Translate

Memaparkan catatan dengan label GMI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GMI. Papar semua catatan

Ahad, 16 Ogos 2009

GMI : Dua Hishamuddin Penentang Dan Pendokong ISA.

Hishamuddin satu nama besar dan satu lagi Hishamuddin baru-baru cuba menempa nama untuk menjadi besar nama besar. Dalam menentang dan mendokong akta laknatullah ISA nombor wahid. Yang dimaksudkan ialah Hishamuddin Rais, mangsa paling lama kerakusan ISA dan Hishamuddin Tun Hussein, pendokong ISA. Dua nama yang sama tetapi mempunyai matlamat yang berbeza, yakni penentang dan pendokong ISA. Hishamuddin Rais adalah satu nama besar yang sememangnya sudah cukup terkenal sebagai mangsa kerakusan akta laknatullah ISA. Walau pun beliau tidak ditahan tetapi kerana ISA lah yang membuatkan beliau berkelana mencari ilmu diluar negara selama berbelas-belas tahun. Jika tidak silap saya, beliau dibiayai oleh kerajaan Australia(tolong perbetulkan sekiranya tersilap). Selepas peristiwa kelaparan di Baling semasa era Tun Dr. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran. Beliau bersama-sama DSAI telah mengerakkan mahasiswa untuk menyatakan protes terhadap kerajaan Barisan Nasional terhadap kebuluran yang berlaku kepada penduduk Baling. Baling cukup terkenal walaupun tanpa pembangunan, yang kemudiannya berlaku pula pembunuhan beramai-ramai. Sememangnya Mukim Baling cukup sinonim dengan Tun Dr. Mahathir. Semasa protes kebuluran Baling, beliau menjadi Menteri Pelajaran dan semasa pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya, beliau menjadi Perdana Menteri. Dan Hishamuddin dari kelas bawahan adalah penentang ISA, dan Hishamuddin dari kelas elit adalah pendokong ISA. Yang memperkecilkan protes jalanan pada 1 Ogos dan Hishamuddin kelas bawahan adalah penyokong protes jalanan. Maka kita lah yang akan menilai diantara dua Hishamuddin ini, siapakah yang terbaik. Seorang yang tidak pernah merasa hidup dalam kesusahan dan seorang lagi, tidak pernah merasa hidup dalam kemewahan.

Khamis, 6 Ogos 2009

Tahanan ISA Untuk Renungan Kita Bersama.

Mengikut hukum penjara yang di amalkan di Malaysia ini adalah berpandukan kepada undang-undang British. Iaitu setiap hukuman yang dijatuhkan akan diberi pengampunan secara langsung. Umpamanya seseorang itu dijatuhi hukuman selama 3 tahun, maka ia dipanggil potong ampun sebanyak 1/3. Maka ia akan dipenjara kan selama 2 tahun sahaja, melainkan sekiranya ia melakukan apa-apa kesalahan didalam penjara maka dia akan dihadapkan ke satu perbicaraan yang pengerusinya(hakim) ialah penguasa penjara yang seseorang pesalah diami. Katakan lah seseorang pesalah itu ditangkap kerana menghisap tembakau atau apa pun kesalahannya, maka pesalah akan dibicarakan dipenjara. Jika didapati bersalah dan dijatuhi hukuman selama 3 hari atau pun seminggu, maka pesalah tersebut akan dihukum selama 2 tahun 3 hari. Dan begitulah seterusnya jika pesalah tersebut sentiasa melakukan kesalahan, ia boleh dihukum cukup 3 tahun. Sekiranya pesalah tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan ia akan dipenjara kan selama 2 tahun sahaja. Jarang berlaku kes seseorang yang dijatuhi hukuman 3 tahun akan tinggal 3 tahun juga didalam penjara. Itu yang membezakan seseorang yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah dengan yang di ISA kan. Kerana hukuman yang mahkamah jatuh kan terhadap seseorang pesalah, mereka tahu bila waktu mereka akan dibebaskan. Umpamanya penjara seumur hidup, ia hanya akan mendiami hukuman penjara selama 13 tahun 4 bulan. Untuk pengetahuan anda, penjara seumur hidup ialah 20 tahun dan ditolak 1/3 (6 tahun 8 bulan). Jika seseorang itu dipenjara sepanjang hayat maka bebasnya ialah apabila sudah meninggal. Melainkan ada pengampunan Sultan ataupun Raja, itu pun selepas 20 tahun menjalani hukuman. Baru mereka boleh membuat rayuan kepada Sultan atau pun Raja. Itu adalah perbezaan antara tahan ISA dengan tahanan Mahkamah. Jikalau beliau telah di ISA kan selama 8 tahun bermakna hukumannya bersamaan dengan 12 tahun yang dijatuhi oleh mahkamah. Apakah dia kesalahan yang hukumannya 12 tahun, antaranya bunuh tanpa niat (seksyen 304). Merogol anak sendiri yang mana hukuman maksimunnya ialah 20 tahun dan ada sebatan. mengedar dadah dibawah seksyen 39A, hukumannya seumur hidup (20 tahun), kalau ada rayuan mungkin 12 tahun sahaja ataupun mungkin kurang daripada 10 tahun. Kerana itulah akta ISA laknatullah ini adalah akta paling zalim kerana tertuduh tidak tahu apa tuduhannya. Oleh kerana pihak polis tiada bukti maka mereka gunakan akta ini untuk menahan sesiapa sahaja tanpa bicara....... saya ulangi......... tanpa bicara selama 2 tahun dan mereka boleh menyambung kan lagi 2 tahun dan sambung lagi. Kerana itulah Said Zahari dipenjara kan di Singapura dibawah akta ini selama berpuluh-puluh tahun.......... Renungkan lah..... Kerana itulah Prof. Dr. Zulkiflee mengingat kan kerajaan semasa Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri) membentangkan akta ini 49 tahun dahulu takut-takut disalah gunakan......... Dan memang tepat apa yang di ingatkan oleh Prof. Dr.Zulkiflee......... memang akta ini telah disalah gunakan oleh Umno untuk kepentingan politik mereka.

Rabu, 5 Ogos 2009

Pro-ISA Gesa Polis Tahan Anwar, Hadi Dan Kit Siang



Kumpulan pro-ISA menggesa polis supaya menahan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh serta tiga pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran penganjuran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.

Selain Syed Ibrahim dan Anwar, mereka juga menggesa polis menahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang.

Gesaan itu dibuat oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, keempat-empat individu itu patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu kelmarin.

"Saya mendesak polis, kenapa polis kena takut (menahan)? Tugas polis menjaga orang awam seperti kami. Kami hendak berniaga, hendak jual jambu, buat burger, bawa teksi.

"Polis kena jaga kami, bukan memberi muka kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam GMI. Tangkap mereka ini! (Ini) hak kami," kata Mohd Khairul Azam dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida) Selangor, Zainal Hashim hadir sama.

Mohd Khairul Azam berkata, kegagalan GMI mematuhi arahan polis supaya membatalkan perhimpunan anti-ISA, telah mengakibatkan kerosakan harta awam dan mengganggu kebebasan orang awam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Magaran juga sedang mengumpulkan bukti kerugian peniaga dan orang awam bagi digunakan untuk menyaman GMI.

Gabungan NGO Melayu itu meminta orang ramai dan peniaga yang mengalami kerugian, memaklumkan nilai kerugian mereka mereka melalui telefon (012-9770412) atau emel kepada demorugi@gmail.com

Mohd Khairul Azam yang mendakwa dirinya ahli PAS kawasan Sungai Ramal, Kajang turut mencabar Anwar berdebat berhubung kewajaran penggunaan ISA.

Katanya, tidak semua ahli parti pembangkang bersetuju dengan pendirian pemimpin mereka supaya akta itu dimansuhkan.(Malaysiakini)

Ulasan Musafirlalu.....

Inilah sikap yang memalukan apabila tewas di medan jalanan, maka digesa agar pemimpin Pakatan Rakyat ditahan. Dan kemudian mengaku pula sebagai ahli PAS. Apabila disemak, tiada pula yang bernama Mohd Khairul Azam sebagai ahli PAS. Mungkin juga tak jumpa pasal tidak membayar yuran keahlian sebagai ahli PAS. Bagus juga kalau tak bayar kerana orang-orang seperti ini tiada ruginya sekira tidak menjadi ahli PAS. Kalau betul ahli PAS, kemukakan nombor keahliannya supaya senang untuk mencarinya. Jangan hanya bercakap sahaja.
Kalau akulah jadi macam dia(tak ingin pun nak jadi macam dia), pasti aku sembunyi 2-3 bulan kat rumah pasal malu. Apa tidaknya kalau sebelum itu riuh rendah One Malaysia, yang mereka akan turun padang untuk menunjukkan kekuatan yang ada pada Magaran(megaram) yang mewakili 50 NGO, sekiranya GMI tidak membatalkan demontrasi pada 1 Ogos. "Kita akan kerah semua ahli kita untuk menunjukkan yang kita mempunyai suara majoriti"................ Hampas......... habuk tak dak. Sebelum itu gerum juga rasanya bila ratusan ribu anggota Pewaris, Perkasa dan Mengaram......... oooooppp.... silap pulanya... Magaran akan berhimpun untuk menangkis dan menghadang GMI. 
Aku rasalah lebis baik letak nama Mengaram lagi baguih pasal boleh buat ikan masin. Inilah dia muka-muka yang mencari publisiti dengan mudah. Bukan senang muka nak masuk paper lame, dan cara yang paling mudahnya kamu tentang GMI, pasti berebut-rebut orang surat khabar pengampu datang kerana mereka dah kehabisan modal nak lapor. Nak junjung tahi pemimpin Umno, rakyat dah tak nak layan, maka carilah pemberita-pemberita akan cerita-cerita lawak ini.
Molek dah tu....... sekor nak masuk paper lame............ sekor lagi nak cari berita, maka jumpalah mereka kat warong kopi. Aku ni bukan apa........ kasihan tengok penyokong ISA dok mengira orang, berapa ramai yang datang untuk melawan kumpulan GMI..... Rupa-rupanya tak terkira ramainya kalau nak dibandingkan dengan jari tangan dan kaki.............. mungkin lebih kot............ kalau kira yang atas sekali ada 270,000 orang...... oooopppss ... silap 27 orang. Kalau yang bawah tu, baru tak boleh kira betul.
Yang mengaku ahli PAS tu............ pi masuk Umno lah kamu, pi berambus.......... tak ingin aku orang macam tu. Buat menyemak ajer....... Umno suka lah orang-orang macam kamu. Tapi kalau nak jawatan ......... sorry ya....... dah penuh......... apa........ nak jadi calon.......... kalu yang tu, kamu boleh blah............ aku duduk lama dalam Umno pun, tak jadi-jadi calon............ kamu senang-senang nak jadi calon......... itu Umno yang kata, bukan aku.............. carilah modal lain, lagi baguih.

Isnin, 3 Ogos 2009

Demo Anti-ISA: Pewaris Mengadu Pada Suhakam.

Kumpulan penyokong akta ISA akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung demonstrasi kumpulan anti-ISA kelmarin yang didakwanya "banyak menyusahkan rakyat". Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun berkata, demonstrasi penunjuk perasaan anti-ISA tidak mengikut arahan polis dan telah menyebabkan kesusahan kepada orang awam dan peniaga.
"Kita tidak. Kita patuh pada polis. Polis suruh bersurai, kita bersurai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Beliau diminta mengulas rancangannya membawa isu demonstrasi besar Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Sabtu lepas kepada pihak Suhakam pada jam 3 petang ini. Ditanya kenapa perkara itu diadukan kepada Suhakam, Rahimuddin berkata: "Tindakan GMI telah menggangu hak asasi orang awam". Rahimuddin, beserta 20 exco Pewaris juga akan mengadukan kepada Suhakam mengenai penggunaan Masjid Negara sebagai tempat awal berkumpulnya penunjuk perasaan anti-ISA. Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara kelmarin untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran GMI itu. Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Kumpulan pro-ISA pula - yang jumlah penyokongnya jauh lebih kecil - bersurai setelah dihalang polis di Jalan Tun Sambanthan.(Malaysiakini) Ulasan Musafirlalu...
Setelah kalah dengan GMI dalam demontrasi jalanan, Pewaris akan membuat aduan kepada Suhakam. Apa hal dengan pimpinan Pewaris........... gila ke apa.............. Sebelum ini memperlekehkan demontrasi yang akan dianjurkan oleh GMI, kononnya tiadanya ramai orang yang akan hadir. Dan dengan sikap angkuhnya ingin menunjukkan akan kekuatan yang ada pada Pewaris dan Perkasa........... Pemimpin Pewaris mula sakit hati dan jiwa apabila melihat lautan manusia yang membanjiri ibu kota dalam menyatakan sokongannya kepada GMI....... Mereka mula merasa betapa sakitnya hati, tak kala pertubuhan tersebut tiada mempunyai sokongan. Baru satu hari GMI mengadakan demontrasi, akhbar arus perdana mula menafsirkan akan kerugian yang dialami. Ada yang kata RM 100 juta dan ada yang mengatakan kerugian mencecah RM 200 juta. Apa pun itu baru satu hari diadakan demontrasi, kalau seminggu atau sebulan ........ macam mana. Mana dia Dr. Maamor yang bernaung di atas persatuan Islam tetapi menghalalkan ISA. Beliau adalah antara individu yang paling lantang selain daripada Ibrahim Al-kataki yang menyatakan GMI tiada sokongan majoriti rakyat. Yang ada majoriti rakyat hanyalah Pewaris dan Perkasa.......... Letak jawatan lagi bagus daripada di maki hamun oleh orang ramai.

Darurat? Akal Pendek Zahid Hamidi.

Oleh: WFAUZDIN NS ZAHID HAMIDI Menteri Pertahanan kelihatannya sudah mula untuk menggunakan kuasanya di kementerian tersebut. Beliau dilaporkan berkata, beliau tidak teragak-agak untuk berjumpa DYMM YDP Agong untuk mengistiharkan dharurat sekiranya pihak GMI atau mana-mana pertubuhan terus melakukan aktiviti demontrasi seperti yang baru berlaku Sabtu lalu. Kenyataan beliau boleh diikuti di SINI. Amat malang bagi negara kita mempunyai seorang menteri yang pendek akal seperti Zahid ini. Jelas kelihatan bahawa Zahid terlalu takut dengan kebangkitan rakyat menuntut keadilan. Dahulunya Zahid seorang reformis sewaktu mula-mula DS Anwar dipecat dan beliau dilihat begitu bersemangat mempertahankan DS Anwar. Namun, atas jasa Akta ISA beliau terus berubah. Akta ini mampu menjadikan seorang yang lemah iman dan tidak mempunyai kekuatan diri menjadi `penikus'. Akhirnya Zahid dilihat tunduk, lesu di hadapan kaca TV membaca skrip mengistiharkan tidak lagi menyokong DS Anwar yang terlalu banyak jasa kepadanya. Itulah Zahid Hamidi. Itulah harga Zahid Hamidi dan itulah tahap keberanian yang ada pada Zahid. Entah mengapa, Kementerian Pertahanan yang memelihara seluruh pahlawan dan perajurit negara ini memiliki menteri yang bersikap `penikus' . Apa perlunya dharurat untuk menentang hak asasi berhimpun secara aman? Berlakukah huru hara jika perhimpunan ini tidak diganggu oleh mana-mana pihak? Jika semua perhimpunan mendatangkan huru-hara, maka sudah tentu negara ini telah lama hancur. Rakyat kita berdisiplin dan mereka tahu batas-batas dan adab untuk menyuarakan bantahan. Yang jahil tentang adab sopan ini bukan peserta perhimpunan, tetapi mereka yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal keselamatan. Zahid Hamidi bukan tidak tahu perkara ini, tetapi beliau telah dibutakan mata dan hatinya kerana sedikit kuasa. Apakah sudah tiba masanya untuk tentera pula di ajak berdepan dengan rakyat selepas PDRM dilakukan sedemikian? Zahid diingatkan jangan cuba lagakan tentera dengan rakyat. ATM masih suci dari semua kezaliman itu. Sudah tentu seluruh warga tentera yang majoritinya terdiri dari anak-anak orang miskin di kampong tidak tergamak menzalimi rakyat, meskipun menteri mereka tidak mempunyai hati perut. Andainya tentera perlu juga dilibatkan di dalam isu politik kerajaan sekarang, apakah Zahid rasa rakyat akan menjadi `penikus' seperti beliau? Jika Nazri Aziz berkata, "Selagi ada Langit dan bumi, ISA akan dipertahankan", Rakyat akan menjawab, "Selagi ada Allah yang berkuasa, Akta zalim ini WAJIB ditentang".

Pengalaman Zaid Ibrahim Kena Gas....... Memang Kejam

"Luahan Zaid Ibrahim
Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.
Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata, mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA.Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita.Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un. Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA.Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club, kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi.Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam.Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ.Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman.Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah./Tranungkite.net Sumber daripada blog WFAUZDIN.

Tidak Mustahil Umno-Bn Akan Tumbang Kerana ISA.

Jikalau kita mengkaji sejarah-sejarah lama, yakni kerajaan Namrud, Firaun, Rom, Perancis dan sampai kepada kerajaan pada era ini seperti di Pakistan, Filipina, Indonesia dan beberapa buah negara lagi, kerajaan mereka tumbang kerana kekuatan kuasa rakyat. Apabila rakyat sudah tidak tahan lagi dengan kekejaman yang dilakukan maka rakyat keluar beramai dengan mengadakan demontrasi yang kemudiannya menjadi revolusi. Apabila sampai kepada tahap revolusi, maka senjata tidak lagi mampu menahan gelombang kebangkitan rakyat yang sanggup mengadaikan nyawa semata-mata hendak menegakkan keadilan. Dan kita boleh melihat betapa mahalnya harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat untuk mencari sedikit keadilan. Sepertimana yang berlaku kepada revolusi Iran yang menjatuhkan pemerintahan beraja Shah Palavel. dan begitu jua yang berlaku kepada jiran kita Indonesia yang melihat bagaimana suara rakyat telah menumbangkan rejim Suharto. Betapa kuatnya cengkaman yang dilakukan oleh Suharto terhadap rakyatnya, bagaikan nyawa sudah tiada harganya. Sebagaimana peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Tanjung Periuk, Indonesia, yang dilakukan oleh Suharto. Betapa berkuasanya Suharto di Indonesia yang mana beliau dan keluarganya tidak boleh dikritik langsung. Sesiapa yang mengkritik Suharto dan keluarganya, maka hukuman mati akan menantinya. Lihatlah betapa kuat dan berkuasanya Suharto yang boleh diandaikan Indonesia itu Suharto, Suharto itu Indonesia. Tetapi Kuasa rakyat telah menumbangkan keangkuhannya. Tiada siapa yang menyangka Suharto boleh ditumbangkan biar pun beliau menguasai segala kekuatan persenjataan, tetapi beliau tumbang hanya dengan kuasa rakyat. Begitu juga dengan Filipina dengan Marcusnya, yang mana corak pemerintahnya sama seperti Suharto. Tetapi beliau tidak dapat menahan gelombang kebangkitan rakyat yang sudah tidak tahan dengan kezaliman yang beliau lakukan. Di Malaysia, dengan pembunuhan kejam terhadap Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya yang menentang secara total kezaliman akta ISA. Sehinggakan beliau syahid bersama-sama dengan pengikutnya. Apakah tidak mustahil perkara tersebut akan berlaku di Malaysia. Umno yang berbangga dengan kekuatan pasukan polisnya, apakah mampu menghadapi protes rakyat yang sudah muak dengan kekejaman yang dilakukan dengan menggunakan akta zalim ISA itu semata-mata untuk kesenambungan hidup Umno dan para pemimpinnya yang memperkudakan institusi kerajaan. Kerana mereka merasakan itu adalah milik mereka yang mutlak.

Ahad, 2 Ogos 2009

Lihat Dan Renungilah Buat Barua-Barua Umno-Bn.

Apa yang saya paparkan adalah untuk menangkis tohmahan yang telah dilakukan oleh barua-barua Umno-Bn yang mengatakan para pemimpin Pakatan Rakyat hanya duduk di kerusi empuk sementera hanya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sahaja yang turun padang. Di sini saya tunjukkan bukti-buktinya yang pemimpin Pakatan Rakyat tidaklah sepengecut pemimpin Umno. Dan juga perhimpunan GMI ini juga disertai oleh berbilang kaum untuk menangkis kata-kata barua-barua penyokong ISA yang kaum melayu sahaja yang menyertainya. Maka tolong lah barua-barua Umno menjawab gambar yang saya paparkan ini.


Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama penyokong GMI. Pemimpin bersama-sama turun padang.


Dr. Hatta Ramli dikasari oleh pihak polis sehingga terkoyak baju beliau.


Ustaz Abu Bakar Chik bersama beberapa orang barisan pimpinan PAS.


Y.B. Sivarasa Rasiah ditahan oleh pihak polis dan beliau telah dinafikan haknya kerana isterinya tidak dibenarkan untuk menghantar ubat-ubat untuk penyakitnya

<<span class=

Lihatlah berbagai kaum menyertainya. Siapa yang kata hanya kaum Melayu sahaja yang menyertai demontrasi GMI.

Yang kat bawah ini pula, tolong barua-barua Umno-Bn tolong jawab kan. Apa pasal duk menung je. Duit poket tak dapat ke atau nasi bungkus tak dapat. Aduh..... laparnya perut, si celaka Ibrahim Al-kataki tak muncul-muncul, Kata nak datang....... hampas........ habuk pun tadak. Entah mana hilangnya............... dahlah duit poket tak bagi........... macam mana aku nak balik ini. Duit dah la tinggal sekupang dua.............. tambang komuter pun tak lepas........... celaka betul Ibrahim Al-kataki ni.............. hidup-hidup aku kena tipu.


Celaka......... celaka.............. dah tersadai kat sini pulak aku.

Testimoni Anak Seorang Tahanan ISA

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.

Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Dipetik daripada blog merdekareview - azm _

Ibrahim Libya, Pejuang Anti ISA Yang Sejati!

"IBRAHIM Libya is the real fighter!" kata saudara Ahmad Lutfi Othman kepada saya pada suatu malam di rumahnya di Ampang. Entah kenapa dan bagaimana dengan tiba-tiba hal itu diangkat menjadi tajuk bualan kami, saya sendiri tidak begitu pasti.

1985 kami sekeluarga berhijrah dari Pengkalan Hulu, Perak, lalu menetap di tempat kini di Kedah. Pengkalan Hulu nama aslinya Keroh adalah tempat yang hampir kepada Baling di mana kami mesti melalui tanah perkuburan Memali ketika balik beraya di kampung.

1985 boleh dikatakan satu tempoh waktu kemuncak di mana ahli-ahli jemaah Islam telah berkobar-kobar semangat mereka berikutan peristiwa pembunuhan Ibrahim Libya itu.

Segala kaset ceramah, rakaman video bersepah di rumah bersama timbunan pita rakaman video debat antara Ahmad Deedat dengan paderi Jimmy Swaggart pada ketika itu. Orang tua saya saat itu, amat ligat mendengar ceramah, menghadiri mukhayyam, khemah ibadat anjuran jemaah dan ketika pulang, memang bertimbun segala kaset di rumah.

Rakaman pembunuhan ke atas Ibrahim Libya itu diulang-ulang banyak kali di rumah dan saya pun tidak faham kenapakah Ibrahim Libya diperlakukan sedemikian rupa.

Fitnah ke atas beliau jangan cakaplah. Memang menimbun fitnah yang tercetak di corong radio, tetuang udara dan televisyen. Nak buat macam mana? Semua media bagai koleksi harta khazanah mak bapak depa! Ruang untuk kita beri penjelasan sikit habuk pun tak dak!

Gambaran video tentang kekejaman dan kezaliman askar kerajaan yang merempuh dalam perkampungan itu tidak menumpukan dengan jelas kepada saya mengenai latar belakang Ibrahim Libya, apakah yang dia lakukan sehingga beliau diperlakukan sebegitu rupa.

Semua gambaran kisah ini akhirnya tenggelam begitu sahaja ditelan waktu. Saya dewasa dengan campur aduk peristiwa lain hingga pernah menganggap ISA ini masih diperlukan untuk kununnya menjaga keselamatan awam.

Sedikit demi sedikit, hasil bualan bersama Ahmad Lutfi, wawancara bersama Abu Urwah dan wawancara bersama Said Zahari telah berjaya mencerahkan pemikiran gelap tentang ISA ini. Maka, bermula era baru melawan ISA sampai mati!

Apabila saya tahu kegelapan ISA ini, saya tetap protes secara peribadi terhadap tindakan Anwar yang pada malam beliau ditahan di rumahnya di Damansara dahulu.

Pasukan itu datang pada waktu malam dengan lengkap bersenjata. Mereka tendang pintu rumahnya, menyerbu secara kasar saat beliau membuat sidang media. Kata orang, Anwar tidak dijadikan tahanan politik sebaliknya diperlakukan sebagai 'penjenayah'.

Tak kisahlah apa sahaja kata-kata orang terhadap Anwar. Saya mungkin salah kerana hal mencari jawapan ini bukanlah suatu hal yang mudah. Kita hanya bercakap mengenai hal yang kita tahu saja. Yang kita samar-samar dan tak tahu itu, kita debatkan kemudian.

Perhatikan betul-betul kepada isu menahan orang pada waktu malam dengan kasar. Kalau seseorang itu penjenayah, setidak-tidaknya polis akan membaca pertuduhan ke atasnya sebelum dibawa ke balai untuk soal siasat. Begitu saya difahamkan.

Rumusan awal yang saya simpul secara peribadi ialah, DSAI itu hakikatnya tetap tahanan politik dan tuduhan ke atasnya dijadikan sebagai tuduhan yang bukan bersifat politik.

Asas rumusan itu ialah.. tahanan dan corak tangkapan terhadap Anwar itu dilakukan pada waktu MALAM dan ia diperlakukan dengan zalim dan kejam sekali. Ingat betul-betul hal yang ingin dijelaskan di sini, iaitu tangkapan itu dilakukan pada waktu MALAM.

Insya Allah, nanti akan diceritakan kenapa hal itu amat penting untuk dibincangkan..

ISA warisan Namrud, Fir'aun dan King Herod yang zalim dan kejam!

ISA itu lanjutan undang-undang puaka, perundangan drakonian, hukum drakula, unjuran ilham sang penguasa zalim dan kejam yang gemar meratah tulang berkuahkan darah saat menghukum rakyatnya.

Kira-kira 4,000 tahun yang lalu, Namrud bin Kan'an adalah raja yang suka memenjarakan rakyatnya sendiri lalu mereka dibunuh dengan kejam. Dia merampas apa-apa sahaja hasil tuaian rakyat. Maka, rakyat menyembahnya semata-mata kerana takut kekuasaannya.

Allah Maha Besar! Dikirimkan suatu pengenalan isyarat kepada raja yang zalim itu lewat mimpi. Seorang anak lelaki melompat ke atas singgahsana lalu merampas takhta Namrud. Baginda berpeluh dan keesokannya, isi mimpi itu menggegarkan seluruh isi istana.

"Seorang anak lelaki akan lahir tak lama lagi," seorang peramal istana memberi komen ke atas mimpi sang raja. "Dia akan dijadualkan untuk merampas takhta tuanku kelak!"

Malam itu juga, satu undang-undang baru didekrekan, peraturan kejam yang baru digazet melalui titah perintah Namrud!

"Malam ini, seluruh angkatan tentera harus segera ke kampung-kampung, di seluruh ibu kota dan di pinggir kota. Cari setiap bayi lelaki dan kalian wajib bunuh mereka!"

Malam itu kota Urr bermandikan darah. Keesokan paginya, banjirlah air mata mencurah-curah, melimpah di segenap pelusuk desa dan kota kerana nyawa setiap bayi lelaki telah dirampas haknya untuk lahir sebagai lelaki yang merdeka.

Serangan dan pembunuhan beramai-ramai terhadap bayi lelaki itu dilakukan pada waktu malam. Ini sebetulnya warisan sikap Iblis dan syaitan ketika melakukan kejahatan.

Terdapat beberapa ciri persamaan antara Namrud, Fir'aun dan Raja Herod di Rom itu.

Seperti yang termaklum, Fir'aun juga mengalami mimpi yang lebih kurang sama. Seorang bayi lelaki melompat ke arah singgahsananya lalu merampas takhtanya.

Lalu, pada waktu malamnya, bala tentera Fir'aun telah masuk ke seluruh perkampung dan setiap bayi lelaki yang ditemui telah dibunuh, ditetak dan dihempaskan ke tanah!

Fir'aun enggan muhasabah, kenapakah Tuhan mengirim kelahiran bayi lelaki untuk hadir menggugat kekuasaannya? Ini kerana dinasti Firaun itu telah memperalat dan menjadikan Bani Israel itu sebagai hambanya guna melancarkan program pembangunan di Mesir.

Pada era King Herod, diriwayatkan dalam Bible, bahawa mimpi yang sama menyinggah ke dalam mimpi sang raja. Sekali lagi, buat kali ketiga, seorang kanak-kanak lelaki hadir untuk menggugat kekuasaannya seperti yang berlaku ke atas Fir'aun dan Namrud.

Negara Israel saat itu telah berada di bawah naungan empayar Rom. Dinasti Herod telah mengamalkan dasar yang menindas rakyatnya sendiri. Kadar cukai yang tinggi dan cukai yang tidak munasabah itu telah membebankan rakyat sendiri.

Seorang peramal memberitahu, seorang anak lelaki akan hadir membunuh kekuasaannya itu. Tetapi, sebagai biasa, peramal cuma memberitahu kehadiran pihak yang menentang raja-raja, tetapi tidak menyatakan kenapakah Tuhan mengirim seseorang yang melawan kekuasaan mereka yang zalim itu.

Anak-anak lelaki telah lahir sebagai penentang dasar, hukum dan peraturan yang kejam, zalim dan menindas masyarakat mereka sendiri. Mereka adalah Ibrahim yang melawan Namrud, Musa seteru Fir'aun dan Isa a.s yang melawan penindasan cukai raja-raja.

Ketiga-tiga pemuda ini bagaimanapun, bukan melawan kezaliman penguasa semata-mata malah turut mengirim mesej Tauhid, menumbangkan berhala, mengajak umatnya supaya tidak menyembah lembu sapi, dan menyeru rabai pendeta Yahudi agar tidak memandang ke arah kesenangan pangkat dan keduniaan.

Jika mahu dicoretkan kisah ketiga-tiga nabi ini, nescaya tidak sampai maksud pengenalan artikel ini yang mahu meriwayatkan kekejaman penguasa pada zaman mereka yang sama kejamnya dengan pemerintahan masa kini, khasnya yang terkait dengan ISA itu.

ISA, penahanan, serangan dan dibunuh pada waktu malam

Sekarang, entah bagaimana, setiap tahanan ISA diburu pada waktu malam. Baca memoir Said Zahari, Kassim Ahmad dan beberapa orang mantan tahanan ISA, mereka ditahan itu pada waktu malam, dinihari ketika sedang tidur, persis serangan tentera Namrud, Fir'aun dan Raja Herod yang membunuh bayi-bayi lelaki tak berdosa ketika malam.

Maka, cara yang sama telah dilhamkan oleh Tuhan ke atas nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Iaitu, larilah daripada musuh itu pada waktu malam.

Nabi Lut dan para pengikutnya telah melarikan diri daripada negeri Sadum kerana Tuhan mahu membinasakan penduduk negeri yang mengamalkan amalan seks bebas dan amalan seks sesama jantina itu. Hukuman Tuhan itu juga dijatuhkan pada waktu malam.

Nabi Musa juga diperintahkan membawa Bani Israel keluar dari Mesir pada malam. Dan, Rasulullah s.a.w juga ketika melarikan diri daripada kepungan musuh-musuhnya, hal itu dilakukan pada waktu malam.

Kenapakah tangkapan ke atas tahanan ISA itu dilakukan pada waktu malam. Pertama, ini adalah sikap kejam dan zalim Namrud, Fir'aun, Herod yang diwarisi secara tidak sengaja oleh Umno dan BN melalui 'guru' penjajah mereka; British. Tapi, Umno tidak menyedari bahawa mereka telah terikut-ikut dengan gaya kepimpinan Namrud dan Fir'aun ini.

Sebetulnya, setiap orang yang dapat menghidu, atau dicurah ilham bahawa kemungkinan mereka akan ditahan ISA pada waktu malam perlu segera melarikan diri sebagai Musa a.s melarikan diri daripada buruan bala tentera Fir'aun.

Zaman Musa menjadi 'fugitive' dan pelarian ini terhenti setelah baginda menjadi menantu kepada Nabi Syu'aib a.s. Setelah menikah, baginda terima wahyu di Bukit Tursina waktu malam ketika melihat api di bukit.

Sejak itu, tamat zamannya menjadi pelarian. Bermula episod barunya sebagai pejuang pembebasan ke atas Bani Israel yang dijajah Fir'aun!

"Ibrahim Libya tidak menyerah walaupun arwah Ustaz Fadhil Noor minta dia menyerah," kata Ahmad Lutfi kepada saya lagi pada malam itu. "Ini bermakna, Ustaz Ibrahim enggan menerima konsep tahanan tanpa bicara ini."

Sememangnya pada zaman-zaman itu, tahap pemikiran masyarakat ke atas ISA ini belum lagi hangat dan panas seperti yang terjadi pada saat ini khasnya pada 1 Ogos ketika bahan ini sedang digodam.

"Sebab itu Pas pada zaman itu tidak memberontak ke atas penahanan pimpinan al-Arqam di bawah ISA," kata Saari Sungib dalam suatu temubual di rumahnya di Ukay.

"Ini kerana, tahap pemikiran orang-ramai belum tiba ke tahap sekarang. JIM pernah beri ucapan dasar kepada pihak cawangan khas sebelum muktamar berlangsung," kata beliau lagi. "Ini menunjukkan bahawa ketakutan kita terhadap ISA itu masih wujud."

Tetapi, kisah-kisah 'kekalahan' orang-ramai pada saat itu boleh dimaafkan, diterima sebab kesedaran ke atas wajah gelap ISA masih belum hadir seperti zaman ini.

Ketika mendengar cerita-cerita lampau ini, baru saya terfikir bahawa kenapakah Ibrahim Libya ini perlu dirakam sebagai 'the real fighter', khasnya dalam usahanya melarikan diri kerana enggan ditahan di bawah ISA itu.

Pemikiran dan kesedaran Ibrahim Libya telah maju ke depan mendahului kita pada 1985, sejak zaman saya terkebil-kebil kebodohan menafsirkan sendiri, kenapakah orang seperti beliau ini ditahan. Video itu tidak menceritakan secara jelas kepada saya bahawa Ibrahim Libya adalah orang yang bakal ditahan di bawah ISA sebenarnya!

Dan, Ibrahim tidak mengalah sehingga sanggup menolak 'arahan' pimpinan jemaah pusat untuk menyerahkan dirinya kepada undang-undang zalim tersebut! Benar, Ibrahim Libya is the real fighter! (Mohon disebutkan di sini dengan izin GMP dan rakyat yang bencikan PPSMI!)

Wujudkan perkampungan ISA, tanah ladang ternakan ISA

Atas sebab ini, kita terfikir sendirian kenapakah dalam Surah al-Kahfi (gua), antara ramai watak wira dalam surah itu, maka surah itu dinisbahkan namanya dengan kumpulan anak muda yang bersembunyi di dalam gua?

Walhal, bukan tiada watak-watak hebat seperti Zulkarnain yang menguasai belahan dunia Barat dan Timur yang patut diabadikan namanya sebagai nama surah itu. Selain raja tersebut bukan tiada diperihalkan watak Musa dan Khidhir yang berbalah mengenai tiga persoalan yang melibatkan kerohanian mereka.

Namun, antara sekian watak-watak yang terselit di dalam Surah al-Kahfi itu, Allah s.w.t telah menggerakkan kita untuk menamakan surah itu dengan al-Kahfi, merujuk ceritera pemuda yang ditidurkan Tuhan dalam tempoh yang begitu lama.

Mereka ini mungkin berlari dari tahanan penjara seperti ISA guna menyelamatkan aqidah dan perjuangan mereka. Tidak disebutkan bahawa mereka melancarkan serangan ke atas raja yang zalim itu dari gua itu seperti Osama ben Laden. Sebaliknya, mereka cuma tidur sahaja.

Malah, sebaliknya mereka telah ditidurkan Tuhan dalam beberapa tempoh yang panjang dan mereka akhir tersedar semula lalu mereka menjadi bukti kepada generasi kemudian mengenai wujudnya sekumpulan insan yang memegang aqidah Tauhid sejak dinasti raja yang zalim dahulu.

Dan, kini telah wujud dinasti raja yang adil pula ketika mereka baru tersedar daripada tidur yang panjang itu. Tidurnya para pemuda al-Kahfi pun diangkat sebagai suatu perjuangan kerana berusaha menyelamatkan aqidah mereka.

Ertinya, yang dinamakan perjuangan ini bukan semata-mata angkat pedang dan mengangkat mata pena. Tidur pun diiktiraf sebagai perjuangan juga! (Tapi, hal ini hanya kes-kes khasnya dalam kes Ashabul Kahfi saja agaknya)

Tidurnya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi demonstran jalanan ketika kemuncak revolusi di ibu kota, masih ada ruang untuk didebatkan dengan lebih lanjut lagi.

Nama-nama nabi seperti Ibrahim diangkat sebagai surah lantaran perjuangan menentang kezaliman raja puaka yang kejam zalim sebagai penguasa yang mempertahan ISA.

Kita perlu menamakan mereka yang telah berjuang melawan ISA ini dengan meletakkan nama mereka sebagai pengabadian seperti mana Tuhan mengabadikan nama kumpulan al-Kahfi ke atas surah yang disunatkan kita membacanya pada setiap Jumaat itu.

GMI dengan wang-wang sumbangan rakyat yang semakin sedar terhadap kebajingan ISA itu mungkin boleh digunakan untuk membeli tanah ladang agar dapat diusahakan kaedah membela kehidupan ahli-ahli keluarga tahanan ISA.

Kita boleh usahakan sektor perladangan, ternakan kambing Jamnapari, ikan pari-pari dan apa-apa saja. Hasilnya boleh dimanfaatkan guna menaja gerakan menekan BN sebelum PRU ke-13 yang bakal menyaksikan kejatuhan mereka kelak, insya Allah.

Pakatan Rakyat dengan empat negeri yang telah ditawan, mungkin boleh wartakan tanah-tanah di kawasan tertentu sebagai kawasan perkampungan dengan menamakan kampung itu dengan nama mantan-mantan tahanan ISA; Ibrahim Libya, A Samad Ismail.

Semoga hal seperti ini menjadi suatu bentuk tekanan kerajaan negeri PR ke atas kerajaan persekutuan BN pula. Orang ramai dan masyarakat telah menekan kerajaan melalui suatu perhimpunan di Sogo baru-baru ini. Hal tekanan seperti ini telah lama kita lakukan.

Dengan wujudnya tanah sebagai lambang kekuatan dan isyarat kepada bangkitnya modal, wang dan harta sebagai aset perjuangan, maka akan bertambah kuatlah perjuangan rakyat untuk memansuhkan ISA ini kelak.

Mana-mana pihak yang dapat berasakan dirinya sedang dalam buruan ISA, diperhatikan gerak langkah oleh SB-SB di cawangan khas Bukit Aman, wajib melarikan diri sebagai pelarian dan pelarian mereka sendiri bukan bererti takut, malah mereka sedang mengikuti jejak langkah Musa, Muhammad, Ibrahim dan Isa yang diburu penguasa zalim.

Rajin-rajinlah menonton drama bersiri Prison Break dan drama bersiri The Fugitive untuk mengkaji cara-cara menekan pihak polis, FRU dan kerajaan persekutuan BN.

Wajiblah ke atas kita mencari dan mencetak pelbagai kaedah untuk menyusahkan BN dan jangan sesekali kita memberi ruang supaya mereka berasa senang hati ketika meneruskan hal kezaliman mereka itu, khasnya dalam hal ISA ini.

Syahadan, awasilah malam-malam anda. Kerana bermula saat ini dan malam-malam yang berikutnya sesiapa pun boleh ditahan di bawah ISA dengan beberapa si pertuduhan boleh direka-reka dan dipaksakan ke atas anda termasuk orang yang sedang menggodam bahan ini.

Umno dan BN adalah watak-watak pendendam teragung. Mereka seboleh-bolehnya mahu menangkap musuh mereka sehingga dapat. Sebab itulah juga mereka akan menahan pada waktu malam ketika anda sedang berehat bersama keluarga.

Oleh itu, segala tuduhan mereka selalunya tidak rasional dan tidak masuk akal. Sebab itu juga anda tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

Maka, jika kita bijak, apakah kita ingin menyerah leher untuk dipenggal pendendam yang busuk hati, atau mahu melarikan diri untuk memberi tekanan ke atas mereka ini? Jawapan bijaksana sebenarnya sudah ada di tangan anda.(H Fansuri)

Ibrahim Al-Kataki Sememangnya Pengecut.

Perkasa tak pernah turun ke jalan raya tunjuk perasaan, namun apabila kita komited kita akan genggam bara api sampai jadi arang, kita bukan turun (berdemonstrasi) untuk main- main. "Saya sendiri sudah lama tak berucap pada acara tunjuk perasaan tapi kalau saya sudah mula, saya tidak akan berhenti," tegasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Inilah kenyataan Ibrahim Al-kataki pada 08.07.09 dalam memperlekehkan GMI. Ibrahim Al-kataki dengan angkuh menyatakan betapa menggenggam bara api hingga menjadi arang, tetapi batang hidungnya pun tidak kelihatan. Sememangnya dasar pengecut yang tidak tersahut oleh ahli-ahlinya yang mungkin ada bersiap dengan kain rentangnya, tetapi apabila melihat betapa ramainya penyokong-penyokong GMI maka mereka menyimpang semula kain rentangnya dan mungkin juga bersatu dengan penyokong GMI. Itulah sikap pemimpin yang hanya berani berucap pada akhbar arus perdana yang sememangnya pengampu kerajaan itu. Mungkin perasaan gentar penyokong Perkasa dan Pewaris apabila melihat lautan manusia yang membanjiri Kuala Lumpur maka mereka terpaksa berdiam diri kerana takut akan di sorak oleh penyokong GMI. Dan Ibrahim Al-kataki dan Dr. Maamor terpaksa menyembunyi kan diri daripada khalayak ramai. Itulah dia pemimpin yang berhati kecut yang hanya gah pada akhbar arus perdana yang menjadi pengampu nombor wahid. itu. Apabila beliau mengatakan sudah lama tidak berucap pada acara tunjuk perasaan. Apakah beliau mengingati yang penyokong GMI akan lari lintang pukang dengan kenyataannya itu. Saya juga tercari-cari juga kelibat beliau, kut-kut boleh melihat darah keperwiraan yang mengalir pada tubuh pendeknya itu. Tapi apa kan daya, mungkin ketinggian tidak mencukupi untuk melihatnya.(saya tidak menghadiri demo tersebut dan hanya melihat kepada photo-photo para blogger).Kenapa saya tidak hadir pada demontrasi itu akan saya dedahkan nanti........ Insyallah. Bukan sekadar menghina tetapi itulah kenyataannya buat siperdehaka. Inilah sikapnya yang telah diberi makan tetapi mengigit orang yang memberinya makan. Masalah dia hendak menyemberangi parti, itu masalahannya. Tetapi janganlah mengatakan yang dia menang dalam pilihan raya lepas adalah kerana pengaruhnya sendiri, bukannya kerana sokongan PAS. Kalau beliau seorang anak jantan seperti apa yang diucapkan maka lepaskan jawatan yang beliau tandingi di atas tiket PAS. Dan apa yang nyata, beliau tahu yang beliau tidak akan dapat bertanding sekiranya beliau melepaskan jawatan dan bertanding semula. Kita akan tunggu pada PRU 13 nanti bila beliau bertanding di atas tiket bebas dan jangan bertanding di atas tiket BN sekiranya beliau menyatakan yang beliau mempunyai pengaruh yang besar di parlimen Pasir Mas. Sedangkan pada pilihan raya yang ke 11 pun beliau hilang wang pertaruhan. Apakah orang yang pendek, anginnya tinggi. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular