Translate

Rabu, 24 November 2010

Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam. (Bhg.22)





Tiada apa yang berubah bagi umat Islam Algeria selepas negara itu berjaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1962. Pemerintahan baru yang memiliki hubungan rapat dengan Perancis, terus melakukan pembunuhan.

Contoh kedua yang ditulis oleh Sweeney ini juga tidak kurang menariknya:

Pada 1995, satu siri pengeboman telah berlaku di kota Paris. Kumpulan-kumpulan ekstrimis Islam dipersalahkan dan Barat bersetuju. Joseph memberitahu kepada kita bahawa lelaki yang merancang pengeboman adalah Jeneral Tewfik dan Smain, yang merupakan komander-komander di dalam pasukan polis rahsia Algeria, dan operasi tersebut telah dikawal dari Kedutaan Algeria di Paris. Selepas pengeboman, Menteri Dalam Negeri Perancis, Jean-Louis Debre, telah ditanya sewaktu makan tengah hari sama ada wujudkah kemungkinan bagi pasukan polis rahsia Algeria bersembunyi di sebalik pengeboman tersebut. Beliau menjawab: "Militari keselamatan Algerian meng­harapkan kami supaya mengikut jejak yang salah, jadi kami dapat menghapuskan sesiapa sahaja yang mengganggu mereka."30 
Contoh yang ketiga ini juga turut menimbulkan satu lagi misteri:

Pada 1997, tiga insiden pembunuhan beramai-ramai yang besar telah dilakukan di selatan Algiers. Ketiga-tiganya berlaku di sebuah zon yang dikawal ketat, dikelilingi oleh berek-berek askar. Ia mengambil masa yang lama untuk menyembelih leher 200 orang manusia. Tiada seorang pun yang dibawa ke muka pengadilan Algeria atas sebab pembunuhan beramai-ramai yang besar itu. Mereka yang melakukan pembunuhan itu, seperti yang diberitahu oleh puak rejim, "dibiarkan tanpa gangguan."31

Insiden serupa yang dilaporkan oleh John Sweeney turut dilaporkan dalam sebuah majalah berbahasa Turki. Di dalamnya terdapat kenyataan-kenyataan daripada para saksi yang melihat pembunuhan beramai-ramai di Seydi Musa, iaitu sebuah kawasan di Algeria. Ia menyaksikan seramai 300 orang dibunuh. Insiden ini amat penting bagi seseorang yang mahu mengetahui hal sebenar yang terjadi di Algeria:

Hakikat bahawa tiada campur tangan ketenteraan dalam pembunuhan beramai-ramai di Seydi Musa, yang berlaku hanya di sebelah ibu pejabat militari dan hanya memakan masa lima jam, adalah aspek yang patut diberi perhatian dalam seluruh konspirasi yang terjadi. Kenyataan daripada mereka yang terselamat ialah, "Kami menjerit meminta pertolongan, pasukan keselamatan tidak jauh dari kami, namun manusia pertama yang datang di awal-awal pagi ialah pasukan bomba," dan api serta asap yang keluar dari rumah-rumah, serta bunyi-bunyi tembakan senjata automatik penyerang yang gagal menarik perhatian pasukan keselamatan adalah cukup untuk memberitahu kita siapakah sebenarnya yang bersembunyi di sebalik pembunuhan di Algeria.32

Ramai sebenarnya yang turut berkongsi pandangan yang serupa seperti Abdul Hamid Brahimi dan John Sweeney tentang apa yang berlaku di Algeria. Ramai pakar yang sedang meneliti perkembangan di negara tersebut bersetuju bahawa kerajaan Algeria, yang disokong oleh junta (Pent: iaitu majlis pemerintah), adalah dalang di sebalik pembunuhan dan tindakan-tindakan keganasan. Salah seorang daripada kumpulan-kumpulan pakar tersebut ialah Perbadanan Rand Graham Fuller, bekas ejen CIA. Fuller telah mengenalpasti unit-unit militari yang bertanggungjawab terhadap tindakan-tindakan teroris di Algeria, termasuklah juga pengeboman di Paris, dan turut meng­gambarkan niat mereka untuk memanipulasikan pandangan masya rakat dunia. Beliau mempertahankan bahawa agensi-agensi intelek Barat mengetahui semua perkara yang berlaku dan mereka cuba mempengaruhi pandangan penduduk dunia dengan menyebarkan maklumat yang salah.33

Fakta lain yang turut memberikan bukti penting ialah hampir kebanyakan jeneral-jeneral di dalam junta yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan yang dilakukan pada masa-masa yang tertentu atau yang lain adalah berada di dalam pasukan askar Perancis. Mereka ini memberikan perkhidmatan kepada pasukan askar Perancis sewaktu berlakunya Perang Kemerdekaan Algeria, atau dengan kata lain mereka bekerjasama dengan Perancis. Ketua Staf Jeneral Mohammed Amari, sebagai contoh, merupakan seorang pegawai di dalam pasukan askar Perancis. Beliau menganggotai pasukan askar Algeria sebaik sahaja sebelum kemerdekaan diisytiharkan. Ketua bagi Bahagian Kepintaran iaitu Jeneral Tewfik, dan pemimpin yang melakukan rampasan kuasa secara haram, yang juga merupakan Menteri Pertahanan terdahulu iaitu Jeneral Khalid Nezzar turut menjadi pegawai di dalam pasukan askar Perancis.34

Sebagai tambahan kepada semua ini, bekas Perdana Menteri iaitu Abdul Hamid Brahimi telah menerangkan bahawa semua tindakan keganasan dituduh dilakukan oleh umat Islam, padahal umat Islam tahu bahawa mereka tidak akan dapat mencapai impian mereka dengan cara pembunuhan. Selepas berkata demikian, Brahimi me ne kankan bahawa itu semua dilakukan oleh bekas-bekas ahli OAS, iaitu sebuah pertubuhan penentang-gerila yang ditubuhkan bagi menentang kemerdekaan Algeria pada tahun 1962. Pertubuhan ini yang sebenarnya digerakkan oleh pihak pentadbiran Perancis, adalah dalang yang berselindung di sebalik keganasan yang berlaku di Algeria.35 

Di samping semua ini, perkara yang mesti dijelaskan ialah kumpulan-kumpulan Islam yang terlibat dalam serangan-serangan keganasan terhadap penduduk awam adalah berada di landasan yang salah. Seperti yang telah kami beritahu, metod-metod yang sedemikian adalah tidak serasi dan selaras dengan ajaran Islam. Islam sentiasa mengajak umatnya memilih jalan damai, dan jika peperangan menjadi satu-satunya jalan terakhir, Islam memastikan nyawa dan hak pen du duk awam yang tidak bersalah tidak dicabuli. Selain itu, segala macam bentuk "perjuangan" yang membawa kepada kezaliman yang ti­dak berjustifikasi adalah berlawanan dengan kehendak Islam. Umat Islam di Algeria perlu sensitif terhadap perkara ini. Mereka seharusnya ti dak melancarkan peperangan dengan cara mengangkat senjata, se baliknya dengan menggunakan kebudayaan, ilmu dan juga kewarasan. Mudahan-mudahan segala darah dan air mata yang menitik di bumi Algeria akan diganti dengan sebuah kedamaian dan keselamatan.
Bersambung........

Harun Yahya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular