Semalam ada terima satu call, tengok pada handphone tertera nombor sahaja,. Bila jawab, rupa-rupanya blogger Alhusseyn. Dia tanya besok pergi tak ke perjumpaan para blogger negeri Perak. Saya kata saya akan pergi, tapi tak ada kawan kerana saya bukannya mengenali siapa-siapa pun.
Saya ajak beliau pergi bersama dengan saya, beliau setuju dan ajak pergi awal sikit jam 12 tengahari, pasal beliau kata nak mandi kat sana. Dan sebelum itu saya bagi tahu beliau yang saya ni ahli PAS kawasan Gopeng tapi tidak aktif. Dia kata tak apa, janji ada nombor keahlian supaya senang untuk dirujuk.
Saya mendaftarnya pada 1999, iaitu selepas hampir 3 tahun tinggal di Ipoh. Saya sememangnya tidak aktif kerana saya tidak mengenali sesiapa dan satu perkara, saya jenis kurang bergaul melainkan ditempat kerja. Saya mendaftar keahlian semasa saya tinggal di Taman Maju Rapat, Ipoh.
Sekarang saya tinggal di Tambun (Dun Ulu Kinta), mengundi di Dun Manjoi(Parlimen Tambun), ahli PAS kawasan Gopeng. Tiga tempat yang berlainan. Sekarang baru saya mempunyai beberapa kawan di kawasan Gopeng. Ini kena aktif kan semula keahlian saya.
Alhusseyn tanya saya nak bawa apa kerana beliau ada bawa sedikit makanan, saya kata bawa diri aje ler. Kerana saya pun tak tahu nak bawa apa. Beliau bagi tahu bawa lah makanan ringan atau kacang. Ok juga.... ni nak kena pergi pasaraya Giant cari kacang menglembu.
Ok..... jumpa kat sana.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Sabtu, 15 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Gerakan Anti Najib/Rosmah Mungkin Blogger Gerakan Anti Najib/Rosmah (GANR) patut membuat satu laporan polis berkaitan komen-komen ...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Raja Petra Kamarudin belum memberikan sebarang kenyataan kepada polis Malaysia di Bangkok ekoran pertikaian mengenai tujuan siasatan po...
-
Rejim Hosni Mubarak mula mengunakan kekerasan terhadap rakyatnya setelah rayuan beliau agar demotrasi dihentikan tidak diendahkan oleh raky...
-
Allahyarham Yang gambi Kiri Sekali Berbaju Biru Blogger Blogger Pembela Negara (BPN), Aku Yang Gambi atau nama sebenarnya Abdul Aziz ...
-
Sungguhpun kekuasaan dan keperkasaannya tak tertandingi, akhlak dan hatinya selembut sutra, hingga karenanya ia mudah menyerap bukti kebena...
-
Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam...
-
Pandangan kedua ialah Dajjal adalah manusia berjasad dan sememangnya teori atau tanggapan yang paling banyak dipegang oleh seluruh umat Is...
-
Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri k...
-
Maka kembalilah mereka-mereka kepada zaman jahilliah setelah membina patung terbesar di dunia. Dalam usaha untuk menarik pelancung dan pela...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan