Translate

Isnin, 3 Ogos 2009

Siapa Si Pengkhianat Besar.

Perdana Menteri turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.Timbalanmemutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.“Dulu dia pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO seperti saya sekarang, tetapi dia sekarang menggunakan cara yang memperdayakan untuk memusnahkan perjuangan kita,” katanya.
Apa yang ditakrifkan sebagai pengkhianat adalah seseorang yang mengkhianat amanah yang telah diberikan kepada beliau maka beliau telah menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri. Dan di sini yang boleh dikatakan pengkhianat adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang telah menjual banyak tanah-tanah orang Melayu dan Johor kepada Singapura semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor dahulu yang memaksa Perdana Menteri dahulu, yakni Tun Dr. Mahathir telah memindahkan beliau ke pusat. Inilah yang dikata pengkhianat terhadap bangsanya sendiri tetapi menuding jari kepada orang lain sebagai pengkhianat. Lihatlah dan semakan maklumat semasa beliau menjadi MB Johor dahulu. Berapa banyakkah tanah orang Melayu telah terlepas ke tangan Singapura di atas alasan pembangunan. Ini lah modal yang sentiasa dilaung-laungkan oleh para pemimpin Umno untuk menghalalkan cara demi kepentingan perut mereka.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini semalam. Muhyiddin berkata, Anwar selaku Ketua Pembangkang kini menyebarkan dakyah untuk mencipta persepsi negatif terhadap usaha UMNO dalam mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan institusi raja.“Dia kata kepada semua orang bahawa UMNO zalim, tetapi beritahu saya sekarang dalam cara apa yang kita zalim? Kenapa dia tidak beritahu ini semasa dia jadi pemimpin kita?” soalnya.

Siapakah sebenarnya yang melenyapkan hak keistimewaan orang Melayu, jika bukan Umno. Kerana yang ada hanyalah hak keistimewaan Umno sahaja bukan orang Melayu. Apabila orang Melayu terpinggir maka mengatakan yang orang Melayu Malas untuk bersaing. Bagaimana hendak bersaing maju sekiranya segala peruntukkan orang Melayu telah disalurkan kepada anak-beranak, saudara-mara dan kroni-kroninya sahaja.

Inilah sikap dan wajah sebenar Umno dalam melakukan sesuatu, mereka diibaratkan sebagai baling batu sembunyi tangan. Di mana Umno telah meminda perlembagaan dalam isu Raja-Raja Melayu dan mendedahkan bagaimana kehidupan Raja-Raja Melayu dalam usaha mereka menghalalkan pindaan perlembagaan yang berkaitan isu Raja-Raja Melayu. Apakah mereka merasakan yang rakyat telah lupa segala perbuatan mereka itu.

Beliau mendedahkan taktik pembangkang mengulangi pembohongan hingga rakyat mempercayai penipuan itu.“Hingga sampai ke tahap ini, orang menganggap apa yang dilakukan oleh UMNO adalah salah dan apa sahaja yang dilakukan kita tidak baik untuk rakyat.“Maka semua kebaikan yang pernah kita lakukan membangunkan negara sejak 50 tahun lalu tidak lagi dihargai,” katanya.

Kita tidak menafikan ada kebaikan yang telah dilakukan oleh Umno-Bn, kerana yang betul tetap betul. Tetapi apakah pembangunan yang dilakukan itu benar-benar telah memberi kebaikan kepada orang Melayu ataupun hanya untuk segelintir orang-orang Umno sahaja.

Apakah mereka merasakan yang rakyat akan lupa jasa-jasa para pemimpin Umno dalam meminda akta tanah dalam usaha merampas tanah-tanah orang Melayu di atas alasan pembangunan yang langsung tidak dinikmati oleh orang Melayu sendiri. Di mana orang Melayu secara tidak langsung telah dihalau dari kawasan bandar ke kawasan pendalaman setelah tanah-tanah mereka dirampas dan digantikan dengan tanah yang jauh ke pendalaman. Bagaimana Umno telah mengecilkan tanah rizab Melayu sehingga tinggal sekecil-kecilnya.

Muhyiddin mengakui UMNO bukanlah parti yang tidak pernah melakukan kesilapan namun ia telah melakukan yang terbaik untuk menghapuskan rasuah, keangkuhan dan pengurusan yang tidak cekap.“Tiada masalah untuk mengkritik kerana kita bukan maksum tetapi saya tidak boleh terima kalau pembangkang menghina dan tidak menghormati orang Melayu,” jelasnya.Sehubungan itu, beliau menyeru ahli dan pemimpin UMNO mengubah persepsi negatif pembangkang terhadap parti dengan terus mendekati rakyat terutama di peringkat akar umbi.

Tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesalahan, itu tidak kita menafikan tetapi kesalahan yang Umno lakukan terlalu besar untuk kita lupakan. Bagaimana mereka menyatakan pembangkang menghina dan tidak menghormati bangsa Melayu sedangkan Umno lah yang paling banyak menghina orang Melayu dengan memperlekeh kan Raja-Raja Melayu yang menjadi tempat bernaung buat orang Melayu.

Menurutnya, pendekatan itu jika dilakukan secara berterusan akan menyedarkan rakyat terhadap perjuangan ikhlas UMNO dalam membela nasib mereka terutama bangsa Melayu.“Kita hanya mempunyai dua tahun untuk mengubah persepsi dan imej buruk itu,” katanya.Menurutnya, UMNO juga bukan parti yang semata-mata mahukan undi rakyat pada setiap pilihan raya, tetapi untuk membela dan membangunkan mereka.“Tetapi disebabkan dakyah serta pelbagai tuduhan pembangkang terhadap UMNO menyebabkan timbul persepsi buruk rakyat terhadap parti sejak kebelakangan ini,” katanya.Ekoran itu, beliau berkata, tindakan segera perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi mengembalikan semula keyakinan tersebut agar UMNO dapat terus berjuang untuk membela mereka.

Di manakah keikhlasan yang Umno lakukan kepada orang Melayu...... tolong buktikan. Jikalau Umno kata mereka melakukan pembangunan....... pembangunan itu untuk siapa, adakah untuk orang Melayu atau pun hanya untuk Umno.

Apakah Umno menganggap semua orang Melayu bodoh dalam menerima dakyah pembangkang sekiranya apa yang dikatakan oleh pihak pembangkang itu benar. Lihatlah sikap Umno...... bagaimana mereka menghina orang Melayu yang kononnya orang Melayu mudah termakan dakyah pembangkang. Orang Melayu tidak sebodoh Ahli Umno yang dipekotak-katikkan oleh para pemimpin mereka. Sedarlah wahai ahli Umno.......... Umno bukanlah wadah yang betul untuk membela orang Melayu.

Apa yang pemimpin Umno lakukan hanyalah untuk kepentingan mereka dan orang-orang yang rapat dengan mereka sahaja. Lihatlah bagaimana gaya hidup dan kemewahan yang mereka perolehi. Apa yang ahli Umno dapat......... apakah dengan seratus dua sudah cukup untuk menyatakan para pemimpin Umno bagus. Sedangkan mereka menyapu berjuta-juta dan ahli-ahlinya sekadar melihat sahaja kekayaan yang telah dilakukan oleh para pemimpin Umno.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular