Translate

Selasa, 19 Januari 2010

Rintahan Guru.........

Bermacam-macam rintahan yang saya kedengaran berkaitan dengan guru-guru, berkaitan dengan perangai  pengetua/guru besar, ibubapa mahu pun murid-muridnya. Dan yang terbaru ialah rintihan guru berkaitan dengan murid-murid peralihan disekolah menengah. Bagaimana guru-guru terpaksa menghadapi kerenah murid yang tidak mengerti langsung berbahasa Malayu (kebangsaan).

Jika sekadar tidak faham dan ingin memperlajarinya tidak menjadi masaalah, tetapi yang menjadi masaalahnya tidak mahu mendengar apa guru-guru tersebut mengajar. Ada guru yang sudah tidak tahu nak buat apa dengan murid-murid tersebut, mati punca.

Dimanakah silapnya dari segi pendidikan negara yang dilaung-laungkan oleh kerajaan. Inilah jadinya bila  jawatan Menteri Pelajaran diberi kepada orang yang tidak berkelayakkan.. Mereka tidak pernah turun untuk memahami tugas sebenar guru-guru dari akar umbi. Mereka hanya mendengar daripada penasihat-penasihat di kementerian dan pihak atasan JPN dan PPD.

Lihatlah peruntukkan yang diberikan kepada SJKC pada tahun 2008 sebanyak RM 1.8 bilion dalam usaha menjaga hati pengundi Cina. Berapa banyakkah peruntukkan untuk SAR yang majoriti pelajarnya Melayu/Islam?. Jangan kata nak bagi, yang dah dibagi pun kerajaan tarik balik, kerana itulah kerajaan usahlah mendabik dada dalam memperjuangkan Islam sebagaimana dengan isu kalimah ALLAH.

Renung dan berfikirlah secara positif bagi pihak penyokong dan penentang, bagaimana umat Melayu/Islam dikhianati oleh kerajaan yang mengaku sebagai kerajaan Islam. Bangsa Melayu/Islam akan terus di mundurkan supaya mereka terus boleh menjaja agenda politik mereka. Sedarlah wahai bangsaku yang mengaku 'Melayu itu Islam, Islam itu Melayu', bagaimana anak-anak anda dan juga anda dilayan.

Dengan berbagai-bagai alasan dan propaganda disumbat dalam pemikiran umat Melayu/Islam untuk menghalalkan tindakkan kerajaan menghentikan bantuan kepada SAR dan bahasa Melayu. Setelah tulisan jawi berjaya dihapuskan, diikuti dengan PPSMI dan hasilnya ialah pelajar daripada SJKC tidak tahu membaca dan menulis didalam bahasa kebangsaan.

Tidakkah ini membebankan guru-guru Melayu yang mengajar di kelas peralihan, mereka umpama itik dan ayam hidup dalam satu sangkar. Jangan kata guru Melayu, malah guru Cina pun terpaksa menterjemahkan segala pelajaran kedalam bahasa Cina. Ini disebabkan murid-murid Cina tidak tahu berbahasa kebangsaan........ terima kasihlah kepada kerajaan yang sentiasa perihatin.

Ada guru yang terpaksa menjadi kerani, pentadbir hinggakan ke taraf tukang kebun atas arahan pengetuanya. Walau pun ianya kes-kes terpencil, tetapi pihak kerajaan patut mengambil perhatian. Tidakkah bidang perguruan ialah mendidik anak bangsa, bukannya melakukan kerja-kerja pentadbiran. Apa gunanya mempunyai kerani jika semua kerja dibebankan ke bahu guru-guru!!!!!!!!

Jika hendak mengharapkan PPD atau JPN, usah beranganlah kerana aduan tersebut akan dibangku sampahkan. Lebih-lebih lagi jika pengetua tersebut mempunyai kabel yang kuat di PPD atau JPN. Dalam usaha mereka menjadikan sekolah tersebut cantik untuk bertanding diperingkat daerah, negeri dan negara, gurulah yang menjadi mangsanya.

Semua kerja terpaksa guru melakukannya, semata-mata kerana mengikut arahan pengetua yang gilakan nama dan pangkat. Sedangkan kerja guru ialah mendidik anak-anak bangsa agar cemerlang dalam pelajaran bukannya sekolah tersebut cemerlang dalam menghiaskan sekolah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular