada masa kini mudah dimiliki dan syarikat pengeluar pula menjalankan promosi secara agresif dan besar-besaran di kawasan-kawasan khususnya yang menjadi tumpuan umum.(Blog Pakaiakai)
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Walaupun ajaran Syiah difatwakan sesat di Selangor, warganegara asing yang menetap atau berkunjung di negara ini dibenarkan mengamalkan aja...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
CHAD Negara Islam Yang Cuba Dihancurkan Oleh Pentadbiran Kolonialis Perancis Di dalam bab awal buku ini, kita telah menekankan ba...
-
Peranan penting ayah beliau, Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar di Terengganu, dilanjutkan pul...
-
Sejarah Berdarah Kolonialisme Perancis Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering melet...
-
Tindak-tanduk Saddam tidak banyak bezanya dengan Hitler dan Mussolini, dan beliau telah menyebarkan keganasan ke negara-negara jiran. Penc...
-
Saya tertarik kepada satu komen dibawah ini, Tanpa Nama Berkata... betul2 ke saudara ni belajar sejarah.cube siasat ape faktor utame ...
-
BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit Peperangan Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan