Translate

Memaparkan catatan dengan label Forensik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Forensik. Papar semua catatan

Rabu, 13 Januari 2010

Misteri Pembunuhan Kejam Ibu Saudara Rosmah (Mykampungku)

 Minggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak diberdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh. Rupa-rupanya salah seorang mangsa pembunuhan kejam tersebut adalah Allahyarhamah Sofiah Katas yang merupakan ibu saudara kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Sofiah Katas, 80 tahun, salah seorang yang dibunuh kejam itu ialah adik kepada Mansor Katas iaitu bapa kandung Rosmah sendiri.

Mangsa lain dalam pembunuhan kejam itu ialah Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22.

Malangnya diberitakan Rosmah langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga ibu saudaranya sendiri yang dibunuh kejam itu!

Dan kelmarin, seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan Abdul Qayum Abdul Rahman yang cuba merungkai misteri kematian Sofiah dan mengapa Rosmah tidak menziarahi keluarga si-mati telah mendakwa beliau diugut polis sebaik saja selesai mewawancara seorang wanita bernama Saharah yang merupakan saudara kepada Sofiah dan sepupu kepada Rosmah.

Abdul Qayum mendakwa di dalam Malaysiakini, selepas mengetahui beliau seorang wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya. Beliau turut merampas nota penulisan Qayum dan memadam semua rakamannya dengan Saharah. Muhammad juga turut merampas semua dokumen pengenalan Qayum, tanpa mendapat kebenarannya. Semua insiden tersebut diperhatikan oleh sekumpulan polis yang menunggu dan mengawal di luar rumah Saharah. Pihak polis dan Muhammad kemudiannya mengugut mahu mencari wartawan itu dan keluarganya dengan apa cara sekalipun jika temu bual tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan.

Tiada siapa dapat meneka mengapa Rosmah sampai tergamak tidak menziarahi kematian ibu saudaranya sendiri. Juga tidak diketahui mengapa Rosmah begitu takut jika Suara Keadilan mendedahkan mangsa pembunuhan kejam itu ialah ibu saudaranya. Apa yang hendak Rosmah malukan, jika dia sendiri tiada kaitan dengan pembunuhan yang menggemparkan di mana suspek utamanya ialah seorang pemuda yang digambarkan kadang-kadang kurang siuman? Atau mungkin dia malu jika rakyat 1Malaysia tahu Rosmah mempunyai saudara mara yang kurang siuman? Mungkin Rosmah yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya tidak mahu dikaitkan dengan satu lagi pembunuhan yang lebih kejam dari itu yang melibatkan saudara maranya sendiri!

Baru kelmarin akhbar-akhbar kita cuba membina karektor baik untuk Rosmah dengan memuji setinggi langit peranannya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir yang terbabit dalam misi memberi bantuan makanan kepada rakyat Gaza. Tapi manusia berkarektor baik itu tidak sanggup menziarahi ibu saudaranya sendiri yang dibuniuh secara sangat kejam! Dan manusia berkarektor baik itu juga telah mengarahkan polis untuk menghalang sesiapa saja dari mendedahkan dia mempunyai pertalian saudara dengan adik kandung ayahnya sendiri.

Patutlah 2 hari selepas pembunuhan kejam itu, polis membuat kenyataan kes pembunuhan itu telah selesai. Cepatnya!! Rupanya mereka tidak mahu rakyat Malaysia mengingati pembunuhan itu lagi kerana salah seorang mangsanya ialah ibu saudara Rosmah sendiri!

Saya percaya wartawan Suara Keadilan yang baru sebulan menyertai akhbar itu pasti tidak melupakan pengalaman diugut polis di Gemencheh itu seumur hidupnya!

--http://pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/

Khamis, 13 Ogos 2009

CSI Malaysia Kena Mengaji Lagi.

"Tidak pasti", itulah ayat yang paling banyak dikeluarkan dalam inkuari koroner yang sedang berlangsung sekarang ini. Maka CSI Malaysia kena lebih banyak mengaji dan mengkaji lagi dalam melakukan sesuatu siasatan. Jikalau kita menonton rancangan CSI di kaca TV, maka CSI Malaysia masih lagi ketinggalan. Mungkin sains forensik masih lagi baru di Malaysia, sekurang-kurangnya kita mengambil iktibar daripada kematian Teoh Beng Hock. Memang CSI yang kita tonton di kaca TV terlalu sempurna kerana ia telah diolah oleh penulis skrip. Tidak salah jika mengambilnya sebagai panduan untuk di masa hadapan, apabila berlaku kematian yang meragukan. Kaji dengan lebih teliti lagi sebelum mayat tersebut disempurnakan oleh ahli keluarga. Belajar daripada kesilapan adalah bagus daripada tidak mengendahkannya langsung. Sekurang-kurangnya peristiwa yang berlaku sekarang akan diperhalusi di masa hadapan. Pastikan dahulu sesuatu bukti tidak dicemari sebelum membuka kawasan kejadian. Biar pun ia mengambil masa yang lama untuk mencari bukti, asalkan tidak lagi timbul perkataan "Tidak Pasti" itu berulang lagi. Apa pun, pastikan CSI Malaysia terus berkembang lebih cepat lagi supaya senang ISA untuk dimansuhkan. Supaya kerajaan Umno-Bn tiada lagi alasan untuk men'ISA'kan mangsanya kerana kekurangan bukti. Dan pihak polis tidak lagi mempunyai alasan untuk menahan orang yang tidak pasti akan kesalahannya dengan ISA. Kerana ISA digunakan adalah disebabkan tiada bukti untuk mensabitkan seseorang itu bersalah atau pun tidak, maka akta laknatullah itu digunakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular