Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 28 Oktober 2009

Berita Bergambar daripada Berita Hairan............


PESERTA membaca ikrar sebagai tenaga pengajar di majlis Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010 - 2012 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, hari ini

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertemu keluarga mangsa jambatan gantung runtuh ketika melawat tempat operasi menyelamat di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Gopeng, hari ini. Dua mangsa yang masih hilang ialah M Darapharshini, 11,

GAMBAR (kiri) Rumah Tamu yang digunakan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbakar selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata di ibu negara Afghanistan, Kabul, awal hari ini. (kanan) Operasi menyelamat mangsa yang cedera dijalankan oeh tentera Afghanistan. - foto Reuters

BEKAS Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Abdul Hanan Alang Endut, diiringi pegawai polis untuk dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didakwa atas 10 tuduhan rasuah bernilai RM59,390.60, hari ini.

BEKAS Speaker DUN Perak, V Sivakumar (tengah) dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (dua dari kanan) bersama Adun pembangkang lain bertindak keluar beramai-ramai selepas Sivakumar tidak dibenarkan masuk memakai jubah Speaker untuk menghadiri Sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi ini

 KEADAAN muncung kapal perang Jepun seberat 5,200 tan, JS Kurama (kiri) yang berlanggar dengan kapal kontena milik Korea Utara (gambar kanan atas), di Kitakyushu, Fukuoka, utara Jepun. Pegawai berkata, nahas berlaku di Selat Kanmon bersebelahan pantai Kyushu dan Honshu, Jepun, malam tadi, menyebabkan berlaku kebakaran dan melibatkan kecederaan kepada anak kapal Kurama. - Foto AP

ANGGOTA polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) memasang dawai dan papan tanda polis, di hadapan pintu keluar masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, dimana berlangsungnya sidang Dun di Ipoh, pagi ini

ANGGOTA bomba dan penyelamat membawa keluar mayat murid yang dijumpai di Sungai Kampar, hari ini selepas mangsa dihanyutkan arus deras dalam kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang, semalam.
 
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular