Translate

Rabu, 25 November 2009

Tok Guru Pondok Geting Memang Jahil.....

Sudah lama tidak membaca blog kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Pada hari Jumaat malam, saudara blogger Alhusseyn, Pahrol (orang kuat PAS Gopeng) dan En. Ahmad (bekas ketua kampung Maju Rapat) datang melawat saya di rumah setelah mendengar khabar tentang kesihatan saya............. Terima kasih di atas kunjungan para sahabat.

Biasa lah bila berjumpa, perbincangan politik pasti tidak diketepikan. Untuk pengkritik blog Alhusseyn yang ada menghantar kritikan mereka terhadap beliau melalui saya, telah saya sampaikan kepada beliau. Tentang penulisan beliau dalam blognya yang mana tidak menyenangkan banyak pihak. Jadi apa yang ingin disuarakan oleh sesetengah pengkritik beliau telah saya sampaikan sendiri kepada Alhusseyn.

Apa yang saya ingin berbicara sekarang ini adalah berkaitan kritikan seorang pengasas pondok Maheliah, Geting, Haji Abdullah Sa'amah terhadap TGNA. Tentang hukum hakam agama, saya mungkin tidak layak berbahas kerana itu adalah kepakaran mereka tentang agama. Saya hanya ingin mencelah tentang politik yang telah diutarakan oleh guru pondok tersebut.

Beliau membidas TGNA dan PAS yang lebih pentingkan hubungan PAS dengan DAP daripada bersama-sama dengan Umno atas dasar Melayu. Maka apa yang PAS lakukan adalah salah dan Umno di pihak yang betul bila bersama dengan MCA, MIC dan Gerakan.

Beliau kecewa kerana kerajaan perpaduan tidak menjadi kenyataan dan menyalahkan PAS yang masih mengungkit akan apa yang pernah Umno lakukan kepada PAS. Kononnya Umno 50 tahun lepas tidak sama dengan Umno sekarang. Bagi saya....... Umno dulu dan sekarang sama sahaja. Tidakkah slogan Umno pun......... dulu......... kini............ dan selama-lamanya.

Kerana Umno era Datuk Onn lah, ramai tokoh-tokoh Islam dan Melayu ditangkap, parti-parti Islam dan Melayu diharamkan. Kata-kata terkenal daripada anak emas penjajah British, 'hubaya......hubaya......... bahaya dari gunung'.

Pada tahun 60an, kerajaan PAS Terengganu telah ditumbangkan secara kotor dengan menculik adun-adun PAS. Tahun 70an, PAS di tendang keluar daripada BN setelah Umno kembali mempunyai kekuatan.

Tahun 80an, pendokong-pendokong PAS dibunuh beramai-ramai di kampung Siong, Memali dan penangkapan beramai-ramai pemimpin PAS dalam 'operasi lalang'. Dan masuk abad ke 21, rakyat Terengganu telah dinafikan hak-hak mereka tentang royalti minyak. Sekarang ini, kerajaan Kelantan pula yang mengalaminya.

Di dua negeri tersebut, siapa majoriti penduduknya jika bukan Melayu. Bantuan kepada SAR telah dihentikan, siapa pula pelajar-pelajarnya?. Inilah sikap seorang guru pondok yang masih lagi terkurung dalam dunianya sendiri.

Apakah beliau buta melihat bagaimana cara berpakaian isteri-isteri pemimpin Umno yang dah sah............ susah untuk diubah. Bagaimana pula dengan pergaulan anak-anak mereka yang sentiasa berfoya-foya.

3 ulasan:

Ayid berkata...

Musafirlalu, Ini guru Pondok-Pondok Nabil kat TV 3 suku. Bukan Guru Pondok Ilmu

SendiriMauIngat berkata...

Semoga sembuh sepenuhnya..insyaAllah kami dari warga SendiriMauIngat sentiasa mendoakan kesejahteraan kesihatan anta..wassalam

Tanpa Nama berkata...

kita patut sokong limguaneng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular