Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 20 November 2009

4U2C : Parpukari Sudah Naik Gila.......... Sekarang Dia Serang Bos Dia Pulak.

"Apa salah saya dilantik Menteri? Saya pandai. Connection Singapore baik. Belajar Oxford."
Khabar angin sedang kuat mengatakan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak akan melakukan penyusunan semula kabinet. Kedai-kedai kopi dan mamak teh tarik di mana orang UMNO suka bersembang bercerita bahawa Najib akan menggugurkan orang-orang Khairy dan Pak Lah. Antara yang dikatakan orang Khairy yang disebut-sebut adalah Khaled Nordin dan Ismail Sabri. Menteri-Menteri orang Pak Lah yang disebut akan digugur adalah Nor Mohamad Yakcop, Noh Omar dan Shaberry Chik. Khairy kecewa tidak terpilih untuk Kabinet Najib pertama. Depan berpura-pura memahami kehendak Najib untuk dia menguatkan dan menyatukan Pemuda UMNO. Di belakang dia tahu tanpa dilantik, dirinya sudah serupa macam nasib Zahid Hamidi yang kena tunggu 10 tahun baru dapat jadi Menteri. Zahid sudah tertinggal jauh berbanding dengan ramai-ramai pemimpin Pemuda sezaman dengannya. Nasib baik kaki sebelahnya ada di sebelah Najib. Macam dirancang, Zahid yang beriya-iya memberitahu Pemuda di Permatang Pasir bahawa dia akan kempen untuk Khairy dijadikan Menteri. Lepas PRK Bagan Pinang, Zahid dan Khairy segera ke luar negara bersama. Apa yang dirancang budak ANwar Ibrahim dua orang ini? Masa perlantikan Menteri, dia rasa cukup malu dan perasaan cemburu Khairy dengan Mukhriz dan Razali yang dilantik Timbalan Menteri begitu meluap-luap. Maklumlah dia rasa dirinya lagi pandai dan hebat dari kedua mereka berdua. Dengar khabar omak kj pun ikut bising dan menalipon orang sana sini. Yang paling dia kecewa bila Razali dapat portfolio Belia dan Sukan. Selama ini dia mahukan sangat portfolio itu. Ini adalah cara dia boleh menguatkan dirinya sebagai Ketua Pemuda dan di kalangan generasi. Asas sokongan pemuda sekarang akan menjadi asas sokongan untuk politik masa depan kelak. Ismail Sabri dahulu diletakan situ untuk dia mengambilalih selepas memenangi jawatan ketau Pemuda kelak. Sayangnya Pak Mertua sudah dipencenkan. Geram saja dia tengok Razali dapat jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Sudah pulak itu, Razali lagi popular dengan akar umbi UMNO dari dirinya. Dia kasi peluang untuk Razali mengetuai jentera Pemuda di Pilihanraya-Pilihanraya kecil tapi ini hanya buat akar-umbi berharap Khairy dicaj rasuah oleh SPRM dan diganti dengan Razali. Lalu Khairy membisik arahan kepada pengikut-pengikutnya yang bodoh boleh menggelar dirinya sebagai 'sir" untuk sabotaj Razali. Di bawah diarahkan supaya sebarang program dengan Razali tidak dihadhiri pemuda akarumbi. Sebarang usaha Razali di Pilihanraya Kecil dicantas dan digagalkan. Tidak lagi dibesar-besarkan Razali sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Pemuda. Ditengah-tengah masing-masing Menteri tengah suspens dan kawan-kawan Khairy sedang terumbang ambing, Khairy memainkan sebaran SMS mengatakan dia akan dilantik Menteri. Kalau dahulu masa Pak lah, memang mesti orang bising. Sekarang orang UMNO nak bersatu jadi mereka tidak mahulah buatkan isu mengenai SMS itu. Khairy harap dia dapat lobi dengan hujah orang sudah tidak membencinya seperti dahulu. Dia konon nak beritahu tak ada kes terhadapnya lagi, oleh itu dia tidak patut dinafikan jawatan dalam kerajaan. Cara reverse psikologi ini berharap tentangan terhadapnya tidak lagi timbul. Pasti dia ingat orang bodoh dan lupa. Najib tak akan lupa dengan apa yang Khairy lakukan di belakang tabir hingga bersekongkol dengan PKR untuk menjatuhkannya. Khairy ingat orang Najib macam Khir Toyo tidak lupa bagaimana dia membantu Pakatan Rakyat memburukkan Khir Toyo begitu teruk dengan bantuan Kalimullah untuk menjatuhkan Selangor. Najib tahu Khairy tidak menyatu padukan Pemuda UMNO. Dia hanya menguatkan cengkamannya dalam Pemuda. Orang-orang yang dipilih hanyalah kroninya untuk mengisi jawatan Pemuda dan Ketua-Ketua Pemuda Negeri. Mereka semua macam bodoh ada upacara ikrar setia kepadanya. Ini tidak menjadikan Pemuda bersatu. Pemuda dilihat begitu malap dan sana sini orang mengatakan Pemuda tidak boleh diharapkan. Sana sini orang beritahu ini adalah atas permintaan dan rahan Khairy. Pemuda hanya cari projek dan sibuk mengaku usaha orang lain sebagai usaha mereka. Mereka hanya tahu tumpang glamour dari inisiatiof penyokong persendirian dan blogger-blogger UMNO. PKR dengan dibantu oleh Yayasan Think Tank Amerika yang diketuai Yahudi Madeline Albright telah buat satu perjumpaan strategi di Port Dickson beberapa tahun sebelum pilihanraya. Rancangan mereka adalah untuk menjatuhkan negeri-negeri yang merupakan penyumbang kepada ekonomi negara seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Serangan Khairy terhadap Khir Toyo membantu kejatuhan Selangor. Hari ini orang-orang dan peniaga-peniaga Melayu begitu teraniaya di Selangor. Najib tahu semua ini. Pasti Dr Mahathir akan bising jika Khairy dilantik Menteri. Najib pasti tidak akan mahu melawan Dr Mahathir yang telah membantu menaikkan Najib dengan memberi tekanan terhadpa Pak Lah hingga berhenti. Kalau Dr Mahathir bersuara, dia tahu ini menyusahkan dirinya kerana kata-kata Dr Mahathir berpengaruh. Khairy hanya akan naik jika Najib sedia mengingkari Dr Mahathir. Dia boleh hanya berharap saja. Najib tidak dididik menjadi seorang yang biadap dan derhaka kepada ketua dan orang tua. Susah kemungkinan Najib akan buat Dr Mahathir bising. Bagan Pinang lain kerana Dr Mahathir perlu tunjukkan dia tidak hipokrit dan konsisten. Habiskan duit saja Khairy buat SMS blasting. Ini adalah petikan dari blog Anak Omak, saya pun agak risau akan perkara ini, sebab di kala UMNO baru hendak menjadi kuat tiba-tiba ada ura-ura pemusnah UMNO si Kerry Jamban ini akan dilantik jadi menteri. Beberapa hari yang lepas, Blog Tunku telah menulis mengenai isu yang sama, klik disini untuk bacaan selanjutnya...' Yang betsnya, bebudak KJ ni selalunya nak buat kerja-kerja glamer je, orang lain yang bersusah payah mendedahkan pasal isu Nik Aziz, tup-tup bebudak KJ yang nak menjadi hero, typical paria la perangai pencacai KJ ni..untuk bacaan selanjutnya klik disini..mesti baca.. Juga ada kisah mengenai menantu-menantu keparat, klik sini dan sini Sekiranya Kerry Jamban dilantik menteri, maka UMNO bakal berkubur pada PRU13 nanti, tolonglah wahai YAB PM yang sangat kami hormati, selamatkanlah UMNO, janganlah dimusnahkan UMNO disebabkan oleh Kerry Jamban dan bebudak tingkat 4 ni! Kepada PM yang kita kasihi, kami tahu untuk melantik sesiapa menjadi menteri adalah hak anda, memang betul, tidak ada sesiapa pun pertikaikan kuasa PM tu, cuma pandanglah dan dengarkanlah suara manusia-manusia kerdil seperti kami yang tak ada kepentingan dalam UMNO! Posted by House PK
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular