Translate

Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

Khamis, 23 Disember 2010

Saman Ajer Ustaz........ Jenis Sanggong Gred D Ni Bukan Boleh Biar.


Puak-puak jenis gong gred D bukan boleh biar dan siap cabar suruh saman..... saman jer ustaz. Mangkin biar mangkin jadi royan. Hari tu saya saya bagi dah beberapa logik akal pasal kalau bagi hujah al-Quran dan as-Sunnah bukan diorang faham pun.

Jenis baka Che Detlah...... baka hok dok pakai sekali sejak One Malaysia merdeka. Inilah sisa-sisa peninggalan MahaFiraun dan MahaZalim dengan slogan Islam buat terap jer. Mahaguru ajar ambik  ayat al-Quran hok molek-molek je..... 

Rupa-rupanya ada juga al-Quran hok dok molek....... nilah jenis ajaran Ayah Pin. Terima kasihlah kat Che Det kerana tolong tinggalkan baka jenis sanggong gred D.
KL, 23 Dis 10: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti jika ada kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan. 
 
Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.

“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.

“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.

“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya kepada media. Pada 8 Mac 2008, Saipul Bahrin menewaskan calon Umno-BN Hashim Ismail dengan kelebihan 783 undi.

Naib Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Puteh itu berkata, iltizam politik Umno memfitnahnya mungkin disebabkan tapak sokongan parti teras Barisan Nasional itu sejak kebelakangan ini kian rapuh apabila ahli dan penyokong mereka menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan turut senada dengan Saipul Bahrin mencabar Umno negeri dan pusat supaya mengemukakan bukti tanpa menyebarkan fitnah.

Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook. Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.

Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut. Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut. (AK)

Selasa, 30 November 2010

Terjaminkah 'Ketuanan Melayu'?

Go to fullsize image

'Ketuanan Melayu', itulah yang sering dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak apabila melihat kuasa politik mereka semakin pudar. Yang menjadi mangsanya ialah Raja-Raja Melayu yang kononnya adalah benteng terakhir oramg Melayu di Malaysia.

Siapakah pula yang meliwat, merogol dan menjatuhkan air muka Raja-Raja Melayu pada 1992 sehingga pindaan perlembagaan telah dilakukan. Walau pun orang-orang Melayu telah bangkit menentang pindaan tersebut.

Tindakkan balas yang diterima oleh orang Melayu dalam protes tersebut ialah Raja-Raja Melayu diaibkan dengan kekayaan dan kelakuan keluarga mereka. Kenapa ianya berlaku?. Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana Umno merasakan yang mereka cukup kuat untuk memerintah selama 100 tahun lagi. Kerana itulah Dr Mahathir telah menanam amanat beliau di shopping komplex yang hanya akan dibuka selepas 100 tahun.

Saya pernah menulis berkenaan Raja-Raja Melayu dan respon yang saya dapat ialah "Apakah Raja Melayu semuanya masuk syurga", "adakah Raja Melayu terlepas dari dosa". Masalahnya apabila mereka kuat mereka cuba nyahkan Raja-Raja Melayu tetapi bila mereka lemah mereka menolak Raja-Raja Melayu kehadapan...... adilkah?

Tanya kepada presiden Perkasa, siapakah yang cuba menabalkan Sultan Kelantan. Tanya Shahidan Kassim akan rahsia Raja-Raja Melayu yang ada ditangannya. Tanya kepada Umno, apakah yang mereka lakukan terhadap 'Ketuanan Melayu'.

Jika orang Melayu sayang sangat kepada ketuanan mereka, jalan yang terbaik ialah kembalilah kepada 'Ketuanan Islam'. Jika 'Ketuanan Islam' selamat, maka semua ketuanan akan selamat tanpa mengira apakah bangsa mereka.

Tidakkah Allah menjadikan hambanya berbangsa-bangsa agar mereka saling kenal mengenal dan sekiranya berlaku perselisihan, kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah sebaik-baik rujukan yang ada dimuka bumi ini.

Ahad, 22 Ogos 2010

Isu Khutbah Di PP : Umno Semakin Alim, Tapi Malu Nak Pakai Kopiah.


Pemuda UMNO PP membuat laporan polis di Balai
Polis Butterworth berhubung isu nama Guan Eng
dalam khutbah Jumaat

Salam dan selawat di bulan Ramadhan ini buat kaum muslimin- muslimat dan tidak lupa buat pembaca blog ini. Sudah lama saya tidak update blog MUSAFIRLALU kerana kesihatan yang kritikal sejak sebulan dua ini. Apabila saya menulis tika ini bukan bermakna saya sudah sihat kerana jangkaan saya, yang saya sudah tidak sempat untuk menghabiskan bulan yang di Rahmati ini. 

Apa pun, ajal dan maut semuanya adalah perencanaa Allah s.w.t dan buktinya saya masih diberi peluang............. Alhamdulillah. Sejak keuzuran, saya kurang  membaca atau mendengar apa-apa berita baik dari internet dan media massa yang ada.

Apa yang yang menarik perhatian saya dua tiga hari ini ialah berkenaan isu khutbah di Pulai Pinang yang mana diperintah oleh Pakatan Rakyat. Apa yang saya dengar mengenai khutbah tersebut, ianya dibaca dalam bahasa Arab. 

Bagus juga kerana sudah ramai pemimpin Umno yang fasih dan cukup memahami nahu bahasa Arab. Banyak lapuran polis telah dibuat berkaitan dengan pendedahankan  oleh Al-Ustaz DS Zahid Hamidi itu. Kalau hendak disamakan dengan saya, boleh diibaratkan antara langit dan bumi. Jahilnya saya ini........

Ada saksi berkata yang beliau mendengar Tok Khatib ada menyebut nama Guan Eng dalam khutbah tersebut. Cuma saya tidak pasti apa yang dilafazkan oleh Tok Khatib tersebut. Adakah ia menyebut tentang kebaikan yang telah dilakukan oleh KM PP ataupun ia memohon kerahmatan, panjang umur, panjang pemerintahan dari Allah s.w.t. untuk KM PP.

Bagi saya, bagus juga agar polis melakukan siasatan berkenaan isu tersebut secara profesional kerana Pulau Pinang terletak di bawah D.Y.M.Agong dengan Yang DiPertuan sebagai wakilnya. Pertama sekali, soal Al-Ustaz DS Zahid Hamidi dahulu kerana beliau yang paling arif.

Dalam pengertian saya......... benarkah apa yang dituduh dan apa yang telah dilaporkan dengan media massa arus perdana yang cukup sinonim dengan gelaran 'MANIPULASI', 'MENGELENTONGLASI', 'MENFITNAHLASI dan bermacam-macam 'LASI'.

Apakah salah dari sudut Islam apabila kita memuji kebaikan pemerintah itu walaupun ia bukan Islam?.
Apakah salah Lim Guan Eng mengambil pendekatan seperti Al-Syahid Kalifah Umar Abd Aziz dalam pemerintahnya?. 
Sedangkankan Umno yang mengaku sebagai partai Islam terbesar didunia sendiri membangkul sampahkan sejarah tersebut. Sedangkan sebagai seorang Muslim, kita patut berbangga dengan perkembangan ini kerana beliau menjadikan Al-Syahid Khalifah Umar Abd Aziz sebagai model sedangkan Umno menolak mentah-mentah.

Sebagaimana ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan memperlekehkan idola Lim Guan Eng itu sampai mengucap-ucap bagaikan ianya satu kesalahan besar dari segi Islam. Kalau dah rasa pandai sangat, suruh para pemimpin Umno yang baca Khutbah.

Percayalah......... seandainya iman membaca doa dan dalam doanya beliau memohon pasang dua lagi isteri, pasti majoriti Umno akan mengaminkannya. Bukan kerana mereka menyetujui iman itu mendirikan masjid, tetapi kerana kejahilannya mereka tentang bahasa Arab.

DS Najib dalam kenyataan terbarunya telah mengarahkan siasatan dilakukan. Bagi pendapat beliau, khatib mesti membaca teks yang disediakan dan bukan berkhutbah. Berkhutbah dangan membaca khutbah di mimbar adalah dua perkara yang berbeza.  

Membaca khutbah adalah membaca apa yang telah disediakan oleh kerajaan Umno/Bn........... alamatnya, masuk masjid terus lena pasal entah dari tahun berapa khutbah telah dibaca. Berkhutbah pula ialah katib tersebut membuat pengamatan yang teliti tentang isu semasa lalu mengingatkan jemaah. 

Buat Ahmad Maslan, lihat pada diri sendiri di bulan Ramadhan ini, perbanyakkan amal dan cukuplah melakukan fitnah. Jika perbuatan Eng Guan dengan beridolakan Umar Abd Aziz  satu kesalahan, bagaimana pun dengan kes bacaan Yassin di Masjid untuk kemenangan calun MIC di PRK Hulu Selangor menentang D. Zaid Ibrahim.

Harap-harap kemasukan beribu-ribu ulama muda baru-bari ini.......... kalau-kalau beranilah.......... nasihat sikit kat 'Wanita Pertama Malaysia' tu............ suruh-suruhlah pakai tudung. Bagitahu kat beliau.......... malulah sikit kat Pemaisuri Agong yang bertudung............. ada berani ka.

Dan juga jangan lupa bagitau kat ustaz-ustaz Umno agar jaga-jaga dengan taksiran mereka makna Umno. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ustaz Bahari bekas Adun Rantau Panjang.......... jika saya tersilap tolong betulkan.

Beliau mengatakan bahawa sorang ustaz Umno yang terkenal juga telah menaksirkan bahawa makna  Umno. Kata mereka, Umno ialah parti Allah, Rasulullah, Nabi Nuh dan wali-wali.............. betapa hebatnya ilmu yang mereka miliki. Inilah tanda-tanda yang Umno semakin tua dan sakit-sakit macam kata orang "Rumah Kata Pergi, Kubur Cakap Marilah'.

Bagi beribu-ribu ulama yang baru masuk Umno............ jangan lupa dengan amanah yang telah diberikan.

Selamat bersahur untuk melakukan ibadat puasa dan setakat ini saya yang termampu untuk menulis. Buat yang menghantar komen, maaf banyak-banyak diatas kelewatan memaparkan. Selamat mencari amalan yang terbaik dibulan Ramadhan ini.

Selasa, 16 Mac 2010

Hina Nabi: Umat Islam Digesa Boikot Barangan Sweden.



















Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata, kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam.

"Mereka seharusnya memahami perasaan penganut agama lain dalam memastikan keseimbangan berterusan dalam setiap perkara,” katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Lakaran karikatur berkenaan yang pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran, ditolak atas sebab-sebab keselamatan, tetapi sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya.

Ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

Pada 10 Mac lepas, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu.

"Tidakkah mereka terfikir disebabkan kejahilan tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila akhbar Denmark, Politiken yang menyiarkan perkara sama dan kemudiannya mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia,” kata Ismail. – Bernama

Ulasan Musafirlalu........

Jangankan barangan Sweden, malah blog-blog yang menghina Rasulullah s.a.w., Isteri dan Sahabat-Sahabat baginda  pun patut kita boikot. Kerana terlalu mengambil berat apa yang telah dilakukan oleh negara luar, yang kat Malaysia pula terlepas pandang.

Di Malaysia pun tidak kurang hebatnya penghinaan yang dilakukan terhadap Islam. Banyak ajaran-ajaran sesat berlaku di negara ini tanpa apa-apa tindakan diambil sebagai contoh, pemimpin ajaran 'Kerajaan Dilangit', Ayah Pin. Beliau bebas bergerak kesana kemari dan mempunyai laman Facebook pulak............ kenapa ya!!!!!!!!!

Ahad, 14 Mac 2010

Inilah Slogan One Malaysia Yang Menjadi Impian Najib.

[anak+najib2.jpg]
Kehidupan sosial anak 1Malaysia boleh dijadikan contoh untuk rakyat Malaysia
Kenalkah anda anak menteri mana yang sedang berhangat ini jika bukan menteri yang menjaga parlimen


Inilah kehendak sebenar Najib untuk rakyat Malaysia yang bertunjangkan, 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Dengan kerkayaan yang melimpah ruah tanpa mengerti apa itu kesusahan, maka lahirlah syurga dunia buat anak-anak pemimpin negara.

Dengan penuh kepura-puraan yang kononnya ingin membantu rakyat marhean dengan kesempitan hidup diibaratkan 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang'. Jika inilah kehidupan anak-anak mereka yang bergelombang dengan segala maksiat, bolehkah pemimpin-pemimpin Umno dijadikan idola.

Inilah kerja sebenar pemimpin-pemimpin Umno yang saban hari mencari idea bagaimana untuk menipu rakyat. Masih tidak sedarkah wahai penyokong-penyokong Umno yang berpemimpinkan pemimpin yang korup. Daripada peringkat bawahan sampailah keperingkat tertinggi. Bagi mereka, dosa dan pahala boleh dipermain-mainkan. Semoga mulut-mulut mereka masih lagi boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Isnin, 8 Februari 2010

Najib Kata Ulama Perlu Tuntas Dalam Transformasi Kefahaman

Apakah agenda yang diutarakan oleh Najib apabila meminta ulama supaya tuntas dala melaksanakan transformasi dan memahami secara mendalam pengertian terminologi yang berkait dengan politik antarabangsa, serantau dan nasional
 
Beliau juga melontarkan agar ia termasuklah berkaitan globalisasi, neo-kolonialisme atau imperialisme dan skala pengaruh gerakan tersebut terhadap akidah, budaya, pendidikan, politik dan ekonomi umat. Apakah beliau baru bangun dari tidur dengan idea-idea yang kononnya dilontarkan oleh beliau.

Atau juga kerana terlalu lama berada didalam gologan elit dan jarang turun keperingkat bawahan yang selama ini hanya mendapat maklumat yang sentiasa berada diatas meja bila masuk pejabat. Sememangnya beliau baru tersedar dari mimpi.
Inilah susahnya jika baru sekarang ingin mengambil tahu apa yang sudah berlaku di negara ini.Jika itulah yang ingin dikatakan, baik tak usah kerana perkara ini sudah lama dipriktikan oleh para ulama dan umarak di pihak pembangkang dan juga yang berkecuali daripada mana-mana politik.

Hakikatnya beliau sudah tertinggal kebelakang apabila mengatakan,"Tanpa kefahaman yang mendalam menyebabkan segala usaha kita menghadapi cabaran ini akan gagal atau kurang berkesan". Dan beliau berkata lagi,"warga ulama wajar menjadi warga dunia yang saling berkait, paling hampir dengan sumber terkini, dan menguasai kaedah berkomunikasi secara bestari dan mutakhir".
Malang sungguh buat Perdana Menteri One Malaysia kita ini, kerana rupa-rupanya beliau baru keluar daripada kepompong. Inilah masaalahnya apabila pemimpin yang kehidupannya dari kecil penuh dengan kemewahan dan tidak pernah merasa bahana keperitan hidup rakyat marhean. Jahil sungguhlah Perdana Menteri One Malaysia kita ini.

Apakah beliau menganggap ulama-ulama sekarang hanya mengajar agama semata-mata dan masih lagi berjubah, berkopiah dan berselipar Jepun. Mungkin disebabkan itulah bermacam-macam slogan beliau utarakan kepada rakyat. Berbagai slogan tok nenek, beliau ciptakan untuk rakyat yang kononnya masih lagi ditakuk lama. Sedarlah wahai Najib One Malaysia, ini bukan lagi zaman berseluar pendek dan berkaki ayam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ulama juga wajar duduk semeja bagi menangani krisis ekonomi global, memberi pandangan, dan merumuskan dasar ekonomi yang lebih adil, Islamik serta melindungi nilai moral dan kemanusiaan. 

Layakkah PM One Malaysia bercakap tentang Adil, Islamik, nilai Moral dan Kemanusian?. Sepatutnya beliau cermin dirinya dahulu sebelum menyebut nilai-nilai Adil, Islamik, Moral dan Kemanusiaan. Apakah beliau sedar apa yang beliau ucapkan itu tentang moral dan Islamik......... buang tabiat ke si Najib ni. Entah apa yang beliau mengarut................ demam kot. 
















Apatah lagi apabila beliau mahu supaya mereka sentiasa bersamping dengan ulama, mempelajari dan menimba ilmu ang yang dari ulama. Kepada siapa yang beliau tujukan apabila menyebut 'mereka'............ siapa 'mereka' tu............ Rosmah, Musa Hasan, Ghani 4 Tahil atau pun  beliau sendiri.

Beliau kata, "Jika timbul sesuatu isu dan tuduhan berkaitan isu agama, hendaklah terus bertemu atau menghadiri majlis penerangan dan penjelasan bagi mengetahui perkara sebenar dan bukan pergi mencari dari sumber yang tidak diketahui asas dan kebenarannya. Untuk itu, ulama mestilah konsisten mempersiapkan diri dengan mengikuti perkembangan semasa, tekun mengaji, dan memahami betul-betul sesuatu perkara yang baru timbul"

Beliau bagaikan ketam mengajar anaknya jalan dengan betul, kerana itulah Rosmah boleh dijadikan contoh yang bagus sebagai seorang 'Muslimah'. Seorang isteri Perdana Menteri One Malaysia yang warak, baik hati, tidak memandang dan merasa jijik memegang kanak-kanak terancat akal atau pun anak-anak yatim. Kerana kebaikkan budinyalah yang membuatkan beliau akan mengelap tangannya selepas memegang kanak-kanak OKU............. bukan saya yang kata........... tapi yang duduk kat hadapannya yang kata.


Berkaitan dengan agama, beliau berkata, "Ia bagi menangani sesuatu perkara itu dengan baik dan dapat mengeluarkan fatwa atau pandangan yang selaras dengan zaman dan bertepatan dengan Syariah Islam tanpa menimbulkan kontroversi dalam masyarakat".Nak tanya PM One Malaysia........... bila ulama keluarkan fatwa, apakah One Malaysia and Big Mama ikut ke?. 
Majlis fatwa kata pakai b@#$% haram, muka Big Mama berkilat-kilat.......... Islam kata rambut itu aurat....... Big Mama kata, nanti tak nampak subang belian dan  rantai mutiara........... Islam kata memeluk lelaki yang bukan muhrim haram............ Big Mama kata rugi, pasal dia segak dan lawa........... betul juga kata Big Mama.......... daripada orang lain peluk........... baik aku peluk dulu.Bila masa Umno ikut kata ulama............. ulama masuk Umno dalam keadaan suci tapi keluar pasti akan berbau tahi.
Lihatlah realitinya bagaimana Umno mengambil Islam pedoman, sebagaimana berlaku kepada seorang bekas menteri dari Johor yang tidak perlu saya sebutkan namanya. Dulu isterinya memang memakai tudung yang melambangkan sebagai seorang muslimah................ keturunan Syed katakan. 

Satu masa saya terkejut apabila melihat isterinya hanya memakai topi sahaja dan selepas itu, jika pakai tudung pun hanya menutup rambut semata-mata. Telinga dah tak tutup pasal nanti orang tidak nampak subang dan rantai leher. Itulah Umno............. siapa masuk........... pasti terkena tahinya............. cuma, banyak atau sedikit........... itulah bezanya.

Dan ulama yang berada didalam Umno pasti akan menjadi bisu, walaupun sebelum masuk Umno............... bukan main lantang lagi bercakap.............. Umno............ dulu................ kini................ dan akan ditalkinkan.

Isnin, 2 November 2009

Kembara Ilmu Ke India...... Ustaz Mohd Asri.

Tulisan beliau ini telah disiarkan pada bulan Julai 2001 bersamaan Rabiul akhir 1421 oleh majalah Tamadun edisi 82. Sama-samalah kita menghayati akan apa yang telah beliau tuliskan. Hampir sebulan saya berada di India. Kebanyakkan orang awam di Malaysia, bila disebut sahaj India, mereka akan terbayang wajah-wajah pelakon Bollywood. Ramai juga akan menyangka India ini seindah yang digambarkan dalam filem-filemnya. Mereka tertipu dengan mainan filem.
Namun saya bukan mencari para pelakon Bollywood, tetapi saya pergi bertemu, menziarahi dan mengambil manfaat ilmu daripada ulama hadith yang masih hidup di India. Yang sebahagian mereka adalah anak-anak kepada tokoh-tokoh pengarang syarah kitab-kitab hadith. saya tidak melihat India seindah yang dipertontonkan oleh orang kita di dalam filem-filemnya, saya melihat bergitu kotor, miskin, entah berapa puluhan juta penduduknya kelaparan dan tanpa tempat tinggal, hidup merempat di kiri dan kanan jalan. Sistem kasta yang mencengkam hidup mereka. Kekotoran yang membaluti kota dan manusia. Penipuan menjadi mainan lidah dan cara. Yang kaya barangkali kaya. Tetapi kaya diatas kemiskinan ratusan juta manusia. Adapun yang menganggap India seindah filemnya dan ingin sekali menikmati udara India., sebenarnya semua itu adalah hasil propaganda filem semata. Demikianlah media-massa selalu berjaya membohongi mereka yang percaya dan 'beriman' dengannya. Untuk pengetahuan kita, sesungguhnya orang Islam pernah memerintah India hampir seribu tahun. Pada pandangan saya, India adalah negeri yang paling sukar untuk Islam berperanan mengikis kesesatan, khurafat dan kekarutan kepercayaan penduduknya. Ini disebabkan banyak faktor, antaranya peranan kebanyakkan pemerintah yang tidak berkesan dan tabiat penduduknya yang begitu cenderung kepada khurafat dan mengakar umbi dalam perasaan dan fikirannya. Hinggakan sistem kasta yang dianuti oleh agama Hindu, masih mempengaruhi sebahagian penganut Islam di India. Ini sama seperti yang berlaku kepada orang Melayu dahulu yang dipengaruhi ajaran Hindu dan selainnya, kemudian apabila datang Islam, menerima Islam, di samping terus dibawa sebahagian ajaran Hindu dan khurafatnya, seperti persandingan pengantin, nasi kunyit untuk sesuatu upacara, tepung tawar, percayakan sial-sial tertentu dan seumpamanya. Demikian juga kebanyakkan muslimin India bahkan lebih jauh dari itu, banyak kesan-kesan ajaran Hindu dan khurafat yang lain terkena kepada mereka. Bahkan ada yang membawa menjadi begitu sesat bahkan juga sebahagiannya terkeluar dari daerah Islam kepada daerah kufur. Ada sejumlah yang banyak mengaku Islam di India yang percayakan angka, terutama angka 786. Masjid-masjid mereka ini ditulis dipintu masjid sebagai ganti kepada Basmalah (Bismillah). Di tempat kita pun ada juga ajaran tarekat yang sesat yang terpengaruh dengan ajaran ini mengajar pengikutnya jika ingin membaca Bismillah hendaklah sebanyak 786 kali. Paling buruk sekali, dikatakan melebihi separyh muslimin India terlibat dengan ajaran Bralewi, mereka menyembah kubur tokoh-tokoh agama terutamanya tokoh-tokoh tarekat. Antara tempat utama mereka ialah Darga bersebelahan dengan markaz utama Jama'at Tabligh di Nizamudin. Upacara mereka sangat pelik, tempat mereka bagaikan kuil yang dipenuhi pelita-pelita api. Mereka menabur bunga dan air wangi sebelum memohon hajat. Bahkan saya melihat dikalangan mereka sujud kepada kubur seperti didalam solat. Dalam masa yang lain, mereka juga bersolat lima waktu, membaca al-Quran dan berzikir dengan cara mereka. Cumanya yang menghairankan saya, di hadapan markaz utama tabligh sehingga ke tempat penyembah bagaikan pasar jualan peralatan upacara ibadat Bralewi, dimanakah yang dikatakan dakwah kepada La Ilah illa Allah? Di celah-celah itu semua Allah tetap memberikan kurnianya kepada muslimin India yang begitu ramai itu. Sebelum beberapa dekad yang mutakhir, benua India pernah menjai pusat terbesar perkembangan ilmu hadith, hampir dua kurun lamanya. Pengasas utamanya ialah al-Iman Shah Waliyullah al-dahlawi (1114-1176 hijrah). Di India beliau digelar Markaz al-Asanid fi al-Hind iaitu pusat sanad-sanad hadith di India. Sesiapa yang berminat dengan kisah sanad hadiyh di India, dia patut membaca al-'Anaqid al-Ghaliyah min al-Asanid al-'Aliyah karya Maulana Muhammad 'Asyiq Ilahi al-Barni al-Mazhahiri. Kitab ini menghimpinkan sanad-sanad para ulama Deoband sehingga ke Al-Iman Shah Waliyullah al-Dahlawi. saya dan sahabat saya pergi ke India membawa surat sokongan peribadi daripada guru hadith Ph.D kami, Dr. Muhammad Abul Laith al-Khair Abadi, pengarang kitab Takhrij al-Hadith. 'Ulum al-Hadith bain al-Asalah wa al-Mu'asarah dan lain-lain. Beliau juga berasal dari India, pernah belajar di Deoband dan mendapat Ph.D dari Umm al-Qura, Makkah. Hasilnya, kami dapat bertemu, menziarah, mengambil manfaat daripada beberapa ulama hadith India. Kami sempat membaca Risalah al-Awail, petikan dari kitab-kitab hadith dihadapan mereka serta nasihat-nasihat yang berguna. Juga mereka mengijazahkan sanad mereka. Antaranya, sanad daripada anak pengarang Faidh al-Bari syarah Shahih al-Bukhari, Maulana Anzar Shah iaitu anak Anwar Shah al-Khasmiri. Salah satu sanadnya daripada al-Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah muhaqqiq yang sangat terkenal. Juga sanad daripada Maulana Zainul 'Abidin al-A'azami, yang diambil daripada tokoh hadith yang terkenal, al-Syeikh Habib al-Rahman al-A'azami. Juga beberapa sanad yang lain. Namun begitu, perlu diperingatkan bahawa sanad hadith pada zaman ini, pada hakikat, tidak diperlukan lagi. Para penulis kitab-kitab hadith seperti al-Iman al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai, Ibn Majah, Ibn Jarud, Ibn Sakan dan lain-lain telah pun menyatakan sanad mereka. Kajian para perawi hanya setakat mereka sahaja. Selepas itu tidak diperlukan lagi. Ulama di India sendiri menganggap pemberian ijazah sekadar suatu cara tradisi dan sekadar mengharapkan keberkatan pertemuan dengan guru sahaja. Malangnya, ada seorang penulis keluaran pondok Kelantan yang kekadang menulis didalam majalah-majalah, seakan menganggap seseorang seperti al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani tidak boleh dianggap sebagai tokoh ulama dalam ilmu hadith kerana tidak menghimpunkan sanad. Ini adalah satu kejahilan yang amat nyata. Inilah bala bila semua orang cuba mengaku pandai dan mencampuri apa yang bukan urusannya. Alangkah baik sekiranya dunia pondoknya diluaskan. Dia patut belajar cara mengutip manfaat daripada semua tokoh seperti Al-Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah yang berguru dengan al-Syeikh Syakir, juga al-Kauthari, sekali pun kedua gurunya itu tidak sehaluan. Bacalah Imdad al-Fattah karangan murid Abu Ghuddah yang meriwayatkan hal gurunya. Di India saya tinggal Dar Ulum, Deoband juga Dar Ulum, Lucknow tempat maulana Abu hasan 'Ali al-Nadwi. Deoband agak begitu traditional tetapi pengajiannya patut disanjung. Al-Syeikh Rasyid Redha pernah menziarahi Dar Ulum Deoband dan memujinya. Begitu juga al-Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah, dar Ulum, deoband berjasa dalam memerangi golongan khurafat dan bid'ah terutama golongan penyembah kubur. Untuk menghadapi dakwah ulama deoband maka ahli bid'ah dan khurafat di India menyatakan mereka berada atas sunnah dan menuduh para ulama Deoband sebagai wahabi. Walaupun Dar 'Ulum Deoband itu kuat bermazhab Hanafi sedang al-Syeikh Muhammad bin 'Abd Wahab seorang yang bermazhab Hanbali. Tujuannya hanya mempertahankan khurafat dan bid'ah mereka. Para ulama Deoband bangun membela diri mereka, sekali gus membela al-Syeikh Muhammad bin 'Abd Wahahhab, sekali pun tiada hubungan antara mereka dengannya, kerana mereka tahu tokoh berkenaan dizalim dan difitnah. Sesiapa yang inginkan pendetilan sila baca Dar 'Ulum Deoband, keluaran Akedemi Syeikh al-Hind. Ditempat kita juga demikian, golongan yang membuat amalan-amalan yang tidak benar pada nilaian al-Quran dan al-Sunnah akan membela diri dengan menyatakan ini adalah mazhab Syafi'i dan menuduh golongan yang menegur mereka sebagai wahabi. Ternyata mereka menggunakan modal yang sama. Kebanyakkan perkara yang mereka dakwa sebagai mazhab Syafi'i, tidak pernah pun disebut al-Iman Muhammad bin Idris al-Syafi'i r.a. Bahkan dikalangan mereka ada yang tidak pernah membaca al-Umm karangan fiqh beliau, atau al-Risalah dalam usul fiqh dan hadith. Lebih dahsyat lagi, ada yang tidak pernah tengok teksnya dalam bahasa Arab. Pun begitu segala amalannya disandarkan kepada iman yang mulia itu. Dalam masa yang sama sesiapa sahaja yang menegur amalan turun-temurun, sekalipun dengan menggunakan nas dari kitab al-Iman al-Syafi'i sendiri akan dituduh wahabi. Seakan Muhammad bin 'Abd Wahhab itu pengasas satu mazhab baru. Saya sendiri, dalam beberapa hal dituduh wahabi. Sedangkan saya buka keluaran univesiti di Saudi, saya belajar di Jordan. Saya mengajar di tempat saya Dewan al-Iman Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Fekah Mazhab al-Syafi'i. Saya bermazhab Syafi'i, tetapi secara insaf bahawa pendapat yang paling kuat dan kebenaran itu sendiri tidak hanya terkurung dalam satu mazhab sahaja. Kita patut melihat dalil dari semua mazhab. Ini bukan ajaran Muhammad bin 'Abd Wahhab sahaja, tetapi itulah tunjuk ajar serta arahan semua iman-iman mazhab. Malangnya dalam hal ini kita dituduh sebagai wahabi. Kalaulah sungguh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab itu mengasaskan mazhab, saya secara peribadi tidak sudi untuk mengikutinya. Ini kerana iman-iman yang lain dalam feqah jauh lebih hebat daripadanya. Al-Albani sendiri menyatakan Muhammad bin 'Abd al-Wahhab itu tidak begitu mantap dalam menghukum hadith dan menyimpulkan persoalan fiqh. Dia sebenarnya pejuang akidah. Pada zamannya dia adalah pejuang yang menghapus khurafat dan syirik serta menegakkan aqidah yang bersih. Banyak buku ditulis mengenai jasanya, antara apa yang ditulis oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat. Saya menziarahi tempat Maulana Abu hasan 'Ali al-Nadwi. Dalam hayatnya, beliau adalah seorang tokoh ilmu dan dakwah. Univesitinya bercita-cita menghimpunkan antara unsur traditional dan kemodenan. Syiarnya ialah Al-Jam'u baina al-Qadim al-Salih wa al-Jadid al-Nafi', iaitu menghimpunkan antara tradisi yang salih dan baru yang bermanfaat. Gabungan ilmu lama dan moden memungkin seseorang muslim hidup dizaman serba canggih ini. Islam tidak boleh digambarkan sebagai agama yang kuno serta ketinggalan zaman. Kemodenan itu sebenarnya milik Islam. Islam mesti hidup di timur dan barat, generasi lama dan baru . Inilah yang hendak ditonjolkan oleh Abu al-Hasan 'Ali al-Nadwi. Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak tanah yang malap, tinggal di dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa Melayu sankrit lama. Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama Timur Tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w. itu dulunya lahir dikawasan pondoknya. Apa yang saya lihat juga, para ulama India samada di Deoband atau Lucknow terutama Maulana Abu al-hasan 'Ali al-Nadwi r.a. banyak memuji dan mengambil manfaat daripada Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Abu al-Hasan al-Nadwi sendiri mengarang kisah kehebatan dakwah Ibn Taimiyyah. Tokoh-tokoh ulama timur tengah seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi pun begitu. Dalam buku kaif nata'amul ma'a al-Sunnah, al-Qaradawi menyatakan Ibn Taimiyyah adalah tokoh ulama yang paling disayanginya dan paling dekat dengan akalnya. Demikianlah sesiapa yang membaca karya dan perjuangan Ibn Taimiyyah pasti akan mengaguminya. malangnya ada di negara mereka yang hidup untuk memusuhi Ibn Taimiyyah dan menfitnahnya. Penulis keluaran pondok Kelantan itupun tidak jauh dari mazhab tersebut. mazhab menghimpunkan maklumat untuk mencerca ulama Islam dan tokohnya. Kita sepatutnya menjadi golongan yang insaf dan tahu menilai jasa tokoh-tokoh kita. Demikian sedikit catatan saya dalam kembara ke India. Semoga Allah meluaskan pengalaman kita dan memberikan pahala perjalanan ilmu. Itulah apa yang telah saya salinkan daripada Dr. Asri, maka saudaralah yang akan menilainya benar atau pun tidak. Jika ada kesilapan cara penulisan saya, harap perbetulkan.

Ahad, 18 Oktober 2009

Benarkah Umno Hendak Menubuhkan Dewan Ulama ( 1 )...........

Saya tidak pasti benarkah berita yang saya terima bahawa Umno ingin menubuhkan dewan ulama. Macam tidak percaya aje apabila mendengar berita tersebut. Kenapa sekarang ..... walau pun Umno lama sudah memiliki dewan ulamanya di awal penubuhan Umno pada akhir 40an. Tetapi ianya telah dibawa keluar oleh alim ulama dan menubuhkan parti sendiri iaitu Parti Islam SeMalaya (PAS). Para ulama yang berada didalam Umno telah keluar beramai-ramai setelah melihat akan pejuang Umno lama telah tersasar dari landasan Islam yang sebenar. Ini membawa makna bahawa Umno telah terpesong jauh, apatah lagi Umno juga dilihat sebai anak emas penjajah British. Mereka (alim ulama) telah melihat bahawa Umno bukan parti yang terbaik untuk memertabatkan Islam kerana perjuangan mereka berlandaskan sikap perkauman yang tebal. Sebenarnya Umno tidak perlu menubuhkan dewan ulama kerana para pemimpin mereka sendiri adalah 'Ulam Mamak'. Ini boleh dilihat semasa era Mahathir menjadi Perdana Menteri, banyak fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh pencacai beliau. Diantara fatwa yang dikeluarkan oleh Akbar Ali ialah," mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk kedalam otak mereka. Mereka tidak berfikiran waras ". " Membuat fatwa yang mana kebanyakan orang, termasuk ulama dan mufti lain, tidak ikut ". dan beliau berfakwa lagi iaitu, " ramai dari ulama sendiri penjual amalan jahiliyah. Ulama sendiri tidak mampu berfikir dengan cerdik ". " Al-Quran membenarkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai kafir... tiada hukuman dinyatakan keatas seseorang yang murtad selain janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya mahupun memberinya pentunjuk yang lurus. Ini adalah janji Tuhan. Ini adalah undang-undangnya ". Fakwa daripada Farish A.Nor," Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai sifat kemanusiaan Nabi ". Beliau menyatakan lagi bahawa, " Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada baginda diberi kerana baginda adalah pemimpin suku lebih dari pemimpin agama ". " Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar dan plastik ". Sister In Islam pula menyatakan dalam fatwanya," Oleh kerana itu soal yang perlu ditangani di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah isu samada poligami patut disahkan di bawah undang-undang sivil untuk orang bukan Islam, tetapi samada ia sepatutnya dibenarkan terus di dalam undang-undang keluarga Islam ". Zainah Anwar dari SIS berfatwa," Islam bukan milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu sebarang penafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata ". Ini adalah sikit diantara yang banyak Fatwa yang telah di fatwakan oleh manusia-manusia yang angkuh kerana mendapat sokongan padu daripada pemimpin Umno. Jika tidak mereka pasti tidak akan berani mengeluarkan fatwa-fatwa tersebut yang telah memesongkan akidah.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Syiah : Kenapa Menuduh Saya

Satu tuduhan yang berat buat saya apabila ada yang menuduh saya membawa budaya Syiah di dalam PAS, parti yang saya Wa'la kan. Disini saya ingin menulis tentang kelahiran parti dalam Islam. Setelah berlangsungnya perundingan, maka lahirlah apa yang dikatakan parti-parti politik yang pertama dalam masyarakat Islam. Antaranya ialah parti Syiah yang pro Khalifah Ali r.a., parti Ahli-Sunnah yang pro Muawiyah r.a. dan parti Khawarij yang anti kedua-dua parti tersebut. Pati-parti ini mempunyai pendirian yang tersendiri antara satu dengan yang lain, utamanya dalam masaalah Khalifah. Masing-masing parti cuba hendak mempengaruhi orangramai supaya memihak kepada mereka. Perkembangan parti-parti politik ini kemudiannya menjadi parti agama yang mempunyai cabang-cabang yang tertentu. Parti Syiah terdiri daripada mereka yang kasih kepada Saidina Ali r.a.. Mereka mahu supaya supaya Saidina Ali r.a. menjadi Khalifah sejak zaman Saidina Abu bakar r.a. lagi. Merka berpendapat bahawa Saidina Ali r.a. dan keturunannya sahaja yang berhak mewarisi tahta Khalifah. Mereka mengenali jawatan Hkalifah dengan nama Imamah. Pada pandangan mereka Saidina Ali r.a. adalah Imam yang pertama kerana beliau adalah menantu Rasulullah yang menurunkan keturunan Baginda. Kemudian jawatan Imam itu turun kepada anaknya Imam Hasan, kemudian kepada Imam Husein, seterusnya kepada anak-anak Saidina Husein. Golongan Syiah sentiasa patuh kepada Imamnya, bukan sahaja dari aspek politik, bahkan melibatkan aspek-aspek ibadat dan amalan harian mereka. Kernan sifat-sifat ganas dan kejam yang dilakukan oleh kerajaan Umayyah terhadap mereka, utamanya keturunan Saidina Ali r.a., maka gerakan mereka menjadi gerakan bawah tanah. Mereka mengembangkan satu dasar yang disebut 'taqiyah' yang bererti bahawa mereka diizin menyembunyikan watak mereka yang sebenar ketike berhadapan dengan ancaman musuh. Parti AhliSunnah yang pro Saidina Muawiyah r.a. berpendapat bahawa jawatab Khalifah dalam Islam bukanlah suatu perkara yang boleh diwarisi seperti harta pusaka. Khalifah hendaklah dipilih dari orangramai yang cukup syarat dengan tidak membezakan antara seorang dengan yang lain. Mereka juga berpendapat bahawa perselisihan di kalangan Sahabat-Sahabat r.a. adalah semata-mata suatu perkara ijtihad, ataupun pendapat sendiri yang menuju kearah kebaikan. Ertinya perselihihan ini tidaklah merupakan suatu perkara asasi yang merosakkan imam. Walaupun mereka bersimpati dengan tuntutan golongan Saidina Ali r.a. terhadap jawatan Khalifah, tetapi mereka menyokong orang yang berkuasa dan memusatkan minat kepada perlaksanaan ibadat dan pengajian agama. Golongan ini terkenal dengan nama Al-Sunnah kerana mereka dianggap tradisional, berpegang kepada Sunnah iaitu Hadis dan amalan-amalan Rasulullah s.a.w., dan tidak kepada logika dan pemikiran sebagaimana golongan Muktazilah yang lahir beberapa tahun kemudian. Parti Khawarij(tuduhan blog Umno terhadap PAS) pula ialah golongan mereka yang marah kepada Khalifah Saidina Ali r.a., kepada Muawiyah r.a. dan kepada Amru Ibnul-As. Mereka bercita-cita dan berusaha hendak membunuh ketiga-tiga pemimpin yang terlibat dalam perundingan 'Tahkim'. Dengan terbunuhnya mereka ini maka satu susunan politik yang baru bagi mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang kukuh dan gagah dapat dilaksanakan. Muawiyah r.a. kufur kepada Allah kerana menuntut jawatan Khalifah kepada dirinya secara kekerasan. Saidina Ali r.a. terlibat dengan kekufuran itu kerana menerima tawatan damai melalui perundingan 'Tahkim' yang dianjurkan oleh Muawiyah r.a. Dan Amru Ibnul-As kufur kerana merancang perundingan itu. Dalam masaalah pemilihan Khalifah pula orang Khawarij berpendapat bahawa Khalifah hendaklah dipilih oleh rakyat dengan pilihan umum yang bebas.. Jawatan ini tidaklah khusus kepada bangsa Quraisy sahaja, bahkan sesiapa sahaja yang mempunyai syarat kelayakan walaupun dari hamba abdi sekali pun adalah berhak menjadi Khalifah untuk memimpin umat Islam. Khalifah yang dipilih tidak wajib ditaati lagi jika ia tidak menjalankan hukum yang dikehendaki oleh Islam. Pendapat mereka yang paling agresif sekali ialah, mempertahankan kebaikan Islam hendak dilakukan walau pun secara kekerasan. Adalah tidak adil apabila menuduh saya membawa Syiah. Apa yang saya maksudkan adalah renungan bersama. Apabila kita mengambil apa yang baik walau pun bukan golongan kita, maka saya diumpamakan sesat wakau tidak disebut secara nyata. Jika itulah andaiannya, pemimpin Umnolah yang sesat lagi menyesatkan kerana berhukum menggunakan kaedah British dengan menepikan apa yang diperintahkan oleh Allah dalam masaalah berhukum.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Syurga Dan Neraka.

Nama-Nama Syurga :
  1. Jannatul Ma'wa ( Syurga tempat kembali )
  2. Jannatul And ( Syurga tempat tinggal kekal )
  3. Darul Khuldi ( Syurga yang kekal abdi )
  4. Jannatul Firdaus ( Syurga Firdaus )
  5. Darus Salam ( Rumah yang sejahtera )
  6. Darul Maqqamah ( Rumah yang tenteram )
  7. Jannatun Na'im ( Rumah yang bernikmat )
  8. Maqam Amin ( Kedudukan yang sentosa )
Nama-Nama Neraka :
  1. Neraka Hawiyah ( Api panas yang membakar )
  2. Neraka Ladza' ( Neraka yang menjulang apinya )
  3. Neraka Sa'er ( Neraka yang menjulang apinya )
  4. Neraka Saqar ( Api yang terus menerus membakar )
  5. Neraka Hkuthamah ( Api yang dinyalakan menjulang ke hati )
  6. Neraka Jahanam ( Seburuk-buruk tempat kembali )
Syurga Dan Nikmatnya. 

Dari Anas bin Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Syurga dikeliling dengan segala apa yang dibenci hawa nafsu dari neraka dikeliling dengan segala yang disenangi oleh hawa nafsu". ( Sahih Muslim )

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah s.w.t. telah berfirman : "Kusediakan bagi hamba-hambaku yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah tergambar di dalam hati sanubari manusia". ( Sahih Muslim )

Seksaan Neraka.

Dari Samurah bin Jundud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : " Di antara para penguni neraka ada yang dibakar hingga kedua mata kakinya. Ada yang dibakar hingga kedua lututnya. Ada yang dibakar hingga pinggang. dan ada yang dibakar hingga lehernya". ( Sahih Muslim )

Syurga Dan Neraka Diperlihatkan Oleh Allah Ta'ala.

Dari Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila salah seorang kamu telah meninggal dunia, maka diperlihatkan Allah Ta'ala kepadanya pagi dan petang tempatnya di syurga jika dia akan menjadi penduduk syurga, atau tempat di neraka jika dia akan menjadi penghuni neraka, seraya dikatakan kepadanya : "Inilah tempatmu. Begitulah seterusnya hingga Allah membangkitkanmu pada hari kiamat". ( sahih Muslim )

Dimanakah Kita

Dimanakah kita apabila Umno mula melakukan perang saraf terhadap PAS dengan menyerang Tuan Guru Nik Aziz dengan bertubi-tubi. Kerana Umno merasa apabila mereka menyerang akar, maka mereka boleh menporak perandakan PAS. Dan perkiraan mereka itu sebenarnya silap kerana akar pokok yang mereka serang itu telah pun berbuah dengan lebatnya. Dan ia akan bertunas dengan menjadikan pokok baru yang lebih kuat apabila ia mula membesar. Para wartawan arus perdana yang menjadi pencacai-pencacai Umno akan terus menyerang dengan soalan yang bertubi-tubi, agar Tuan Guru Nik Aziz melakukan kesilapan dengan jawapannya. Maka dimanakah kita untuk membantu pimpinan kita. Mereka akan mengulangi dan terus mengulangi segala kesilapan yang telah dilakukan oleh Tuan Guru. Kerana inilah teknik mereka dalam percubaan mereka untuk mengucar-kacirkan gerakan Islam. Maka kitalah yang akan memikul segala perang saraf yang telah mereka istyiharkan itu. Apakah mereka mengira, mereka telah menang dengan segala kekuatan yang mereka miliki itu. Apakah mereka menyangka yang mereka boleh merasuah pendokong-pendokong Islam dengan wang-wang palsu mereka itu. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran yang bermaksud :
"Bukanlah nabi itu berkhianat ( tentang membahagikan harta rampasan ). Barang siapa berkhianat, datanglah ia pada hari kiamat bersama barang yang dikhianatinya ; kemudian disempurnakan ( balasan ) tiap-tiap manusia menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka itu tiada teraniaya".
Nabi itu bukanlah berlaku curang atau khianat dalam membahagi harta rampasan, melainkan berlaku jujur, lurus dan adil dengan tiada memandang kepada anak bini, sanak saudara dan kroni-kroni. Kerana Nabi yakin dan percaya bahawa orang yang berlaku curang seperti Umno akan memikul dosanya dan tanggung jawabnya pada hari kiamat disisi Allah s.w.t. Walau pun para pemimpin Umno boleh terlepas daripada hukuman dunia. Ini adalah satu ingatan buat pemimpin Umno yang bertanggung jawab memegang khazanah negara, supaya memeliharanya dan membahagikannya secara jujur, lurus dan adil. Tetapi sayang seribu kali sayang, semua sifat-sifat tersebut tiada pada diri para pemimpin Umno. Dan jangan sesekali melakukan curang (korupsi) dan rasuah, kerana meski pun para pemimpin Umno terlepas dari hukuman dunia tetapi mereka tidak akan terlepas daripada hukuman diakhirat nanti. Inilah yang menbezakan antara orang kafir dan orang mukmin.
Yang membezakan orang yang beriman kepada Allah dari orang yang kafir ialah, orang kafir hanya takut kepada hukuman di dunia semata-mata. Mereka tidak takut melakukan korupsi secara sembunyi-sembunyi. maka ayat tersebut bertetapan dengan apa yang sedang para pemimpin Umno lakukan sekarang ini.
[kj2.JPG] Tidakkah para pemimpin Umno malu akan tingkah laku mereka yang amat memalukan itu. Mereka menyuburkan lagi segala larangan yang telah Allah s.w.t. tegahkan. Apakah majlis fatwa mahu pun SS TS Harunsani telah menjadi pekak dan buta, setelah lena dengan kekayaan dan pangkat. Layakkah orang-orang seperti ini mengeluarkan fatwa tentang hukum hakam, apabila apa yang berlaku dihadapan mata pun mereka berdiam diri. Kerana itulah Allah s..w.t. menempelek mereka dengan seperti yang terkandung didalam surah Al-Maaidah ayat 79, Allah s.w.t telah berfirman :
" Mereka tiada melarang suatu yang mungkar yang mereka perbuat. Sungguh amat jahat apa yang mereka perbuat".
Lihatlah betapa jahatnya mereka-mereka ini, mereka telah menghina amaran-amaran yang telah Allah s.w.t. berikan. Mereka sekarang hanya memcari dan memperdebatkan kenyataan yang telah diperkatakan tentang Umno oleh Tuan Guru Nik Aziz. Buat mufti Perak, SS TS Harunsani yang lebih Umno daripada Umno itu, bukalah pakaian mufti yang sedang dipakai sekarang ini dan masuklah kegelangang politik. Orang ramai akan lebih menghormati sekiranya beliau meletak jawatan dan masuk kegelangang politik. Apa yang belaku sekarang ini ialah kerana beliau masih lagi memakai title Mufti maka penghormatan yang diberikan bukan kerana namanya, tetapi kerana jawatan muftinya yang dihormati. Usahlah mencemarkan nama baik institusi jawatan mufti kerana ketaksubannya kepada Umno. Buangkanlah baju yang dipakai, agar orang ramai menghormatinya. janganlah kerana 'setitik nila habis susu sebelanga'. Ambillah iktibar daripada ulama yang terdahulu. Kenapa Iman-Iman Besar dahulu seperti Iman Malik, Iman Hanifah, Iman Hambali, Iman Syafie dan Iman-Iman yang tersohor. Kenapakah mereka menolak tawaran daripada khalifah-khalifah Islam dahulu untuk jawatan Kadi Besar?. Kadi Besar adalah satu jawatan paling kanan dalam satu-satu kerajaan. Mereka boleh menerimanya untuk hidup dalam kemewahan dan berkuasa, tetapi mereka tetap menolaknya. Hinggakan ada yang telah dipenjarakan kerana menolak tawaran daripada khalifah. Jawapannya senang sahaja kenapa mereka menolaknya ialah kerana mereka takut menjadi seperti Mufti Perak.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Khairy Menghina Dan Mempermainkan Ayat-Ayat Al-Quran.

Ahli Pas perlu lebih bertanggungjawab dan berani menegur pemimpin mereka yang dilihat sanggup membenarkan DAP menghina Islam. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata mereka tidak sepatutnya mendiamkan diri dengan tindakan pemimpin mereka yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh menjejaskan identiti, agama dan bangsa. "Pas hari ini kita lihat sanggup mengorbankan prinsip mereka demi kuasa dan ini jelas menunjukkan pemimpin mereka mempamerkan trend yang tidak sihat kepada politik negara. "Jika mereka bertanggungjawab, mereka tidak sepatutnya mengizinkan pemimpin mereka menghina Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Rompin dekat sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disifatkan ramai pihak sebagai tidak mempunyai pendirian konsisten apabila menghalalkan pemimpin DAP menghina Islam. Khairy berkata, ahli Pas sendiri perlu bangkit dan memperbetulkan keadaan kerana Umno hanya mampu bertindak dari luar. Katanya, mereka sepatutnya berani menegur pemimpin mereka dan bukannya terus memberi ruang kepada lebih banyak keburukan berlaku. "Dalam Al-Quran sendiri telah tercatat bahawa agamaku untukku dan agamamu untukmu. Ini bermaksud kita perlu menghormati agama lain tetapi jangan pula kita membiarkan agama lain menghina kita," katanya.(Berita Harian) Ulasan Musafirlalu......
Wah.... bukan main lagi hang tafsir surah Al-Kafirun.... apa pasal hang tak tafsir dari awal ayat dan fahami maksudnya sedalam-dalamnya. Biar aku ajar sikit maknanya apa yang dimaksudkan dengan surah Al-Kafirun ayat 1-6 :
"Katakanlah (ya Muhammad) : Hai orang-orang yang kafir. Aku tiada akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tiada akan menyembah apa yang aku sembah. Aku tak pernah menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tak pernah pula menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku".
Hang tafsir pun dah tunggang langgang, ayat yang depan hang letak belakang, ayat belakang hang letak kat depan. Hang.... kalau tak tahu nak tafsir jangan pandai-pandai nak tafsir. Hang nak ubah ayat Al-Quran ke..... hang jangan main-main dengan ayat-ayat Al-Quran, nanti tergelincir akidah hang. Kalau ayat tersebut," Lakum diinukum wa liya diin" yang bermakna "Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku". Hang kata makna dia "agamaku untukku, agamamu untukmu". Jadi, hang fikir sendirilah ayat tersebut apabila dibaca secara terbalik. Aku nak tanya sikit kat hang.... hang belajar mana tafsir Al-Quran ini. Celakalah kamu wahai Khiry kerana mempermainkan ayat-ayat Al-Quran. Hang betul-betul telah terpesong apabila dengan sewenang-wenangnya menafsirkan ayat-ayat Al-Quran tanpa merujuk dahulu. Inikah yang dikatakan pembela Islam, sedangkan beliau sendiri telah menghina ayat-ayat Al-Quran. Apakah sebagai Ketua Pemuda Umno, beliau boleh mempermain-mainkan ayat-ayat Al-Quran. Mana dia ulama-ulama Umno, mana mufti-mufti untuk membetulkan apa yang telah diperkatakan oleh Ketua Pemuda Umno. Maka beliau sebenarnya lebih teruk daripada DAP, kerana mempermain-mainkan ayat-ayat Al-Quran. Ahli-ahli Umnolah yang sepatutnya menegur pimpinan mereka yang mengaku Islam tetapi telah menghina agamanya sendiri. Apakah beliau layak untuk mencabar ahli-ahli PAS agar menegur pimpinannya sedangkan pemimpin Umnolah sebenarnya yang sepatutnya ditegur kerana menghina Islam dan ayat-ayat Al-Quran.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Tanda-Tanda Hampirnya Kiamat (1)

Ibnu Majah berkata, Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami berkata Muhammad bin Basysar, berkata Muhammad bin Amr, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud: "Yahudi berpecah menjadi 71 golongan dan umatku akan berpecah menjadi 73 golongan". Hadis ini diriwayatkan pula oleh Abu Dawwud dari Wahad bin Taqiyah, dari Khalid, dari Muhammad bin 'Amr dengan sanad yang sama. Dari Ibnu Majah, telah menceritakan kepada kami 'Amr bin 'Utsman bin Sa'id bin Kuraisy bin Dirar Al Himsy, berkata Abbas bin Yusuf, berkata Ibnu Majah bin Amr, dari Rasyid bin Sa'ad dari Auf bin Malik berkata, Rasulullah bersabda: "Yahudi berpecah menjadi 71 golongan, maka satu golongan masuk syurga dan 70 golongan masuk neraka, dan Nasrani akan berpecah menjadi 72 golongan, 71 golongan diantaranya masuk neraka dan segolongan masuk syurga. Dan demi Dzat yang hidupku dalam genggamannya sungguh umatku akan berpecah menjadi 73 golongan, maka segolongan masuk syurga dan 72 golongan yang lainnya masuk neraka", Sahabat bertanya : Ya Rasulullah siapakah mereka? Rasulullah menjawab : "Al-Jamaah". Hadis ini diriwayatkan pula di jalan lain dengan sanad yang tidak bermasalah dan Ibnu Jama'ah berkata, berkata Hisyam bin Amir, berkata Walid bin Muslim, berkata Abu 'Amr dan Qatadah dari Anas bin Malik berkata, Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya Bani Israil berpecah menjadi 71 golongan dan umatku akan berpecah menjadi 72 golongan semuanya di neraka kecuali satu golongan iaitu Jamaah". Sanad ini baik dan kuat atas syarat Ash-Shahih diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah sendiri. Dan berkata Abu Dawwud, berkata Ahmad bin Hambal dan Muhammad bin Yahya bin Faris mereka berkata, Abu Mughirah berkata kepada kami, berkata Ibnu Majah bin Amr, berkata Azhar bin Abdullah Al-Harari, berkata Ahmad dari Abu Ami Al-Hauzani dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan, sesungguhnya ia berdiri dan berkata, Bukankah Rasulullah pernah berdiri di hadapan kita dan berkata : "Bukankah orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab berpecah menjadi 72 golongan dan sesungguhnya umat ini akan berpecah menjadi 73 golongan, 72 di neraka dan satu di syurga, iaitu Al-Jamaah" Abu Dawud meriwayatkan hadis ini secara sendiri dengan sanad yang hasan. Dan dalam Mustadrak Al-Hakim para sahabat bertanya kepada baginda tentang golongan yang selamat, siapakah mereka? baginda berkata : "Siapa yang berjalan di atas jalanku dan sahabatku" Dan telah jelaskan dalam hadis Hudzaifah bahawa orang yang bebas dari fitnah-fitnah pada waktu terjadinya adalah pengikut Al-Jamaah dan sentiasa mengerjakan ketaatan. Abu Dawud berkata, telah menceritakan kepada kami Al-Abbas bin Utsman Ad-Dimasyqy, berkata Al-Walid bin Muslim, berkata Mu'adz bin Rifa'ah As Sulamy, berkata Abu Khalf Al-A'ma, sesungguhnya ia mendengar Anas bin Malik berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya umatku tidak akan pernah bersatu dalam kesesatan apabila kamu melihat perbezaan-perbezaan berpeganglah pada Assawaad Al-A'zham ( Al-Quran dan Sunnah )" Namun hadis ini dhaif kerana Mu'adz bin Rifa'ah Sulamy dilemahkan oleh salah seorang iman Al-Muhadditsiin. Dalam riwayat lain dijelaskan kewajipan berpegang teguh pada sunnah dan orang-orang yang menjalankannya dan ahlul haq merupakan kelompok terbesar dari umat ini lebih-lebih pada dekad awal hampir tidak ditemukan orang yang berada di atas kebid'ahan. sedangkan akhir-akhir ini banyak kebenaran yang tidak dilakukan.

Selasa, 4 Ogos 2009

Kenapa Saya Menentang Akta I.S.A.

Sebagai seorang yang mengucap dua kalimah syahadah dan mengaku sebagai seorang muslim, saya dengan keras dan telah menolak hukum rimba I.S.A. Bagaimana saya hendak menerima hukum yang bertentangan dengan normal-normal kehidupan sebagai makhluk Allah s.w.t. Apakah halal di sisi Allah akan akta ISA yang zalim tersebut. Berpandukan firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 4 yang bermaksud dengan firmannya "Orang-orang yang menuduh perempuan suci (dengan berzina), kemudian mereka tiada mengemukakan empat orang saksi, hendaklah kamu dera mereka itu delapan puluh kali dan jangan kamu terima kesaksiannya selama-lamanya, kerana mereka orang yang fasik". Apakah tahanan ISA didakwa apakah kesalahan mereka dengan memenjarakan mereka tanpa mengemukakan apa-apa bukti dan juga sesaksian mereka. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, maka dakwa lah mereka di mahkamah dengan 4 orang saksi tentang apa kesalahan mereka. Apakah mereka di dakwa di mahkamah tentang kesalahan mereka. Kenapa memenjarakan mereka tanpa mengemukakan apa-apa bukti. Tidak ini bertentangan dengan firman Allah didalam surah An-Nur itu. Didalam surah An-Nur ayat 15, yang berkaitan dengan tuduhan terhadap isteri Rasulullah s.a.w. (Aisyah) , Allah berfirman," Ketika kamu ceritakan dengan lidahmu dan kamu katakan dengan mulutmu sesuatu yang tak ada pengetahuan kamu tentang kebenarannya dan kamu kira hal itu tidak berdosa, pada hal disisi Allah (dosa) besar". Seperti mana tuduhan yang kerajaan lempar kan tuduhan terhadap tahanan ISA untuk menghalalkan tindakan mereka memenjarakan tertuduh tanpa mengemukakan apa-apa bukti. Allah telah menghukum mereka dengan dosa yang besar disisinya. Tidakkah Allah Maha Mengetahui apa yang ada dihati-hati mereka akan kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap tahanan ISA. Didalam surah An-Nur ayat 19, Allah berfirman," Sesungguhnya orang-orang yang suka menyiarkan kejahatan pada orang-orang yang beriman, untuk mereka itu siksa yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahui dan kamu tiada mengetahuinya". Sepertimana pihak kerajaan melakukan kepada tahanan ISA adalah sama seperti yang Allah s.w.t. maksudkan didalam surah An-Nur ayat 19. Betapa mereka memenjarakankan dan menghebohkan tentang perbuatan yang tiada mereka mempunyai bukti untuk menuduh mereka maka kerajaan telah men ISA kan mereka. Semoga tangan-tangan orang yang memenjara dan menyeksa tahanan ISA akan dibelenggu dengan gelang-gelang daripada neraka. Apakah pihak kerajaan dan polis dapat menjawab akan segala yang telah mereka lakukan terhadap tahanan yang mereka sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya kesalahan mereka. Apa kerajaan dan pihak polis tidak ada perasaan gerun dengan amaran-amaran yang Allah telah berikan kepada penzalim. Apakah cukup dengan menyatakan ia adalah arahan dari pihak atasan. Bagi saya orang-orang seperti ini tiada cahaya Islam dihati-hati mereka, kerana mereka merasakan yang mereka betul-betul berkuasa maka mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa memikirkan apa yang akan mereka jawab di hadapan Allah s.w.t. di padang masyhar nanti. Mungkin bagi mereka, tiada akan ada kehidupan selepas kematian, tiada syurga dan neraka, tiada pengadilan selepas kematian. Sekiranya mereka mempunyai nur Islam dihati mereka, pasti mereka akan menolak ataupun meletakkan jawatan daripada menerima arahan dari pihak atasan. Kerana itulah bagi saya untuk penguasa-penguasa dan pihak berkuasa(polis), kamu dengan agamamu dan aku dengan agamaku.

Sabtu, 25 Julai 2009

Kenapa Iman-Iman Besar Menolak Jawatan Mufti.

Sejarah menceritakan bagaimana Iman-Iman Besar yang terdahulu telah menolak jawatan sebagai Kadi Besar oleh Khalifah Islam. Adakah kerana gaji tidak cukup atau pun tidak dapat banglo mewah ataupun kerana tidak mendapat gelaran Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Panglima, Tan Sri ,Tun, Sir ataupun Lord. Maka mereka menolaknya. Sedangkan kehidupan mereka pun ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dan mereka dipelawa pula menjadi Kadi Besar yang dikatakan satu jawatan besar lagi penting. Kenapa mereka menolaknya, sedangkan ia dapat membantu taraf kehidupan mereka. Iman-Iman Besar juga sanggup dipenjarakan kerana menolak jawatan yang diberikan kepada mereka oleh Khalifah. mereka sanggup dipenjara daripada memegang jawatan tersebut. Sedangkan sebagai Iman Besar mazhab masing-masing seperti Iman Hanifa, Iman Malik, Iman Hambali, Iman Syafei dan beberapa lagi nama Iman-Iman Besar yang lain. Mereka boleh memertabatkan Islam sekiranya mereka mengambil jawatan tersebut, tetapi mereka tetap menolaknya. Walaupun dikatakan menderhaka kepada Khalifah, mereka tetap tidak berganjak daripada pendirian mereka. Andainya kita ditawarkan seperti mana yang ditawarkan kepada Iman-Iman Besar tersebut, pasti kita tidak menolaknya. Contohnya........ sekarang aku bagi kamu pilihan, kamu nak terima atau tidak jawatan yang aku berikan. Kalau kamu terima aku bagi kat kamu gaji besar, elaun rumah, elaun makan minum, elaun pakaian, elaun keramaian,, elaun berak dan kencing pun aku bagi, lesen pistol, kereta besar, banglo besar, tiap-tiap tahun kamu boleh pergi melancong keluar negeri bersama dengan keluarga kamu. Tapi kalau kamu tolak, aku ISA kan kamu. Mana kamu nak..... kalau aku orang nak bagi macam itu, ibarat orang mengantuk disurungkan bantal. Siapa tak nak. Tetapi kenapa Iman-Iman Besar itu menolak jawatan yang sebegitu penting sekali. Kerana mereka takutkan Allah s.w.t. dalam memegang amanah yang diberikan. Kerana mereka tahu apabila mereka menerima jawatan tersebut maka mereka akan menjadi pencacai pemerintah. Kerana mereka takut mereka akan menjadi seperti mufti Perak sekarang ini(dengan izin). Kerana mereka takut mereka akan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Mereka tahu yang mereka akan mengkhianati Islam itu sendiri kerana untuk memuaskan hati pemimpin atau pemerintah. Mereka tahu yang mereka akan diikatkan tangan dan ditutupkan mulut daripada menyatakan kebenaran. Apakah tok mufti tidak dapat membaca apa yang tersirat dan tersurat apabila beliau dapat menambahkan koleksi pangkat beliau daripada Datuk kepada Tan Sri. Inilah yang dikatakan sebagai ulama yang menjual agamanya dengan harga yang murah. Diharap tok mufti kita tidak termasuk didalam golongan tersebut.

Selasa, 21 Julai 2009

Apabila Umno Cuba Memesongkan Akidah Orang Terengganu..

Pesta Terengganu yang dihentikan 15 tahun lalu akan diadakan semula pada 31 Julai ini hingga 15 Ogos di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai dekat sini.
Satu berita yang amat mengejutkan saya apabila kerajaan Umno Terengganu cuba menghidupkan semula pesta khurafat itu. Sebagai anak Terengganu, saya menentang sekeras-kerasnya cadangan kerajaan Umno tersebut. Setelah berpuluh-puluh tahun PAS berjaya memulihkan akidah rakyat Terengganu, sekarang mereka cuba memesongkan semula akidah rakyat Terengganu.Dengan mengada dan menghidupkan semula pesta khurafat yang bercanggah dengan Islam itu.

 
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Za'abar Datuk Mohd. Adib berkata, ia bertujuan menjadikan pesta itu sebagai platform bagi acara pelancongan yang unik di negeri Terengganu setiap tahun.
Beliau berkata, selain itu, ia juga untuk menghidupkan kembali tradisi 'Pesta Main Pantai' yang amat sinonim dengan masyarakat Terengganu.
Mereka melakukan atau menghalalkan cara dengan memberi alasan diatas faktor pelancongan. Walau apa pun cara ataupun nama, kenapa 'pesta main pantai' cuba dihidupka kembali yang nyata ia adalah satu pesta khurafat. Ia bukanlah satu tradisi yang sinonim dengan masyarakat  Terengganu seperti yang dilaung-laungkan oleh Umno. Kalau ianya sinonim dengan ahli dan penyokong Umno maka betullah apa yang dikatakan oleh Datuk Za'abar itu.

''Pesta ini bukan sahaja tertumpu kepada hiburan berbentuk karnival malah turut menonjolkan kepelbagaian aktiviti termasuk persembahan kesenian,'' katanya pada sidang akhbar Pesta Terengganu 2009 di sini hari ini.
Buat Umno, sekiranya mereka ingin hidup dengan kesesatan maka dipersilakan tetapi janganlah kamu membawa rakyat Terengganu bersama.dengan kesesatan mereka. Umno sememangnya semakin sesat lagi menyesatkan.Mereka semakin jauh dari ajaran Islam dengan melakukan berbagai kesesatan dalam kehidupan mereka. Ini boleh dilihat daripada segala perbuatan dan kehidupan mereka yang semakin menjauhi tuntutan agama.

Mengenai asal usul Pesta Main Pantai, beliau berkata, pada masa lampau, ia merupakan perhimpunan keluarga petani-petani pada setiap tahun di tepi pantai untuk melepaskan penat lelah selepas menuai padi.
Beliau berkata, pada tahun ini, Pesta Main Pantai tidak lagi diadakan di pantai Batu Burok.
Mengulas lanjut, Zaabar berkata, Pesta Terengganu 2009 adalah program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Perkasa Alam Terengganu.
Pesta  Main Pantai adalah satu pesta permujaan yang telah dilakukan oleh orang-orang dahulu. Pesta tersebut kalau di amati, ia adalah satu pesta khurafat dengan menghanyutkan sesuatu yang boleh dikata satu persembahan kepada hantu laut. Sebagai menghargai hasil yang telah diperolehi oleh petani-petani tersebut.  Antara sedar atau tidak, mereka telah melakukan satu khurafat yang membelakangkan Allah. Kerana itulah alim-ulamak di Terengganu menentang keras amalan tersebut. Sebagaimana 'main teri', iaitu satu cara perubatan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Terengganu untuk menyembuhkan penyakit dengan memuja ataupun memanggil puteri.

Apatah lagi apabila pesta itu diadakan dalam dalam keadaan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan. Ini bertetapan dengan cara hidup para pemimpin Umno. Bagi mereka agama nombor dua dalam kehidupan mereka kerana yang pertama dalam hidup mereka ialah duniawi. Tidak salah sekiranya kita mencari duniawi tetapi biarkanlah ia berlandaskan Islam. Kerana Islam sendiri tidak menolaknya, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda" Beribadatlah kamu seperti mana kamu akan mati ke esokan harinya dan bekerjalah kamu seumpama kamu akan hidup seribu tahun lagi". Memang Islam mengalakkan kita mencari kekayaan dunia kerana dalam pekerjaan , 90 peratus adalah berniaga. Tetapi ia mestilah dilakukan dengan jalan yang betul, yakni berlandaskan Islam. Mesti ada keseimbangan antara dunia dan akhirat, antara kehidupan dengan  kematian, antara nafsu dengan akal.

Apakah perkara seperti ini ada pada diri para pemimpin Umno yang mengaku sebagai parti yang mendaulatkan Islam. Lihatlah dan cerminkan diri dahulu, apakah mereka betul-betul meletakkan Islam ditempat yang betul atau pun hanya mengantungkan tulisan khat di dinding rumah sahaja. Kemudian mereka berkata, lihatlah kat dinding dalam rumah aku, ada ayat Al-Quran. Apakah itu cukup untuk mencerminkan yang mereka betul-betul mendaulatkan Islam. Buat para pemimpin Umno, renungkanlah dulu diri sendiri sebelum mendabik dada dengan menyatakan yang mereka adalah betul dan orang lain adalah salah.

Isnin, 20 Julai 2009

Betapa Comelnya Bila Rosmah Mansor Bertudung.....

Siapa kata Rosmah Mansor tidak bertudung. Lihatlah buktinya, jangan buat sedap mulut jer. Tetapi saya tidak pasti selama mana tudung itu akan kekal. Diharap kekal sepanjang hayat.

Ahad, 19 Julai 2009

Fitnah Yang Nyata Daripada Akhbar Sinar Harian.

Saya terbaca satu etikel dalam Akhbar Sinar Harian yang hanya bertajuk YEOP yang ditulis seperti berikut; //Yeop nak tahu juga, betul ke kerajaan Barisan Nasional(BN) ketika bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir dulu tolak pelaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh kerajaan Pas Kelantan suatu ketika dahulu?. Setahu Yeop, Tun Mahathir tidak pernah tolak. Malah beliau minta Tok Guru kaji dulu. Kalau sesuai(nak laksanakan hudud), laksanakanlah di Kelantan dahulu. Itu yang Tun Mahathir beritahu kepada tok guru. Lagipun Sultan Kelantan ketika itu sudah lulus. Tapi malangnya, Pas Kelantan tak laksanakan. Mereka beri alasan Nak BN yang laksanakan diseluruh negara. Ke situ pulak. Bila orang dah beri lampu hijau, mereka pulak tak nak. Nampak sangat mereka mempolitikkan agama. Kepada penyokong fanatik parti itu, carilah maklumat yang mengatakan Tun Mahathir tolahperlaksanaan hudud. Hukum itu tidak pernah ditolak. Malah Tun Mahathir kata, kalau nak laksanakan juga, kaji dulu takut-takut ada cacat cela. Tun Mahathir kata, nak laksanakan di peringkat Malaysia memang tak boleh sebab negara ini melibatkan pelbagai kaum. Lagipun Melayu dengan bangsa lain tak banyak beza dari segi jumlah keramaian. Di Kelantan bolehlah sebab 90 peratus penduduknya adalah beragama Islam dan Melayu. Jadi, kenapa Pas Kelantan tidak mahu laksanakannya? Sultan Kelantan pun ketika itu tertunggu-tunggu juga perlaksanaannya. Tetapi sehingga kini tidak menjadi kenyataan. Yang diura-urakan oleh pemimpin Pas ialah BN atau Umno tolak hukum Tuhan. Sah BN dan Umno adalah kafir kerana terang-terangan tolak hukum hudud. Ke situ pulak mereka buat isu. BN dan Umn o juga yang dipersalahkan. Golongan seperti inikah yang hendak dihormati? Yeop membesar dalam kemelut ini. Fikiran Yeop bertambah matang menilai isu ini sehinggakan Yeop buat keputusan untuk tidak menghormati tok guru politik. Kalau dia keluar dari politik, itu Yeop hormat dan kalau boleh nak cium tangannya hari-hari nak ambil berkat kesufiannya.
Mula-mula malas yang layan dengan orang-orang seperti ini kerana tidak ada faedah langsung nak baca tulisan fitnah seperti ini. Konon-konon, bolehlah ganti Awang Selamat bila dah pencen nanti. Pasal Utusan Malaysia lagi besar pengaruhnya daripada Sinar Harian.
Memandang kan mungkin ada segelintir pembaca angkatan baru, maka saya terpaksa mengulas sedikit tentang fitnah yang dilemparkan terhadap Kerajaan PAS Kelantan. Untuk yang menggelar dirinya Yeop, jangan ditulis apa yang kita tidak tahu dan jangan di ulas selagi kita tidak mendapat maklumat yang tepat.
Bukan nak mengajar tetapi sekadar memberi nasihat. Sekiranya hendak menjadi penulis yang betul-betul telus, kaji dan selidik dulu fakta-faktanya. Jangan sampai orang kata , tak tahu tapi buat-buat tahu. Manusia di zaman sekarang ini lebih suka mencari glamor biar pun tulisannya tidak beretika langsung. Sekurang-kurangnya belajar lah agama sedikit sebagai panduan dalam penulisan. Kita boleh tulis apa yang kita nak tulis, tapi janganlah sampai memfitnah. Bukankah fitnah itu tidur, jadi jangan dikejutkannya. Kalau hendak jadi penulis, kita hendaklah berpegang kepada prinsip. Contohnya kalau hendak tahu keburukan tanyalah musuhnya dan sekiranya hendak tahu kebaikan, tanyalah kawannya. Jadi kita terbalikkannya, untuk mencari kebenaran. Janganlah kita menyangka apabila orang memaki hamun saudara, maka saudara kata aku dapat pahala dia dapat dosa. Tetapi kita kena tahu juga kenapa orang itu memaki hamun kita sebelum kita mengira pahala yang akan kita dapat. Saya tidak takut pahala yang dapat tetapi saya takut bala yang diterima kerana Allah bagi kita kelebihan menulis tetapi kita mengejutkan fitnah daripada tidur. Berbalik kepada hukum hudud, apakah saudara pasti maklumat yang saudara dapat itu adalah tepat. Saya sebenarnya tidak mengetahui dari mana saudara mendapat maklumat tersebut. Yang pasti bukan lampu hijau yang dapat tetapi lampu merah yang berikan. Apakah kata-kata orang yang menghina Sunnah akan memberi lampu hijau kepada kerajaan Kelantan agar hukum Hudud di laksanakan di Kelantan. Sedangkan janggut Rasulullah s.a.w. pun dia hina inikan pula memberi lampu hijau untuk hukum Hudud. Tentang isu kafir mengkafir pula, saya hendak tanya saudara pemimpin PAS mana yang mengkafirkan orang Umno. Kerana isu ini bukannya boleh dipermain-mainkan macam kita bersembang di kedai kopi. Apa yang pemimpin PAS katakan ialah perkara-perkara yang boleh menjadi seseorang itu kafir, bukan menuduh. Tetapi siapa yang makan cili maka dialah yang merasa pedasnya. Kerana itulah pada tahun 80 an, PAS mencabar Umno berdebat tentang isu kafir mengkafir, sembahyang dua iman dan sebagainya melibat akidah orang Islam. Saya tidak boleh mengatakan orang Melayu kerana Melayu itu tidak mencermin kan ia seorang Islam. Apakah saudara tidak belajar daripada sejarah. Penjajah tidak sesekali memberi kemerdekaan selagi mereka tidak meninggalkan pewaris yang betul-betul akan mempertahan kan ideologi sekularismenya kepada bangsa yang dijajah. Lebih-lebih lagi apabila negara itu adalah milik umat Islam. Jadi renung-renung dan fikir-fikirlah semasa akal yang dianugerah kan oleh Allah masih lagi cergas. Tepuk dada tanya selera, jangan ditanya nafsu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular