"Tidak pasti", itulah ayat yang paling banyak dikeluarkan dalam inkuari koroner yang sedang berlangsung sekarang ini. Maka CSI Malaysia kena lebih banyak mengaji dan mengkaji lagi dalam melakukan sesuatu siasatan.
Jikalau kita menonton rancangan CSI di kaca TV, maka CSI Malaysia masih lagi ketinggalan. Mungkin sains forensik masih lagi baru di Malaysia, sekurang-kurangnya kita mengambil iktibar daripada kematian Teoh Beng Hock.
Memang CSI yang kita tonton di kaca TV terlalu sempurna kerana ia telah diolah oleh penulis skrip. Tidak salah jika mengambilnya sebagai panduan untuk di masa hadapan, apabila berlaku kematian yang meragukan.
Kaji dengan lebih teliti lagi sebelum mayat tersebut disempurnakan oleh ahli keluarga. Belajar daripada kesilapan adalah bagus daripada tidak mengendahkannya langsung. Sekurang-kurangnya peristiwa yang berlaku sekarang akan diperhalusi di masa hadapan.
Pastikan dahulu sesuatu bukti tidak dicemari sebelum membuka kawasan kejadian. Biar pun ia mengambil masa yang lama untuk mencari bukti, asalkan tidak lagi timbul perkataan "Tidak Pasti" itu berulang lagi.
Apa pun, pastikan CSI Malaysia terus berkembang lebih cepat lagi supaya senang ISA untuk dimansuhkan. Supaya kerajaan Umno-Bn tiada lagi alasan untuk men'ISA'kan mangsanya kerana kekurangan bukti.
Dan pihak polis tidak lagi mempunyai alasan untuk menahan orang yang tidak pasti akan kesalahannya dengan ISA. Kerana ISA digunakan adalah disebabkan tiada bukti untuk mensabitkan seseorang itu bersalah atau pun tidak, maka akta laknatullah itu digunakan.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Khamis, 13 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
-
Saya rasa si Tulang Besi betul-betul seorang yang penuh dengan sifat kebencian terhadap blogger yang tidak sebulu dengannya. Saya anggap tu...
-
Hari Rabu saya pulang ke Terengganu kerana ada masaalah sedikit, tetapi dalam masa itu saya cuba mencari maklumat dari peringkat akar umbi ...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Keadaan Sharudin yang terlantar di Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Taiping sambil ditemani isteri dan ahli keluarga. BAGAN SERAI - Ketua...
-
“Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dun yang kita (Barisan Nasional) kalah”. Demikian tutur Menteri Besar Ter...
-
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis 1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. ...
-
Marilah kita panjatkan doa kita agar kesihatan pemimpin kita sihat............ kalau boleh pakat-pakatlah buat solat hajat buat TGNA. Bab t...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan