Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu menunjukkan ahli dan pemimpinnya semakin hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR.
Menurut Perdana Menteri, keadaan itu merupakan asas yang menunjukkan keretakan dalam PKR bukan perkara baru, sebaliknya sudah lama berlaku.
''Jadi, itu merupakan asas pokok untuk mereka membuat keputusan meninggalkan PKR," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-12 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai langkah beberapa pemimpin PKR keluar parti tersebut sejak kebelakangan ini.
Terbaru ia melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohammed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Mengenai keinginan Mohammad Fairus untuk menyertai UMNO, Najib memberitahu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti itu merasakan sudah dikhianati oleh pucuk pimpinan PKR.
Katanya, Mohamad Fairus mengatakan yang dirinya difitnah serta dianiaya hingga merasakan sudah tiba masanya untuk bertindak menyertai UMNO.
Terdahulu dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung PBB, Najib turut menyifatkan PKR sebagai parti yang 'menyendeng' dengan menabur pelbagai janji termasuk bintang serta bulan tetapi satu demi satu wakil rakyatnya mula hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti berkenaan.
''Ada orang berbisik sesuatu kepada saya bahawa PKR itu adalah 'Parti Kian Rebah' dan kita tidak perlu orang yang tidak terbukti sebagai pembangkang," ujarnya.
Ulasan Musafirlalu.........
Setiap kali ada wakil rakyat PKR keluar parti, pasti terpapar muka Salehuddin disebelahnya. Ia telah menjadikan satu perniagaan yang menguntungkan buat Salehuddin Hashim. Kita tidak tahu berapa imbuhan yang beliau dapat untuk satu kepala wakil rakyat yang berpaling tadah tetapi pasti jumlahnya besar.
Maka ianya telah menjadi satu cabang perniagaan buat broker yang dapat menarik MP atau ADUN keluar parti. Yang menjadi masaalahnya, dari mana datangnya sumber kewangan tersebut kerana ia tidak datang daripada tabung Umno.
Ia juga menjadi satu tamparan yang hebat buat blogger pro PKR yang sentiasa mengutuk dan mencari kelemahan pimpinan PAS. Sepatutnya mereka memperbetulkan rumah tangga mereka daripada menjaga rumah tangga orang lain.
Ianya tidak menjadi masaalah buat blog PKR dengan pimpinan PAS tetapi blog-blog pro PKR yang lebihnya. Renungkanlah, kenapa banyak blog pro PAS tidak menyerang pimpinan PKR ini kerana mereka menulis agar Pakatan Rakyat bertambah kukuh bukan untuk menghancurkannya.
Jika ingin menulis akan apa yang berlaku dalam PKR, banyak cerita yang boleh ditulis tetapi itu bukan matlamatnya. Tengoklah pada diri sendiri sebelum menghentam kawan dalam Pakatan Rakyat, inilah hasilnya jika terlalu banyak menghentam pimpinan tertinggi PAS. Kesudahannya, bukan MP PAS dan DAP yang lompat tetapi semuanya dari PKR.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan