Ibnu Majah berkata, Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami berkata Muhammad bin Basysar, berkata Muhammad bin Amr, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud:
"Yahudi berpecah menjadi 71 golongan dan umatku akan berpecah menjadi 73 golongan".
Hadis ini diriwayatkan pula oleh Abu Dawwud dari Wahad bin Taqiyah, dari Khalid, dari Muhammad bin 'Amr dengan sanad yang sama.
Dari Ibnu Majah, telah menceritakan kepada kami 'Amr bin 'Utsman bin Sa'id bin Kuraisy bin Dirar Al Himsy, berkata Abbas bin Yusuf, berkata Ibnu Majah bin Amr, dari Rasyid bin Sa'ad dari Auf bin Malik berkata, Rasulullah bersabda:
"Yahudi berpecah menjadi 71 golongan, maka satu golongan masuk syurga dan 70 golongan masuk neraka, dan Nasrani akan berpecah menjadi 72 golongan, 71 golongan diantaranya masuk neraka dan segolongan masuk syurga. Dan demi Dzat yang hidupku dalam genggamannya sungguh umatku akan berpecah menjadi 73 golongan, maka segolongan masuk syurga dan 72 golongan yang lainnya masuk neraka", Sahabat bertanya : Ya Rasulullah siapakah mereka? Rasulullah menjawab : "Al-Jamaah".
Hadis ini diriwayatkan pula di jalan lain dengan sanad yang tidak bermasalah dan Ibnu Jama'ah berkata, berkata Hisyam bin Amir, berkata Walid bin Muslim, berkata Abu 'Amr dan Qatadah dari Anas bin Malik berkata, Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya Bani Israil berpecah menjadi 71 golongan dan umatku akan berpecah menjadi 72 golongan semuanya di neraka kecuali satu golongan iaitu Jamaah".
Sanad ini baik dan kuat atas syarat Ash-Shahih diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah sendiri.
Dan berkata Abu Dawwud, berkata Ahmad bin Hambal dan Muhammad bin Yahya bin Faris mereka berkata, Abu Mughirah berkata kepada kami, berkata Ibnu Majah bin Amr, berkata Azhar bin Abdullah Al-Harari, berkata Ahmad dari Abu Ami Al-Hauzani dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan, sesungguhnya ia berdiri dan berkata, Bukankah Rasulullah pernah berdiri di hadapan kita dan berkata :
"Bukankah orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab berpecah menjadi 72 golongan dan sesungguhnya umat ini akan berpecah menjadi 73 golongan, 72 di neraka dan satu di syurga, iaitu Al-Jamaah"
Abu Dawud meriwayatkan hadis ini secara sendiri dengan sanad yang hasan. Dan dalam Mustadrak Al-Hakim para sahabat bertanya kepada baginda tentang golongan yang selamat, siapakah mereka? baginda berkata :
"Siapa yang berjalan di atas jalanku dan sahabatku"
Dan telah jelaskan dalam hadis Hudzaifah bahawa orang yang bebas dari fitnah-fitnah pada waktu terjadinya adalah pengikut Al-Jamaah dan sentiasa mengerjakan ketaatan.
Abu Dawud berkata, telah menceritakan kepada kami Al-Abbas bin Utsman Ad-Dimasyqy, berkata Al-Walid bin Muslim, berkata Mu'adz bin Rifa'ah As Sulamy, berkata Abu Khalf Al-A'ma, sesungguhnya ia mendengar Anas bin Malik berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya umatku tidak akan pernah bersatu dalam kesesatan apabila kamu melihat perbezaan-perbezaan berpeganglah pada Assawaad Al-A'zham ( Al-Quran dan Sunnah )"
Namun hadis ini dhaif kerana Mu'adz bin Rifa'ah Sulamy dilemahkan oleh salah seorang iman Al-Muhadditsiin. Dalam riwayat lain dijelaskan kewajipan berpegang teguh pada sunnah dan orang-orang yang menjalankannya dan ahlul haq merupakan kelompok terbesar dari umat ini lebih-lebih pada dekad awal hampir tidak ditemukan orang yang berada di atas kebid'ahan. sedangkan akhir-akhir ini banyak kebenaran yang tidak dilakukan.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Jumaat, 14 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak dekat Terusan Suez di Mesir. Kairo - Lebih kaya dari pendiri Microsoft, bilionair Bill...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP)...
-
BONUS...SESUAI KE UNTUK PENJAWAT YANG MENSABOTAJ KERAJAAN? (blog.....pilihan-anda.blogspot) Ada kalangan kakitangan kerajaan yang bersikap m...
-
Memang PapaGomo ni jenis budak bodoh yang tak boleh nak bezakan antara realiti dengan fantasi. Elok sangatlah dia dengan puak baru ...
-
Setelah 4 hari tidak dapat berblog dan membaca berita-berita terkini kerana berada diluar liputan, sekarang baru boleh membuka internet. Tid...
-
SERUAN PEMIMPIN AGAMA BATIL MENUJU KE LEMBAH NERAKA Di dalam Qur'an, Allah menjelaskan bahawa di sana terdapat para pemimpin k...
-
Adalah amat malang bagi parti yang baru bergelar Parti Islam Umno begitu takut dengan hukuman sebat yang dikenakan terhadap Kartika Sari Dew...
-
Bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran neger...
-
Lima parti terbesar yang sekarang ini berada didalam Barisan Nasional, di Malaysia Barat yang diketuai oleh Umno(parti perkauman Melayu), MC...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan