Translate

Selasa, 14 Julai 2009

MANEK URAI, 13 Julai - Dalam tempoh beberapa jam sahaja lagi rakyat Manek Urai akan keluar membuang undi dan menentukan calon pilihan mereka, satu laporan polis telah dibuat terhadap pemimpin nombor dua negara oleh seorang pengundi.

Penasihat Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Dun Manek Urai, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam sidang media tergempar PAS malam tadi mengumumkan laporan tersebut dibuat pada jam 9.30 malam tadi. Laporan yang dibuat di Balai Polis Laloh oleh Jamaluddin Hassan. Beliau juga merupakan pengundi berdaftar di Kampung Slow Machang, Sungai Sok. MU Menurutnya, laporan tersebut berikutan janji Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan akan membina jambatan baru yang menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama serta menjadikan Manek Urai sebagai Agropolitan. Namun katanya, janji Muhyiddin akan dibina sebaik sahaja BN diumumkan menang keesokkan harinya, disifatkan sebagai rasuah dan mengugut pengundi kerana setelah menang barulah akan membina jambatan tersebut, katanya. "Sedangkan kerajaan persekutuan mempunyai kapasiti yang lebih besar untuk membuat fasiliti kepada rakyat," tegas beliau yang juga ahli parlimen Kota Bharu. Manakala, pembuat laporan tersebut, Jamaluddin mengharapkan pihak polis mengambil tindakan segera dan memohon pihak SPR dan SPRM menyiasat secara telus sepertimana motto kedua-dua suruhanjaya tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular