Translate

Memaparkan catatan dengan label pilihanraya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pilihanraya. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mac 2011

Membuka Laluan Tsunami Politik Ke Sarawak Yang Tersekat Pada 2008.


Ahmad Lutfi Othman

Tempoh kempen pilihan raya Sarawak ditetapkan selama 10 hari, iaitu kurang sehari daripada pilihan raya negeri kesembilan tahun 2006. Walaupun ia lebih lama berbanding cadangan Pengerusi Pemuda BN Sarawak yang mahu dihadkan hanya kepada seminggu, namun ia masih kurang berbanding masa berkempen dalam pilihan raya umum ke-12, Mac 2008. Ketika itu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi memanjangkan waktu berkempen kepada 13 hari.

Dalam pilihan raya umum 1999, iaitu yang terakhir yang dijalankan di bawah era Dr Mahathir Mohamad, hanya sembilan hari diperuntukkan bagi tempoh berkempen.

Semakin kecil jumlah hari berkempen, maka pihak pembangkang nampak lebih tertekan, sekali gus memberi kelebihan buat BN. Misalnya, dalam PRU13, hari-hari awal kempen menunjukkan pengundi seperti tidak berminat untuk menyertai program ceramah oposisi, tetapi apabila memasuki minggu kedua kempen, sambutannya begitu hebat, terutama di bandar-bandar besar.

Luas kawasan negeri Sarawak ialah 124,386 km persegi, iaitu hampir sama dengan keluasan Semenanjung, 131,598 km persegi. Fakta itu sudah mencukupi untuk menjustifikasikan keperluan tempoh berkempen yang lebih lama di Sarawak, berbanding masa 13 hari dalam PRU13.

Faktor demografinya menyukarkan calon-calon dan parti-parti yang bertanding bagi menemui pengundi untuk berkempen secara berkesan.

Blogger A Kadir Jasin menekankan: "BN Sarawak mempunyai kelebihan (advantage) berbanding pembangkang dalam aspek kewangan dan logistik. Kempen di Sarawak sukar kerana keluasan wilayah dan kesukaran untuk sampai ke pedalaman. Banyak tempat hanya boleh dihubungi dengan helikopter."

Bagi BN, ia langsung tidak menghadapi kesukaran. Sejak sekian lama, situasi pilihan raya di Malaysia menyaksikan BN memperalat dan memperkakaskan segala kemudahan dan sumber kerajaan. Salahguna kuasa yang menjolok mata itu tidak pula dianggap satu kesalahan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

Lebih malang apabila SPR -- tidak seperti badan seumpamanya di negara-negara lain, termasuk di rantau ini,  yang "bertaring"  dan dihormati -- bukan saja "tidak berkuku", malah dilihat sebagai salah satu daripada agen untuk memenangkan BN.

Jentera kerajaan siap dipergunakan semahunya. Para taukeh dan saudagar gergasi, yang mendapat limpahan projek melalui proses yang sarat dengan korupsi, saling membantu kempen mengaburi mata rakyat.

Usah cerita soal RTM yang akan memberikan sepenuh sokongan untuk menyiarkan apa jua propaganda, juga menyebarluaskan tohmahan terhadap saingan politik BN.

Stesen swasta, misalnya Media Prima, yang dilihat lebih kreatif dan berinovasi dalam menampilkan slot terbitannya turut berlumba-lumba menawarkan khidmat.

Jangan terkejut kalau dalam kes Sarawak sekarang, Ketua Menteri Taib Mahmud yang terdesak itu akan bermurah hati memberikan imbalan kewangan  dalam jumlah yang cukup besar -- puluhan juta ringgit -- bagi melicinkan operasi stesen TV berkenaan. Tentunya untuk membuat liputan yang menyeluruh ke setiap pelosok Bumi Kenyalang itu, ia memakan kos yang tinggi.

Benar, ketika Pengerusi dan ahli-ahli SPR didakwa "berbicara dengan lidah Umno-BN serta menuruti sepenuhnya kehendak elit penguasa di peringkat persekutuan" -- dan gagal memenuhi peruntukan Perkara 14(2) Perlembagaan -- parti-parti pembangkang masih mampu menang di beberapa negeri dan menguasai jumlah kerusi Parlimen yang agak besar, tetapi ia bukan petunjuk untuk membuktikan pilihan raya kita berjalan secara bebas dan adil. Sama sekali tidak!

Sebenarnya, jika sistem demokrasi di Malaysia telus, tulen dan matang serta membenarkan persaingan politik yang cukup terbuka dan saksama, maka kemungkinan besar BN dan dahulunya Perikatan sudah lama dapat ditumbangkan.

Rakyat dapat menikmati proses pertukaran kerajaan sekiranya mereka merasakan perlu berbuat demikian tanpa perlu melalui pelbagai ugutan atau tawaran rasuah politik.

Partisipasi rakyat dalam amalan demokrasi bukan lagi hanya mengundi sekali dalam masa lima tahun, tetapi berupaya untuk membentuk atau mempengaruhi dasar-dasar awam secara berterusan, selain memastikan khazanah negara dan wang pembayar cukai diuruskan secara berhemat dan transparen. Ruang awam diperluaskan agar rakyat dapat memberikan pandangan, teguran hatta kritikan tajam.

Satu perkara yang nyata dalam kes Sarawak, dan juga pilihan raya lainnya, bahawa ramalan terhadap tarikh penamaan calon dan hari mengundi (sekali gus tempoh berkempen) selalunya tepat. Ia tidak bermakna tukang ramal mempunyai firasat yang hebat tetapi tekaan itu sebenarnya datang daripada sumber pejabat ketua menteri atau perdana menteri.

Memang pada mulanya tarikh penamaan calon dijangka 9 April, tetapi beberapa kemudian seorang rakan dari Kuching, penganalisis politik terkenal, menghantar SMS memaklumkan ia dipercepatkan pada 6 April, dengan tarikh pengundian kekal 16 April. Pada 23 Mac, Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusuf hanya mengulangi pengumuman tarikh-tarikh berkenaan secara rasmi sahaja.

Ternyata dalam hal ini, SPR langsung tidak berkuasa, sekadar mengaminkan apa juga strategi ketua menteri atau perdana menteri. Sewajarnya tempoh berkempen ini dikanunkan dalam Perlembagaan secara jelas, iaitu minimum 21 hari.

Saya lebih berminat untuk meneropong pilihan raya Sarawak dalam konteks cabaran proses pendemokrasian di sana. Soal Pakatan Rakyat dapat menafikan majoriti dua pertiga BN, atau menyebabkan kredibiliti BN tergugat dengan teruk ekoran skandal Taib dan pelbagai isu kritikal, seperti tanah hak adat pribumi (NCR), memerlukan pemerhatian lain.

Saya cukup rimas apabila mendapat tahu Taib dengan sewenang-wenangnya menggunakan "kuasa istimewa" imigresen Sarawak untuk menghalang tokoh-tokoh tertentu pembangkang dari Semenanjung daripada memasuki negeri itu. Antara yang pernah disekat ialah Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (Disember 2008) dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa (kali pertama Feb 2009, dan kedua Mac 2011).

Dalam realiti politik baru, insiden seumpama itu begitu memalukan. Saya tidak pasti bagaimana dengan iklim kebebasan bersuara di Sarawak secara keseluruhannya. Cuma saya difahamkan, budaya takut masih kuat mencengkam. Ia tidak sukar difahami memandangkan  regim Taib sudah berakar selama 30 tahun.

Diharapkan rakyat, terutama pengundi muda, yang lebih tinggi taraf celik politiknya agar berani bersuara, sekurang-kurangnya menyatakan protes terbuka menentang amalan primitif yang bercanggah dengan norma-norma demokrasi, di samping membuka laluan untuk tsunami politik yang tersekat pada 2008 membadai Sarawak dan Sabah dalam PRU13 nanti.

Rabu, 23 Februari 2011

UPM Buat Lawak...... Pentadbiran UPM kata kesilapan kecil !!!

Pihak pentadbiran UPM kata kesilapan kecil telah berlaku sehingga menarik balik pembatalan 11 kerusi yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa. Jika kita hendak melihat bagaimana sistem pilihan raya di negara ini, lihatlah bagaimana mereka menanganinya di Universiti.

Sekecil mana kesilapan yang mereka katakan itu jika 11 kerusi dibatalkan kemenangannya. Bukan satu, bukan dua tetapi sebelas kerusi dengan alasan yang tidak manasabah, walau pun keputusan tersebut telah ditarik balik. Baca dibawah....

Pihak pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menarik balik pembatalan kemenangan kesemua 11 kerusi yang dimenangi kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) dalam pilihan raya kampus kelmarin.

Keputusan menarik balik pembatalan tersebut terkandung dalam surat yang ditandatangani timbalan naib canselor halehwal pelajar UPM, Prof Dr Fauzi Ramlan yang dikeluarkan kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap majlis politik nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Ahmad Syukri Kamaruddin.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Syukri berkata, pembatalan kemenangan calon pro-M itu ditarik balik selepas pihak pentadbiran UPM mendapati kesilapan kecil 

NONEPagi tadi, lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.

Kesemua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.

Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin.

Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.

Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setakat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.(MK)

Ahad, 18 April 2010

Selamat Bertugas Buat Para Pertugas PAS.

Mengikut maklumat, para petugas PAS dari Terengganu telah ditempatkan untuk kawasan Felda Sungai Tinggi, Hulu Bernam. Hulu Bernam adalah salah satu Dun yang terletak dalam parlimen Hulu Selangor. Diantara 3 Dun yang berada didalam parlimen Hulu Selangor, iaitu N5 Hulu Bernam, N6 Kuala Kubu Baharu dan N7 Batang Kali, Dun Hulu Bernam mempunyai peratusan kaum Melayu paling tinggi, 67.7 % daripada 17,549 pengundi berdaftar. Para pertugas dan perayu undi PAS terpaksa bekerja keras kerana dalam PRU 12 yang lepas, Dun Hulu Bernam telah mengalami kekalahan dengan majoriti paling tinggi jika hendak dibandingkan dengan Dun Kuala Kubu Baharu dan Batang kali. Calon BN telah mengalahkan calon PAS dengan majoriti sebanyak 3,549 undi.BN diwakili oleh Datuk Mohamed Idris Abu Bakar memperolehi undi sebanyak 7,985. Manakala calon PAS yang diwakili oleh Sukor Ali hanya memperolehi undi sebanyak 4,436 dengan peratusan yang keluar mengundi ialah 72.59 % (12,739). Memandangkan majoriti pertugas dikawasan tersebut adalah daripada Terengganu, iaitu negeri kelahiran saya dan saya juga menjangkakan ramai dari kalangan mereka adalah saudara mara, sahabat dan kenalan saya. Apa yang saya dapat lakukan ialah berdoa agar mereka diberi kekuatan dalam menghadapi jentera Umno/Bn yang telah dijadimilik 'MakBapak' mereka (Harapkan Umno, mereka mana ada jentera). Seandainya majoriti Dun Hulu Bernam dapat dikurangkan, pasti puak-puak dari kayangan akan terbang awal ke kayangan. Kerana itu kerja keras perlu dilakukan dalam keadaan Unmo/Bn yang terlalu terdesak untuk merampas kembali kerusi tersebut. Pasti pertugas Pakatan Rakyat akan menghadapi laluan sukar setelah Umno/Bn akan .me'Makbapak'kan agensi-agensi kerajaan yang sedia ada. Apatah lagi Umno/Bn sekarang ini kekurangan isu untuk diketengahkan setelah teruk dibelasah dengan APCO. Saya pasti Umno tidak akan memainkan isu berkaitan saman Datuk Zaid terhadap Hukum Hudud. Andainya isu itu dicanangkan, pasti Umno sendiri yang akan terkena dengan bahananya kerana semasa beliau menyamannya, Datuk Zaid masih lagi menjadi ahli Umno dan Umno sendiri seperti merestuinya. Mungkin dalam PRK kali ini akan menempa sejarah apabila calon BN, Kamalanathan akan berkempen dengan menggunakan tiga identiti. Jika beliau berkempen di kawasan Hulu Bernam, beliau akan mengaku sebagai bangsa Melayu dengan menggunakan nama 'KAMAL'. Di kawasan Kuala Kubu Baharu pula, beliau akan mengaku sebagai keturunan Cina dengan menggunakan 'ALAN' dan di kawasan Batang Kali baru beliau akan mengaku berbangsa India dengan menggunakan nama 'NATHAN'. Inilah hasil daripada idea APCO dalam usaha menjulangkan slogan 1Malaysia : KAUM KERABAT DIDAHULUKAN, KEKAYAAN DIUTAMAKAN. UNDI PAKATAN RAKYAT (PKR) BERMAKNA MENYOKONG PERUBAHAN. UNDI BN BERMAKNA MENYOKONG ISRAEL MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN.

Sekitar Pilihanraya Parlimen Hulu Selangor.

Gambar-gambar semasa penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Dearah Hulu Selangor.
WARTAWAN Nanyang, Alan Hang Liong Yin pengsan ketika kejadian tolak-menolak untuk memasuki pusat penamaan calon. - Foto Salim Shaari
Wartawan Nanyang, Alan Hang Liong Yin pengsan ketika kejadian tolak-menolak untuk memasuki pusat penamaan calon.
GELAGAT penyokong Pas semasa penamaan calon di Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Fariz Iswadi
PELBAGAI aksi yang ditunjukkan penyokong parti yang bertanding pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, pagi ini. Antara yang menarik tiga wanita ini memakai penutup mulut dengan lambang parti. - Foto Berita Harian
Antara wajah-wajah penyokong parti yang hadir bagi mengikuti proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bahru, pagi ini. - Foto Berita Harian
Penyokong Pas semasa penamaan calon di Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
ANTARA penyokong PKR yang hadir memberi sokongan ketika penamaan calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor. - Foto Mohd Fadli Hamzah
ANTARA penyokong PKR yang hadir memberi sokongan ketika penamaan calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor. - Foto Mohd Fadli Hamzah
GELAGAT penyokong Parti Keadilan Rakyat ketika penamaan calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Antara penyokong PKR yang hadir memberi sokongan ketika penamaan calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor.
SEBAHAGIAN ribuan penyokong pembangkang berkumpul di sekitar pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. - Foto Berita Harian
ANTARA penyokong parti yang bertanding yang datang memberi sokongan kepada calon masing-masing pada hari penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bharu, pagi ini. - foto Berita Harian
Sebahagian ribuan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di sekitar pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini.
KELIHATAN anggota pasukan keselamatan menenangkan penyokong parti pembangkang yang berarak ke pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. - Foto Berita Harian
Kelihatan anggota pasukan keselamatan menenangkan penyokong Pakatan Rakyat yang berarak ke pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. BN mula membuat provokasi.
NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama penyokong Barisan Nasional sebelum berarak ke Dewan Serbaguna dan Komplek Suka Hulu Selangor untuk penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan
Hishammuddin Hussein bersama penyokong Barisan Nasional sebelum berarak ke Dewan Serbaguna dan Komplek Suka Hulu Selangor untuk penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Bila PDRM dibawahnya, apakah beliau sedang mengajar penyokong BN membuat provokasi?
PENYOKONG Barisan Nasional berarak mengiringi calon BN P. Kamalanathan ke pusat penamaan calon di Kuala Kubu Bharu.
Penyokong Barisan Nasional berarak mengiringi calon BN P. Kamalanathan ke pusat penamaan calon di Kuala Kubu Bharu.
AHLI Puteri Umno turut tidak ketinggalan membawa sepanduk untuk memeriahkan sokongan ketika hari penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. - Foto Berita Harian
Ahli Puteri Umno turut tidak ketinggalan membawa sepanduk untuk memeriahkan sokongan ketika hari penamaan calon. Ini yang buat aku getik nak join sama dalam Puteri Umno. Nasib baik masa tidak mengizinkan, kalau tidak dapat buat b#n# no.2 atau 3...... Nasib.....nasib.........dah tak ada rezeki.
CALON Parti Keadilan, Datuk Zaid Ibrahim bersama isteri hadir ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. Turut kelihatan, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Calon Parti Keadilan, Datuk Zaid Ibrahim bersama isteri hadir ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. Turut kelihatan, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
CALON Barisan Nasional, P Kamalanathan bersama isterinya S Sobana selepas penamaan calon di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
Calon Barisan Nasional, P Kamalanathan bersama isterinya S Sobana selepas penamaan calon di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
CALON Bebas, Johan Mohd Diah berjabat tangan dengan anggota keselamatan ketika keluar dari Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
Calon Bebas, Johan Mohd Diah berjabat tangan dengan anggota keselamatan ketika keluar dari Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
MARAH:  J Anuraadhaa tidak dibenarkan masuk ke dewan kerana tempoh pencalonan sudah berakhir pada 10 pagi. Beliau tiba di dewan pada jam 10.10 pagi. - Foto Effendy Rashid
Marah : J Anuraadhaa tidak dibenarkan masuk ke dewan kerana tempoh pencalonan sudah berakhir pada 10 pagi. Beliau tiba di dewan pada jam 10.10 pagi.
CALON Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor dari kiri P.Kamalanathan (BN), Johan Mohd Diah (BEBAS), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan Vs Chandran (BEBAS) selepas menyerahkan borang pencalonan di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
CALON Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor dari kiri P.Kamalanathan (BN), Johan Mohd Diah (BEBAS), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan Vs Chandran (BEBAS) selepas menyerahkan borang pencalonan di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (dua dari kanan) selepas pengumuman pencalonannya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri). Turut hadir,  Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (kanan) dan Dr Tan Seng Giaw (kiri) di Dewan Komuniti, Serendah, baru-baru ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (dua dari kanan) selepas pengumuman pencalonannya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri). Turut hadir, Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (kanan) dan Dr Tan Seng Giaw (kiri) di Dewan Komuniti, Serendah, baru-baru ini.
Gambar-gambar bagaimana salahguna kuasa telah dilakukan oleh pemimpin Umno/Bn sebelum penamaan calon berlaku dengan SPR hanya menutup mata.
ORANG ramai yang hadir ke Majlis Pelancaran Yayasan Kelana Ehsan (YKE) dan Sumbangan Pelajar-Pelajar Cemerlang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks JKKR Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Yazit Razali
ORANG ramai yang hadir ke Majlis Pelancaran Yayasan Kelana Ehsan (YKE) dan Sumbangan Pelajar-Pelajar Cemerlang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks JKKR Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, baru-baru ini.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba menebar roti canai sambil diperhatikan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (kiri) bersama peniaga roti canai, Zulkifli Ismail 50, (kanan) dan Abdul Roni Jusof 55, (dua dari kanan) ketika hadir melawat majlis kenduri kahwin di Felda Sungai Tengi Selatan, baru-baru ini. - Foto Abdullah Yusof
Najib Razak cuba menebar roti canai sambil diperhatikan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (kiri) bersama peniaga roti canai, Zulkifli Ismail 50, (kanan) dan Abdul Roni Jusof 55, (dua dari kanan) ketika hadir melawat majlis kenduri kahwin di Felda Sungai Tengi Selatan, baru-baru ini.
LAUNGAN slogan 1 Malaysia oleh belia Cina ketika menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pekan Kuala Kubu Bharu dalam lawatan sehari beliau ke kawasan Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Ghazali Bujang
Laungan slogan 1 Malaysia oleh belia Cina ketika menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pekan Kuala Kubu Bharu dalam lawatan sehari beliau ke kawasan Hulu Selangor, baru-baru ini.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual bersama Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Timbalannya, Leow Teong Lai serta ahli MCA Kuala Kubu Bharu ketika sesi lawatan sehari di kawasan Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Ghazali Bujang
Najib Razak berbual bersama Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Timbalannya, Leow Teong Lai serta ahli MCA Kuala Kubu Bharu ketika sesi lawatan sehari di kawasan Hulu Selangor, baru-baru ini.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat model rumah yang akan dibangunkan sempena projek Perumahan Generasi Kedua pada Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Warga Felda Gugusan Felda Sungai Dusun di Felda Soeharto, baru-baru ini. - Foto Yazit Razali
Najib Razak melihat model rumah yang akan dibangunkan sempena projek Perumahan Generasi Kedua pada Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Warga Felda Gugusan Felda Sungai Dusun di Felda Soeharto, baru-baru ini.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin beramah mesra dengan pelajar Tadika Wawasan Gemilang, Unair Norazlan dan Syasya Nabihah Mohd Zamri (kanan) selepas melancarkan Majlis Pemberian Geran Permulaan Prasekolah Swasta Kementrian Pelajaran Malaysia di tadika berkenaan di Sungai Buaya, baru-baru ini. - Fotor Fariz Iswadi Ismail
Muhyiddin Mohd Yassin beramah mesra dengan pelajar Tadika Wawasan Gemilang, Unair Norazlan dan Syasya Nabihah Mohd Zamri (kanan) selepas melancarkan Majlis Pemberian Geran Permulaan Prasekolah Swasta Kementrian Pelajaran Malaysia di tadika berkenaan di Sungai Buaya, baru-baru ini.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri program bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
Muhyiddin Yassin menghadiri program bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, baru-baru ini.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berbual bersama Datuk G Palanivel selepas Program bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Kamal Ahmad
Muhyiddin Yassin ketika berbual bersama Datuk G Palanivel selepas Program bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, baru-baru ini.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk ketika majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Kampung Sentosa, DUN Batang Kali. Turut hadir Adun Batang Kali, YB Isa Kassim dan Datuk G. Palanivel. - Foto Rosdan Wahid
Muhyiddin Yassin menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk ketika majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Kampung Sentosa, DUN Batang Kali. Turut hadir Adun Batang Kali, YB Isa Kassim dan Datuk G. Palanivel.
MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) beramah mesra bersama Norsiah Tembai, 31, (kanan) pada Program Ramah Mesra Orang Asli @ 1 Malaysia di Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Abdullah Yusof
Mohd Shafie Apdal (kiri) beramah mesra bersama Norsiah Tembai, 31, (kanan) pada Program Ramah Mesra Orang Asli @ 1 Malaysia di Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Hulu Selangor, baru-baru ini.
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Sabri Yaakob (kiri) menyampaikan sijil pendaftaran Koperasi 1 Hulu Selangor Berhad kepada Tok Batin Orang Asli Kampung Changkat Bintang sempena pelancaran Koperasi Komuniti Orang Asli 1Hulu Selangor Berhad di Kampung Orang Asli Bukit Manchung, baru-baru ini. - Foto Md Fuzi Abd Lateh
Sabri Yaakob (kiri) menyampaikan sijil pendaftaran Koperasi 1 Hulu Selangor Berhad kepada Tok Batin Orang Asli Kampung Changkat Bintang sempena pelancaran Koperasi Komuniti Orang Asli 1Hulu Selangor Berhad di Kampung Orang Asli Bukit Manchung, baru-baru ini.
PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan) cuba membuat apam balik dengan dibantu peniaga, Haizon Salim (tengah) ketika hadir beramah mesra bersama penduduk Pekan Rasa, Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Abdullah Yusof
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan) cuba membuat apam balik dengan dibantu peniaga, Haizon Salim (tengah) ketika hadir beramah mesra bersama penduduk Pekan Rasa, Hulu Selangor, baru-baru ini.
NOH (depan) meninjau kerja baik pulih bumbung di pangsapuri kos rendah Sri Rose 2, di Bukit Sentosa yang 70 peratus hampir siap, semalam.
Noh Omar (depan) meninjau kerja baik pulih bumbung di pangsapuri kos rendah Sri Rose 2, di Bukit Sentosa yang 70 peratus hampir siap, semalam.
MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (kanan) mencuba minuman ‘Ice blended’ ketika melawat tapak pameran Mini Maha 2010 Hulu Selangor. Turut hadir, Pengerusi FAMA, Datuk Badaruddin Amiruddin (kiri). - Foto Abdullah Yusof
Noh Omar (kanan) mencuba minuman ‘Ice blended’ ketika melawat tapak pameran Mini Maha 2010 Hulu Selangor. Turut hadir, Pengerusi FAMA, Datuk Badaruddin Amiruddin (kiri).
SAMY Vellu menerima rawatan di tangan dan kaki selepas tergelincir ketika berasak memasuki pusat penamaan calon. - Foto Azhar Mat Ganti
SAMY Vellu menerima rawatan di tangan dan kaki selepas tergelincir ketika berasak memasuki pusat penamaan calon. Hello Samy........ mana betul-betul sakit, hati sakit atau kaki sakit?
MESRA: Calon BN, P Kamalanathan bersama Timbalan Presiden MIC yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor G Palanivel selepas pengumuman calon di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
MESRA: Calon BN, P Kamalanathan bersama Timbalan Presiden MIC yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor G Palanivel selepas pengumuman calon di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Ini cerita ada betul ka.......
Kalau Pengerusi SPR ada maruah dan harga diri, beliau patut melepaskan jawatan setelah melihat dihadapan mata sendiri bagaimana Umno/Bn menyalahgunakan kuasa.......... ada berani ke.

PRK Hulu Selangor : Katakan Tidak Kepada Pengkhianat.


Tidak tahu apa nak dikatakan dengan lawak antarabangsa oleh ketua penerangan Umno yang merayu pengundi Hulu Selangor agar BN diberi peluang. Apakah beliau terlalu tertekan dengan situasi politik sekarang yang lebih memihak kepada Pakatan Rakyat.


Secara tidak langsung, beliau telah membogelkan perbuatan Umno/Bn setelah 50 tahun diberi peluang di Hulu Selangor. Nampak sangat yang BN memang tidak buat kerja selama mereka diberi mandat. Apa yang mereka lakukan ialah memkayakan diri mereka sendiri.


50 tahun rakyat Hulu Selangor memberikan undi mereka kepada Umno/Bn, apa yang rakyat Hulu Selangor  dapat?. Kemiskinan, kemunduran, kepapaan dan rakyat Hulu Selangor diibaratkan seperti menumpang di negeri orang.


50 tahun Umno telah meminggirkan bangsa Melayu dan setiap kali pilihan raya mereka akan menjajakan pembangunan. Itulah kerja Umno dulu...... kini...... dan selama-lamanya. 


Andainya rakyat Hulu Selangor tidak dipinggirkan, masakkan sehari setelah kematian Tok Wakilnya, bermacam-macam projek telah diumumkan oleh One Malaysia dan timbalannya. Jentera berat usah dikatakan, hari-hari ada penghantaran ke Hulu Selangor.


Jalan yang baru diturap, pasti akan diturap kembali agar tiada lagi lompok dan bonggol. Pasal pak-pak menteri selesa nak lalu, nak jumpa orang kampung katakan. Ramailah nanti puak-puak dari kayangan akan turun untuk menjadi hamba rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Jika hendak dibandingkan dengan puak-puak dari kayangan yang kais pagi untuk sepuluh tahun, kais petang untuk sepuluh tahun lagi. Kali ini tak tahulah berapa buah halikopter wang yang akan dibawa turun dari kayangan.


Salahguna kuasa dalam pentadbiran usah dikatakanlah, sampaikan Dana Negaraku yang tercinta dah kering kontang pasal bayar kat APCO. Katakan tidak kepada Umno/Bn, jika anda seorang yang perihatin terhadap negara. Undi BN bermakna anda menyokong Israel yang telah menyembelih umat Islam.

Jumaat, 9 April 2010

Jom Layan Lentuk Beruk Dengan Blogger BPN (Biar Punah Negara)

Blogger Darul Ehsan Today Kenapa Emosi Tak Ingaaat…?
Sedihnyer hati bila melihatkan gambar my most beloved Datuk Seri PM dah terbalik! Even its getting more sad bila gambar terbalik dibuat oleh Blogger fren pro BN sendiri…, huuhh huuhhhh huuuuu….!!! Sampai ati Blogger Darul Ehsan Today [DET] buat macam nie!
What is the utmost reason and rationale our Bro DET have get so mad with PM’s decision on candidate nak bertanding di Hulu Selangor nie..??
Dah tentulah keputusan yang PM buat setelah ambil kira lots of good factors and he has his advisors around him…..
Sometimes apa yang kita nampak tak semestinya tepat. Our PM mestilah dah ada sebab kenapa masih mahu calon MIC. Mungkin sebagai test ground untuk tengok sejauh mana “hard work and commitment” dari kaum India..? Is it true that kaum India dah kembali menyokong BN? Kalau tetap kalah jugak, then its good reason for PM not to have many MIC candidates untuk next General Election, who knows??
Relax la Bro Det..! Dengan membaca your blog coverage, we all know you have done your assignment to check the support at Hulu Selangor. Tapi have you done completely all over Hulu Selangor..? I was told kawasannya besar giler… Daerah Hulu Selangor memang luas bro! Tetapi by reading your blog, I’m sure you belum lagi cover the whole Parlimen kalau cuma ada dua atau tiga article about penduduk disana….
Bro DET was so emotional sampai sanggup attack our own Datuk Seri PM. Just one question to Bro DET, kalaulah nanti semua leaders UMNO akan finally agree and accept keputusan ini, lepas tu semua leaders at all level sampai ke grassroot pun akhirnya setuju dan buat kerja untuk menangkan calon BN, here is my question = siapa akan “backing” Bro DET untuk all your work damaging nama baik PM…?? Kalau ada UMNO leaders akan berdiri depan Bro DET and said “kami sokong tindakan Blogger ini…” then alhamdulillah. Tetapi kalau selepas nie Bro DET dibiarkan keseorangan, macam mana..??
The worst yet to come kepada Bro DET kalaulah calon MIC menang, amacam..?
Ada cara nak tegur pemimpin sebab they are also manusia biasa macam kita. Tapi janganlah sampai memberikan good opportunity to our enemies to attack us.
Sebagai bukti bloggers sebelah pembangkang dah cepat pick up your article and published at their end…. Seronoknya mereka mentertawakan our PM yang dihina oleh our own bloggers pro BN!
Cuba tengok footage article bloggers kat bawah nie. At the time of my updates, I only saw ada 3 blog, tapi lepas nie I believe could be more. Maklumlah Bro DET dah bagi lauk kat mereka….
Blog Parlimen Kota Raja
Blog Mimpi Senja
Blog Mandor Blogspot
Seronak juga sekali-sekala baca blog BPN (Biar Punah Negara) ni. Apatah lagi dengan PRK Hulu Selangor yang majoriti pengundinya ialah Melayu. Kenapalah sampai hati Najib bagi kerusi tu kat MIC yang sepatutnya Umno lebih layak untuk kerusi tersebut.
Kerana nak jaga hati Samy sanggup Najib meminggirkan ahli Umno diperingkat akar umbi. Apa hebat sangat dengan MIC yang kalah teruk dikebanyakkan kerusi semasa PRU yang lepas. Dah tahu MIC tidak diterima oleh akar Umbi penduduk Hulu Selangor, Najib masih lagi mengutamakan MIC.
Lepas itu minta ahli Umno bekerja keras untuk calon yang bukan pilihan akar umbi. Inikah sikap ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan selama ini. Buang salahlah slogan 'Umno Juara Rakyat' jika pendapat akar umbi diketepikan.
Najib mana tahu apa kehendak akar umbi kerana beliau hanya mahu mendengar nasihat-nasihat daripada orang yang ada disekelilingnya. Tahu sahajalah kata-kata penasihat beliau hanya melaporkan perkara yang enak-enak sahaja.
Sebagai menunjukkan tanda protes dengan keputusan Najib itu, ahli-ahli Umno Hulu Selangor patut boikot daripada mengundi calon dari MIC itu. Jangan mengundi atau pun rosakkan sahaja kertas undi semasa pilihan raya nanti.

Jumaat, 26 Mac 2010

Umno Juga Pertikai Keputusan Mahkamah - Nizar

Umno tidak perlu menyalahkan rakyat sekiranya mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin(gambar) berkata, Umno sendiri pun seolah-olah mengajak rakyat mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam isu kalimah 'Allah'.

"Saya sendiri berasa pelik, apabila Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan bahawa suatu akhbar (mingguan The Herald) boleh menggunakan kalimah Allah, tak lama selepas itu seolah-olah wujud suatu usaha untuk tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah," ujar beliau semasa membahas Titah Diraja di Dewan Rakyat, malam tadi.

"Ia menggambarkan seolah-olah Umno juga membantah keputusan mahkamah seperti di Mahkamah Persekutuan."

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Perak pada era Pakatan Rakyat merumuskan bahawa Umno juga seolah-olah mengajak rakyat supaya tidak sebulat-bulatnya bersetuju dengan keputusan yang di buat di mahkamah.

Tambah beliau lagi, Umno juga sama ada sedar atau tidak sebenarnya sedang mendidik rakyat supaya menentang keputusan mahkamah yang dianggap tidak memberi kepentingan politik kepada mereka.

Disebabkan keputusan mahkamah yang acapkali dipertikai kerana oleh rakyat, Pakatan Rakyat dan Umno sendiri, beliau berkata, negara juga akhirnya turut mendapat impak berantai yang negatif.

Maka, beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, sindrom pelabur meninggalkan negara berlaku dalam skala yang membimbangkan.

Ujarnya lagi, mereka tidak mahu melabur di Malaysia, khususnya di Perak mungkin disebabkan mereka tidak percaya dengan tahap integriti dan kebebasan mahkamah di Malaysia.

Dari maklum balas oleh beberapa pelabur asing yang ditemui di United Kingdom, beliau berkata, dunia luar belakangan ini berasa sangsi dengan institusi kehakiman negara.
Hatta, menurut beliau, sekiranya berlaku pertelingkahan dalam dunia korporat, pelabur-pelabur asing terbabit tidak rela membawa kes mereka ke mahkamah tempatan.

Sebaliknya, menurut beliau, mereka yang terbabit lebih rela membicarakan kes masing-masing di luar negara, termasuk di Singapura.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya memulihara semula tahap integriti dan kebebasan mahkamah tempatan kerana dengan berbuat demikian sekaligus menggalakkan pelabur asing kembali berlabur di Malaysia. (Harakah)

Khamis, 25 Mac 2010

Tolak Pilihanraya PBT Selepas Najib Tolak Bukti SPR Tidak Bebas - Guan Eng

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan membuktikan badan itu tidak bebas.

Ini kerana, SPR sekadar mengikut apa yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Kita tidak harus terkejut dengan keputusan ini,” katanya.

“Jika tauke telah memberikan pandangannya, maka siapa yang akan memberikan jawapan bertentangan? SPR harus bertindak bebas, ini menunjukkan SPR tidak bebas,” kata beliau pada sidang media di lobi bangunan Parlimen.

Lim berhujah bahawa di bawah Artikel 113 (4) Perlembagaan Persekutuan ada dinyatakan bahawa  undang-undang persekutuan dan negeri memberi kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Katanya kerajaan negeri akan mengkaji kandungan surat penolakan suruhanjaya untuk tindakan masa depan tetapi tidak akan mengubah kedudukan mereka dalam perkara itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula menyifatkan tindakan ini satu langkah penyekatan kepada demokrasi di negara ini.

“Ada baiknya jika SPR  mula mempertimbangkan untuk mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan di mana penduduk setempat boleh mengadakan hubungan baik dengan pihak berkuasa tempatan,” kata beliau kepada sebuah laman wab di bangunan Parlimen hari ini.

“Ini salah satu usaha untuk menjadikan amalan demokrasi negara ini lebih bersifat matang,” katanya.

Khalid yang juga Ahli Parlimen  Bandar Tun Razak berkata barisan Exconya akan diberi taklimat tentang sebab SPR menolak rayuan kerajaan-kerajaan negeri PR.

Kedua-dua kerajaan negeri dimaklumkan keputusan SPR itu petang semalam.

Pagi tadi, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada “undang-undang yang membolehkan” pihaknya untuk mengembalikan undi ketiga menerusi pilihan raya kerajaan tempatan.

Ia sekali gus menolak permintaan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor.

Beliau menjelaskan pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Seksyen itu mengatakan bahawa “kesemua peruntukan dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan ataupun tidak lagi berkuat kuasa.” (Harakah)

Isnin, 12 Oktober 2009

Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sambil menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.
Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.
 
Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.
 
Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara, konsistan menjalaskan, keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu.
 
Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih.
 
Kedua-dua mereka mengulas keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam sidang media mereka jam 9 malam tadi. Turut serta dalam sidang media itu adalah calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan Pengarah Operasi Pilihan raya ini, Dr Dzulkefly Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.
Image
SPR mengumumkan, calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti majoriti 5,435 undi.

Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.
 
Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman. (Harakah)

Ahad, 11 Oktober 2009

Bagan Pinang : Bolehkah Umno Dapat Pertahankan Kubunya............

Bagan Pinang: 50:50, 51:49, 49:51, 44:56....


Siapa bakal muncul sebagai pemenang malam ini di Bagan Pinang? Ramai yang membuat anlisis, culaan dan tinjauan melalui laman web, SMS dan kajian rambang. Hasilnya pelbagai. Ada yang kata peluang 50:50 untuk BN dan Pas, ada pula kata 49 BN 51 Pas, ada kata 51 BN 49 Pas, ada kata 44 BN 56 Pas, ada kata.....alahai macam-macam keputusan yang berbeza.

Yang seronoknya tinjauan yang dibuat bukan 100% membabitkan pengundi yang layak mengundi di Bagan Pinang. Tinjauan yang dibuat oleh mStar dan Malaysian Insider yang menyebelahi Pas misalnya terbuka untuk semua pembaca akhbar internet itu, termasuk warga Bangla, Indonesia, Mesir, Nigeria atau Venuezela. Culaan yang dibuat oleh beberapa parti politik dan penganalisis politik juga diragui ketepatannya. Hanya pengundi yang berdaftar dan keluar mengundi saja akan menentukan siapa sebenarnya yang mereka pilih. Kiraan jumlah undi pada petang ini tidak berdasarkan undian dalam akhbar internet dan laman web mahupun SMS, tetapi berdasakan apa yang telah ditanda pengundi dalam kertas undi yang dikeluarkan oleh SPR.

Apapun, kedua-dua parti telah berusaha untuk menjadi pemenang pada malam ini., termasuk ke peringkat sanggup tetak badan orang lain. Jika Pas menang dengan majoriti paling tipis sekalipun, ia adalah bonus untuk PR yang tidak pernah bermimpi menang di situ. Jika Pas tewas dengan majoriti di bawah 1,000 undi juga ia sudah dikira baik untuk satu pilihanraya kecil dalam kubu BN.


~ pendikar gunung kriang

Bagan Pinang : Umno Mula Menggunakan ..... Samseng mula dikeliaran di UPU>

10.40 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar sedang menuju ke Sek. Keb Teluk Kemang, terperangkap dalam lalu lintas sepanjang perjalanan ke sana.

10.30 pagi : Di UPU Bagan Pinang - 350 pengundi telah keluar mengundi.


10.20 pagi : Di UPU Ladang Bradwall - seramai 102 atau 25% pengundi telah keluar mengundi - statistik diterima dari pos PAS disana. Jalan masuk ke estet tersebut semakin sesak walaupun pengundi di tempat tersebut hanya 451 pengundi sahaja. Petugas, penyokong kedua-dua parti bertanding dan pelancong pilihanraya dipercayai menyebabkan kesesakkan tersebut, hingga polis dikerahkan kesana menjaga lalu lintas.

10.10 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar sampai ke Sek. Keb. Si Rusa, UPU Taman Eastern diiringi beberapa pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

10.00 pagi : Seramai 2,168 atau 23.9 peratus telah keluar mengundi setakat 2 jam selepas proses pengundian dibuka.

9.40 pagi : Masih di ladang Bradwall - seorang petugas BN 'naik angin' bila penyokong PAS kata BN rasuah. Tetapi tiada sebarang kekecohan berlaku. Dr. Mariah Mahmud sedang menenagkan petugas dan penyokong PAS agar tidak melayak provokasi pihak BN. Pertengkaran lidah tadi bermula dari penyokong BN yang cuba menyamar  menjadi penyokong PAS, individu tersebut sedang cuba dibawa keluar sekiranya keadaan bertambah buruk.


9.30 pagi : Di Ladang Bradwall, jalan sudah sesak dengan kenderaan yang keluar mengundi. Suasana riuh bila petugas BN lalu dihadapan kawasan penyokong PAS. Petugas berbaju puteri Umno tanpa lambang boleh pula berada di pondok SPR.  


9.25 pagi : Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa tiba di Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang. Suasana mendung, hujan renyai mulai turun. Penyokong kedua-dua parti sedang hangaat bersorak.


Turut kelihatan disana YB PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron, Dato' Abd Rahman, Adun Tendong dan Adun Manek Urai.


9.20 pagi : Di UPU Bagan Pinang - Adun Manek Urai, Abe Uji turut kelihatan sama dengan petugas PAS. Suasana semakin hangat, kedua-dua  penyokong sedang berbalas mulut, BN kering idea menjerit 'Husam rasuah'.


Di UPU Ladang Bradwall - keadaaan tenang, ramai penyokong PAS berbangsa India mulai kelihatan disana.


9.15 pagi : Di UPU Bagan Pinang - FRU tiba di Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang, hujan mulai turun kembali, keadaan trafik bertambah sesak kerana pengundinya paling ramai.


9.10 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar sampai di Sek. Keb Teluk Kemang meninjau proses pembuangan undi di sana.


9.00 pagi : Di UPU Bagan Pinang - suasana hangat dengan kedua-dua penyokong BN, PAS berbalas 'perang mulut'. Kelihatan di sana, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah Yusof.


8.55 pagi : Di UPU Taman Eastern - sekumpulan pemuda bermotor BN cuba membuat hal dihadapan perayu undi PAS. Jeritan kecoh 'boo' mula dibuat pihak BN.


8.50 pagi : Jalan menuju ke Teluk Kemang - polis sejak malam tadi membuat lencongan jauh untuk elakkan kesesakan di hadapan tempat mengindi, Sek. Keb. Teluk kemang. Trafik sedang bergerak perlahan. manakala petugas PAS kini melebihi BN sedang merayu undi.


8.45 pagi : Di Sek. Keb. Si Rusa, UPU Taman Eastern - cuaca dilaporkan mendung. Petugas dan penyokong PAS semakin ramai, trafik berjalan lancar.


8.35 pagi : Di Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang, keadaan mulai tegang. Penyokong Umno melaung-ulang takbir berniat menyindir penyokong PAS di sana.


8.30 pagi : Di Sek. Keb. Kampung Baru Si Rusa - Kenderaan yang bertugas menghantar pengundi didapati tidak diberi masuk kerana tiada stiker. Pegawai SPR yang bertugas di sana dilaporkan tidak berpakaian seragam SPR.


8.25 pagi : Di Sek. Jenis Keb (Tamil) Ladang Siliau - 10 baru selesai mengundi, keadaan tenang disana. Begitu juga di Sek. Keb Teluk Kemang. Pengundi sudah mulai keluar.


8.20 pagi : Helikopter PDRM mula berlegar-legar di awanan, melihat perkembangan perjalanan pengundian dari udara.


8.10 pagi : Pengundi-pengundi mulai kelihatan keluar, agak lewat. Menunggu hujan yang baru berhenti. Petugas-petugas kedua-dua parti juga mula kelihatan ditepi-tepi sepanjang jalan masuk pusat pengundian.


8.00 pagi : Kesemua 8 tempat mengundi telah dibuka.

Lapan - Sek. Jenis Keb (Tamil) Ladang Atherton S, Sek. Jenis Keb (Tamil) Ladang Siliau, Sek. Jenis Keb (Tamil) dan (Cina) Ladang, Sek. Keb. Si Rusa, Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang, Sek. Keb. Kampung Baru Si Rusa dan Sek. Keb Teluk Kemang.

Proses pengundian bermula 8 pagi dan akan berakhir 5 petang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.


7.30 pagi : Di lapan UPU, petugas PAS sedang giat membuat semakan nama di pondok semakan (pondok panas).

Setengah jam dari sekarang, semua pusat pengundian akan dibuka kepada pengundi Bagan Pinang yang berdaftar.


7.25 pagi : Jalan utama Jalan Pantai - Kampung Bagan Pinang - Teluk Kemanang kelihatan masih belum dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.

Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih terkawal. Di kiri kanan bahu jalan polis sudah kelihatan.


7.25 pagi : Hujan mulai turun di beberapa kawasan, namun keadaan tidak beberapa lebat.


6.40 pagi : Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.

Pasukan Unit Amal yang berkawal sejak awal pagi tadi sudah siap siaga untuk bertugas.


BAGAN PINANG, 11 Okt - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, hari ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS yang diwakili Pesuruhjaya negeri, Zulkefly Mohamad Omar dan Barisan Nasional (BN) yang diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad,

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lepas. Beliau memenangi kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.( Ummiaainni )

Sabtu, 10 Oktober 2009

Bagan Pinang : Umno Mula Manabur Wang.....

[IMG_0579.JPG]
Umno Mula mengedar duit rasuah dibawah nama Jabatan Kebajikan Masyarakat........ Tok Jin Apasal bulan lambat dapat duit welfer................ Hang betul-betul menganiaya rakyat. Ataupun duit itu duit raya atau duit bonos.
[5203117.jpg.jpg]
Asalamualaikum......... Tidak sihat lagi dengan tepukkan maut tersebut............. Moga-moga cepat sikit sakit atau pun lawyar buruk tu................. Dah ramai sangat dah meluat dengan lakonan itu. Jangan kata orang PAS, PKR, DAP, PRM, Mat Rempit pun dah naik meluat dengan drama yang tidak bernutu dan pasti tidak pulang


Memang dari awai-awai lagi dan memang dah jadi rahsia yang semua orang tau, ada pertembungan antara kem bekas MB yang jadi calon dan kem MB Negeri Sembilan la ni, Mat Hassan.


Walaupun sungguh-sungguh Umno cuba nak paparkan kata antara kem depa berdua tu takdak apa-apa masalah, tapi aku cukup yakin ramai yang tak percaya. Memang bangang la kalau ada yang percaya dengan gambar 'mesra' antara Isa Samad dengan Mat Hassan.

Pasainya memang semua orang yang ambik tau pasai politik Negeri Sembilan tau yang Mat Hassan sebagai MB cukup susah hati bila Isa Samad dipilih jadi calon. Kedudukan dia memang ada harapan untuk tergugat pasai pengaruh Isa Samad di bahagian-bahagian di Negeri Sembilan cukup kuat.

Mata-mata gelap PAS dalam Umno cerita, kem Mat Hassan ambik sudut positif Ipemilihan Isa Samad sebagai calon dengan menggunakan peluang yang ada ni untuk pasti karier Isa Samad sebagai ahli politik dimatikan terus.

Bila dah jadi calon, Isa Samad terpaksa belanjakan wang yang cukup banyak untuk berkempen. Kem Mat Hassan akan pastikan Isa Samad belanja sebanyak mungkin untuk berkempen kalau boleh bukan takat dia pokai tapi tokey-tokey yang sponser dia pun pokai sama.  Dalam masa yang sama depa akan sabotaj sungguh-sungguh Isa Samad untuk pastikan Isa Samad kalah.

Kalau plan ni berjaya, Isa Samad tak berjaya nak kembali ke arena politik mainstream Umno dan dalam masa yang sama akan kehabisan modal untuk memastikan sokongan penyokong-penyokong dia kekal kat dia dan tak berpindah kem.

Aku kurang yakin plan ni akan berjaya tanpa sokongan dari ken Isa Samad sendiri. Maksud aku Mat Hassan perlukan sebahagian pimpinan dari kem Isa Samad beralih kem. Dari maklumat mata-mata gelap Pas dalam umno, memang ada cubaan dari kem Mat Hassan cuba pancing pemimpin Umno dari kem Isa dengan kaedah yang cukup 'rahsia'.

Aku nak nasihat kat pemimpin Umno yang duduk dalam kem Isa Samad supaya terima tawaran dari kem Mat Hassan. Hangpa kena pindah kem. Kala hangpa masih setia dalam kem Isa Samad, hangpa jugak akan terima nasib macam Isa Samad.

Memang la maca kempen ni nampak macam Isa Samad cukup kuat. Aku dapat khabar angin yang selepas dia di sahkan sebagai calon, Isa Samad dah pi jumpa YDP MPPD bawak senarai kontraktor dia, mengarahkan semua projek plihanraya dibagi kepada kontraktor yang ada dalam senarai yang dia bawak. Memang pun kontraktor dari kem Mat Hassan langsung tak dapat apa

Hangpa yang duduk dalam ken Isa Samad kena ingat, kalau pun Isa Samad memang PRK ni hangpa tak boleh cari makan dengan kabel dia. Mat Hassan pasti akan guna segala 'kuasa' yang dia ada untuk pastikan kem Isa Samad tak dapat apa-apa lepas ni. Malah dia mungkin akan buat sesuatu projek-projek pilihanraya ni pun akan 'sangkut'.

Jadinya hangpa yang kat dalam kem Isa Samad kena tukar kem, kalau perlu 'menyembah' Mat Hassan pun aku rasa berbaloi. Kalau hangpa berjaya tolong bagi Isa Samad kalah, aku yakin Mat Hassan tak akan lupa 'jasa' hangpa. (CENANGAU DAIN KARI)
[2.JPG]

Gambar dia gambar mereka buat buat lawak angkasa . Cuba hang tengok  kat betul kat belakang mereka itu.
 senyum manis macam tanam tebu dibibir, kerana masuk  plilihan raya yang mereka kononnya tidak berlaku  sengketa diantara puak-puak dalam Barisan Nasional.
tanya sama mereka berapa puluh pengawal peribadi..........berapa tang diserahkan dan pasti lebih ramai yang senang-denang memakaian untuk  akan "Keperkasaannya. Yang pasti, selepas lokonan pelawak bodoh sombong, macan-macam senjata mereka bawak.

  • Mohd Hassan Kata............... Dia ini (Isa), menang ke kalah ke tetapi aku akan sejuk bekukan kamu.


  • Mat Isa kata........... eleh nek kata otang, kalau menang nanti aku tenyek-tenyek kamu sama Khairy.


  • Samy Veloo kata...... ayoyo aku sudah hantam orang bekas nombor  lagi dia mahu bikin malu sama saya hadir  ini busuk punya maljis........bikin malu aku pada India dan dame aku punya keturunan..


  • Mahyiddin kata........ ala bukan apa gaduh-gaduh, buat mula slamber aje Nanti kita kebanglo ke lima. Kalah menand sama aje.Kalh kena kutuk menang pun kena kutul.......... abis kita kata apa lagi.


  • Shahruzat.......mentang-mentang gambar aku tak masuk surat kobar, langsung kamu yak layang aku(Merajuk lah tu)
[30.08.jpg]
Inlah perjuang sejati buat bumi yang dinamakan Tanah Melayu,Satu nma yang amat tersohor di Bumu MalaYu ini. Nama tidak ading lagi iaitu Tok Janggut atau nama sebenarnya beliau asal beliau Haji Mat Hassan. Siapakah yang membunuhnya? Siapa yang menjadi pembelilok., sanggup menjual maklumat tersebut? Anda sendirilah yang menilai akan pengorbanan mereka seperti Tok gajah ( Tok Bahaman),Abdul Rahman Limbong. Datuk maharaja lela, Tok Sago dan ramai lagi yang telah syahid kerna takut tanah Melayu ini jatuh ketangan Umno-BN

haoiiiii....... budak-budak peninggalan penajajah, sudah sampai masanya untuk kamu mempersiasatkan diri kamu dudunia dan diakhirat................. Semoga selaga perbuatan kamu itu akan dibalas diaras dosa-dosa kamu uerhadap rakyat  Malaysia...............Allhuakbar 3x
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular