Translate

Ahad, 17 Januari 2010

Senarai 10 Teratas Buruan FBI




Photograph of and link to Jason Derek Brown
Jason Derek Brown



Photograph of and link to Victor Manuel Gerena
Victor Manuel Gerena
En Espanol



Photograph of and link to Glen Stewart Godwin
Glen Stewart Godwin
En Espanol


Osama Bin Laden.....

Dengan ganjaran sebanyak USD 25 juta dari kerajaan AS  dan tambahan sebanyak USD 2 juta oleh Airline Pilots Associantion dan Air Transport Associantion, menjadikannya berjumlah USD 27 juta (RM 91.8 juta). Ini menjadikan beliau adalah buruan No.1 didunia dan ganjaran terbesar pernah ditawarkan untuk penangkapannya hidup atau mati.

Beliau telah dituduh mendalangi pengeboman kedutaan AS di Tanzania dan Kenya yang membunuh 200 orang. Beliau juga telah dituduh merancang pengeboman dan rampasan kapal terbang didalam 'Tragedi 11 September' di AS, begitu juga segala aktiviti pengganas di seluruh dunia. Walau pun ramai orang yang mengetahui 'Peristiwa 11 September' sebenarnya adalah perancangan Mossad, agen perisikan Israel.

Maka Osama Bin Laden telah dikambing hitamkan dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan umat Islam. Umat Islam telah dihina, diburuk-burukkan, dipandang serong, ditakut-takutkan dan sentiasa diperhatikan oleh panganut lain, baik dikejiranan mereka mahu pun di pesawat. Masjid-masjid dibakar, diconteng dan disimbah dengan darah babi atau kepala babi. Itulah realitinya umat Islam menerima layanan di negara barat.

Dalam agenda mereka itulah, tumbangnya 2 buah negara umat Islam di Iraq dan Afganistan dengan pertolongan pemimpin-pemimpin Islam sendiri. Pemimpin-pemimpin Islam tersebut telah menjadi talibarut AS, Eropah dan juga Israel dengan mengkhianati saudara-saudara mereka sendiri. Walau pun mereka tidak menunjukkan secara terang-terang hubungan mereka dengan Israel tetapi ianya dilakukan secara pintu belakang.

Pemimpin-pemimpin negara umat Islam tahu jika mereka melakukan secara terang-terangan, pasti rakyat mereka akan bangun menentang yang mungkin juga membawa kepada tumbangnya kerajaan mereka. Lihatlah berapa banyak dana yang telah disalurkan oleh negara Arab seperti Arab Saudi, Kuwait dan yang kaya dengan minyak kepada AS dalam peperangan di Iraq dan Afganistan.

Disebabkan itulah kerajaan Arab Saudi telah diberi keistemewaan oleh AS. Sebagai contoh, semasa berlakunya 'Tragedi 11 September' nama-nama yang berkaitan dengan 'Bin Laden' dengan mudah dibawa keluar dari AS. Sedangkan pada masa itu semua sekatan keluar masuk telah dikuatkuasakan oleh kerajaan AS lebih-lebih lagi dengan warga Arab.

Kawalan yang amat ketat telah dikenakan kepada umat Islam dan nama-nama yang berkaitan Islam dengan memeriksa seluruh badan dan bagasi. Bila nama ada perkataan 'Muhammad' atau 'Ahmad', mereka akan diperiksa dan disoal siasat sampai mengambil masa berjam-jam. Jangankan orang awam, para Vip,Vvip  dan para Diplomat yang beragama Islam tidak terkecuali.

Termasuk juga dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Pak Lah. Beliau disuruh membuka kasutnya semasa melakukan lawatan rasmi ke AS. Macam tak percaya TPM kita dilayan sebegitu rupa oleh kerajaan AS. Takkanlah orang macam Pak Lah nak bawa bom dalam kasutnya, jika bawa pun pasti susah nak kontrol pasal selalu............. ZZZZZzzzzzzzzzzzz.

Itulah sikap kerajaan AS, Barat dan yang sewaktu dengannya, kerana dendamnya kepada umat Islam. Rakyat mereka juga telah ditanam dengan perasaan benci yang amat-amat meluat, lebih-lebih lagi umat Islam yang bertudung dan memakai serban. Kita sentiasa membaca dan mendengar bagaimana pihak berkuasa AS, Barat dan yang sewaktu dengannya melayan umat Islam ditempat-tempat pemeriksaan, mereka sentiasa akan dimalukan.

Kerana itulah sebagai umat Islam, kita patut boikot negara-negara tersebut.Jika hendak makan angin atau pun belajar, pilihlah negara-negara yang memberi layanan sama rata. Bukan di AS, Barat dan yang sewaktu dengannya sahaja mempunyai pendidikan yang terbaik, Banyak lagi negara-negara lain yang mempunyai pendidikan dan pelancungan yang setaraf.

Melainkan jika ianya melibatkan perniagaan, itu pun kerajaan patut mengurangkan secara berperingkat-peringkat dalam urusan perdagangan import dan export. Kerana jika terlalu bergantung dengan mereka, ini boleh mendatangkan kemudaratan jangka masa panjang. Mereka akan melakukan apa sahaja jika kita tidak sebulu dengan mereka seperti sekatan ekonomi dan aset yang pasti akan dibekukan sebagaimana dialami oleh Iran dan Korea Utara.

Yang menjadi masaalahnya............ bolehkah Big Mama menerimanya.............. jika Malaysia memulau pelancungan dan shooping di AS dan yang sama waktu dengannya............... jangan Big Mama  mengamuk sudahlah........... dahlah kat Paris aku tak boleh pergi.............. ni nak tambah kat AS and sekutunya pulak.

1 ulasan:

BUJANG SUSAH berkata...

bkn big mama.. tp mama penguin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular