Translate

Jumaat, 17 Julai 2009

Zambry Tolak Polisi Kebajikan Pakatan Rakyat.

Peguam Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Ambiga Srenevasan memberitahu bahawa Dato' Zambry Kadir telah bertindak menarik balik beberapa keputusan Pakatan Rakyat sebelum ini yang membela kebajikan rakyat.

Ini katanya termasuklah memansuhkan bantuan kewangan untuk warga tua, orang kurang upaya, anak yatim, pesakit dan yang miskin tegar.

"Mereka(Kerajaan BN) juga mengabaikan peniaga kecil dan memecat 817 ketua Kampung," kata Ambiga yang dipetik daripada blog Speaker Perak.

Mahkamah Persekutuan bagaimana pun katanya bersetuju dengan peguam Zambry bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam keputusan-keputusan yang diambil oleh Zambry .

Justeru mahkamah membenarkan beliau untuk terus menjalankan kerja-kerja Menteri Besar sementara menunggu keputusan muktamad berhubung rayuan Nizar.

Pada perbicaraan akan datang, Mahkamah Persekutuan akan menimbangkan tiga persoalan mengenai perlembagaan dalam memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Ketiga-tiga persoalan itu berkisar kepada sama ada Sultan Perak Sultan Azlan Shah mempunyai hak untuk memecat Nizar dan melantik Zambry sebagai Menteri Besar sedangkan Nizar tidak meletak jawatan atau menghadapi dikenakan usul tidak percaya di DUN Perak.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan merangkumi Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria dan Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Seorang lagi peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata tidak ada penjelasan diberi mengapa permohonan Nizar didengar oleh hanya tiga hakim dan bukan lima sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan terus menggesa supaya perbicaraan Nizar didengar oleh panel sembilan hakim. (Sumber daripada Harakah)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular