Apa yang saya coretkan ini hanyalah sekadar berkongsi pengalaman semasa masih lagi remaja, walaupun masih remaja saya amat-amat meminati politik. Kerana politik lah yang mematangkan kita dalam menempuhi kehidupan yang mendatang.
Dahulu, pada malam terakhir kempen politik, kami sebagai anak muda yang kuat menyokong PAS akan cukup-cukup berjaga dari malam sampai ke pagi hari mengundi. Antara sebabnya ialah pada masa itu lah Umno-Bn akan menyebarkan bermacam-macam surat layang memfitnah PAS dan mereka akan meninggal kan sehelai kain batik di depan pintu rumah para pengundi, ada kala mereka menyelitkan wang kertas RM10 didalam lipatan kain batik tersebut.
Kerana pada waktu itu kempen tidak dibenarkan maka mereka menjalankan kerja-kerja jahat mereka pada saat-saat terakhir untuk memancing undi. Kerana itulah kami terpaksa berjaga agar dapat menghalang niat jahat mereka. Mereka tidak akan berani melakukannya apabila mengetahui ada orang PAS sedang berkawal.
Kerana itulah istilah yang TGNA sebutkan tentang rasuah politik "bagi kita ambil tapi bila pangkah, kita pangkah PAS'. Apa yang beliau nyatakan memang ada kebenarannya kerana di sebelah Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, setiap kali pilihan raya, itulah kerja mereka.
Rasuah politik memang sudah menjadi barah dalam organisasi parti Umno. Walau bagaimana pun penafian mereka, ia tetap dan akan kekal berlaku. Kerana itulah setiap kali ada pemilihan, pasti banyak duit akan bertukar tangan. Jangan kata peringkat bahagian, peringkat cawangan pun mereka sanggup menghabiskan wang, asalkan menang. Itulah............ Umno......... parti bangsaku.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Selepas Bn tidak bertanding Di Dun Penanti dan selepas itu berlaku kekosongan Dun Manik Urai diatas pemergian penyandangnya keRahmatullah.Um...
-
“Hai istriku sebaiknya kita bernazar kepada Allah”, kata seorang saudagar kepada istrinya, “Jika kita diberi anak laki-laki, aku akan memoto...
-
KENYATAAN MEDIA PKR PILIHAN RAYA KECIL MANEK URAI Halangan Polis Terhadap Penyertaan PKR Dalam Pilihan Raya Kecil N.41 Manek Urai, Kelantan...
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu menunjukkan ahli dan pem...
-
Segala yang Dimiliki Adalah Ilusi Kenyataan bahawa dunia luaran tidak mengandungi sebarang realiti materialistik adalah sebuah f...
-
Tawar menawar dan sogok menyogok sudah bermula di Bagan Pinang. Sementara itu, Isa Samad berharap dan berdoa, dia akan menang di Bagan Pina...
-
DULU plat motokar nombor MCA1 dibida hingga RM300,000. Untuk plat nombor WWW1 ia dibida setinggi RM520,000. Siapa yang berjaya membi...
-
MUNCULNYA NABI-NABI PALSU Hari akhir tidak akan datang sebelum datangnya tiga puluh Dajjal, masing-masing mengaku dirinya sebagai seor...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan