Translate

Jumaat, 14 Ogos 2009

H1N1 : Satu Konspirasi Jahat.

Pada abad 19 sehinggalah pasca perang Vietnam, penyakit kelamin iaitu Siplis amat-amat ditakuti kerana ketiadaan ubat untuk memulihkannya. Berpuluh-puluh tahun saintis mencari penawarnya yang akhirnya berjaya menghasilkan ubatnya.

Dan kemudian Allah menurunkan balanya dengan penyakit Aids. Kenapa Allah menurunkan balanya kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dengan penyakit? Ini adalah kerana salah satu permintaan Rasulullah s.a.w. semasa bertemu dengan Allah s.w.t. dalam peristiwa Israk Mikraj.

Di mana salah satu permintaan Rasulullah s.a.w. agar umatnya tidak dihukum seperti umat-umat yang terdahulu. Seperti kaum Nabi Nuh a.s. dengan banjirnya dan kaum Nabi Luth a.s. dengan Allah melinkupkan negeri kaum Nabi Luth a.s. Yaitu mengangkat negeri tersebut dan kemudiannya menterbalikkannya.

Ada ahli sejarah mengatakan tempat tersebut adalah Laut Mati yang terletak antara Palestin dan Jordan. Dan ia diakui oleh ahli kaji bumi yang menyatakan tanah dipermukaannya adalah tanah yang terletak diperut bumi dan tanah diperut bumi ditempat tersebut sebenarnya adalah daripada tanah permukaan.

Itulah hukuman yang Allah s.w.t. lakukan terhadap segala kemungkaran umat terdahulu. Allah s.w.t. terus menurunkan bala tersebut setelah Rasul a.s. yang Allah s.w.t. utuskan, mereka tetap mengingkarinya. Allah s.w.t. tidak menurun balanya dengan penyakit kerana Allah s.w.t. tahu, mereka pasti akan mengata itu adalah bersifat alam semulajadi dan bukannya bala daripada Allah s.w.t.

Di sini, kita perbetulkan sedikit dengan perkataan alam semulajadi yang sebetulnya ialah alam yang dijadikan. Alam semulajadi adalah bermaksud alam yang sedia ada yang tiada penciptanya. Perkataan tersebut adalah antara perkataan yang melibatkan akidah kita semua. Oleh itu kita perlu menggesa agar kerajaan meminda perkataan alam semulajadi yang terdapat didalam buku-buku mata pelajaran di sekolah kepada alam yang dijadikan.

Kembali kepada penyakit yang Allah s.w.t. turunkan di zaman ini kerana manusia zaman ini adalah manusia yang mempunyai akal fikirannya untuk menentukan perkara tersebut bersifat fenomina alam atau pun bersifat bala daripada Allah s.w.t.

Ini bersesuaian dengan Islam, "tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati". Ini menunjukkan bahawa kita disuruh mencari penawar sesuatu penyakit. Kerana itulah apa yang Allah s.w.t. ciptakan ada sebab-sebabnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Selsema burung yang pertama kali dikesan di Negara China pada era Moden ini, telah banyak yang memperkatannya yang ia adalah senjata biologi yang diciptakan. Ia telah bocor daripada makmal, tempat penyelidikannya. Vaksinnya pun sememangnya telah ada, cuma mereka main wayang sekejap dengan menangguhkannya untuk menutup skandal Virus tersebut. Dan beberapa bulan selepas wabak tersebut, barulah ianya dikeluarkan.

Ini semua adalah satu konspirasi jahat yang telah dilakukan kerana penawarnya cepat untuk dikeluarkan. Berbanding dengan penyakit Aids yang telah berpuluh-puluh tahun dilakukan penyelidikan, tetapi para saintis-saintis masih gagal untuk mencari penawarnya.

Tidakkah kita terfikir bagaimana syarikat-syarikat gergasi pengeluar ubat boleh memberi tarikh September ini untuk mengeluarkan Vaksin H1N1. Tidakkah ia terlalu cepat untuk menciptakannya melainkan ianya sudah sedia ada dan hanya menangguhkan sahaja.

Siapakah yang akan mendapat labanya apabila vaksin tersebut dikeluarkan. Kerana merekalah yang menciptakan virus tersebut dan mereka juga memiliki penawarnya. Ianya di tangguhkan pengeluarannya agar angka meningkat puluhan juta. Kerana penyakit selsema adalah satu penyakit yang paling senang merebak melalui pernafasan dan sekiranya berlaku jerebu, ianya lagi cepat untuk merebak.

Kenapa penyakit Aids masih lagi tiada vaksinnya, sedangkan ianya boleh dikatakan telah dikaji oleh separuh negara di dunia ini. Kerana Aids adalah bala daripada Allah s.w.t. dan selsema burung atau babi adalah ciptaan manusia.

Allah s.w.t. tidak memberikan penyakit Aids kepada kaum Nabi Luth a.s. kerana ianya akan dikatakan sebagai penyakit alam. Tetapi Allah s.w.t. menurun Aids kepada umat Muhammad s.a.w. kerana umat sekarang mempunyai fikiran yang waras untuk menyatakan ianya adalah bala daripada Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular