Jikalau kita mengkaji sejarah-sejarah lama, yakni kerajaan Namrud, Firaun, Rom, Perancis dan sampai kepada kerajaan pada era ini seperti di Pakistan, Filipina, Indonesia dan beberapa buah negara lagi, kerajaan mereka tumbang kerana kekuatan kuasa rakyat. Apabila rakyat sudah tidak tahan lagi dengan kekejaman yang dilakukan maka rakyat keluar beramai dengan mengadakan demontrasi yang kemudiannya menjadi revolusi.
Apabila sampai kepada tahap revolusi, maka senjata tidak lagi mampu menahan gelombang kebangkitan rakyat yang sanggup mengadaikan nyawa semata-mata hendak menegakkan keadilan. Dan kita boleh melihat betapa mahalnya harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat untuk mencari sedikit keadilan.
Sepertimana yang berlaku kepada revolusi Iran yang menjatuhkan pemerintahan beraja Shah Palavel. dan begitu jua yang berlaku kepada jiran kita Indonesia yang melihat bagaimana suara rakyat telah menumbangkan rejim Suharto. Betapa kuatnya cengkaman yang dilakukan oleh Suharto terhadap rakyatnya, bagaikan nyawa sudah tiada harganya.
Sebagaimana peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Tanjung Periuk, Indonesia, yang dilakukan oleh Suharto. Betapa berkuasanya Suharto di Indonesia yang mana beliau dan keluarganya tidak boleh dikritik langsung. Sesiapa yang mengkritik Suharto dan keluarganya, maka hukuman mati akan menantinya. Lihatlah betapa kuat dan berkuasanya Suharto yang boleh diandaikan Indonesia itu Suharto, Suharto itu Indonesia. Tetapi Kuasa rakyat telah menumbangkan keangkuhannya. Tiada siapa yang menyangka Suharto boleh ditumbangkan biar pun beliau menguasai segala kekuatan persenjataan, tetapi beliau tumbang hanya dengan kuasa rakyat.
Begitu juga dengan Filipina dengan Marcusnya, yang mana corak pemerintahnya sama seperti Suharto. Tetapi beliau tidak dapat menahan gelombang kebangkitan rakyat yang sudah tidak tahan dengan kezaliman yang beliau lakukan. Di Malaysia, dengan pembunuhan kejam terhadap Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya yang menentang secara total kezaliman akta ISA. Sehinggakan beliau syahid bersama-sama dengan pengikutnya.
Apakah tidak mustahil perkara tersebut akan berlaku di Malaysia. Umno yang berbangga dengan kekuatan pasukan polisnya, apakah mampu menghadapi protes rakyat yang sudah muak dengan kekejaman yang dilakukan dengan menggunakan akta zalim ISA itu semata-mata untuk kesenambungan hidup Umno dan para pemimpinnya yang memperkudakan institusi kerajaan. Kerana mereka merasakan itu adalah milik mereka yang mutlak.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Isnin, 3 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tenta...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
Inilah tarikh keramat buat demokrasi rakyat Perak yang bertuah mempunyai pemimpin seperti Zamry Al Ghandi yang memperbodoh sistem kehakiman ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan