Translate

Jumaat, 7 Ogos 2009

BN Vs PR : Ulama Berlapang Dada Ketika Berbeza Pendapat....

Ulama besar sejak zaman berzaman apabila berbeza pendapat dalam perbagai persoalan Islam, terutamanya mengenai pendekatan fiqh dan politik , mereka masih tetap dalam ikatan ukhuwah dan saling hormat menghormati.

Ini adalah menifestasi pemahaman ulama besar terhadap keagungan, keadilan dan kesaksamaan syariat Islam. Mereka mampu membebaskan diri daripada sikap taksub dan perbagai dogma yang hanya menyempitkan syariat Islam. Inilah pancaran kecemerlangan ilmu ulama besar dalam menanggapi perbagai persoalan ummah yang patut diteladani.

Sikap ini antaranya dibuktikan oleh ulama tersohor, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang ada ketikanya berbeza pendapat, dalam beberapa masaalah, dengan pemimpin utama Ikhanul-Muslimin, Hassan Al-Banna. Namun Al-Qaradawi dan Hassan Al-Banna tetap bersahabat baik, bahkan Al-Qaradawi mengkagumi kepimpinan Hassan Al-Banna dan sentiasa mematuhi arahannya. Ini bermakna perbezaan pendapat tidak sampai kepada perseteruan, kecam mengecam malah fitnah memfitnah.

Inilah sikap ulama-ulama besar dalam menangani sesuatu isu, walaupun tidak berbeza pendapat tetapi diatas keilmuan mereka, ia tidaklah sampai terbawa-bawa kepada perpecahan sesama ahli. Kerana apa sahaja pertingkahan yang belaku, mereka akan kembali kepada Ai-Quran dan Sunnah. Inilah satu sifat terpuji yang telah mereka tunjukkan kepada kita agar di ambil ikhtibar.

Renung dan cerminlah diri kita dahulu sebelum kita mengeluarkan kata-kata mahupun ulasan-ulasan. Saya mengakui bahawa betapa kerdilnya diri saya ini jika ingin dibandingkan dengan mereka. Ambillah ikhtibar daripada ulama-ulama yang memang telah dikenali diseluruh dunia akan keperibadian mereka. Mereka pun menerima apa-apa jua kritikan dengan penuh kelapangan iman. Mereka pun menyatakan betapa hebat pun seseorang ulama, mereka tetap bukan seorang yang maksum.

Bagaimana dengan diri kita pula yang mungkin solat pun masih lagi tunggang-langgan hendak mengeluarkan hujah-hujah yang dangkal ( sebenarnya saya merujuk kepada diri saya sendiri ) yang tidak selayaknya kita mengeluarkannya. Bagi saya segala kritikan yang dilemparkan kepada saya, sesungguhnya saya menerima dengan hati yang lapang kerana ia boleh menyedarkan diri saya sendiri. Sebagaimana saya mengkritik terhadap sesetengah penulis blog yang memaki-hamun pemimpin-pemimpin Pas. Layakkah kita memaki-hamun dan memcaci-maki mereka, sedangkan mereka berhujah kerana ilmunya. Sebagaimana kita bercakap tentang soal kedoktoran sedangkan kita hanya didalam bidang pertanian.

logik kah kita bercakap tentang rawatan kedoktoran yang bukan dalam bidang kita. Layakkah kita mengeluarkan perkataan celaka, laknatullah, babi, jahananlah kamu dan lain-lain lagi. Begitu jua apabila kita memberi teguran maka kita dikatakan kamu tak layak menegur sipolan-sipolan kerana mereka ni dekat dengan Allah s.w.t. kamu siapa nak tegur sipolan-sipolan... Laknatullah lah keatas kamu..... cantik betullah orang yang selama ini dididik agar hormat menghormati sesama Islam. Sedarkah kita ada penulis blog nampak akan kesan yang akan belaku sekiranya perkara-perkara tersebut tidak dihentikan. Apa yang mereka lakukan adalah semata-mata kerana kecintaan mereka kepada Islam. Kerana itulah bagi penulis blog walau sebagai mana pahitnya kata-kata, tetapi kerana kecintaan mereka kepada perjuangan Islam maka mereka sanggup menerima cacian daripada saudara-saudara............... Semoga-moga saudara-saudara seperjuangan tidak akan patah semangat diatas hadiah percuma yang diberikan oleh saudara-saudara yang mengaku sebagai pejuang Islam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular