Translate

Isnin, 11 April 2011

Gua Jangka Husam Akan Tolak Cabar Haji Hadi.

 pas muktamar nasharuddin win post 060609 husam pc 01
PAS Kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden PAS dalam muktamar Jun ini.

Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas naib presiden, Mohamad Sabu untuk bergandingan dengan Husam bagi jawatan timbalan presiden.

Bagi tiga jawatan naib presiden pula, kawasan tersebut sebulat suara mencalonkan untuk mengekalkan penyandangnya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Seorang lagi calon naib presiden ialah bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, kata yang dipertua PAS Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim.

PAS Bukit Bintang lebih berterus terang daripada Albakistani apabila memberi sokongan kepada Husam untuk jawatan Presiden tanpa menunggu kekalahan teruk PAS pada PRU 13 seperti kajian dilakukan oleh Abu Hasan yang menjadi rujukan Albakistani. Tak payah nak kambing hitamkan Haji Hadi dengan alasan-alasan tak munasabah seperti yang mereka lakukan dulu. Peluang dah ada untuk menyingkirkan Presiden, gunakan sebaik mungkin kerana PAS bukan macam Umno celaka Yang menghakmilikkan jawatan no.1 dan no.2.

Kalau boleh Pas Reform daftar cepat-cepat supaya sempat bertanding dalam PRU 13 nanti. Manalah tahu kot-kot boleh ganti PAS yang tak reform, sorry ye bukan gua nak kutuk tapi gua tengok macam tak aktif jer. Macam mana orang nak sokong kalau Pas Reform duk macam tu dari dulu kalau bergerak gua nak tengok yang mana nak direformkan.

Kalu lu tanya pendapat gua, gua lebih suka Husam bertanding jawatan Timbalan Presiden berganding dengan Haji Hadi kerana jika beliau terus bertanding jawatan Presiden, pasti akan berlaku satu kejutan yang besar. Jika nak bandingkan dengan gerak kerja, gua tak nafikan peranan Husam, tetapi beliau tetap ada kelemahannya jika lu tanya orang Kelantan. 
Gua lihat pencalonan Husam lebih kepada memberi amaran kepada Presiden yang dikatakan lebih lembut dalam isu yang di bangkit. Tetapi lu kena ingat akan pengaruh Haji Hadi masih lagi kuat pada akar umbi berbanding dialam siber. Bila kita bercakap dialam siber, lu boleh baca banyak blog lebih kepada pro Erdogan bagaikan sudah sampai masanya Haji Hadi berundur, bagaimana pula dengan akar umbi apakah lu sudah betul-betul selidik.

Jangan kita jadi syok sendiri dengan mengandaikan ramai blogger lebih condong kepada pro Erdogan maka pengaruh mereka kuat tanpa mengkaji secara keseluruhan. Bagi gua jika Musysidul  dengan Presiden sentiasa mempunyai pendapat yang sama dan tidak pernah bercanggah, ini akan membahayakan PAS. 

Percanggahan pendapat diantara ulama adalah satu perkara yang baik bagi perjuangan untuk mendaulatkan Islam. Lu boleh kaji semasa al-Marhum Datuk Asri menjadi Yang dipertua PAS bila pendapat pemimpin tidak disanggah maka PAS hampir hancur setelah dipermainkan oleh Umno celaka. Bagi gua apa lu nak kata itu adalah hak lu kerana tak semua apa yang gua tulis lu akan suka pasal masing-masing ada pendapat sendiri dan gua hormat lu punya pendapat.

Pada diri gua tidak timbul soal pro sana pro sini, puak sana puak sini dan Husam memang mempunyai masa depan yang cerah sebagai pemimpin pelapis tetapi apakah beliau benar-benar sudah bersedia memegang amanah yang amat besar ini. Macam yang Kickdeffela dedahkan sedikit sebanyak ada kebenarannya walaupun gua cukup meluat tentang artikelnya, kerana beliau sendiri tulis sendiri komen yang bagus-bagus punya. Pasal itu gua lebih suka duk atas tiang sorang-sorang kerana gua bukan jenis sokong membabi buta sampai tak nampak mana betul mana salah. yang salah gua kritik yang betoi gua tabik.

Gua ni bukan pandai dan tahu macam lu all, ada lu tulis gua bangkang gua tulis lu maki tetapi ada yang patut rujuk tentang perjuangan PAS. Gua ada satu buku yang telah diamanahkan kepada untuk disebarkan kepada orang-orang muda tetapi gua belum dapat memaparkan didalam blog gua. Tajuk buku beliau ialah Pensejarahan ; Parti Islam Semalaysia [PAS]- (Menyanggah Pembohongan Umno)

Penulisnya ialah Haji Mohd Fakhruddin bin Dato' Ahmad Ghazali yang mungkin orang muda tak kenal beliau. Beliau pernah memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Perak (1983-1987), Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak (1987-1991/1993-1995) AJK PAS Pusat (1991-1997) YDP PAS Parit (1991-1995) YDP PAS Teluk Intan (2003). 

Gua rasa para blogger PAS patut membaca tulisan beliau agar dapat menambahkan lagi Pengetahuan tentang PAS pasca penjajah sehingga pasca Mahazalim. Mungkin gua akan menulis secara bersiri amanah yang telah diberikan kepada gua...... Insyaallah.(Sumber)

2 ulasan:

Istiqomah berkata...

Husam boleh bertanding dan mungkin juga menang pula tetapi dikhuatiri 'respek' dikalangan ahli tiada kerana kualiti ulama tiada. Kalau tiada respek lagi teruk penghinaan yang beliau akan terima nanti.
Kekurangan ustaz Hadi kerana beliau tidak membuat pendekatan baru yang lebih sesuai dikalangan generasi baru ahli PAS. Beliau dilihat ketandusan penasihat yang berbibawa. Mengguna rakan lama sebagai pembantu tidak dilihat sesuatu yang menarik kepada generasi baru. Kekuatan beliau hanya kerana 'ulama' yang ada dirinya. Kepimpinannya dilihat sudah tak sezaman lagi. Beliau perlu mencari penasihat baru untuk menyegar kembali kepimpinanya.

Tanpa Nama berkata...

Dikatakan Husam menolak suasana desakkan untuk meletakkan ia bertanding no.1. Faktor pensejarahan dirinya kedalam pas dijadikan sebab walaupun di ketahui betapa PAS memerlukan perubahan cara lebih tangkas dan memberi kesan yang dapat dilihat.
Bagi aku husam lebih kepada menambah untuk mendapat kepercayaan kedua pihak dalam pas dalam persediaanya menggantikan Nik Aziz. Dalam suasana sekarang banyak pihak meragui apa yang akan terjadi kepada kes Anuar dan hasil apa yang boleh ditunjukkan melalui pilihan raya Serawak.
Momentum pelucutan dan cara percaturan Anuar telah banyak mengubah cara penyokong PAS melihat gerakerja PAS selama ini tidak begitu relevan dan perlukan perubahan. sebenarnya ini yang berlaku.
Maka tidak mustahil pergantungan kepada dua faktor di atas satu perkara yang mungkin menjadikan pencalonan Husam adalah bukan ketikanya dan terlalu awal buat dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular