PENUNJUK perasaan mengadakan bantahan di luar bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, Kuala Lumpur, tengah hari ini. Kira-kira 1,000 orang berkumpul di luar bangunan SPRM mendesak agensi berkenaan menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di koridor tingkat 5 Plaza Masalam, tengah hari semalam
Empat pimpinan Pakatan Rakyat termasuk dua pembantu ahli parlimen antara yang ditangkap dalam satu perhimpunan di Plaza Masalam pada pagi tadi apabila menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ekoran kematian Setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah iaitu Teo Beng Hock, 30 tahun
Sementera itu, pada jam 12 tengahari tadi orang ramai mula berarak ke Dataran Shah Alam untuk melahirkan bantahan terhadap kejadian yang berlaku.
Dalam pada itu, sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sedang berkumpul di balai polis Shah Alam untuk mengetahui perkembangan lanjut terhadap tangkapan yang dilakukan.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, kemiskinan dan kerajaan Perihatin, Dr. Xavier, Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam, pembantu khas Xavier dan pembantu Ahli Parlimen PJ Selatan, Hee Loy Sian ditangkap ketika memberi taklimat ringkas kepada orang ramai.
Menurut wartawan kanan Harakah, Saidah Hairan yang berada di lokasi memaklumkan bahawa kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan plaza berkenaan dan dijangka akan berarak ke dataran Shah Alam.
Sementara itu, pada jam 10.20 pagi tadi dua trak FRU termasuk 'water cannon' tiba dan pihak polis telah mengarahkan orang ramai untuk bersurai.
Ketua Polis Selangor turut mengarahkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat bersurai dari tempat kejadian antaranya, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.
Orang ramai turut dihalau termasuklah jurugambar dan wartawan yang bertugas. Dalam insiden semalam, Teo dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM di mana dia disoal siasat berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN. (Berita Dari Harakah)APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Jumaat, 17 Julai 2009
Himpunan Siasat Kematian Teo, 4 Di Tangkap.
PENUNJUK perasaan mengadakan bantahan di luar bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, Kuala Lumpur, tengah hari ini. Kira-kira 1,000 orang berkumpul di luar bangunan SPRM mendesak agensi berkenaan menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di koridor tingkat 5 Plaza Masalam, tengah hari semalam
Empat pimpinan Pakatan Rakyat termasuk dua pembantu ahli parlimen antara yang ditangkap dalam satu perhimpunan di Plaza Masalam pada pagi tadi apabila menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ekoran kematian Setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah iaitu Teo Beng Hock, 30 tahun
Sementera itu, pada jam 12 tengahari tadi orang ramai mula berarak ke Dataran Shah Alam untuk melahirkan bantahan terhadap kejadian yang berlaku.
Dalam pada itu, sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sedang berkumpul di balai polis Shah Alam untuk mengetahui perkembangan lanjut terhadap tangkapan yang dilakukan.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, kemiskinan dan kerajaan Perihatin, Dr. Xavier, Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam, pembantu khas Xavier dan pembantu Ahli Parlimen PJ Selatan, Hee Loy Sian ditangkap ketika memberi taklimat ringkas kepada orang ramai.
Menurut wartawan kanan Harakah, Saidah Hairan yang berada di lokasi memaklumkan bahawa kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan plaza berkenaan dan dijangka akan berarak ke dataran Shah Alam.
Sementara itu, pada jam 10.20 pagi tadi dua trak FRU termasuk 'water cannon' tiba dan pihak polis telah mengarahkan orang ramai untuk bersurai.
Ketua Polis Selangor turut mengarahkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat bersurai dari tempat kejadian antaranya, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.
Orang ramai turut dihalau termasuklah jurugambar dan wartawan yang bertugas. Dalam insiden semalam, Teo dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM di mana dia disoal siasat berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN. (Berita Dari Harakah)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Apabila kita memperkatakan tentang kehilangan enjin jet pejuang............. berbuih-buih sampai kering air liur.......... baik pihak pemba...
-
Khairil Abdul Rahim. Apabila Tan Sri Isa Samad bertegas beliau tidak akan sekali-kali meminta maaf kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan S...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Definisi - Tenaga Ritual : “ Daya yang terhasil kesan daripada perbuatan-perbuatan sengaja atau tidak sengaja yang bersifat ritualistik yang...
-
Berikut pula adalah prosedur dan bacaan dalam melengkapkan ritual syaitan yang diambil dari sumber yang sama, hanya sekadar maklumat: 1. H...
-
IMEJ yang diambil dari video Express TV menunjukkan mayat Osama Laden terbunuh dalam satu serangan yang diketuai tentera Amerika Syarikat...
-
12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5732 orang telah mengundi. 11.57am Perang mulut masih ber...
-
Tahun 1990 saya tinggal di Marang yaitu kampung orang tua saya dan berkebetulan pula berlakunya pilihan raya umum. Tahun yang paling bersema...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan